TERKINI :

Friday, February 6, 2015

Rafizi: Umno tak rugi sisihkan Cina

PKR menjangkakan lebih banyak kenyataan pedas ditujukan kepada Cina daripada pemimpin Umno, khususnya selepas pilihan raya umum lalu yang menyaksikan sokongan meluas masyarakat itu kepada pembangkang.

Seorang naib presiden PKR berkata kenyataan "pulaukan peniaga Cina" Menteri Pertanian dan Industri Asas Tani, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob, baru-baru ini lanjutan kenyataan "tsunami Cina" perdana menteri.

"Kenyataan (Ismail Sabri) itu bukan yang pertama dan bukan pula yang terakhir," kata Rafizi Ramli (kanan), yang juga setiausaha agung parti itu.

"Akan ada banyak lagi kerana Umno percaya ia menguntungkan dengan memperkecilkan komuniti Cina, masyarakat itu dianggap tidak lagi penting dari segi politik, maka Umno tidak mempedulikan lagi kesan politik akibat tindakan itu."

Ismail Sabri baru-baru ini menjelaskan beliau tidak berniat menyerang peniaga Cina dan kenyataan boikotnya itu ditujukan kepada semua peniaga yang enggan menurunkan harga.

Susulan itu, Pejabat Perdana Menteri (PMO) mengeluarkan kenyataan bahawa menteri berkenaan tidak khusus kepada peniaga Cina.

Ngeh akan saman Ismail Sabri

Tokoh DAP Perak memulakan tindakan undang-undang terhadap menteri pertanian dan industri asas tani kerana mendakwanya "anti-Islam".

Datuk Ngeh Khoo Ham memberikan masa selama 48 jam kepada Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob untuk memohon maaf kepadanya sebelum tindakan saman diambil.

Ngeh merujuk kenyataan Ismail Sabri di Facebook awal minggu ini yang mempertikaikan sikap pengunjung Melayu yang masih setia dengan sebuah kateria "walaupun diragui".

Menteri itu juga mendakwa keluarga Ngeh "yang anti-Islam" mempunyai kepentingan dalam syarikat tersebut.

Bukan Cina, Bukan Melayu.. tetapi puak Politikus sebenarnya yang RASIS

Oleh: Dr Tanaka Mustafa

1) Menjadi viral video Ustaz Kazim Elias kritik bangsa cina. Beliau sendiri sudah buat laporan polis sebelum orang lain buat apabila mengetahui video tersebut tersebar.

2) Dalam video tersebut, secara ringkasnya beliau mengherdik orang Cina yang mempersoalkan ketuanan Melayu. Orang melayu jadi askar, jadi bomba, jadi cleaner bergadai nyawa menjaga keamanan, sedangkan orang Cina bersukaria dikelab-kelab malam, minum arak dan sebagainya.

3) Ustaz Kazim Elias menggambarkan bahawa orang Cina seolah-olah menjadi tuan disebabkan kebaikan orang Melayu bertolak ansur memberi Tanah, memberi kerakyatan, dan sebagainya.

4) Orang Cina melihat isi video itu sebagai perkara yang ofensif dan menghina kaum Cina. Dengan cepat mereka melabel Ustaz Kazim Elias sebagai rasis.

5) Saya Nampak ada kebenaran kata-kata Ustaz Kazim Elias, tetapi sangat tidak tepat jika ditujukan kepada seluruh kaum Cina. Maka Cina yang tidak bertepatan dengan contoh yang diberi oleh Ustaz Kazim akan bangun menentang kenyataan tersebut.

Keikhlasan Asri tegur Najib perlu diikuti

Mohd Sayuti Omar,

SERUAN JUMAAT                                                                                           
Mungkin Najib jahil mengenai implikasi kalung bunga itu.

Sesetengah pemuka agama Islam di negara ini mudah bingkas dan bangkit mempersoalkan praktikal liberalimse dalam beragama berbanding liberalisme dalam budaya (berpakian) yang menjolok mata atau pun bertentangan dengan ada budaya orang Melayu negara ini.

Misalnya pemuka agama mengecam amalan pemikiran liberalisme agama dengan melemparkan tuduhan pengamalnya sebagai khianat atau pun cuba memesongkan akidah umat Islam. Lebih dahsyat lagi diseru orang ramai agar menjauhi mereka yang cuba membawa fahaman liberalisme agama.

Tetapi mengenai berpakian yang menjolok mata dan melanggari tatasusila agama tidak pula mereka dibangkit dan prihatin. Misalnya apa yang berlaku kepada Perdana Menteri Najib Razak yang memakai baju Hindu dan dikalungkan bunga sebagai meraikan kehadiran beliau ke perayaan Thaipusam dua tiga hari lepas tidak menjadi masalah. Para pemuka agama seolah buta mata dan tidak terkesan kejadian itu.

Selepas Portugese, Belanda, British, Jepun dan British, kini kita dijajah oleh segelitiran elit negara

oleh Aspan Alias

http://4.bp.blogspot.com/_OuV5LYOUqGk/THt2J6Q7vuI/AAAAAAAAAY0/pLNNCCuaA1Y/s1600/JalurGemilangBg.jpg
Dalam tulisan saya semalam saya telah menyentuh bagaimana pemimpin dahulu menterjemahkan semangat nasionalis mereka terhadap negara dengan menggunakan kepakaran dan kemahiran dalam bidang ‘corporate take over’ yang diketuai oleh YBM Tengku Razaleigh untuk kepentingan negara. Rakan-rakan yang mahir dalam bidang ini telah menunjukan sikap nasionalis mereka dengan menggunakan kepakaran mereka dan membawa kembali syarikat besar yang dikuasai British yang menggunakan perniagaan mereka di negara ini.

Sebahagian nama-nama yang melaksanakan pengisian kemerdekaan itu telah saya sebut dalam posting saya semalam dan semuanya tidak mendapat dan tidak memilih untuk kepentingan peribadi mereka selain dari kepentingan rakyat dan negara. Hasil dari sikap nasionalis mereka kebanyakan syarikat yang berniaga di negara ini tetapi mempunyai pengkalan di London telah dibawa kembali dengan menggunakan ilmu dan kepakaran mereka untuk menyaksikan rakyat Malaysia menikmati hasil dari perniagaan perladangan dan bijih timah dari Malaysia.

Seperti yang disebutkan semalam hasil dari tindakan ini maka keuntungan dari perladangan yang luas itu tidak mengalir lagi ke London tetapi kekal di dalam negara ini untuk kepentingan dan rakyat dan negara ini. Semasa penjajahan dahulu, penjajah British telah membawa dan memunggah keuntungan besar ke Britain dan negara itu telah mendapat keuntungan yang banyak sejak ratusan tahun sebelum itu hasil dari kekayaan negara kita ini.

Isu p'raya: Jika Pakatan termakan lobi BN...

 
Kebelakangan ini terdapat banyak khabar angin mengatakan pemimpin Pakatan Rakyat dipujuk menyokong cadangan penambahan kerusi parlimen dan Dewan Undangan Negeri (DUN).

Mengikut maklumat awal, ada yang terpujuk untuk menyokong cadangan itu.

Tidak memeranjatkan apabila mendengar cerita pemimpin Pakatan dilobi untuk bersetuju.

Tetapi yang lebih mengecewakan apabila ada pemimpin-pemimpin yang bersetuju dan termakan dengan pujukan tersebut.

Pilihan raya umum yang pertama Persekutuan Tanah Melayu atau Malaya diadakan pada tahun 1959.

Parti Perikatan memenangi pilihan raya tersebut dengan majoriti dua pertiga yang membolehkan mereka meminda perlembagaan persekutuan.

Mereka pun memindanya bagi membolehkan mereka memegang kuasa selama-lamanya.

Antara pindaan terpenting adalah pemadaman tiga klausa dalam Perkara 116 yang menyatakan bahawa setiap kerusi parlimen mestilah mempunyai jumlah pengundi yang hampir sama dan jika ada perbezaan sekali pun, ia tidak boleh melebihi 15 peratus.

Nik Amar, jangan gelojoh, buat taklimat dahulu boleh tak?

http://media.themalaysianinsider.com/assets/uploads/articles/nikamar.jpg
Timbalan Menteri Besar Datuk Mohd Amar Nik Abdullah akan membentangkan rang undang-undang persendirian di Parlimen bulan depan bagi kelulusan melaksanakan hukum hudud ke Kelantan.

Mohd Amar berkata antara tujuan rang undang-undang persendirian itu ialah meminta kelulusan Parlimen untuk menaikkan had hukuman supaya memenuhi kehendak Al-Quran dan sunnah.

Sila baca aporannya di sini

1) Mengikut kenyataan Menteri Besar Kelantan Datuk Ahmad Yakob, rang undang-undang persendirian itu akan dibentangkan sebaik sahaja Dewan Undangan Negeri Kelantan meluluskan pindaan kepada yang Enakmen Kanun Jenayah Syariah II.

2) Sebelum ini, persidangan khas Dewan Undangan Negeri (DUN) Kelantan berkenaan pindaan kanun tersebut yang dijadualkan pada 29 Disember lalu terpaksa ditangguhkan berikutan banjir melanda negeri itu.

3) Taklimat mengenainya kepada JKPP yang dijadualkan pada 28 Disember lalu juga telah juga ditangguhkan.

Mufti tegur Najib..!!!

Jangan biar Najib pakai pakaian Hindu, kalungan bunga, kata mufti Perlis

Mufti Perlis Prof Madya Datuk Dr Mohd Asri Zainul Abidin minta penasihat Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak tegas menjaga batas Islam ketika pemimpin itu hadir majlis keagamaan bukan Islam. – Gambar fail The Malaysian Insider, 6 Februari, 2015.
 Mufti Perlis Prof Madya Datuk Dr Mohd Asri Zainul Abidin minta penasihat Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak tegas menjaga batas Islam ketika pemimpin itu hadir majlis keagamaan bukan Islam. – Gambar fail The Malaysian Insider, 6 Februari, 2015.

Mufti Perlis yang baru dilantik semula, Prof Madya Datuk Dr Mohd Asri Zainul Abidin, meminta penasihat kepada Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak lebih tegas dalam menjaga batas yang ditegah Islam ketika pemimpin nombor satu negara itu perlu menghadiri majlis keagamaan bukan Islam.

Beliau dilaporkan berkata di dalam Sinar Harian hari ini, penasihat perdana menteri perlu bertegas kepada penganjur program berkenaan demi memelihara kesucian agama Islam.

“Penasihat perdana menteri juga perlu memaklumkan kepada penganjur agar tidak menghadiahkan kalungan bunga kepada Najib atau memintanya memakai pakaian orang Hindu ketika menyambut acara keagamaan.

“Mereka perlu tegas dalam hal ini dan memaklumkan kepada penganjur Thaipusam di Batu Caves Najib boleh hadir dengan syarat tidak boleh mengambil bahagian dalam sebarang bentuk acara keagamaan penganut Hindu.





Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...