Sekadar gambar hiasan.  
Sekadar gambar hiasan.
SHAH ALAM - Tindakan Kerajaan Melaka yang akan menguatkuasakan pengharaman penjualan minuman keras di kedai serbaneka mengikut taburan populasi masyarakat setempat adalah sesuatu yang wajar dan harus dicontohi oleh kerajaan negeri yang lain.

Dalam satu kenyataan bersama, Ahli Jawatankuasa Kerja Pas Pusat, Nasrudin Hasan, Datuk Dr Khairuddin Aman Razali At-Takiri dan Nik Mohamad Abduh Nik Abdul Aziz berkata, dasar kerajaan negeri berkaitan arak perlu diselaraskan di seluruh negara.

"Kita menghargai usaha untuk menjaga kesucian Islam dan membantu umat Islam daripada terjebak dalam industri yang diharamkan dalam agama.

"Ini secara tidak langsung membantu individu-individu yang terbabit mendapatkan sumber rezeki yang halal.

"Sebagai individu Islam, penjualan arak ditegah menurut syariat. (Penjual arak) termasuk dalam 10 golongan yang dilaknat oleh ALLAH dan Rasulullah SAW (iaitu) dalam urusan pemprosesan serta penyediaan arak," menurut kenyataan itu.