TERKINI :

Friday, January 30, 2015

Pas dan Umno umpama ketam dalam bakul

Mohd Sayuti Omar, 

BICARA JUMAAT

http://4.bp.blogspot.com/-gflmS38D2Lo/UIqcsAVc7KI/AAAAAAAAAlE/j_xRWnDf7Og/s1600/pas+dan+umno+bersatu.jpg
Empat hari saya meninggalkan laman blog tanpa mengisinya dengan sebarang catatan kerana berada di luar negara, ada beberapa penjengok setia menghantar pesan bertanya kenapa dan apa jadi dengan saya. Ada yang bersinikal apakah saya juga sudah jadi persis Zainuddin Maidin?

Yang pertama ada dalam fikiran mereka, apakah saya sakit. Tidak, saya masih sihat dan sengaja tidak mahu mengisinya atau cuba mengisinya dari luar sana walaupun boleh berbuat demikian. Sesekali biarlah saya merihat dan menggamit idea yang lebih baik daripada menulis bahan-bahan seperti terisi sebelumnya.

Dalam beberapa pertanyaan yang ditimbulkan, banyaknya pastilah mengenai politik. Mengenai hubungan dan masa depan parti-parti dalam Pakatan Rakyat, khasnya bagaimana kesudahan kahwin tanpa ijab antara Pas dengan DAP serta PKR. Pergaduhan mulut antara beberapa pemimpin Pas dengan DAP menjadikan ada orang bingung dan menjadi gila. Apakah selepas ini akan ada "cina buta" sekali lagi di antara keduanya?

Projek pembodohan parti pak lebai

 – Luqman Tarmizi

http://busanamuslimpria.com/wp-content/uploads/2013/06/peci.jpg
Al-Imam As-Syahid Hassan al-Banna dalam karya beliau, Usul ‘Isyrin ( Usul 20) yang menjadi rujukan utama gerakan Islam hampir di seluruh dunia menyebut:

Asas ke lima:
“ Pendapat imam (ketua) dan timbalannya dalam masalah yang tidak dinaskan atau dinaskan tetapi nas tersebut boleh ditafsirkan dengan pengertian lain, demikian juga pendapatnya dalam masalah yang berhubung dengan maslahat umum, boleh diterima dan diamalkan sekiranya pendapat tersebut tidak bertentangan dengan kaedah syariat. Pendapat tersebut boleh jadi berubah menurut keadaan, persekitaran dan adat.”

Secara ringkas, kaedah di atas membawa maksud para anggota jamaah haruslah mematuhi dan mentaati keputusan yang dibuat ketua mereka melalui ijtihadnya, kerana ijtihadnya adalah sah di segi syariat. Ada pun yang berlawan dengan syariat, maka tiada perlu lagi akan taat padanya.

Senario politik tanah air dua tiga hari ini digegarkan dengan kenyataan terbuka presiden PAS yang menyatakan, cadangan DAP untuk mengadakan pilihan raya pihak berkuasa tempatan (PBT) di Pulau Pinang bakal mengundang ketegangan kaum dan memungkinkan berlakunya kembali tragedi 13 Mei 1969.

'Dakwaan Hadi gambar perkauman sempit' - Ketua PAS Kwsn Batu

 
Seorang pemimpin PAS kawasan menyanggah dakwaan presidennya, Datuk Seri Abdul Hadi Awang, bahawa pelaksanaan pilihan raya kerajaan tempatan akan menimbulkan kacau bilau.

Ketua PAS Kawasan Batu, Ishak Surin berkata isu berkenaan juga menggambarkan sentimen perkauman sempit dan tidak menguntungkan mana-mana pihak.

“Kalau pilihan raya tempatan boleh timbul kacau-bilau, mengapakah pilihan raya Negeri dan Persekutuan tak ada kacau?” kata Ishak dalam satu sidang media pagi ini.

Katanya, beliau melihat bahawa sentimen yang cuba dibangkitkan oleh ulama besar PAS itu juga tidak lagi dapat dikesan pada masa ini.

“Mana mungkin pilihan raya tempatan boleh menimbulkan soal perkauman?

“Kalau kita pergi ke kampung-kampung dan kawasan orang ramai, saya rasa tak ada lagi rasa perkauman sempit itu,” katanya dalam satu sidang media di Kuala Lumpur hari ini.

Ishak merupakan pengerusi gabungan NGO BERTINDAK, yang berkempen untuk mengembalikan semula pilihan raya kerajaan tempatan di Kuala Lumpur.

"Harakah dalam bahaya", Mustafa Ali harus berundur segera

Wacana 'Harakah dalam bahaya, mendesak Mustafa Ali berundur' yang dianjur oleh NGO Seniman Paksi Rakyat dan PAS Kawasan Batu di Madrasah Tarbiyah Kampung Banda Dalam , Gombak, 28 Januari lalu agak  menarik dan mengupas secara lebih mendalam perancangan kumpulan Unity Government (UG) menjelang Muktamar pemilihan PAS, Jun depan.

Forum tersebut dihadiri oleh ahli panel yang mengetahui selok-belok Harakah dan perancangan puak UG untuk menguasai lidah rasmi PAS itu bagi melancarkan agenda mereka menguasai pimpinan bawahan.

Kehadiran bekas Editor Berita Harakah, Datuk Tarmizi Mohd Jam menguatkan hujah tentang wujudnya perancangan puak UG menguasai akhbar parti. Puak UG sebelum ini didakwa menamatkan kontrak Tarmizi, Editor Roslan Hamid dan kini sedang berusaha untuk menamatkan jawatan Ketua Pengarang Ahmad Lutfi Othman.

Forum itu diberitahu, perancangan puak UG untuk menguasai Harakah dilakukan sama ada dengan pengetahuan Setiausaha Agung PAS, Mustafa Ali atau pun secara mempergunakan kedudukan beliau. Oleh itu, ahli panel menuntut agar Mustafa berundur dari kerusi Lembaga Pengarah Harakah secepat mungkin.

Jangan mudah lupa 'jasa' dan 'binasa' dari Dr Mahathir

Kenyataan Syed Ali Alhabshee bahawa Che'GuBard melagakan Mahathir-Najib adalah seperti orang yang sudah nyanyuk. Tidak perlu Che'GuBard untuk melagakan kerana ia sudah menjadi satu rahsia umum bahawa Mahathir-Daim sedang melancarkan serangan demi serangan untuk menjatuhkan Najib.

Lihat saja siri tulisan dan kenyataan oleh Mahathir, Daim, Kadir Jasin, Sanusi Junid dan Zainuddin Maidin. Tidak ketinggalan Anuar Mohd Nor, Zaharin Yassin dan ramai lagi pejuang siber UMNO.  Kesemua mereka ini berganti-ganti menyerang dan memburukkan Najib. Najib juga tidak ketinggalan menggunakan media arus perdana untuk menyerang Mahathir-Daim. Apakah ini tidak menunjukkan perang kuasa diantara Najib dan Mahathir-Daim?

Hujah 13 Mei, PAS kembali ke zaman Asri Muda?

https://aeshahadlina.files.wordpress.com/2013/02/haji-hadi-pas-quit-pr.jpg
Banyak pihak terkejut dengan hujah Presiden PAS Hadi Awang kononnya pilihan raya majlis tempatan akan membawa negara ke kancah huru-hara.

Berkata Hadi: "Pilihan raya majlis perbandaran seperti diperjuangkan DAP adalah kembali kepada kesilapan, kerana hanya melihat kepada aspek penduduk bandar sahaja untuk menang pilihanraya dalam jangka yang sangat pendek.

"Apatah lagi apabila kita melihatnya dari aspek perkauman yang boleh mencetuskan jurang dan polarisasi serta ketegangan di antara penduduk bandar yang bermajoriti kaum Cina yang sangat besar.”

Hadi menegaskan pilihan raya itu hanya mengutamakan kaum Cina dan bukan ke semua kaum. Insiden tersebut, katanya, akan mencetuskan keganasan antara kaum.

"Kita tidak seharusnya mengusulkan sesuatu yang boleh menjadi cetusan ke arah ketidakstabilan, melebarkan jurang masyarakat desa dan bandar.

"Yang paling menakutkan kita ialah ketegangan seperti ini boleh menjadi 'api dalam sekam' untuk mengulangi peristiwa 13 Mei yang wajib dianggap titik hitam dalam sejarah negara," kata beliau.

Tiada sebab PAS keluar Pakatan

SALMIYAH HARUN | 28 Januari 2015.

http://media.themalaysianinsider.com/images/uploads/2013/february2013/pakatan-feb22.jpg
KUALA LUMPUR: Datuk Mustafa Ali menegaskan PAS akan terus bekerjasama dengan Pakatan Rakyat sekiranya keputusan Mahkamah Persekutuan pada 10 Februari depan menolak permohonan Datuk Seri Anwar Ibrahim terhadap sabitan dan hukuman penjara lima tahun ke atasnya.

Malah menurut Setiausaha Agung PAS itu sekiranya mahkamah memutuskan Anwar dipenjarakan tidak ada sebab untuk PAS keluar daripada Pakatan Rakyat.

"Tidak. Makin kukuh ada sebab kita bertanggungjawab teruskan kerjasama ini," katanya dalam sidang media di Pejabat Agung PAS di sini hari ini.

Tegas Mustafa, kerjasama PAS dengan Pakatan Rakyat akan berjalan seperti biasa walaupun ketiadaan Anwar kerana Presiden PKR, Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail dan timbalannya Mohamed Azmin masih ada bagi melaksanakan tugas parti.

"Anwar tak ada, Kak Wan ada, Azmin ada. Kita kerjasama dengan parti bukan dengan orang. Tak ada tu pun tak ada masalah. Waktu kita tubuhkan Barisan Alternatif dulu pun Anwar di dalam," jelasnya.

Dapatkah ‘bro-mantika’ Guan Eng dan Mat Sabu selamatkan Pakatan dari perpecahan?

Oleh Alyaa Alhadjri

http://bm.theantdaily.com/Documents/Article/23832/Can-Mat-Sabus-bromance-with-Guan-Eng_BAHASA_1024x576.jpg
Bak sebuah bom jangka yang sedang berdetik, gabungan Pakatan Rakyat yang berusia enam tahun sedang terancam untuk memusnahkan dirinya dan harapan penyokong, melainkan jika ada seorang pemimpin yang boleh menawar diri untuk membantu menamatkan persengketaan yang semakin memuncak di antara PAS dan DAP.

Lagipun, Mohamad diketahui berkawan rapat dengan setiausaha agung DAP, Lim Guan Eng dari masa mereka berkongsi sel penjara di pusat tahanan Kamunting, berikutan penangkapan mereka di bawah ISA dalam Ops Lalang.

Kisah ‘bro-mantika’ mereka mendapat liputan beberapa tahun lalu, sebagai salah satu punca persetujuan perikatan Pakatan.

Pemimpin dari kedua-dua parti itu berbalah secara terbuka dalam beberapa minggu kebelakangan ini, mengenai rancangan masing-masing untuk melaksanakan undang-undang hudud di Kelantan dan pilihan raya majlis perbandaran di Pulau Pinang.

Persengketaan awam itu bagaimanapun memuncak hari ini dengan setiausaha agung PAS, Datuk Mustafa Ali menggambarkan Lim sebagai seorang yang "mulut celupar”.

Tak sangka YB Shahidan Kassim nak jadi pendamai...!!!

TAK SANGKA YB SHAHIDAN NAK JADI PENDAMAI

http://www.themalaysiantimes.com.my/wp-content/uploads/2014/03/Datuk-Seri-Shahidan-650x320.jpg
Memang aku tidak terfikir tentang adanya ‘perbalahan’ antara Tun Dr. Mahathir dengan DS Mohd Najib Tun Razak, sekiranya tidak diwar-warkan dalam Malaysiakini menjelaskan yang YB Shahidan akan ‘mendamaikan’ kedua-dua pemimpin itu. Dan aku pun berpandangan bahawa ramai lagi anggota masyarakat di luar sana yang beranggapan sepertimana yang aku rasakan- tidak menduga tentang adanya ‘perbalahan’ sedemikian.

Mungkin agaknya aku tidak berapa sensitif tentang perkembangan politik di Malaysia kini. Mungkin. Dan mungkin juga aku tidak dapat ‘membaca’ dengan mendalam tentang ‘sepak terajang’ politik tanah air kini. Dan mungkin juga aku sepatutnya sudah ‘pencen’ daripada menulis tentang hal politik kerana tidak sensitifnya aku tentang wujudnya ‘perbalahan’ antara Tun Mahathir dan DS Mohd Najib itu. Mungkin.

Aku ada terbaca tentang kritikan Tun Mahathir dalam berbagai perkara yang berkaitan dengan keadaan yang berlaku dalam negara kini. Akhir-akhir ini Tun Mahthir telah menyentuh tentang 1MDB. Pada pandangannya kelihatan ada yang tidak kena mengenai dana yang disediakan oleh kerajaan itu. YB Tony Pua pun beranggapan begitu. YB Rafizi Ramli pun memberikan komen mereka mengenai perjalanan 1MDB.

Umno menjadi-jadi nampaknya

Oleh Mohsin Abdullah

https://dinmerican.files.wordpress.com/2013/05/umno.jpg
Pada 16 Januari lalu, di Pusat Dagangan Dunia Putra (PWTC), suatu perjumpaan diadakan membabitkan presiden Umno dan ketua bahagian seluruh negara.Namun, bukan semua ketua bahagian hadir. Sama ada tidak dijemput atau enggan datang, tidak dapat dipastikan. Timbalan presiden serta ketiga-tiga naib presiden juga tidak kelihatan. Yang ada, Setiausaha Agung Datuk Seri Tengku Adnan Mansor dan Setiausaha Kerja, Datuk Rauf Yusoh.

Media tidak dimaklumkan akan perjumpanaan tertutup itu. Bagaimanpun, TV3 datang juga dan menurutnya, setelah bos mereka “deal” dengan pihak tertentu dalam Umno.

Tetapi kru stesen televisyen pro-Umno itu tetap tidak dibenarkan masuk dewan bagi membuat liputan. Sejurus kemudian, wartawan Bernama pula muncul – pun duduk luar dewan .

Selesai pejumpaan, Datuk Seri Najib Razak meninggalkan PWTC melalui side entrance.

Ada ketua bahagian memberitahu, perjumpaan diadakan untuk membolehkan “presiden memberi motivasi bagi menghadapi PRU 14".

Bagi saya, itu agak pelik kerana PRU14 begitu jauh lagi, walaupun setuju persiapan awal amat penting untuk parti politik.

Mangsa tsunami Kedah 10 tahun lalu belum dapat rumah

29 Januari 2015.

http://1.bp.blogspot.com/-Gtp847zV8mQ/UPt5uVoKQ3I/AAAAAAAAAyg/aJmZ-8tlLPs/s640/replika-tsunami-kota-kuala-muda.jpg
KUALA MUDA: Selepas 10 tahun tragedi tsunami yang kesannya turut membadai negara ini, masih terdapat mangsa tragedi itu yang belum mendapat bantuan seperti dijanjikan.

Bekas Pengerusi Jawatankuasa Keselamatan Kampung (JKK) Kampung Tepi Sungai, Ismail Osman, 59 tahun memaklumkan, sehingga kini pemindahan bagi fasa kedua mangsa tsunami tidak dilakukan sebaliknya perumahan dibina kepada pihak yang dianggap tidak memerlukannya.

“Selepas tsunami, Menteri Besar, Dato’ Seri Syed Razak Syed Zain dan Adun Pantai Merdeka, Dr Shuib Saidin maklum kerajaan telah gazetkan tanah 150 hektar untuk buat penempatan baru rakyat yang musnah dan yang berpotensi terkena semula tsunami. Dato’ Seri Abdullah Badawi yang mengisytiharkan untuk penempatan semula ketika itu.

"Pemindahan Fasa Satu sebanyak 100 keluarga yang rumahnya musnah teruk atau lenyap dipindahkan ke rumah sementara di Taman Permatang Katong. Manakala pihak kami Fasa Dua iaitu sebanyak 200 keluarga yang tinggal di persisiran pantai walaupun rumah tidak lenyap tetapi rosak teruk serta berpotensi kena tsunami semula.

Apa sebenar terjadi kepada MH370?


MH370

KUALA LUMPUR - Dalam tempoh kurang daripada dua bulan mulai sekarang, tragedi kehilangan MH370 akan genap setahun, namun kejadian itu terus menjadi misteri terbesar dalam sejarah penerbangan dunia.

Sehingga kini, tiada sebarang petunjuk ditemui dan pelbagai persoalan terus diungkapkan.

Persoalan yang terus bermain diminda semua pihak; Apa sebenarnya yang terjadi? Di manakah sebenarnya pesawat itu? Bagaimanakah nasib anak kapal dan penumpang di dalam pesawat itu?

Adakah lokasi pencarian itu tepat? Adakah aset pencarian tidak canggih sehingga sukar mendapatkan sebarang petunjuk? Sampai bilakah operasi mencari perlu dilakukan?

Malah ada juga yang bertanya; Apa tindakan seterusnya jika pesawat diisytihar hilang? Adakah solat ghaib boleh dilakukan jika tiada sebarang kelibat ditemukan? Bagaimana dengan pampasan kepada waris keluarga dan siapa yang akan menanggung kos keseluruhan operasi?

Kenangan ikan hidup, ikan darat

MUHAMAD MAT YAKIM

http://2.bp.blogspot.com/-JPbV465y70g/Tpz5NNumHYI/AAAAAAAAHMo/biqnckJOLDU/s1600/4.JPG
SEMALAM saya ke pasar bersama isteri. Hajat hati mahu beli ikan bawal untuk digoreng kelar cicah sambal kicap buat lauk tengah hari. Tengok, tengok, ikan semua sudah mati. Tak ada satu pun yang hidup.

Bukan ikan bawal sahaja tetapi semua jenis ikan, sotong, udang, semuanya mati. Yang hidup hanya kerang dan siput sedut!

Nanti sekejap, jangan komen dahulu. Biar saya terangkan, catatan ini sekadar untuk mengimbau kenangan. Bukanlah saya tidak pernah ke pasar beli ikan hingga tidak tahu yang dijual hampir kesemuanya ikan mati.

Saya teringat untuk menulis begini apabila terkenang kisah zaman kanak-kanak. Waktu itu, emak selalu suruh saya ke kedai beli ikan. Pesannya, “belilah ikan ‘hidup’ dua tiga ekor untuk buat lauk tengah hari ini!”

Kali pertama terima arahan itu, saya balik ke rumah dengan tangan kosong, juga wajah yang kehampaan. Apabila emak bertanya, “mana ikan yang mak suruh beli tadi?” saya jawab, “tak beli!”

Emak tanya lagi, “pasai apa tak beli?”

Saya jawab, “sebab semua ikan sudah mati!”




Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...