Makam Tok Rama terletak di tengah sawah kampung berkenaan.  
Makam Tok Rama terletak di tengah sawah kampung berkenaan.

ALOR SETAR - Beberapa makam lama di Kampung Alor Ganu, dekat sini, dikhuatiri menjadi tempat pemujaan nombor ekor bagi individu tidak bertanggungjawab.

Pengerusi Jawatankuasa Keselamatan dan Kemajuan Kampung (JKKK) Alor Ganu, Ismail Rejab, 63, berkata, beberapa makam menjadi mangsa pemuja nombor ekor.

“Antaranya seperti Makam Tok Cengkoi, Makam Tok Rama, Makam Lidah Hitam dan Makam Tok Kelewang kerana dipercayai memiliki keramat tersendiri.

"Sebagai contohnya, Makam Tok Rama yang terletak di tengah sawah. Namun, ada pemuja menerima padah apabila didakwa mengalami beberapa gangguan,” katanya.

Malah, menurutnya, beberapa pemuja nombor ekor berdepan peristiwa pelik, seperti menemui ular tedung selar hitam ketika melakukan perbuatan syirik terbabit.