TERKINI :

Sunday, February 1, 2015

Anwar gesa DAP-PAS henti bercakaran, mahu jumpa sebelum 10 Februari

http://www.themalaysiantimes.com.my/wp-content/uploads/2013/03/anwar_ibrahim223.jpg
Datuk Seri Anwar Ibrahim hari ini merayu DAP dan PAS menghentikan pertelagahan sesama mereka dan duduk berbincang mencari jalan penyelesaian sebagai rakan parti dalam gabungan yang sama.

Ketua pembangkang itu berkata, pihaknya mahu Pakatan Rakyat (PR) duduk semeja dan berbincang sebelum tarikh keputusan kes liwatnya di mahkamah pada 10 Februari nanti.

Bagaimanapun, sehingga kini, katanya dua parti itu masih belum mencapai kata putus untuk bertemu bagi menyelesaikan perbalahan mereka, terutama dalam isu pilihan raya kerajaan tempatan dan hudud.

"Saya merayu mereka bersabar dan bawa semula ke meja perbincangan dan harap dapat jumpa sebelum tarikh 10 Februari.

"Tetapi malangnya kami masih belum ada persetujuan dengan tarikh (perbincangan)," katanya pada satu sidang media selepas merasmikan Persidangan Antarabangsa Himpunan Belia ke-12 di Ampang, hari ini.

PAS dan DAP kebelakangan ini bertelagah secara terbuka mengenai isu pilihan raya pihak berkuasa tempatan (PBT) di Pulau Pinang dan pelaksanaan hukum hudud di Kelantan.

Krisis lebih meruncing apabila dua pemimpin tertinggi, Setiausaha Agung PAS Datuk Mustafa Ali dan rakan sejawatnya dari DAP, Lim Guan Eng saling mencabar selepas masing-masing didakwa tidak berlaku jujur.

Diminta mengulas isu hudud, Anwar berkata, sehingga kini PR tidak pernah melihat draf Enakmen Jenayah Syariah Kelantan yang mahu dibentangkan kerajaan negeri itu di Parlimen dan Dewan Undangan Negeri (DUN) sejak tahun lalu.

Katanya, walaupun kerajaan Kelantan pimpinan PAS sudah diarahkan menyerahkan draf itu untuk diteliti dan dibincangkan di peringkat PR, kertas laporan itu tidak pernah diterimanya.

"Saya tak terima laporan. Kita dah minta kerajaan negeri menyerahkan draf enakmen supaya kita boleh berkongsi dan berbincang.

"Saya tak lihat (enakmen) itu, jadi saya tak boleh nak komen lanjut.

"Tetapi secara amnya, keutamaan kita ialah keadilan dan keamanan, hentikan api perkauman dan agama, serta (menegakkan) kebebasan kehakiman dan sebagainya," katanya.

Ketua umum PKR itu berkata, prinsip "maqasid syarie" jelas mementingkan keadilan dan tadbir urus kerajaan yang baik.

"Bagaimana kamu mahu laksanakan sesuatu undang-undang jika tiada kebebasan undang-undang atau kebebasan bersuara?

"Jadi, saya fikir keutamaan sekarang adalah keadilan urus tadbir yang baik. Ini perkara asas dan terpakai dalam situasi sekarang," katanya. – 1 Februari, 2015.

Tariq Ramadan : Sarjana: Islam bukan soal hukum saja

"Sesiapa yang kini berkata Islam di Malaysia (patut) mula laksanakan hudud dan menghukum, tidak faham. Ini bukan kita," kata seorang sarjana terkemuka dunia Islam Tariq Ramadan.

Tarif, profesor pengajian Islam semasa di Universit Oxford itu berkata demikian ketika menjawab soalan anggota parlimen Bukit Katil Shamsul Iskandar berhubung pelaksanaan hudud di Malaysia.

Tariq juga menjawab, Islam tidak berkisar pada hal ehwal undang-undang semata-mata.

"Islam di Malaysia (tentang) lebih pelajaran, lebih keadilan, lebih kebebasan dan kurang diskriminasi. Mari kita mulakan dengan apa yang sukar ditangani terlebih dahulu," katanya.

Tariq juga mengusik, jika mahu mengurangkan amalan rasuah, pemimpin patut menjadi pihak pertama dihukum.

Beliau bagaimanapun berkata tidak dapat dinafikan bahawa hukuman seperti sebat dan rejam sebahagian daripada undang-undang jenayah Islam.

Beliau juga berkata teks agama perlu diteliti aspek konteksnya sebelum dilaksanakan.

"Teks-teks ini, kita patut bincang tentang apa disebutnya dan dalam konteks bagaimana. Selagi tiada perbincangan, hentikanlah saja," katanya.

Perkembangan terkini di Amerika Syarikat, Pakistan dan Turki menyaksikan orang Islam membincangkan persoalan menangguhkan hukuman mati, katanya lagi.

Permohonan Felda ditolak mahkamah lalu saman di teruskan


Pengerusi PKR Pahang, Datuk Fauzi Abdul Rahman (tiga, kiri), Presiden Anak, Mazlan Aliman (empat, kiri) turut hadir memberikan sokongan kepada Sivarasa dan Razali (dua, kiri).  
Pengerusi PKR Pahang, Datuk Fauzi Abdul Rahman (tiga, kiri), Presiden Anak, Mazlan Aliman (empat, kiri) turut hadir memberikan sokongan kepada Sivarasa dan Razali (dua, kiri).
KUANTAN - Mahkamah Tinggi Kuantan semalam menolak permohonan Felda terhadap prosiding ke atas Ahli Parlimen Subang, Sivarasa Rasiah dan Ketua PKR Cabang Jerantut, Razali Ithnin berhubung ceramah mereka yang didakwa menghina mahkamah.

Hakim Datuk Seri Mariana Yahya menolak permohonan itu dengan kos yang akan ditaksirkan.

Dalam hujahnya, Mariana berkata, mahkamah mendapati, ucapan dalam ceramah berhubung kes saman peneroka terhadap Felda di Markas Pas, Jengka 18, 27 Ogos tahun lalu bersifat umum dan tiada elemen yang boleh dikaitkan sebagai menghina mahkamah.

Berikutan keputusan itu, kedua-dua mereka dilepaskan daripada sebarang tindakan termasuk hukuman penjara seperti dipohon pihak Felda.

Akaun Facebook 'Suara Keadilan' palsu

http://m.harakahdaily.net/images/SK%20palsu.jpg
KUALA LUMPUR: Suara Keadilan (SK) hari ini menafikan mereka merupakan pemilik kepada akaun Facebook yang menggunakan nama ‘Suara Keadilan’.(www.facebook.com/suara.keadilan)

Menurut laporan Keadilandaily.com, Ketua Pengarangnya, Mohd Najib Hashim berkata, kewujudan akaun itu tidak pernah diketahui pihaknya dan SK langsung tidak mempunyai sebarang kaitan dengan pemilik akaun tersebut.

Jelasnya lagi, akaun rasmi facebook SK ialah www.facebook.com/KeadilanDaily, sebagai medium penyampaian berita selain portal dalam talian iaitu KeadilanDaily.com namun semua akaun tersebut dikendalikan sendiri oleh stafnya tanpa melibatkan campur tangan pihak luar.

Tambah beliau, pihaknya menyedari berkenaan kewujudan akaun palsu tersebut apabila beberapa posting yang dimuat naik telah tersebar luas dan melaporkan berita yang berbaur fitnah.

Rosak politik kerana anggap peluang dapat harta



KUALA NERUS: Presiden PAS, Datuk Seri Tuan Guru Abdul Hadi Awang menyifatkan kefahaman terhadap politik hari ini telah rosak apabila menganggap itu peluang dan bukan sebagai amanah.

Sedangkan, katanya ajaran Islam menetapkan politik itu merupakan satu amanah yang besar dalam memimpin negara.

“Politik adalah memimpin negara. Islam mengajar memimpin negara adalah amanah yang besar.

“Tiba-tiba orang menjadikan memimpin negara, memimpin kerajaan bukan amanah tetapi peluang untuk mendapat harta. Peluang untuk memberi kesenangan kepada kroni-kroni dan pengikut-pengikut, bukan menunaikan amanah.

“Memilih pemimpin dengan duit bukan kerana kebolehan dia menunaikan amanah. Politik sudah rosak kerana orang menganggap ia (politik) itu peluang, bukan amanah,” tegasnya ketika berucap merasmikan Himpunan Harapan Semua (HARAP) 3.1 di Kampung Telaga Daing, Seberang Takir, malam tadi.

Jackie Chan dapat gelaran Datuk


Pelakon aksi antarabangsa Jackie Chan menerima darjah kebesaran Panglima Mahkota Wilayah yang membawa gelaran Datuk.

Mendahului senarai 356 penerima pingat dan darjah kebesaran tahun ini ialah Peguam Negara Tan Sri Abdul Gani Patail, lapor Bernama.

Beliau dianugerahi Seri Mahkota Wilayah yang membawa gelaran Datuk Seri Utama.

Ketua Biro Sarawak Pertubuhan Berita Nasional Malaysia Abdul Aziz Harun turut dikurniakan pingat Ahli Mahkota Wilayah.

Majlis istiadat pengurniaan Darjah Kebesaran, Bintang dan Pingat Wilayah Persekutuan bersempena sambutan Hari Wilayah Persekutuan hari ini berlangsung di Istana Negara di Kuala Lumpur.

Turut berangkat Raja Permaisuri Agong Tuanku Hajah Haminah.

Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak dan isteri Rosmah Mansor, Timbalan Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin dan isteri Noorainee Abdul Rahman turut hadir.

Begitu juga dengan Menteri Wilayah Persekutuan Datuk Seri Tengku Adnan Tengku Mansor dan barisan menteri kabinet lain dalam majlis di Balairung Seri itu.

Apabil ada RAKYAT MALAYSIA yang berhati busuk maka beginilah jadinya..!!

Bantuan mangsa banjir orang asli di Kelantan didakwa ‘dirompak’ 

 Sukarelawan Dr Betty Teh menjelaskan penggunaan ubat kepada wakil Orang Asli Temiar di Kampung Depak, Awir Awie semasa konvoi bantuan mangsa banjir semalam. – Gambar ihsan Eliana Lee, sukarelawan konvoi, 31 Januari, 2015.
Sukarelawan Dr Betty Teh menjelaskan penggunaan ubat kepada wakil Orang Asli Temiar di Kampung Depak, Awir Awie semasa konvoi bantuan mangsa banjir semalam. – Gambar ihsan Eliana Lee, sukarelawan konvoi, 31 Januari, 2015. 

Ketika Putrajaya membelanjakan hampir RM800 juta untuk membantu mangsa banjir yang terjejas di seluruh negara, terdapat beberapa pihak yang tidak bertanggungjawab mengambil kesempatan atas kesulitan mangsa banjir.

Timbul dakwaan barangan keperluan makanan yang sepatutnya diagihkan kepada mangsa banjir tidak diterima mereka seperti yang sepatutnya apabila sebahagian daripada sumbangan berkenaan "dilarikan" mereka yang tidak bertanggungjawab.

Antara insiden berkenaan termasuklah misi bantuan pasca banjir pertubuhan sivil ke perkampungan Orang Asli suku Temiar di kawasan Gua Musang, Kelantan semalam yang dicemari insiden "rompakan" apabila bantuan beras didakwa dilarikan pihak berkenaan.

BIL AIR PENANG pej. pos sedut 90sen tapi BIL LAIN tak kena pula..kenapa??

Caj 90 sen di luar kawalan PBAPP

Gambar hiasan. - Sumber Internet  
Gambar hiasan. - Sumber Internet
GEORGETOWN - Perbadanan Bekalan Air Pulau Pinang (PBAPP) menyatakan caj 90 sen dikenakan Pos Malaysia bagi bayaran bil air adalah di luar kawalannya.

Pengurus Besarnya, Ir Jaseni Maidinsa berkata, PBAPP tidak memaksa atau mencegah pengguna daripada membayar bil air di pejabat pos, bagaimanapun mereka perlu membayar tambahan 90 sen jika memilih untuk berbuat demikian.

"PBAPP ingin menegaskan sekali lagi bahawa yuran 90 sen dikenakan Pos Malaysia bagi bayaran bil air. PBAPP tidak mendapat apa-apa daripada yuran itu," katanya dalam kenyataan di sini hari ini.

Jaseni berkata tiada yuran perkhidmatan dikenakan bagi pembayaran di pusat khidmat PBAPP, Tenaga Nasional Bhd (TNB), Majlis Perbandaran Pulau Pinang (MPPP), Majlis Perbandaran Seberang Perai (MPSP) dan Telekom Malaysia.

Mukhriz kata "RM5 aja pun"

Bayaran masuk ke Tasik Dayang Bunting wajar

Datuk Mukhriz Tun Mahathir  
Datuk Mukhriz Tun Mahathir
JITRA - Dana yang dikutip daripada bayaran masuk ke Tasik Dayang Bunting di Pulau Langkawi, bukanlah untuk kepentingan mana-mana pihak, sebaliknya memastikan kemudahan dan prasarana baik dapat disediakan sekali gus menarik lebih banyak kunjungan pelancong.

Menteri Besar Kedah, Datuk Seri Mukhriz Tun Dr Mahathir berkata, langkah Lembaga Pembangunan Langkawi (Lada) mengenakan bayaran masuk itu adalah wajar bagi memastikan penjagaan dan penyelenggaraan infrastruktur dapat dilakukan dengan baik.

"Janganlah dilihat hanya sebagai destinasi murah, tapi kualiti tidak baik dan penyelenggaraan tidak dibuat sempurna. Saya bimbang Langkawi, atau Kedah atau Malaysia akan dapat reputasi tidak baik di pandangan pelancong," katanya selepas  merasmikan acara golf amal bantuan bencana banjir 2015 di sini hari ini.




Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...