TERKINI :

Saturday, February 7, 2015

Tak payah "cover line" lah wahai ANWAR, dah nak roboh dah pun PAKATAN RAKYAT nie..!!!

Tindakan Anwar tak ubah macam Pak Pandir

SATIRA SABTU                                                                                                


Mungkin ada yang tidak tahu cerita macam mana kisah Pak Pandir yang menyembunyikan guni garam kerana mengelakkan ianya diketahui oleh pencuri. Untuk menyelamatkan guni garamnya Pak Pandir cuba mencari helah dengan berbagai cara agar garamnya selamat.

Mulanya dia sembunyi disebalik busut kecil dalam semak. Dia ambil daunan menimbuskan guni garam berkenaan. Selesai dia menimbus guni berkenaan dia berundur setapak dua sambil mengintai-intai guni garam berkenaan, uji, apakah ianya diketahui pencuri atau tidak. Guni yang sudah ditimbus dengan daunan itu memang tidak kelihatan, tetapi Pandir tahu yang disitu ada guni garamnya.

Dia rasa tidak sedap hati dan curiga lalu dia mengambil semula dan cuba sembunyi di tempat lain. Kali ini dia menggantungkan guni berkenaan atas pokok. Sesiapa yang lalu di bawah pokok itu tidak akan nampak guni berkenaan, kecuali orang itu melenguk (jengok) ke atas.

Pandir rasa lega kerana kedudukan guninya tinggi dan selamat. Dia berundur dan seperti tadi juga dia mengintai-intai guni berkenaan. Tetapi, ah lagi sekali dia merasakan guni itu tidak selamat kerana kedudukan guni itu diketahui dan tidak terlindung dari pandangannya. Lantas dia membuat ukuran kalau dia tahu kedudukan guni itu maka pencuri juga akan tahu.

Dulu Kena Tegur Dengan Harussani, Kini Dr Asri Pula...

Shahbudin Husin,


Kehadiran Perdana Menteri di perayaan Thaipusam sekali lagi mengundang kritikan ulama. Kali ini Mufti Perlis yang baru dilantik, Dr Asri Zainal Abidin membuktikan sikap berani menegurnya kekal seperti biasa walaupun sudah berada dalam kerajaan.

Hanya beberapa hari selepas dilantik bagi kali kedua sebagai Mufti Perlis, beliau menegur kehadiran Najib di Batu Caves untuk perayaan Thaipusam baru-baru ini yang turut menyertai acara keagamaannya.

Kata beliau, "Najib boleh datang dengan memakai sut. Tidak salah berpakaian demikian. Yang penting Najib meraikan program keagamaan penganut Hindu kerana beliau Perdana Menteri dan menjaga kepentingan semua rakyat Malaysia."

Bagaimanapun, tambahnya, penasihat Najib perlu memaklumkan kepada penganjur agar tidak menghadiahkan kalungan bunga atau meminta Perdana Menteri memakai pakaian seperti orang Hindu ketika menyambut perayaan itu.

Menurut Dr Asri, orang Islam boleh hadir di upacara keagamaan agama lain tetapi dilarang turut serta atau mengambil bahagian dengannya.

Pegi mampus sama BN, sama PR, sama NAJIB, sama ANWAR, sama HADI, sama KIT SIANG..!!!!

Luahan Chegu Bard - Sendiri Cari Penyakit, Sendiri Tanggung.

Luahan Chegu Bar
Walaupun ya, kata2 aku amat kasar tapi ia perlu dikatakan supaya Chegu Bard kenal erti serik dan berubah.

Apa yang Chegu Bard buat ialah salah Chegu Bard sendiri. Sama macam aku menyalahkan diri aku bila diperbangangkan dan diperbodohkan oleh Pakatan Rakyat yang dalamnya ada PAS, PKR dan DAP.

Aku nak maki PR gak bila terasa diperbodohkan. Tapi aku laju2 fikir. Ia adalah diri aku sendiri yang tak reti gunakan akal untuk menilai. Sesiapa boleh menipu. Dan mereka boleh tipu apa saja. Tetapi pada saat aku memilih untuk percaya dan terheret dengan penipuan tersebut maka aku la yang salah. Takde sapa2 suruh aku percaya atau acukan pistol untuk aku mempercayai pun. So aku reflect diri aku. Aku dapati aku memang bersalah dan untuk membetulkan diri aku, aku tidak lagi boleh berada di jalan itu.

So, aku lari dan menjauh.

Ismail kata jangan panjangkan lagi

 
Menteri Pertanian dan Industri Asas Tani Datuk Seri Ismail Sabri terus mempertahankan kenyataannya agar pengguna memboikot peniaga Cina yang enggan menurunkan harga barangan.

Bercakap dalam satu forum pada malam tadi, Ismail berkata isu tersebut tidak harus dipanjangkan lagi sehingga menjadi isu kaum.

Sebaliknya, tumpuan harus diberikan pada hasratnnya – agar pengguna bersatu dan memboikot peniaga yang tetap enggan menurunkan harga barang walau dengan kejatuhan harga minyak.

“Kabinet telahpun setuju bahawa kita tidak perlu memanjangkan lagi isu ini, sebab kita perlu tahu bahawa kita memanjangkan lagi isu kaum, kita perlu tanya apa kesudahan yang kita cari. Kita perlu tanya.

Keretapi Landasan berkembar akan beroperasi Julai ini antara Ipoh-Pdg.Besar

ETS Ipoh-Padang Besar mula operasi Julai ini

IPOH - Perkhidmatan Tren Elektrik (ETS), yang menghubungkan Ipoh dan Padang Besar, akan mula beroperasi pada Julai depan.
    
Pengerusi Jawatankuasa Kesihatan, Kerajaan Tempatan, Hal Ehwal Pengguna, Alam Sekitar, Pengangkutan dan Hal Ehwal Bukan Islam negeri Datuk Dr Mah Hang Soon berkata, ini antara langkah kerajaan negeri dalam mempertingkat sistem pengangkutan awam bagi membantu serta memudahkan penduduk di kawasan Ipoh dan seluruh Perak.
    
"Jarak dari Ipoh ke Padang Besar adalah sejauh 329 kilometer dan harga serta masa perjalanan untuk ke destinasi akan diumumkan kelak," katanya selepas mempengerusikan mesyuarat pertama jawatankuasa itu di sini hari ini.
    
Perkhidmatan ETS pertama negara, yang menghubungkan Kuala Lumpur dan Ipoh, mula beroperasi 12 Ogos 2010.
    
Tren pertama buatan Korea Selatan yang mempunyai enam gerabak setiap unit itu mampu bergerak 160 kilometer sejam serta hanya mengambil masa dua jam bagi perjalanan antara Kuala Lumpur dan Ipoh.

Semiga pihak berkuasa dapat atasi kelakuan sumbang remaja di Bandar Darulaman

Remaja berpelukan di tasik

JITRA - Gelagat segelintir remaja berdua-duaan di sebuah taman rekreasi di Bandar Darulaman mengundang perasaan kurang senang penduduk tempatan.

Peniaga yang hanya mahu dikenali sebagai Nur Amira, 30, berkata, adegan tidak senonoh itu dilakukan di kawasan agak sunyi di dalam semak berhampiran tasik berkenaan.

Menurutnya, perbuatan tidak bermoral dalam kalangan remaja itu boleh mendatangkan gegala yang lebih buruk sekiranya dibiarkan.

"Biasanya pada hari minggu, lebih ramai remaja menjadikan kawasan itu untuk melepak bersama pasangan masing-masing.

"Sebagai orang awam, saya sendiri berasa malu melihat mereka yang kebanyakannya mungkin masih bersekolah berpelukan tanpa segan silu di kawasan tumpuan," katanya.

Penduduk, Noor Hafiz Kamaruddin, 35, pula berkata, dia berharap masalah itu dapat dipantau pihak berkuasa agar masalah sosial yang lebih teruk dapat dielakkan.

"Kawasan rekreasi sepatutnya digunakan sebagai tempat beriadah.

"Saya harap pihak berkuasa dapat mengambil tindakan tegas dalam mengawasi aktiviti tidak bermoral seperti ini," katanya.

Sementara itu, Pegawai Agama Pejabat Agama Islam Daerah Kubang Pasu, Sheikh Radzi Abdul Mutalib berkata, pihaknya akan membuat pemantauan mengenai perkara itu dengan segera.

"Sebelum ini kita belum menerima sebarang aduan rasmi daripada orang ramai mengenai masalah ini.

"Kita akan membuat pemantauan dari masa ke semasa supaya perkara ini dapat dihalang," katanya.





Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...