TERKINI :

Sunday, February 8, 2015

Imej Presiden PAS tercalar teruk disebabkan perlakuan golongan pendemo pagi tadi..

klik link



Imej dan reputasi tuan guru presiden sbg ketua parti islam semalaysia dan naib ketua ulamak sedunia tercalar teruk dengan perlakuan golongan yg kononnya mengaku menyayangi dan mencintai tuan guru presiden pagi tadi..

justeru, JKKP perlu bertindak ke atas puak pentaksub ini mengikut Fasal 82 (1) (g) Perlembagaan PAS yg menetapkan bahawa "semua ahli PAS hendaklah mengawal diri supaya tidak melakukan sebarang tindakan yang menyalahi atau merugikan kepentingan parti."

Kenyataan mereka sudah dinafikan oleh S/Usaha Agung PAS
klik link
Maka Ustaz2 yg berhimpun depan Pejabat PAS Pusat tu Pembohong dan Pemfitnah... jadi sekarang tindakan perlu diambil kepada golongan tersebut/yang berhimpun didepan pejabat PAS pagi tadi... tidak kira siapa mereka nama baik PAS & PRESIDEN sudah tercalar....

GLC Kedah diminta jalin kerjasama strategik bangunkan negeri, kata Mukhriz

http://www.thestar.com.my/~/media/Images/TSOL/Photos-Gallery/Nation/2014/01/06/Datuk%20Mukhriz%20Mahathir.ashx/?w=620&h=413&crop=1&
Syarikat-syarikat berkaitan kerajaan (GLC) negeri Kedah diminta menjalin kerjasama strategik dalam usaha membangunkan Kedah, kata Menteri Besar Datuk Seri Mukhriz Tun Dr Mahathir (gambar).

Katanya kerjasama strategik antara GLC negeri itu akan memastikan setiap inisiatif yang digariskan dalam Pelan Transformasi Kedah 2013-2018 dapat dicapai.

Beliau memberikan contoh kerjasama antara 2 GLC Kedah, Yayasan Islam Negeri Kedah (YINK) dan Permodalan Kedah Berhad (PKB) dalam projek pembangunan bercampur hari ini.

"Kolaborasi kedua-dua syarikat berkaitan kerajaan negeri Kedah itu amat tepat dalam menjayakan Pelan Transformasi Kedah untuk membangunkan negeri ini," katanya pada majlis pecah tanah cadangan projek tersebut bernilai RM160 juta dan dijangka siap dalam tempoh 2 tahun.

Kerjasama tersebut membabitkan pembinaan 2 blok kondominium dengan 455 buah unit, sebuah bangunan lima tingkat dengan pusat dakwah, dewan persidangan, bilik kuliah, parkir dan pejabat.

Pembangunan tanah milik YINK di Alor Setar turut menyaksikan pembinaan 41 buah unit lot perniagaan dan 900 petak parkir.

Anwar : Mesyuarat khas antara pimpinan PR akan diadakan untuk bincang bab HUDUD & P/Raya PBT

 
KUALA LUMPUR - Presiden Pas, Datuk Seri Abdul Hadi Awang sekali lagi menimbulkan seribu persoalan apabila beliau pulang lebih awal sebelum Majlis Pimpinan PR mengadakan sidang media di Pejabat Agung Pas, di sini, hari ini.

Sidang media itu bagaimanapun berlangsung tanpa kehadiran pemimpin tertinggi Pas itu dan tempatnya diambil alih oleh Timbalannya, Mohamad Sabu.

Perkara itu dimaklumkan Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim sendiri yang mengetuai sidang media itu dan disusuli kenyataan bersama oleh Setiausaha Agung DAP, Lim Guan Eng.

"Abdul Hadi datang dari awal sampai akhir (mesyuarat Pimpinan PR) dan beliau memohon maaf kerana pulang sebelum sidang media.

"Hadi sampaikan salam, dan sebenarnya dia tangguhkan program dia, dia sepatutnya meninggalkan majlis lebih awal tetapi dia sampai akhir mesyuarat," katanya pada pemberita selepas mempengerusikan mesyuarat Majlis Pimpinan PR di Pejabat Agung Pas, di sini, hari ini.

Mustafa nafi wujud komplot jatuhkan Hadi


Setiausaha Agung Pas, Datuk Mustafa Ali nafi dakwaan wujud konspirasi dalaman untuk jatuhkan Presiden Pas, Datuk Seri Abdul Hadi Awang.  
Setiausaha Agung Pas, Datuk Mustafa Ali nafi dakwaan wujud konspirasi dalaman untuk jatuhkan Presiden Pas, Datuk Seri Abdul Hadi Awang.

KUALA LUMPUR - Setiausaha Agung Pas, Datuk Mustafa Ali menafikan dakwaan wujudnya konspirasi dalaman untuk menjatuhkan Presiden Pas, Datuk Seri Abdul Hadi Awang.

Beliau menegaskan pihaknya enggan melayan sebarang gerakan dalaman yang cuba memecahbelahkan kepimpinan Pas.

"Tak ada (konspirasi), saya tidak pakai semuanya itu," katanya kepada pemberita selepas mesyuarat Jawatankuasa Pas Pusat di Pejabat Agung Pas, di sini, hari ini.

Beliau berkata demikian mengulas dakwaan Ketua Pemuda Pas Kuantan, Noorzazilafadli Ibrahim yang  mendakwa terdapat usaha untuk menguasai Pas Pusat dan menjatuhkan Abdul Hadi.

Hadi, Guan Eng hadir mesyuarat PR


Datuk Seri Anwar Ibrahim, Datuk Seri Abdul Hadi Awang dan Lim Guan Eng dalam Mesyuarat Tertinggi Pakatan Rakyat di Ibu Pejabat PAS, Jalan Raja Laut. Foto Sinar Harian oleh SHARIFUDIN ABDUL RAHIM  
Datuk Seri Anwar Ibrahim, Datuk Seri Abdul Hadi Awang dan Lim Guan Eng dalam Mesyuarat Tertinggi Pakatan Rakyat di Ibu Pejabat PAS, Jalan Raja Laut. Foto Sinar Harian oleh SHARIFUDIN ABDUL RAHIM

KUALA LUMPUR - Pertelagahan antara pemimpin DAP dan Pas hari ini semakin reda apabila Setiausaha Agung DAP, Lim Guan Eng dan Presiden Pas, Datuk Seri Abdul Hadi Awang boleh duduk semeja dalam mesyuarat Majlis Pimpinan PR yang berlangsung kira-kira jam 2 petang tadi.
 
Walaupun Guan Eng sebelum banyak kali mengingatkan supaya Abdul Hadi hadir pada mesyuarat itu, namun hari ini terjawab apabila kedua-dua pemimpin boleh berlapang dada.
 
Mesyuarat Majlis Pimpinan PR itu dijadualkan bermula jam 2.30 petang tadi di Pejabat Agung Pas, di sini, hari ini.
 
Terdahulu, Pas mengadakan mesyuarat pimpinannya pada sebelah paginya di tempat yang sama.
 
Antara isu yang dijangka akan hangat dibincangkan ialah pelaksanaan hudud di Kelantan oleh Pas dan pilihan raya pihak berkuasa tempatan di Pulau Pinang oleh DAP.

Mesyuarat AJK PAS Pusat bincang muktamar

08 Februari 2015.

KUALA LUMPUR: Mesyuarat bulanan Jawatankuasa PAS Pusat pagi tadi berbincang mengenai muktamar parti itu yang akan berlangsung pada awal Jun nanti.

Setiausaha Agung PAS, Datuk Mustafa Ali berkata, mesyuarat yang dipengerusikan Presiden, Datuk Seri Tuan Guru Abdul Hadi Awang hanya membincangkan perkara-perkara asas membabitkan parti itu.

"Mesyuarat hari ini kita bincang perkara biasa seperti keahlian baru termasuk kewangan.

"Selain itu turut dibincangkan adalah muktamar yang kita akan adakan pada hulan Jun nanti," katanya.

Beliau turut memberitahu, muktamar pada tahun ini akan diadakan di Selangor dan beberapa cadangan tempat diberikan termasuk di Kuala Selangor.

"Lokasi kita akan bincang di mana diadakan nanti, termasuk pemilihan yang ada perubahan tetapi tidak banyak," katanya kepada pemberita di Pejabat Agung PAS, Jalan Raja Laut, hari ini.

Mudah-Mudahan Anwar Dipenjara...!!

Shahbudin Husin,


Tanggal 10 Februari 2015 hanya tinggal beberapa hari saja lagi. Tarikh itu begitu ditunggu-tunggu untuk melihat sama ada Anwar Ibrahim akan bebas atau didapati bersalah.

Jika bebas, ia adalah peluang terakhirnya untuk berjuang menawan Putrajaya bersama PR dengan imejnya yang sudah dibersihkan tetapi jika didapati bersalah pula, beliau mungkin menghuni penjara sekali lagi.

Bedasarkan keputusan Mahkamah Rayuan sebelum ini yang menjatuhkan hukuman lima tahun penjara keatas Anwar, jika bersalah, ada kemungkinan hukuman itu akan dikekalkan tetapi ramai juga menjangka lebih berat daripada itu.

Sejak Anwar dipecat daripada kerajaan pada 1998 dan menggerakkan kekuatan pembangkang, isu yang paling utama ialah mengajak rakyat melakukan reformasi dan perubahan.

Jika dilihat apa yang berlaku hari ini, hasrat kepada perubahan itu sudah meresap ke dalam jiwa dan keinginan majoriti rakyat. Hampir semua kelompok masyarakat bercakap tentang perubahan dan yakin dengan adanya perubahan saja negara ini menjadi lebih baik, perangai pemimpin lebih baik dan kekayaan negara diurus dengan lebih baik.

Malangnya Nasib Parti PAS ..

Oleh Mohd Sayuti Omar

Benarkah ni? Kalau benar malanglah nasib parti Pas. Politik hoha hoha macam itik kelaparan dlm gok.. yang menjadi budaya parti2 dlm BN sebelum ini sudah menular dalam parti agama itu.

Inilah bahana kalau menerima nasihat rakan yang jahat.

Kalau mahu Dr Hatta Ramli tiada dalam kepimpinan mudah sahaja nasihat Hadi Awang agar mintra Hatta berbuat demikian.

Sebagai presiden yang kena wala' saya jamin Hatta atau sesiapa saja tidak perlahap dengan jawatannya sekarang.

Dia dilantik bukan dipilih. Tindakan bodoh beginilah yang dimaksudkan Pas bukan parti Islam tetapi parti agama yg lebih kurang dgn parti sekular lain.

Wassalam Mso.-FB MSO

Kepimpinan Najib lemah berbanding Dr Mahathir, kata mufti Perlis

 Datuk Dr Mohd Asri Zainul Abidin berkata Datuk Seri Najib Razak perlu mengembalikan identitinya sebagai perdana menteri yang mewakili semua kaum di Malaysia. – Gambar fail The Malaysian Insider, 8 Februari, 2015.
Datuk Dr Mohd Asri Zainul Abidin berkata Datuk Seri Najib Razak perlu mengembalikan identitinya sebagai perdana menteri yang mewakili semua kaum di Malaysia. – Gambar fail The Malaysian Insider, 8 Februari, 2015. 

Kepimpinan Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak dilihat lambat bertindak, tidak seperti yang ditunjukkan Tun Dr Mahathir Mohamad, kata Datuk Dr Mohd Asri Zainul Abidin.

Mufti Perlis itu berkata, jika Najib tidak membaiki corak kepimpinannya, maka tidak mustahil Malaysia akan terus dilanda dengan masalah.

“Ini soal masalah kepimpinan. Najib lambat. Saya suka cara (bekas Perdana Menteri) Tun (Dr Mahathir Mohamad).

“(Sekarang) dekat bertumbuk, baru hendak buat keputusan. Itu pun tidak konkrit, yang (boleh) menggambarkan kepimpinan yang bagus. Kita perlu pemimpin bijaksana, pintar, (dan) tangkas. Saya rasa Najib pada masa ini tidak dapat memimpin dengan baik.

"Jika cara kepimpinan begini berterusan, negara tidak akan henti dengan masalah. Jadi Najib (perlu) kemas kini kepimpinannya. Apa yang berlaku dalam negara kini tidak baik,” katanya dalam satu wawancara bersama Sinar Harian.

Semua kaki bodek sudah tidak relevan dalam UMNO

http://media.themalaysianinsider.com/assets/uploads/articles/KHAIRUDDIN_ABU_HASSAN_150115_TMINAZIRSUFARI_04.jpg
KUALA LUMPUR: Ahli UMNO dinasihat tidak lagi mengamalkan dasar mengampu dan membodek pemimpin tertinggi parti terutama tindakan cuba mempertahankan isu syarikat pelaburan negara, 1Malaysia Development Berhad (1MDB).

Naib Ketua UMNO Bahagian Batu Kawan, Datuk Seri Khairuddin Abu Hassan berkata, kenyataan dangkal Ketua UMNO Bahagian Ampang, Datuk Ismail ‎Kijo yang mahu mematahkan segala agenda jahat yang didakwanya mengenai 1MDB harus difikirkan Ismail sekali lagi.

"‎Saya amat tertarik dengan kenyataan Ismail yang lemah mindanya, kalau hendak mengampu pun berpada-padalah.‎ ‎ "Apa yang Ismail tahu mengenai 1MDB? Jangan hendak menyerbu secara membabi buta. Nanti buruk padahnya.

"Kalangan kaki bodek seperti ini sudah tidak relevan lagi di dalam UMNO. Rakyat pun sudah menyampah dengan pemimpin minda lemah seperti ini," katanya ketika menghubungi Astro AWANI di sini hari ini.

Khairuddin mengulas kenyataan Ismail dan beberapa Ketua UMNO bahagian yang ‎mahu bangkit dan mematahkan agenda jahat pihak tertentu yang cuba melakukan sabotaj terhadap ekonomi negara dan 1MDB.

"Jika Eric Paulsen boleh dikenakan Akta Hasutan, kenapa tidak Ibrahim Ali?" - Ahli Parlimen UMNO

http://www.thestar.com.my/~/media/Images/TSOL/Photos-Gallery/Nation/2013/09/09/UDA%20PC%2001.ashx/?w=620&h=413&crop=1&
KUALA LUMPUR: Ahli Parlimen Pulai (Umno-BN) Datuk Nur Jazlan Mohamed hari ini berpendapat bahawa Akta Hasutan harus dikekalkan namun ia perlu dilaksanakan dengan berhati-hati dan adil.

Bagaimanapun katanya adalah malang kerana terdapat pemimpin atasannya yang telah menggunakan akta tersebut lebih dari yang sepatutnya.

"Malangnya pemimpin tertinggi saya mempunyai kecenderungan untuk menggunakannya lebih dari yang sepatutnya.

"Akta Hasutan harus kekal... gunakannya dengan berhati-hati dan adil. Eric Paulsen boleh didakwa, kenapa tidak orang lain juga?

"Mungkin tidak Ismail Sabri, tetapi mungkin Ibrahim Ali," katanya pada sidang media selepas majlis ulangtahun ke-lima Institut Hal Ehwal Demokrasi dan Ekonomi (IDEAS) dan juga ulangtahun memperingati hari keputeraan Almarhum Tunku Abdul Rahman Putra Al-Haj yang ke-112 di Memorial Tunku Abdul Rahman.

Demo depan pejabat PAS oleh Geng Ulamak suruh pecat AJK PAS Dr Hata Ramli dan kunco-kunconya..




Krisis PR: Pengikut rasa tak selesa


Ng Chai Hing  
Ng Chai Hing

KUALA TERENGGANU - Krisis yang melanda PR di peringkat pusat boleh mendatangkan kesan sehingga ke peringkat bawah.

Pengerusi DAP Terengganu, Ng Chai Hing ketika mengulas mengenai kemelut Pas dan DAP tidak menolak keadaan itu mendatangkan rasa kurang selesa di kalangan pengikut kedua-dua parti itu termasuk di negeri ini untuk berhubung antara satu sama lain.

Menurutnya, hubungan Pas dan DAP negeri juga agak perlahan walaupun kedua-duanya tiada masalah antara satu sama lain.

“Keadaan ini boleh dilihat apabila program Pas, dia tidak jemput kita, mungkin dia rasa tidak selesa. Kalau orang tidak jemput, saya pun tidak pergi tetapi biasanya saya akan hadir walaupun tidak dijemput. Tapi keadaan sekarang membuatkan saya juga rasa segan.

“Keadaan ini berlaku secara automatik dan spontan. Kalau Pusat nampak mesra, yang di bawah akan ikut. Kalau berlaku krisis hubungan antara dua parti, peringkat bawah juga terjejas,” katanya kepada Sinar Harian, di sini.

Jangan dok kata orang bodoh wahai Mahfuz, minah tu nak teliti macamana..draf pun tak nampak lagi!!

Mahfuz sifatkan Noor Farida seperti bodoh

http://www.themalaysiantimes.com.my/wp-content/uploads/2012/11/1102.jpg
KUALA LUMPUR: Kumpulan Tokoh Melayu (G2) yang terkemuka sepatutnya terdiri daripada orang-orang yang bijak, tetapi kenyataan jurucakapnya, Datuk Noor Farida Ariffin yang menolak Hudud menunjukkan hal yang sebaliknya.

Naib Presiden PAS, Datuk Mahfuz Omar berkata, Noor Farida sepatutnya meneliti undang-undang Islam itu sebelum mengeluarkan kenyataan yang kelihatan bodoh dan bertentangan dengan imej kumpulan yang digelar sebagai G25.

"Dia tidak jelas dengan Enakmen Jenayah Syariah Kelantan dan jika dia benar-benar tidak memahami sepatutnya bertemulah dengan mana-mana pegawai kerajaan negeri sebelum membuat kenyataan seperti itu.

Kuala Kedah - Harga tambang feri tidak berubah


Harga tiket perjalanan dari Kuala Kedah ke Langkawi.  
Harga tiket perjalanan dari Kuala Kedah ke Langkawi.

KUALA KEDAH - Harga tambang feri dari Kuala Kedah ke Langkawi didakwa tidak pernah berubah sejak kali terakhir ia dinaikkan pada 2007.

Kakitangan Terminal Feri Kuala Kedah yang hanya ingin dikenali sebagai Ahmad, 28, berkata, khabar angin menyatakan harga tambang feri naik ketika kenaikan harga minyak tahun lalu adalah salah faham semata-mata.

"Sebenarnya harga tambang feri kekal RM23 untuk dewasa dan RM17 bagi kanak-kanak berusia tiga dan 12 tahun sejak lapan tahun lalu.

“Harga tambang tidak berubah ketika kenaikan harga minyak berlaku baru-baru ini,” katanya.

Malah katanya, pengurusan feri tidak boleh menaikkan harga tambang feri sewenang-wenangnya tanpa kebenaran Jabatan Laut dan kementerian berkaitan.

Siang, malam barang kita naik

TOK PERAK

http://quranicgen.com/wp-content/uploads/2014/01/Harga-Barang-Naik1.jpg
*KATA Menteri Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan, Datuk Seri Hasan Malek, sekarang adalah masa terbaik bagi pemborong dan peniaga untuk menurunkan harga barangan.

Bukan sahaja menteri, pengguna pun berpendapat – dan berharap – sedemikian. Almaklumlah harga minyak sudah beberapa kali turun sejak kaedah pengapungan harga dilaksanakan bermula 1 Disember lalu.

Penurunan terkini pada 1 Februari, minyak RON95 dijual pada harga RM1.70 (turun 21 sen) seliter, RON97 RM2 (11 sen), diesel RM1.70 (23 sen). Tiga kali harga minyak turun dalam tempoh dua bulan, logiknya harga barang lain pun patut turun.

Hasan telah mengadakan beberapa pertemuan dengan pihak industri daripada peringkat pengilang, pemborong, pembekal sehingga peruncit, semua memberi reaksi positif.

Tetapi, sehingga hari ini belum ada barang turun harga. Sana-sini orang ramai mengeluh barang terus naik, tidak kira siang atau malam.

Tinggalkan Pakatan kalau tak hadir mesyuarat esok...

Sasterawan Negara Datuk A Samad Said berkata Presiden PAS Datuk Seri Abdul Hadi Awang tidak patut berkata mengikut suka beliau menghadiri mesyuarat sedangkan menghadiri mesyuarat tanggungjawab seorang pemimpin. – Gambar fail The Malaysian Insider, 7 Februari, 2015.
Sasterawan Negara Datuk A Samad Said berkata Presiden PAS Datuk Seri Abdul Hadi Awang tidak patut berkata mengikut suka beliau menghadiri mesyuarat sedangkan menghadiri mesyuarat tanggungjawab seorang pemimpin. – Gambar fail The Malaysian Insider, 7 Februari, 2015.

Presiden PAS Datuk Seri Abdul Hadi Awang perlu meninggalkan Pakatan Rakyat (PR) jika enggan menghadiri mesyuarat gabungan tersebut esok, kata Datuk A Samad Said.

Sasterawan negara yang mesra dengan panggilan Pak Samad itu berkata, Hadi perlu serius memberikan komitmen dalam PR kerana itu merupakan tanggungjawab pemimpin.

“Kamu mahu bergabung tetapi tak nak hadir. Apakah ertinya gabungan itu? Mesti ada rasa rendah diri dan sedikit rasa tolak ansur,” kata Samad kepada The Malaysian Insider dalam satu wawancara di Kuala Lumpur hari ini.

“Kalau tidak mahu ikut, jangan masuk. Duduk di luar saja. Saya fikir kadang-kadang pemimpin ini bermain di celah-celah akhbar. Dengan begitu, dia rasa agak terapung kuasanya.




Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...