TERKINI :

Saturday, January 31, 2015

Harga baru minyak petrol esok...


RON95, diesel kini RM1.70 seliter

Harga baru bermula Februari: RON95 RM1.70 seliter, RON97 RM2, Diesel RM1.70

Harga baru itu ekoran penurunan 21 sen daripada harga asal untuk RON95, 23 sen untuk diesel dan 11 sen untuk RON97.

Harga bahan api itu ditetapkan mengikut sistem pengapungan terkawal sejak Disember tahun lalu.

Sistem apungan itu diperkenal selepas kerajaan memansuhkan sistem subsidi bagi menghadapi trend kejatuhan harga minyak mentah.

Apa jadi bila selfie 'difatwakan' haram?

Seorang penulis, jurumotivasi dan personaliti Indonesia mencetuskan kontroversi apabila mengisytiharkan selfie sebagai haram.

Natijahnya, beliau diejek dengan kebanjiran selfie dari wanita-wanita berhijab Indonesia di Twitter dan Instagram susulan pengumuman itu menggunakan tanda pagar #Selfie4Siauw.

Felix Siauw, 30 tahun membuat perisytiharan itu dalam satu manifesto 17 perkara dan melabelkan mereka yang mengambil selfie sebagai tunduk kepada sikap "ujub, riak dan takbur".

"Apabila kita selfie lalu dimuat naik di media sosial, dan berharap dikomen, di-like, di-view atau lain-lain, kita sudah masuk perangkap riak," tulis beliau di akaunnya pada 19 Januari lalu.

Siauw mempunyai lebih 1.1 juta pengikut di akaun Twitter dan menyifatkan dirinya sebagai "pengembang dakwah, bersama mereka yang menegakkan syariah khalifah, dan hamba yang sangat berharap diampuni Allah di hari pembalasan."

Cheng Hoe gusar DENGAN bolos yang besar


Cheng Hoe
BERAKHIR 13 Perlawanan persahabatan yang diatur sejak dua bulan lalu memberi keyakinan kepada ketua jurulatih Kedah, Tan Cheng Hoe bahawa pasukannya sudah bersedia untuk mencabar Liga Premier musim bagi merebut slot Liga Super 2016.

Bagaimanapun jumlah bolos yang besar (19 gol ) tetap jadi kerisauan pengendali itu walaupun Kedah berjaya menjaringkan 30 gol dan beliau akan menggunakan tempoh masa yang ada untuk memberi perhatian kepada kerapuhan benteng Lang Merah.

Boleh dikatakan setiap perlawanan pramusim Kedah bolos mencerminkan bahawa masalah ini bagaikan berulang saban musim dan sesuatu perlu dilakukan terutamanya membabitkan pemain di bahagian pertahanan dan penjaga gol.

Awas! Anak anda mungkin diculik 'pemandu bas sekolah'


Awas! Anak anda mungkin diculik 'pemandu bas sekolah'
Ibu bapa atau penjaga perlu mengambil tahu rupa dan nombor pendaftaran bas, 
wajah pengusaha dan pemandu bas serta memiliki nombor telefon mereka. -Gambar hiasan 
 
kUALA LUMPUR: Dua hari lalu, tersebar cerita melalui rantaian saluran media sosial mengenai kes percubaan menculik seorang budak oleh pihak yang menyamar menggunakan van sekolah.

Menurut cerita tersebut, van yang dibawa pemandu dengan niat yang mencurigakan itu dilaporkan tiba pada waktu Subuh di depan rumah di sebuah kejiranan di Cheras jauh lebih awal daripada biasa.

Mujur, datuk kepada budak sekolah itu mengesyaki sesuatu apabila van itu kosong sedangkan sepatutnya, giliran menjemput cucunya adalah yang terakhir dan van itu seharusnya sudah dipenuhi murid lain.

Datuk kepada murid sekolah itu enggan membiarkan cucunya menaiki van tersebut, walaupun cuba dipujuk berkali-kali oleh pemandu van tersebut.

Pasma tidak akan keluar, kekal dalam Pas

Che Ibrahim Mohamed  
Che Ibrahim Mohamed

KOTA BHARU - "Kami (Pasma) tidak akan keluar dan kekal dalam parti, kecuali parti (Pas) yang mengambil tindakan terhadap kami," kata Naib Pengerusi Pasma Kelantan, Che Ibrahim Mohamed.

Menurutnya, Pasma berdaftar sebagai sebuah badan bukan kerajaan (NGO) yang layak untuk menyertai mana-mana parti, maka tiada paksaan berlaku sehingga menimbulkan isu keluar parti dan sebagainya.

“Kami NGO, bebas untuk memilih mana-mana parti, tetapi jika parti itu sendiri yang tidak minat dengan keahlian, atau mahu memecat kita, maka tindakan itu harus dilakukan parti itu sendiri.

“Ingin saya tegaskan di sini, sehingga kini, tiada lagi pihak (ahli Pasma) yang bercadang untuk keluar parti, ini kerana kita memperjuangkan parti (Pas), maka isu keluar Pas ini tidak timbul,”katanya kepada Sinar Harian, hari ini.

ALOR SETAR - MH370: Doa buat anak jadi penawar Wan Tom

MH370: Doa buat anak jadi penawar Wan Tom

Pagar hadapan kediaman keluarga Sofuan sentiasa bertutup menyukarkan untuk diwawancara.  
Pagar hadapan kediaman keluarga Sofuan sentiasa bertutup menyukarkan untuk diwawancara.
ALOR SETAR - "Naluri hati makcik kuat merasakan dia masih ada kerana tidak pernah bermimpi sejak kehilangannya,” luah Wan Tom Wan Chik, 74, dengan nada sebak.

Biarpun penulis hanya berkesempatan menemu ramah Wan Tom,  ibu kepada penumpang MH370, Mohamad Sofuan Ibrahim, 33, dari luar pagar, namun dapat berkongsi kesedihan Wan Tom walaupun wanita itu kelihatan tenang ketika menerima keputusan diumumkan kerajaan kelmarin.

Terkesan di mata redupan sayu si ibu menanti dengan penuh berharap khabar berita daripada anak tersayang.

Wan Tom berkata, hampir setiap hari dia tidak putus asa berdoa, melakukan solat sunat hajat meminta petunjuk daripada ALLAH SWT selain mengadakan bacaan Yasin bersama keluarga setiap minggu.

“Walaupun masih trauma dengan kejadian itu, namun demi dia (Sofuan) makcik empat beranak kuatkan semangat untuk naik kapal terbang mengerjakan umrah pada bulan lalu sewaktu cuti sekolah untuk berdoa di depan Kaabah supaya penantian kami segera berakhir,” katanya ketika  di Jalan Kota Tanah, di sini, semalam.




Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...