Mukhriz Tun Dr Mahathir  
Mukhriz Tun Dr Mahathir

ALOR SETAR - Cadangan pembinaan rumah panjang sementara di Kampung Karangan, Manek Urai oleh kerajaan negeri Kedah untuk 53 keluarga mangsa banjir akan digantikan dengan pembinaan rumah kekal individu bagi setiap keluarga.

Menteri Besar Kedah, Datuk Seri Mukhriz Tun Dr Mahathir berkata, pembinaan rumah berkenaan akan dibuat di atas tapak individu dengan persetujuan pemilik tanah.

"Sekarang ini kita dapati bahawa tapak-tapak tanah yang mana dulunya terletak rumah-rumah yang telah ranap kini sesuai untuk dibina rumah individu," katanya kepada pemberita selepas majlis menandatangi Memorandum Persefahaman antara Syarikat Perniagaan Peladang Mada (SPPM) Services Sdn Bhd dengan Diyou Future Biomass Sdn Bhd hari ini.

Katanya kos pembinaan rumah mangs abanjir itu adalah terkawal memandangkan beberapa syarikat swasta turut menyumbang bahan binaan.

Mukhriz berkata, bagaimanapun pihaknya turut mengambil kira keputusan yang dibuat oleh Kerajaan Persekutuan bagi memastikan projek yang dijalankan tidak bertindih. - Bernama