
Tuesday, February 10, 2015
Antara fb chating Tun M, Anwar, Najib & Nik Aziz dengan WhatApps Hawaii Five-O Dr Hatta..??

Ucapan Presiden PAS berkenaan hukuman penjara 5 tahun keatas Anwar

Hanipa nafi yang PJ PAS Perak memukul beliau dalam mesyuarat semalam

“Haji Razman adalah kawan baik saya jadi mana mungkin dia akan tergamak untuk memukul saya.
“Maka saya menganggap dakwaan beliau memukul saya adalah hanya spekulasi semata mata,” katanya.
Sebelum ini terdapat dakwaan disebar meluas di Internet bahawa beliau dipukul di belakang oleh Razman kerana mengkritik Presiden PAS Datuk Seri Abdul Hadi Awang.
The Malaysian Insider melaporkan bahawa insiden itu berlaku selepas beliau membangkitkan berhubung tindakan terhadap sekumpulan anggota PAS yang berdemonstrasi dan mendakwa beberapa pemimpin kanan parti itu berusaha menjatuhkan Hadi.
Dalam kenyataannya hari ini, beliau berkata “spekulasi tidak boleh menggantikan kebenaran”.
Belambak perkara maksiat di Nilai N9 tapi Ustaz yang ngajaq tak ada tauliah di pulun tangkapnya
Keputusan mahkamah tidak patahkan semangat Pakatan Rakyat
Selepas Anwar ke Penjara, Adakah Kedudukan Najib Makin Selamat?

Siapa ketua pembangkang baharu?

Anwar lucut kelayakan ahli parlimen
Datuk Seri Anwar Ibrahim hari ini lucut kelayakan sebagai seorang anggota Parlimen berikutan keputusan Mahkamah Persekutuan mengekalkan hukuman penjara lima tahun setelah menolak rayuannya terhadap sabitan dan hukuman penjara itu bagi kesalahan meliwat bekas pembantu peribadinya tujuh tahun lalu.
Ini adalah kali kedua, Anwar lucut kelayakan sebagai anggota Parlimen setelah didapati bersalah oleh mahkamah dan dihukum penjara melebihi setahun.
Perkara 48(1)(e) Perlembagaan Persekutuan menyatakan seseorang anggota Parlimen boleh dilucutkan kelayakannya jika beliau dijatuhi hukuman penjara lebih daripada setahun atau didenda lebih daripada RM2,000.
Dr Mohd Hatta Bin Ramli yang ku kenali ..
Kita memilih jalan demokrasi, maka ruang demokrasi mestilah dipamerkan
Remaja Islam dan konsert maksiat

Merujuk kejadian itu, saya mendapat beberapa soalan menanyakan mengenai hukum lelaki dan wanita bersentuhan dengan sengaja setelah ada beberapa pihak mengatakan ia dibolehkan.
Apabila kita bercakap atas nama Islam, semaklah dahulu adakah Islam membenarkan atau tidak, Islam mengatakan ia halal atau haram. Jika Islam mengatakan haram, maka haramlah hukumnya. Tidak boleh kita menghalalkan.
Lelaki, wanita bersentuhan
Saya tertarik membaca ulasan Syaikh Muhammad Amin Al-Syanqithi dalam Adwa-ul Bayan apabila dia membahaskan mengenai menyentuh perempuan bukan mahram. Hukumnya dimaklumi haram dan beliau membahaskan sebab dan hujahnya melalui beberapa sudut:
Pertama, kerana dalilnya jelas. Aisyah RA berkata: "Siapa saja wanita Mukminat yang mengikrarkan hal ini, maka dia telah diuji." Rasulullah SAW sendiri berkata ketika wanita Mukminat mengikrarkan yang demikian: "Kalian boleh pergi kerana aku sudah membai’at kalian".
Liwat II: Hukuman penjara Anwar kekal lima tahun
2pm: Hakim beredar daripada mahkamah. Laungan "reformasi" dan "Allahuakhbar" gamatkan dewan mahkamah. Anwar memeluk penyokongnya.
1.57pm: Hakim berkata mahkamah mengekalkan hukuman penjara lima tahun seperti dijatuhkan oleh Mahkamah Rayuan sebelum ini.
1.38pm: Lima hakim yang mendengar rayuan itu meninggalkan tempat duduk mereka sewaktu Anwar membangkitkan konspirasi politik, termasuk mendakwa mereka "tunduk pada tuan politik" mereka.
"Yang arif boleh mengharumkan nama (dalam keputusan ini). Tetapi yang arif tetap memilih menyebelahi kegelapan," tambahnya, mendorong hakim mendesaknya agar berhenti.
Siapa sebenarnya yang membakar jambatan PR?
Anwar bersalah, mahkamah tangguh sejam
SITI AZIELAH WAHI10 Februari 2015
PUTRAJAYA - [DIKEMASKINI] Mahkamah Persekutuan sebentar tadi memuktamadkan Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim bersalah meliwat pembantu peribadinya, Mohd. Saiful Bukhari Azlan, tujuh tahun lalu.
Keputusan sebulat suara yang dibacakan Ketua Hakim Negara, Tun Arifin Zakaria itu menolak rayuan Ahli Parlimen Permatang Pauh itu.
Bagimanapun, mahkamah ditangguhkan sejam bagi pihak pendakwaan mengemukakan hujahan berhubung hukuman terhadapnya.
Arifin membacakan keputusan itu selepas mendapati pihak pendakwaan berjaya membuktikan kes melampaui keraguan munasabah.
Turut bersidang, Presiden Mahkamah Rayuan, Tan Sri Md Raus Sharif, Tan Sri Abdull Hamid Embong, Tan Sri Suriyadi Halim Omar dan Datuk Ramly Ali.
Rayuan akhir Anwar itu telah didengar selama lapan hari bermula 28 Oktober hingga 7 November tahun lalu di hadapan panel lima hakim mahkamah tertinggi negara.
Pemerhati tak nampak siapa pengganti Anwar
RAZIATUL HANUM A. RAJAK

Jadikan golf sukan rakyat, mampukah?
Harga barang: Turunkan juga kadar tol

Sidang media tanpa Abdul Hadi redakan keadaan?

Pensyarah kanan Fakulti Sains Sosial, Universiti Malaysia Sarawak (Unimas), Dr Jeniri Amir berkata, tindakan itu bagi menghindarkan Abdul Hadi daripada dikemukakan soalan berhubung kemelut dalaman PR melibatkan hukum hudud dan pilihanraya pihak berkuasa tempatan (PBT) yang masih belum selesai.
“Itu strategi untuk elak daripada ditanya kepada Hadi dalam usaha untuk tidak merumitkan lagi masalah mereka. Jadi, cara terbaik adalah memastikan Hadi tidak tampil dalam sidang media itu.
“Kalau tidak, sudah pasti wartawan akan kemukakan pelbagai soalan kepada Hadi. Ini bukan saja menyulitkan Hadi tapi juga kepada PR. Itu strategi yang betul sebab isu itu akan dibincangkan dalam mesyuarat akan datang,” katanya kepada Sinar Online, hari ini.
Jangan letak rokok elektronik dalam bagasi

Peraturan baharu ini walau bagaimanapun tidak mengubah peraturan asal yang tidak membenarkan penumpang merokok di dalam kabin pesawat.
Menurut MAS, Pentadbiran Penerbangan Persekutuan (FAA) telah mengeluarkan amaran keselamatan mengesyorkan semua operator penerbangan memastikan rokok elektronik dibawa penumpang di dalam kabin dan bukannya di dalam bagasi di ruang kargo.
“Penumpang hanya dibenar membawa rokok elektronik ke dalam kabin penumpang bagi memastikan risiko keselamatan dapat dikenal pasti dan ditangani dengan segera sekiranya berlaku insiden tidak diingini,” kata MAS dalam kenyataan itu.
FAA berkata peraturan baharu itu susulan insiden kebakaran membabitkan rokok elektronik.