TERKINI :

Wednesday, February 4, 2015

Usah salahkan peniaga Cina, atasi kemalasan kerajaan menguatkuasakan undang-undang

KUALA LUMPUR: PAS menyatakan kekesalan terhadap kenyataan yang dikeluarkan oleh Menteri Pertanian dan Industri Asas Tani, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob di laman sosial Facebook yang menyeru seruan boikot kepada perniagaan kaum Cina.

"Kenyataan sebegini sungguh tidak bertanggungjawab dan berunsurkan perkauman yang boleh menjejaskan keharmonian masyarakat majmuk di Malaysia," kata Ketua Penerangan AS Pusat, Datuk Mahfuz Omar.

Beliau berkat, sungguh mengecewakan apabila kenyataan sebegitu dikeluarkan oleh seorang pemimpin yang bertaraf menteri kabinet.

Tambahnya, adalah tidak wajar jika seruan boikot dibuat kepada peniaga kaum Cina sedangkan masalah harga barang yang tidak turun ini berpunca daripada kegagalan pihak kerajaan sendiri untuk menguatkuasakan undang-undang sedia ada.

"Usahlah kerana ingin menutup kelemahan sendiri, orang lain pula yang menjadi mangsa," ujarnya dalam satu kenyataan.

Justeru, katanya PAS menuntut pihak kerajaan sendiri yang menunjukkan contoh teladan dalam menurunkan harga barang kawalan yang di bawah bidang kuasa kerajaan persekutuan iaitu harga gula, tepung gandum, minyak masak dan gas memasak.

Seiring dengan itu, ujar beliau tarif elektrik dan tambang pengangkutan awam wajar diturunkan oleh pihak kerajaan kerana kos penjanaannya sudah turun.

Katanya, apabila barang kawalan ini diturunkan harga pasti ia dapat meringankan bebanan kos sara hidup yang ditanggung oleh sekalian rakyat khususnya mereka yang berpendapatan rendah dan sederhana.

Sehingga hari ini, kata Mahfuz kerajaan tidak pula menyatakan hasrat untuk menurunkan harga barang di bawah kawalan mereka.

"Adakah ini bermakna Datuk Seri Ismail Sabri ingin menyeru rakyat agar memboikot kerajaan Malaysia pula yang gagal menurunkan harga barang kawalan?" tanya Ahli Parlimen Pokok Sena itu.

Katanya lagi, pihak kerajaan perlu bertindak dengan lebih proaktif,agresif dan bersepadu dalam menguatkuasakan Akta Kawalan Harga dan Anti Pencatutan 2010.

Menurutnya, akta tersebut bertujuan untuk melindungi pengguna daripada peniaga yang menjual barang dengan harga yang tinggi dan tidak munasabah, dengan tujuan untuk mengaut keuntungan yang berlebihan.

Beliau menambah, peranan Majlis Penasihat Harga yang berfungsi untuk menasihati Menteri Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan perlulah diperkasakan lagi agar penilaian harga barang dapat dibuat mengikut keadaan semasa.

PAS, ujar beliau turut menyeru agar pihak kerajaan dan para peniaga berusaha untuk melaksanakan kempen penurunan harga barang.

Tambahnya lagi, tatkala harga minyak petrol dinaikkan, harga barang turut dinaikkan atas faktor peningkatan kos pengeluaran dan pengangkutan.

"Jadi, mengapa pula ketika harga petrol sudah jatuh, harga barang masih kekal di paras yang sama?" tanya Mahfuz. - HARAKAHDAILY 3/2/2015

NFC diperintah bayar RM10 ribu kepada Nurul Izzah & Saifuddin

KUALA LUMPUR: Hakim Mahkamah Tinggi, Hue Siew Kheng telah membenarkan Pengerusi Eksekutif National Feedlot Corporation Sdn Bhd (NFCorp), Datuk Seri Dr Mohamad Salleh Ismail meminda jawapan kepada pihak defenden pertama dan kedua iaitu ahli Parlimen Lembah Pantai, Nurul Izzah Anwar dan Pengarah Pilihanraya PKR, Datuk Saifuddin Nasution.

Mohamad Salleh yang juga bertindak sebagai plaintif telah dikenakan kos sebanyak RM10 ribu yang dibayar kepada Izzah dan Saifuddin atas tindakannya meminda jawapan pembelaan.

Mahkamah turut menetapkan bayaran sebanyak RM10 ribu tersebut mengambil kira faktor prejudis dan juga ketidakselesaan defendan.

Peguambela bagi kedua-dua pemimpin PKR itu, Syed Ismat Syed Muhamad memberitahu media, mahkamah juga telah membenarkan Izzah dan Saifuddin sebagai defendan untuk memanggil semula saksi jika perlu.

Bukan itu sahaja, Syed Ismat turut menyatakan 3 March 2015 merupakan tarikh untuk pengurusan semula kes kerana sebelum ini, pada 7 Januari 2015 hakim mahkamah telah menetapkan 4 Februari (hari ini) bagi penghujahan.

Pada 24 Dis 2013, Mohamad Salleh dan syarikatnya memfailkan saman fitnah terhadap Nurul Izzah dan Saifuddin. FMT

Ismail: Tiada sebab saya perlu mohon maaf

Menteri Pertanian dan Industri Asas Tani Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob berkata tiada sebab untuk beliau memohon maaf berhubung kenyataan berhubung gesaan memboikot peniaga Cina yang enggan menurunkan harga barang.

Ismail Sabri berkata beliau telah menjelaskan dalam tulisan lain di Facebooknya bahawa tindakan sama harus diambil terhadap peniaga Melayu dan India yang bersikap sama.

"Saya hanya kata, 'dikatakan' dan bahawa majoriti peniaga adalah kaum Cina," katanya kepada pemberita di Putrajaya hari ini.

Apa motif lapor Ustaz Kazim pada polis?


Irwan Fahmi (tengah) bersama ahli Wira Perkasa dan Maap membuat laporan terhadap Tiong Lam di Balai Polis Manjoi semalam. 
 Irwan Fahmi (tengah) bersama ahli Wira Perkasa dan Maap membuat laporan terhadap Tiong Lam di Balai Polis Manjoi semalam.

IPOH - “Apa tujuan sebenar dia buat laporan polis? Itu reaksi Ketua Wira Perkasa, Irwan Fahmi Ideris berhubung laporan polis dibuat Pui Tiong Lam terhadap penceramah terkenal, Datuk Mohamad Kazim Elias.

Irwan Fahmi berkata, tindakan Tiong Lam membuat laporan polis berhubung satu klip video ceramah yang didakwa menghina masyarakat bukan Islam di negara ini menggambarkan seolah-olah ceramah agama disampaikan Ustaz Kazim dipenuhi cemuhan dan penghinaan terhadap kaum lain.

“Kita nak tanya dia (Tiong Lam), apa tujuan sebenar dia buat laporan polis? Apakah untuk memecah-belah umat Islam atau nak tunjukkan penceramah (Islam).

“Ini tindakan tak wajar, kita tak tahu apa tujuan dia (Tiong Lam) buat laporan polis itu," katanya kepada pemberita ketika ditemui selepas membuat laporan berhubung isu itu di Balai Polis Manjoi semalam.

Kerajaan negeri P/Pinang sambung semula lesen meniaga Line Clear untuk 2015

Line Clear dapat lesen sebab jadi ikon

Guan Eng (tiga kiri) bersalaman dengan pemegang lesen nasi kandar Line Clear untuk tahun 2015, Abdul Latif Thulkarunai sambil diperhatikan Exco Kerajaan Tempatan, Chow Kon Yeow (dua, kanan) dan Patahiyah (dua kiri) hari ini. 
 Guan Eng (tiga kiri) bersalaman dengan pemegang lesen nasi kandar Line Clear untuk tahun 2015, Abdul Latif Thulkarunai sambil diperhatikan Exco Kerajaan Tempatan, Chow Kon Yeow (dua, kanan) dan Patahiyah (dua kiri) hari ini.

GEORGETOWN - Walaupun beroperasi di kawasan yang tidak sesuai namun restoran nasi kandar Line Clear tetap diberi lesen kerana sudah menjadi ikon Pulau Pinang.

Ketua Menteri, Lim Guan Eng mengakui lesen perniagaan yang diberikan kepada pemegang lesen restoran itu kerana nama nasi kandar sudah menjadi ikonik.

Beliau berkata, langkah itu juga membuktikan usaha kerajaan negeri membantu peniaga Melayu walaupun perniagaan itu dijalankan di kaki lima.

“Jika ikut peraturan, nasi kandar Line Clear tidak layak diberi lesen perniagaan. Namun kerana nama besar Line Clear itu sendiri yang menjadi ikonik kepada Pulau Pinang, maka lesen dikeluarkan.

Akhirnya Bakal Ketua Pembangkang Malaysia sound Ismail Sabri..!!

Harga barang naik tiada kaitan dengan kaum, Dr Mahathir tegur Ismail Sabri

Bekas perdana menteri Tun Dr Mahathir Mohamad (kiri) dengan pengerusi Institut Penyelidikan Perhutanan Malaysia (FRIM) Zoal Azha Yusof. – Gambar The Malaysian Insider oleh Najjua Zulkefli, 4 Februari, 2015.
Bekas perdana menteri Tun Dr Mahathir Mohamad (kiri) dengan pengerusi Institut Penyelidikan Perhutanan Malaysia (FRIM) Zoal Azha Yusof. – Gambar The Malaysian Insider oleh Najjua Zulkefli, 4 Februari, 2015.

Tun Dr Mahathir Mohamad hari ini mengecam Datuk Seri Ismail Sabri Yaacob kerana membuat kenyataan berbaur perkauman mengenai perniagaan kaum Cina, mengatakan harga barangan yang naik tiada kaitan dengan kumpulan etnik peniaga.

Bekas perdana menteri itu berkata, daripada memainkan isu perkauman, Menteri Perniagaan dan Industri Asas Tani itu sepatutnya mencari punca sebenar masalah yang dihadapi.

"Itu cara yang negatif menyelesaikan masalah. Cari puncanya," katanya pada satu sidang media di Institut Penyelidikan Perhutanan Malaysia (FRIM).

"Mungkin dia tak fikir apa dia cakap, kalau dia fikir baik-baik, dia tak akan kata boikot barang jualan orang Cina," katanya.

Pakai berkuburlah motif pembunuhan Altantuya apabila mereka dihukum gantung sampai mati...

Bekas IGP: Tentukan motif apa lagi?

 
Bekas ketua polis negara Tan Sri Musa Hassan berkata motif dalam kes pembunuhan Altantuya Shaariibuu tidak perlu ditentukan, memandangkan “suspek utama” dalam kes itu sudahpun dibebaskan.

"Apabila suspek utama sudah dibebaskan, motif apa lagi yang hendak ditentukan?

“Suspek utama itulah orang yang tahu sebenar-benarnya mengenai apa yang berlaku,” katanya kepada Malaysiakini.

Musa berkata demikian ketika merujuk kepada penganalisis politik, Abdul Razak Baginda.

Penaung NGO antirasuah MyWatch itu ditanya motif pembunuhan yang tidak ditentukan oleh pendakwaan dan juga mahkamah sepanjang perbicaraan tersebut.

Jawapannya itu membayangkan bahawa motif berkenaan tidak perlu ditentukan dalam kes Azilah Hadri dan Sirul Azhar Umar – dua orang bekas komando polis yang didapati bersalah atas pembunuhan itu.

Kenyataannya itu juga membayangkan bahawa Azilah dan Sirul bertindak atas arahan, namun beliau enggan mengulas mengenai perkara ini.

Inilah natijahnya apabila cakap orang bawah tak dengar dan dok rasa depa betul..!!

'Tifo budaya satu dunia, tak kurang ajar'

 
Peminat bola sepak menganggap tindakan segelintir penyokong mempamerkan tifo anjing untuk menghina Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM) sebagai perkara biasa.

Ini kerana, kata mereka, amalan itu menjadi sebahagian daripada budaya bola sepak di seluruh dunia.

Penyokong tegar pasukan Malaysia, Hadi Khalid berkata perkara itu sebaliknya lebih sopan berbanding amalan lain seperti membakar suar atau berdemonstrasi.

"Mereka berhak buat, jika merasakan (pengurusan) bola sepak di Malaysia pincang dan tidak cekap.

"Saya rasa peminat ketika ini, guna cara ini (untuk mengkritik). Kita nak kritik cara apa lagi? Kalau demonstrasi di pejabat FAM atau (persatuan) negeri, kita ada Akta Perhimpunan Aman (menyekat).

"Ini cara lazim. Saya tidak bersetuju menyatakan (tindakan) ini kurang ajar," katanya yang juga penyokong tegar skuad 'Red Giants' Selangor.

DAP memang tak boleh laksana pilihanraya PBT, bukan sebab 13 Mei tapi sebab Kekangan Undang-undang

DAP memang tak boleh laksana pilihanraya PBT

Datuk Dr Mujahid Yusof Rawa  
Datuk Dr Mujahid Yusof Rawa

SHAH ALAM - Pas menegaskan rakan komponennya, DAP tetap tidak boleh melaksanakan pilihanraya pihak berkuasa tempatan (PBT) ekoran kekangan undang-undang.

Pengerusi Lajnah Perpaduan Nasional Pas Pusat, Datuk Dr Mujahid Yusof Rawa berkata, isu pilihan raya PBT yang dibangkitkan lebih kepada soal perundangan sama ada ia boleh dilaksanakan atau tidak, bukan dikaitkan dengan peristiwa 13 Mei.

"Saya rasa kita boleh bahagikan kepada pandangan yang lebih bersifat, adakah ia hujah-hujah perundangan atau emosi? Itu mungkin boleh dianggap sebagai cara berfikir untuk mengendalikan isu-isu yang ada.

"Bagi saya, PBT ini lebih kepada soal perundangan sama ada boleh buat atau tidak boleh. Sama ada persediaan awal itu sudah ada tapak atau tidak. Konsultasi, rundingan rakyat adakah telah dibuat?

Aduhai TNB, nak naik hang bagi alasan, nak suruh turun pun hang bagi alasan..!!

Punca kenapa tarif elektrik tidak turun

TNB

“SEBELUM ini tarif elektrik naik kerana kenaikan harga minyak dunia. Sekarang harga minyak dunia sudah turun, tentu tarif elektrik juga turun!”

Demikian luahan hati sebilangan besar pengguna dan harapan sesetengah pihak sebelum penstrukturan semula Bajet 2015 baru-baru ini. Namun, pengumuman  yang dibuat mengenai tarif elektrik hanyalah ia tidak dinaikkan.

Tidak hairanlah perasaan tidak puas hati itu diluahkan dalam media sosial seperti Facebook, Twitter dan sebagainya dengan pelbagai tohmahan dan bahasa yang kurang enak didengar, dilemparkan kepada kerajaan dan TNB.

Hakikatnya tidak ramai yang memahami bahawa penurunan harga minyak dunia sebenarnya tidak memberi kesan secara langsung kepada tarif elektrik semasa.

Ini kerana bagi penjanaan tenaga elektrik, bahan api utama yang digunakan adalah gas asli berpaip dan gas asli cecair atau LNG (pada kadar sekitar 55 peratus campuran bahan api). Selebihnya arang batu, hidro dan tenaga diperbaharui (Renewable Energy (RE)).

Pemuda MCA bodoh dan biadab kata mantan Pemuda UMNO

Kumpulan mantan Pemuda UMNO Malaysia hari ini menyelar tindakan Ketua Pemuda MCA, Chong Sin Woon yang mempersoalkan kesesuaian Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob sebagai anggota kabinet.

Bekas Penolong Setiausaha Pemuda UMNO Datuk Zulkifli Alwi yang mewakili kumpulan tersebut berkata, gesaan supaya Menteri Pertanian dan Industri Asas Tani itu melatakkan jawatan jelas menunjukkan kebiadaban Ketua Pemuda MCA itu yang tidak menghormati rakan komponen Barisan Nasional (BN).

Menyuarakan kekesalannya, beliau juga menegaskan bahawa pelantikan menteri adalah hak mutlak Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak.

Justeru, “Siapa dan apa hak Sin Woon untuk mempertikaikannya,” tanya beliau.

“Kami menganggap kenyataan tersebut sebagai ‘bodoh, biadab dan tersasar’,” katanya pada satu sidang media ‘Solidariti untuk Ismail Sabri’ yang dianjurkan bagi menyatakan sokongan kepada Ismail Sabri berikutan polemik isu harga barangan di PWTC.

Mesyuarat Pakatan ditetapkan 8 Februari dengan kehadiran Hadi, kata Mustafa Ali

Setiausaha Agung PAS Datuk Mustafa Ali berkata Presiden PAS Datuk Seri Abdul Hadi Awang dijangka akan turut hadir dalam mesyuarat PR kali ini. – Gambar fail The Malaysian Insider, 3 Februari, 2015.
Setiausaha Agung PAS Datuk Mustafa Ali berkata Presiden PAS Datuk Seri Abdul Hadi Awang dijangka akan turut hadir dalam mesyuarat PR kali ini. – Gambar fail The Malaysian Insider, 3 Februari, 2015. 

Mesyuarat Majlis Pimpinan Tertinggi Pakatan Rakyat (PR) akan diadakan pada 8 Februari ini selepas kata sepakat dicapai dalam pertemuan antara Datuk Seri Anwar Ibrahim dan Setiausaha Agung PAS Datuk Mustafa Ali hari ini.

Mustafa berkata, Presiden PAS Datuk Seri Abdul Hadi Awang dijangka akan turut hadir dalam mesyuarat PR kali ini.

"Kita sudah mencapai kata sepakat untuk mengadakan mesyuarat ini selepas mesyuarat PAS Pusat yang diadakan pada paginya di pejabat agung PAS," kata Mustafa kepada The Malaysian Insider.

Mesyuarat PR akan diadakan di Kuala Lumpur pada jam 2.30 petang itu diadakan selepas gabungan PKR, DAP dan PAS itu sudah lama tidak bermesyuarat berikutan kemelut jawatan menteri besar Selangor.




Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...