TERKINI :

Monday, February 9, 2015

Anwar - Mungkin akan hilang sebutir bintang di langit zaman esok..!!

ANWAR IBRAHIM – MUNGKIN HILANG SEBUTIR BINTANG DI LANGIT ZAMAN

http://www.mole.my/sites/default/files/images/mole-Anwar-Ibrahim-Pakatan-Rakyat.jpg
Seeingat aku nama ‘Anwar Ibrahim’ tidak pernah ‘padam’. Semenjak zaman persekolahan ( awal tahun-tahun 1960an) ketika beliau menuntut di Malay College dan aku menuntut di Clifford School, Kuala Kangsar nama ‘Anwar Ibrahim’ sudah mula ‘bergema’ terutama dalam kegiatan berpersatuan dan dalam lapangan perbahasan. Sehinggalah kini ( sudah memasuki Kurun k 21) nama ‘Anwar Ibrahim’ masih menguasai pemikiran rakyat Malaysia.

Pada tanggapan aku nama ‘Anwar Ibrahim’ mula ‘meletup’ ketika beliau mula memimpin Persatuan Bahasa Melayu University Malaya. Walaupun isu bahasa merupakan agenda utama yang diperjuangkan pada ketika itu namun banyak juga isu-isu lain yang diketengahkannya demi untuk ‘mengisi’ perjuangan memertabatkan kemerdekaan negara. Walaupun tidak disenangi oleh pihak pemerintah pada ketika itu, namun beliau bersama-sama dengan pemimpin lain meneruskan perjuangan tanpa henti.

Sehingga tahun 1974, University Malaya merupakan tempat yang penuh dengan ‘happening’ dan salah satu sebab yang terjadi demikian adalah disebabkan adanya manusia bernama Anwar Ibrahim. Tanyalah ‘atuk-atuk’ dan ‘opah-opah’ yang menuntut di University Malaya pada ketika itu akan bersetuju dengan kenyataan aku bahawa memang Saudara Anwarlah yang ‘memeriahkan’ suasana university pada ketika itu.

Adakah pimpinan PR mahu perubahan atau BN kekal..!!??

Oleh SUBKY LATIF


MOGA-moga perselisihan antara Setiausaha Agung DAP Lim Guan Eng yang juga bos parti dan Setiausaha Agung PAS, Datuk Mustapa Ali sebagai penasihat pertama bos partinya sudah selesai atau sekurang-kurangnya telah reda setelah pemimpin utama Pakatan Rakyat tampil bagi meleraikan perbezaan antara keduanya.

Sekalipun ia melibatkan dua individu penting PAS dan DAP belum dikira masalah bagi kedua-dua parti, tetapi menyentuh integriti pimpinan parti masng-masing, jika ia lambat dan tersalah urus boleh menjejas jihad menawan Putrajaya.

Urusan dan pengendalian integriti pimpinan antara parti amat perlu dijaga oleh mana-mana tahaluf siyasi. Kepentingan dan keutamaan itu tentu diketahui semua pihak.

Oleh sebab masing-masing sudah bergaduh, sekecil mana pun, ia perlu ditangani segera dan elakkan daripada berlanjutan.

Keutamaan Pakatan Rakyat dan setiap komponennya adalah jihad menawan Putrajaya daripada Barisan Nasional. Jihad bukan suatu yang mudah. Ia penuh ranjau dan enau. Ia ada syaratnya. Semua tentu sudah tahu syarat-syarat itu iaitu menjauhkan banyak perbezaan.

Sapa nak pie Mahkamah pasai kes Anwar esok pie la, tapi ingat tak ada sapa nak bayaq duit minyak pun..!!

Penyokong Anwar dibayar RM100 dan RM150 duit minyak?.. Fitnah tu... 


Hari ini, ramai penyokong parti pembangkang menerima mesej menerusi telefon bimbit berkenaan elaun solidariti.

Sama ada benar atau rekaan ia tidak dapat dipastikan, mesej berkenaan memberitahu, sesiapa yang ingin memberi sokongan kepada Ketua Umum PKR, Datuk Seri Anwar Ibrahim di Istana Kehakiman Putrajaya esok boleh mendapatkan elaun.

Esok, mahkamah akan memberi keputusan dalam kes liwat Anwar dan bekas kakitangannya, Mohd. Saiful Bukhari Azlan.

Mesej itu juga kononnya ditulis oleh Penyelaras Jingga 13, Fariz Musa. Dalam mesej itu, Fariz dikatakan mengarahkan penyokong Anwar boleh mendapatkan wang RM100 seorang dan RM150 bagi duit minyak bagi sebuah kereta.

Hanipa Maidin dipukul dalam mesyuarat PAS, kata sumber

 Ahli Jawatankuasa (AJK) PAS Pusat Mohamed Hanipa Maidin dikatakan 'diserang' beberapa pemimpin PAS selepas beliau mengkritik Presiden PAS Datuk Seri Abdul Hadi Awang pada mesyuarat parti Islam itu semalam. – Gambar fail The Malaysian Insider, 9 Februari, 2015.
Ahli Jawatankuasa (AJK) PAS Pusat Mohamed Hanipa Maidin dikatakan 'diserang' beberapa pemimpin PAS selepas beliau mengkritik Presiden PAS Datuk Seri Abdul Hadi Awang pada mesyuarat parti Islam itu semalam. – Gambar fail The Malaysian Insider, 9 Februari, 2015.

Ahli Jawatankuasa (AJK) PAS Pusat Mohamed Hanipa Maidin dipukul dua kali di belakang oleh Pesuruhjaya PAS Perak, Razman Zakaria dalam kekecohan yang berlaku semasa mesyuarat parti Islam itu semalam, menurut sumber parti.

Sumber itu memberitahu, sehari selepas kejadian itu, Hanipa yang juga ahli Parlimen Sepang, masih terasa sakit kesan pukulan tangan itu.

Segalanya bermula apabila Hanipa bertanya kepada pengerusi mesyuarat dan Presiden PAS, Datuk Seri Abdul Hadi Awang mengenai tindakan parti terhadap pihak yang berdemonstrasi dan membuat pelbagai tuduhan terhadap Ahli Parlimen Kuala Krai, Dr Hatta Ramli.

Sumber mengatakan, selepas Hadi menjawab beliau tidak tahu mengenai kejadian yang berlaku di luar ibu pejabat PAS semalam, Hanipa berkata: "Inilah masalahnya apabila presiden lemah dan tidak menjadi presiden kepada semua."

Najib Berani Atau Tidak?

Shahbudin Husin,


Apa pun keputusan Mahkamah Persekutuan esok iaitu sama ada Anwar Ibrahim akan didapati bersalah atau sebaliknya, perbualan rakyat sebenarnya lebih tertumpu kepada berani atau tidaknya Perdana Menteri, Najib Razak.

Meskipun kes Anwar ini melibatkan undang-undang dan bermula dengan aduan yang dibuat oleh bekas pembantunya, Saiful Bukhari Azlan yang mendakwa diliwat, tetapi majoriti rakyat lebih percaya ia mempunyai kaitan yang dekat dengan politik dan percaturan kuasa.

Tanggapan demikian bukan saja kerana nama Najib terkait sejak awal kes ini lagi iaitu bila mana Saiful didapati turut mengadu dan berkunjung ke kediamannya untuk mengadu diliwat oleh Anwar, bahkan tindakan kerajaan meletakkan peguam terkenal yang rapat dengan UMNO, Shafee Abdullah mengetuai pasukan pendakwaraya dalam rayuan di Mahkamah Persekutuan ini juga menimbulkan tanda-tanya.

Bagi kebanyakan rakyat, jika benar kes liwat ini hanya semata-mata berkaitan undang-undang antara Anwar dengan Saiful, kenapakah tidak dibiarkan saja pasukan daripada Jabatan Peguam Negara mengetuai pendakwaan?

Wan Zulkiflee diumum CEO baharu Petronas mulai April

Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak mengumumkan Datuk Wan Zulkiflee Wan Ariffin sebagai presiden dan ketua pegawai eksekutif (CEO) Petronas berkuat kuasa 1 April 2015 sehingga 31 Mac 2018.

Beliau akan menggantikan Tan Sri Shamsul Azhar Abbas yang tamat kontrak perkhidmatannya hari ini tetapi perkhidmatannya disambung dari 10 Februari 2015 sehingga 31 Mac 2015.

Dalam satu kenyataan, Najib berkata kerajaan mengucapkan terima kasih kepada Shamsul di atas sumbangan beliau kepada Petronas sejak memegang jawatan tersebut pada 2010.

Beliau telah berkhidmat dengan Petronas sejak 1975 dan memegang beberapa jawatan kanan pentadbiran. –Bernama, 9 Februari, 2015.

Saman Fitnah Anwar-Utusan: Mahkamah Tetapkan 13 Mac Tentukan Nilai Ganti Rugi

KUALA LUMPUR: Datuk Seri Anwar Ibrahim dan Utusan Melayu (M) Bhd gagal mencapai penyelesaian dalam saman fitnah berjumlah RM50 juta yang difailkan oleh Ketua Pembangkang itu. 

Hakim Mahkamah Tinggi, Hue Siew Kheng pada Isnin menetapkan 13 Mac depan untuk pendengaran hujah oleh pihak yang terlibat dengan penilaian ganti rugi berkenaan. 

Anwar menang dalam tuntutannya pada Januari 2013 selepas Mahkamah Tinggi memutuskan Anwar menang dalam saman terhadap Utusan yang menyiarkan dua buah artikel mengenai temubual beliau bersama dengan BBC berhubung dengan undang-undang homoseksual. 

Dalam saman yang difailkan itu, Anwar menamakan Utusan Melayu dan Ketua Pengarang Datuk Abdul Aziz Ishak sebagai defendan. 

Dalam penghakimannya, Hakim Mahkamah Tinggi, V.T. Singham (kini telah bersara) mengarahkan defendan membayar kos berjumlah RM45,000 kepada Anwar dan nilai ganti rugi akan ditentukan kemudian. 

Hakim Singham memutuskan bahawa perkataan yang digunakan dalam artikel tersebut bersifat memfitnah dan boleh menjejaskan reputasi dan karier politik Anwar. 

Hal ini kerana, dalam artikel tersebut menyatakan Anwar bukanlah seorang pemimpin yang boleh mengetuai Kerajaan Persekutuan. 

Pada 20 Januari 2012, Anwar telah memfailkan saman atas dakwaan defendan telah menerbitkan dua artikel berunsur fitnah terhadapnya dalam laporan muka depan akhbar berkenaan. 

Bagaimanapun, pada Januari tahun lalu, Mahkamah Rayuan menangguhkan keputusan Mahkamah Tinggi. Mstar

Dr Hatta Kena Tuduh Pakai Affidavit Sama Mcm Anwar Kena

Gelihati baca gelagat geng penuduh2 minta Dr Hatta berhenti.

Mereka kira hanya berbekalkan dokumen yang mempunyai cop Pesuruhjaya Sumpah, maka dakwaan mereka akan menjadi benar.

Dari pengamatan Tulang Besi terhadap dokumen mereka, bukti yang mereka bawa tidak lebih dari print-out message wassap.

Misalnya tuduhan PASMA mendapat RM1.6 juta dari DAP tiada bukti fizikal seperti wang ataupun bukti pembayaran diberikan.

Namun, oleh kerana laporan rasmi telah dibuat, dokumen akuan sumpah itu sudah cukup untuk dijadikan asas bagi mereka yang dituduh untuk membuat saman malu.

DAP dan PASMA terutamannya akan kaya raya dgn jumlah saman yang mereka bakal terima.

Dr Hatta pula patut menyaman Ketua Pemuda Kuantan merangkap adik sedara Mokhtar Senik Al Maunah.

Rahsia kenapa mesyuarat PR semalam berakhir tanpa pertengkaran terdedah..!!

Mesyuarat Pakatan tiada pertengkaran kerana ‘isu panas’ ditangguh
Ketua Pembangkang Datuk Seri Anwar Ibrahim (tengah) dan ahli Majlis Pimpinan Pakatan Rakyat pada sidang media selepas mesyuarat hari ini di Kuala Lumpur. – Gambar The Malaysian Insider oleh Seth Akmal, 8 Februari, 2015.
Ketua Pembangkang Datuk Seri Anwar Ibrahim (tengah) dan ahli Majlis Pimpinan Pakatan Rakyat pada sidang media selepas mesyuarat hari ini di Kuala Lumpur. – Gambar The Malaysian Insider oleh Seth Akmal, 8 Februari, 2015.

Selepas perbalahan dan saling berbalas kata-kata kasar menerusi kenyataan umum sejak beberapa bulan lalu, sedikit bukti menunjukkan DAP dan PAS masing-masing beralah di depan orang awam menerusi media di mesyuarat pimpinan Pakatan Rakyat (PR), hari ini.

Semua personaliti yang terbabit dalam perbalahan baru-baru ini kelihatan mesra, berbudi bahasa dan sopan santun antara satu sama lain.

Setiausaha Agung DAP Lim Guan Eng duduk di sebelah Presiden PAS Datuk Seri Abdul Hadi Awang dan ketua menteri Pulau Pinang itu dan setiausaha agung parti Islam berkenaan Datuk Mustafa Ali kelihatan berbaik-baik antara satu sama lain.

Peniaga: Kami pilih hudud berbanding Ismail


Seminggu selepas kenyataan "boikot peniaga Cina" oleh Datuk Seri Ismail Sabri, kemarahan masih membekas dalam dada kumpulan itu.

Ketika ditanya, ada antara mereka lebih sanggup menerima hudud yang ingin dibawa PAS berbanding berdepan dengan pihak seperti menteri Umno itu.

Ketika diwawancara Malaysiakini, beberapa peniaga turut menggelar Ismail "tiada otak" kerana menulis kenyataan kontroversi itu di Facebook.

Presiden Persatuan Pemborong Barangan Logam Malaysia Low Cheng Ho berkata mereka kecewa dan sedih dengan kejadian itu.

Jika tiada perubahan dalam kerajaan, tambahnya, kenyataan sama akan terus muncul dari masa ke semasa.

"Jika tidak, saya dan kamu akan terus berbual perkara ini sampai 30 tahun lagi," katanya.

Jika pilihan raya umum berlangsung sekarang, Low percaya, "10 daripada 10 orang melawan" kerajaan yang memerintah.

Beliau juga berkata berurusan dengan menteri Umno lebih teruk berbanding hudud.

"Saya lebih sanggup ada hudud daripada Ismail Sabri," kata Low.

"Selain hudud, yang sebenarnya tidak bagus, (dasar PAS) yang lain adil kepada orang Cina," kata Low. MK

Hudud : Pas bawa ke sidang DUN Kelantan tapi bukan ke parlimen

'PAS jamin tak bawa hudud ke parlimen lagi'

PAS memberi jaminan tidak akan membawa rang undang-undang persendirian berkaitan hudud ke parlimen selagi perkara berkaitan tidak diputuskan oleh Majlis Presiden Pakatan Rakyat.

Ketua penerangannya Datuk Mahfuz Omar (bawah) berkata hudud itu tidak boleh dilaksanakan selagi tidak mendapat persetujuan bersama gabungan pembangkang.

"Apa yang dibincang dalam mesyuarat semalam, jangan bawa ke Parlimen lagi.

"Jadi bawa setakat dewan negeri (Kelantan) saja, sehingga diputuskan oleh Majlis (Presiden) Pakatan Rakyat," katanya.

Mengulas pengumuman Kelantan untuk mengadakan sidang khas berkaitan Undang-undang Enakmen Syariah II, Mahfuz menjawab:

"Ia bukan undang-undang baru, enakmen itu sudah ada. Mereka nak buat pindaan sahaja.

"Mereka nak pinda beberapa perkara untuk dikemaskini," katanya menjawab soalan pemberita.

Semalam, mesyuarat Pakatan tidak membuat sebarang kata sepakat dalam perkara berkaitan pelaksanaan hudud dan pilihan raya tempatan (PBT) serta akan membawanya ke mesyuarat khas.

Namun selang beberapa jam selepas itu, menteri besar Kelantan mengumumkan akan meneruskan sidang kas DUN berkaitan hudud yang ditangguhkan sebelum ini.

Mahu jadi pemimpin atau murid sekolah?

Oleh Amin Iskandar

http://1.bp.blogspot.com/-J756pYCfi90/TWHDumJ9-4I/AAAAAAAAG1s/n2WpqjuWZyk/s400/5+melur.jpg
Gambar Hiasan
Seorang pemimpin itu dihormati kerana kepimpinannya dan bukan kerana dia mahu orang menghormatinya. Apabila seseorang itu menjadi pemimpin, berkelakuanlah seperti seorang pemimpin, hormat akan datang kemudian.

Jika seseorang pemimpin itu sering merajuk, dia tidak mempunyai kualiti kepimpinan dan tidak layak memimpin kerana perangainya seperti murid sekolah.

Pemimpin yang baik membuat keputusan jelas dan mudah difahami pengikutnya.

Jika tidak dapat hadir ke mesyuarat kerana masalah kesihatan atau sibuk di luar negara, hormatilah wakil yang menggantikannya dan bukan menolak keputusan mesyuarat kemudiannya.

Kadangkala, pemimpin tidak baik itu terus kekal berkuasa kerana mempunyai pengikut yang terlalu taksub.

Kukuhi gabungan PR, penuhi tanggungjawab

Oleh Ustaz Ahmad Awang

http://afifbahardin.com/wp-content/uploads/2014/09/pr1.jpg
Saya mengikuti dengan penuh kehairanan dan kebimbangan, perkembangan mutakhir hubungan antara anggota parti-parti Pakatan Rakyat. Ianya kelihatan seolah-olah perbalahan di antara ketiga-tiga parti lebih diutamakan pemimpin-pemimpin tertentu berbanding dengan berbalah dengan Umno/BN! Sedangkan Umno/BN adalah merupakan musuh bersama (common enemy) yang mana untuk menhadapi mereka, Pakatan Rakyat dibentuk.

Saya tidak tahu samada perbalahan bersama ini ditimbulkan atas sebab adanya agenda tertentu mereka yang berbalah, atau atas sebab mereka menganggap, perbalahan adalah cara terbaik untuk mengukuhkan Pakatan Rakyat. Sekiranya mereka berbalah dengan penuh kesedaran perbalahan ini akan merosakkan PR, maka saya anggap mereka gagal memenuhi tugasan mereka sebagai pemimpin yang bijak dan berhemah.

Sebagai pemimpin tanggung-jawab dan kewajipan utama kita, dalam suasana politik semasa, adalah untuk mengukuhkan Pakatan Rakyat. Ini adalah kerana usaha membebaskan rakyat dari penindasan dan kezaliman Umno/BN akan hanya mampu dilaksanakan melalui Pakatan Rakyat buat masa ini kerana PR adalah entiti gabungan politik yang mampu mencabar Umno/BN.

Abdul Hadi sebagai presiden Pas dalam keadaan tertekan dan tidak popular

Oleh Mohd Sayuti Omar

http://www.mstar.com.my/~/media/upload/2015/02/08/11/02/hatta.ashx?w=620&h=413&crop=1&/
Apa yang dirakam dalam gambar ianya benar berlaku. Sekumpulan anak-anak muda yang baru tumbuh susuh dan belajar berkokok dalam "gok" politik membuat unjuk rasa di perkarangan bangunan Pas di Jalan Raja Laut kerana tidak berpuas hati kepada dua pimpinan Pas Dr Mohd Hatta Ramli dan Mohamad Sabu.

Dalam pada itu juga mereka memberi semangat kepada presideng dengan seruan suci lagi mulia; Allahuakbar sebaik saja Hadi sampai di perkarangan pejabat Pas yang dibeli dengan harga RM6.7 juta atas inisiatif Husam Musa dan rakan-rakan itu.

Apa yang boleh difahami terhadap apa yang berlaku kini jelas menunjukkan Abdul Hadi sebagai presiden Pas dalam keadaan tertekan dan tidak popular. Beliau terpaksa menumpang semangat anak-anak muda yang baru tumbuh susuh dan belajar berkokok dan bertahrah pun belum sempurna.

Najib beri peruntukan RM2juta untuk mempromosi golf di peringkat sekolah

KUALA LUMPUR, 8 Feb (Bernama) -- Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak mahu golf bukan sahaja menjadi sukan elit malah diperluaskan sebagai sukan rakyat yang boleh dinikmati oleh lebih ramai rakyat Malaysia.

Sepatutnya semua lapisan rakyat negara ini boleh bermain golf, kata beliau sambil berharap lebih ramai rakyat Malaysia muncul sebagai pemain golf terkemuka pada masa akan datang.

"(Dalam hal ini) saya ingin mengucapkan tahniah kepada Persatuan Golf Malaysia (MGA) kerana memulakan program bagi menggalakkan golf di peringkat sekolah dengan 11 buah sekolah kini mengambil bahagian dalam program ini.

"Saya memberi RM2 juta kepada MGA untuk mempromosi golf di peringkat sekolah dan saya bersedia menyumbang lebih banyak lagi pada masa akan datang," katanya semasa berucap pada majlis penyampaian hadiah Kejohanan Golf Terbuka Maybank Malaysia 2015 di Kuala Lumpur Golf dan Country Club (KLGCC) di sini, hari ini.

Memang anda bukan "murid sekolah", tapi kelaku anda sedang diperhatikan oleh murid-murid lepasan sekolah..!!

 
KENYATAAN TG HAJI HADI – IBARAT RETAK MENUNGGU BELAH

Aku teringat ketika aku masih kanak-kanak dulu. Ada seorang kawan aku sentiasa melafzkan kata-kata seperti yang diperkatakan oleh TG Haji Hadi itu apabila beliau ditanya tentang samada dia mahu bersama atau tidak untuk pergi ke suatu tempat. Jawapannya hampir sama dengan apa yang disuarakan oleh TG Haji Hadi, ‘….Terpulang kepada saya nak hadir ke, tak hadir….”

Aku tidak pula mengatakan yang TG Haji Hadi berperangai seperti kanak-kanak. Dan kebetulan TG Haji Hadi juga menyatakan, ‘….Saya bukan anak murid sekolah, kita tengok dululah….” Namun apa yang dapat aku perhatikan bahawa tindakan TG Haji Hadi itu tidak menampakkan ketokohanya sebagai seorang pemimpin yang dewasa yang matang dalam menjelaskan sesuatu apatah lagi kredibilitinya sebagai seorang pemimpin parti berasaskan Islam di negara ini.

Sebagai seorang pemimpin yang berada dalam satu pakatan maka TG Haji Hadi seharusnya berfikrian sebagai satu pakatan yang memperjuangkan sesuatu berdasarkan persefahaman dalam suatu pakatan. TG Haji Hadi semangnya boleh mengikut sesuka hatinya sekiranya beliau bukan Presiden PAS, sekiranya beliau hanya seorang nelayan dari Rusila Terengganu, sekiranya TG Haji Hadi seorang guru agama pondok. Tetapi secara kebetulan TG Haji Hadi adalah seorang ketua parti PAS maka kehendak ahli perlu di hormati.

Exco - Kajian lapangan terbang antarabangsa di Kulim dijangka dapat bulan depan

Wartawan Sinar Harian

http://4.bp.blogspot.com/-lstUEaf2CR8/U6t_FRpE-dI/AAAAAAAADMM/kaZ6mNVjSHM/s1600/Kulim+Intl+Airport.jpg
ALOR SETAR - Kerajaan Kedah berharap kajian kebolehlaksanaan (feasibility) berhubung hasrat membina sebuah lapangan terbang antarabangsa di Kulim diperoleh lebih awal bagi membolehkan kerja-kerja asas dimulakan.

Exco Sains, Inovasi dan Teknologi Maklumat, Komunikasi dan Teknologi Tinggi, Datuk Norsabrina Mohd Noor berkata, setakat ini pihaknya masih menunggu status kajian terbabit yang dijangka diperoleh Mac depan.

“Bagaimana pun kita cuba mohon agar kajian kebolehlaksanaan itu dipercepatkan agar perancangan awal dapat dimulakan lebih awal, kerana projek itu mengambil masa untuk disiapkan,” katanya.

Kajian itu bagi memudahkan cara memproses keputusan yang akan dibuat di peringkat persekutuan kerana ia melibatkan banyak kementerian seperti Kementerian Pengangkutan dan Kementerian Kewangan serta Unit Perancang Ekonomi (EPU), Jabatan Perdana Menteri.

Norsabrina berkata, sementara menunggu hasil kajian, pihaknya turut membuat kajian tersendiri dari pelbagai aspek termasuk kewangan.

Malaysia Juara Piala Emas Bangabandhu 2015


KUALA LUMPUR, 8 Feb (Bernama) -- Skuad Bawah 22 Tahun negara (Harimau Muda) muncul juara Kejohanan Bola Sepak Piala Bangabandhu 2015 selepas menewaskan Bangladesh 3-2 pada aksi final di Stadium Nasional Bangabandhu, Bangladesh, pada Ahad.

Kemenangan tersebut adalah kedua diraih Malaysia selepas muncul juara edisi pertama pada 1996 menerusi kemenangan 2-1 ke atas kelab dari Indonesia, PSM Makassar.

Pada perlawanan itu, kapten pasukan Nazirul Naim Che Hashim meletakkan skuad negara di hadapan pada minit ke-31 menerusi sepakan percuma cantik pada perlawanan yang disiarkan secara langsung oleh sebuah televisyen berbayar.

Penyerang, S. Kumaahran menggandakan jaringan skuad negara pada minit ke-40 selepas mudah menolak masuk bola melalui hantaran rakan sepasukan.

Bersambung babak kedua, pasukan tuan rumah mengubah rentak permainan dengan lebih banyak melakukan serangan dan berjaya mengurangkan defisit jaringan menerusi tandukan Jahid Hasan Ameli pada minit ke-48.




Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...