TERKINI :

Monday, January 26, 2015

Pilihanraya Kerajaan Tempatan : SAMM Cabar Hadi Awang Sepentas Berdiskusi

Kenyataan Umum
26 Januari 2015

http://www.suara.tv/wp-content/uploads/2014/11/Hadi_Awang.jpg?c33a9f
Pilihanraya Kerajaan Tempatan seharusnya menjadi idealisme setiap gerakan politik dalam negara bagi memastikan peranan Ahli Majlis sebagai penimbal balik keputusan dan dasar Pihak Berkuasa Tempatan serta mata dan telinga rakyat di dalam kawasan tersebut untuk membangunkan kawasan komuniti. Ia juga sebagai satu langkah yang dapat memulihkan kepincangan dan ketirisan dalam pentadbiran tier ketiga Sistem Pentadbiran Awam Di Malaysia.

Kali terakhir Pilihanraya Kerajaan Tempatan diadakan adalah pada tahun 1964, iaitu 5 tahun sebelum tragedi 13 Mei yang hanya berlaku pada tahun 1969. Jadi, dimanakah logika Datuk Seri Hadi Awang dalam melemparkan tanggapan Pilihanraya Kerajaan Tempatan Akan Mengulangi 13 Mei?

Persoalannya, adakah kerana Pilihanraya Kerajaan Tempatan menjadi punca 13 Mei ataupun 13 Mei berlaku kerana demokrasi telah dipadamkan dan keadilan dinafikan sehingga mewujudkan ruang manipulasi besar yang mengakibatkan jurang perbedaan antara kaum dalam negara ini?

Pandangan Tg Haji Hadi Agak Ketinggalan Zaman

Oleh Abu Hassan Adam

http://antarapos.com/v1/images/news_images_upload/images/hadi%20nik(2).jpg 

Ekoran daripada timbulnya isu yang berkaitan dengan pilihanraya tempatan yang sedang hangat diperbincangkan kini, ternampak bahawa akhir-akhir ini sudah ramai kelihatan pemimpin di Malaysia yang dirasakan sudah tidak berapa sesuai ‘berada’ dan berperanan pada Kurun ke 21. Bukan sahaja Tuan Guru Haji Hadi Awang tetapi ramai lagi pemimpin-pemimpin dari kalangan pemimpin parti kerajaan yang sememangnya kelihatan sudah tidak berapa sesuai. Dan yang anihnya pula golongan ini semacam tidak sedar bahawa mereka sudah agak jumud dan tidak diperlukan dalam zaman yang mencabar ini.

Yang anihnya mereka adalah seperti kata peribahasa Melayu bahawa seperti ‘hidung tak mancung dan pipi tersorong-sorong’. Mereka harus sedar bahawa budaya Melayu dan Malaysia sememangnya tidak sampai hati untuk menyatakan sesuatu secara terang-terangan, apatah lagi terhadap orang tua yang dikira pernah berjasa. Tidak sampai hati mereka untuk menyuarakan hasrat hati yang terpendam untuk menjelaskan sesuatu. Namun sebagai seorang pemimpin yang bertanggungjawab seharusnya merasa sedar bahawa kehadiran mereka sudah semacam merupakan batu penghalang kepada kemajuan bangsa dan negara.

Antara ANWAR dan NAJIB yang mana akan 'tersungkur' dahulu?

"Que Sera Sera" - Untuk Anwar Atau Najib?
Shahbudin Husin, 

http://kualalumpurpost.net/wp-content/uploads/2012/09/najib-anwar.jpeg
Mahkamah Persekutuan akhirnya menetapkan 10 Februari ini sebagai tarikh mengumumkan keputusan kes liwat kedua melibatkan Ketua Pembangkang, Anwar Ibrahim yang didakwa meliwat bekas pembantunya, Saiful Bukhari Azlan.

Mahkamah Tinggi sebelum ini membebaskannya atas tuduhan itu tetapi Mahkamah Rayuan kemudian menyabitkannya bersalah dan dijatuhkan hukuman lima tahun penjara. Keputusan Mahkamah Persekutuan ini adalah proses yang terakhir dalam undang-undang dan akan menentukan sama ada Anwar akan menjadi manusia bebas atau bakal menjadi penghuni penjara sekali lagi.

Lebih dari itu, keputusan pada 10 Februari juga amat ditunggu-tunggu kerana ia turut menentukan hidup mati Anwar dalam politik dan sama ada cita-citanya menjadi Perdana Menteri dapat dicapai atau sebaliknya.

Jika dibebaskan, peluangnya bersama PR dalam PRU 14 menjadi terbuka semula, tetapi jika dipenjarakan, dalam usianya yang sudah menjangkau 64 tahun ketika ini, ramai yang mengandaikan semuanya sudah berakhir bagi Ahli Parlimen Permatang Pauh itu.

Anwar sendiri menyedari hakikat itu. Lantaran itu reaksinya mengenai tarikh 10 Februari ini ringkas saja iaitu "que sera sera" atau "apa nak jadi, jadilah".

Selain sudah berusaha dan berdoa, apa yang mampu dilakukan oleh Anwar hanyalah berserah atau bertawakal saja. "Que sera sera" yang diucapkannya adalah petanda beliau sudah bersedia segala-galanya, sama ada dibebaskan atau dihumban ke penjara sekali lagi.

Apa nak jadi, jadilah. Tepat sekali ungkapan itu.

Hentikan "serangan" sesama sendiri, ayuh kita selesaikan dalam mesyuarat pakatan..!!

Hentikan serangan, selesaikan isu pilihan raya PBT dalam Pakatan, kata Azmin

Menteri Besar Selangor Mohamed Azmin Ali menggesa semua parti dalam Pakatan Rakyat duduk semeja dan memutuskan perkara berkaitan pilihan raya Pihak Berkuasa Tempatan (PBT) secara konsensus. – Gambar The Malaysian Insider oleh Seth Akmal, 26 Januari, 2015.
Menteri Besar Selangor Mohamed Azmin Ali menggesa semua parti dalam Pakatan Rakyat duduk semeja dan memutuskan perkara berkaitan pilihan raya Pihak Berkuasa Tempatan (PBT) secara konsensus. – Gambar The Malaysian Insider oleh Seth Akmal, 26 Januari, 2015.

Perbezaan pandangan antara pimpinan Pakatan Rakyat (PR) mengenai isu pilihan raya Pihak Berkuasa Tempatan (PBT) perlu dibincangkan secara dalaman melalui mesyuarat, bukannya dengan menyerang sesama sendiri, kata Mohamed Azmin Ali.

Timbalan presiden PKR itu berkata, ketiga-tiga parti sepatutnya duduk semeja dan memutuskan perkara itu secara konsensus.

"Di peringkat negeri, kita sudah adakan perbincangan mengenai ini, dan saya pasti ia akan diteruskan dan ketiga-tiga parti harus duduk semeja.

"Kita akan selesaikan di dalam PR dan saya pasti akan dibincangkan dalam Majlis Presiden.

"Kekuatan PR ialah kita bekerja berdasarkan konsensus dan bukannya secara individu," katanya kepada pemberita di Shah Alam, hari ini.

Presiden PAS : Tak suka bahtera PAS sila pergilah ke bahtera lain yang kamu suka

Dato' Seri Tuan Guru Haji Abdul Hadi Awang

Inilah bahtera PAS. Kita dalam Pakatan Rakyat bukanlah dalam bahtera yg sama. PKR bahtera lain, DAP bahtera lain, kena faham. Jika ada yang merasakan bahtera ini bergerak perlahan, ada kekurangan, jangan bocor dan rosakkan bahtera ini. PasMa ni ibarat mereka yg menebok kapal. Kalau rasa payah sangat pergilah ke bahtera lain yang kamu suka yang kamu rasakan lebih cepat sampai ke destinasi. Pergilah ke kapal DAP, kapal PKR, kalau nak cepat lagi ke Putra Jaya pergilah ke bahtera UMNO.

Dalam bahtera PAS, ia menggabungkan pelbagai kepakaran, ada yang bahagian kejuruteraannya, ada bahagian enjinnya, ada bahagian kemudinya dan sebagainya. Inilah PAS yang tidak membezakan kepelbagaian penggerak penggeraknya. Justeru tidak timbul pertembungan antara ulamak dan professional kerana PAS terbuka menerima sesiapa sahaja, asalkan memperjuangkan Islam.

PAS meraikan kepelbagaian pandangan yang dibatasi dengan syarak. Di dalam perlembagaan PAS, meletakkan al Quran, Hadis, Ijmak dan Qias sebagai undang undang tertinggi dalam menentukan sesuatu pendirian. Para ulamak yang pakar dan berkebolehan dalam merujuk kitab kitab ulamak terdahulu, serta kepakaran mereka dalam bidang syariat, dihimpunkan di dalam Majlis Syura Ulamak bagi memandu PAS agar tidak terbabas daripada sempadan syarak.

Bekas menteri Belanda syor pindah Yahudi ke Amerika

Kewujudan Zionis-Israel di tanah Palestin merupakan suatu kesalahan sejarah yang fatal. Itu diungkap oleh mantan Menteri Ekonomi Belanda, Herman Heinsbroek, 64.

Dia mencadangkan agar seluruh Zionis-Yahudi yang sekarang berada di Tanah Palestin akan dikeluarkan dan dipindahkan ke Amerika Syarikat, dipetik Eramuslim.com.

"Satu kesilapan besar dalam sejarah ialah memberikan peluang kepada orang-orang Yahudi mendirikan negara di kawasan majoriti Muslim. Anda lihat sendiri, sejak saat itu (penubuhan Israel), perang kian menjadi dan sikap anti-Yahudi pun kian meningkat," demikian kenyataan Herman Heinsbroek dalam wawancara dengan Quote seperti dikutip JTA (22/1).

"Nah, inilah idea saya: hapus Israel dari Timur Tengah, berikan orang-orang Yahudi itu negara mereka sendiri di suatu kawasan di Amerika Syarikat dan masa selama 25 tahun bagi mereka untuk berpindah ke sana," tambah Herman Heinsbroek.

Ketepikan perbezaan, sepakatlah dalam kesatuan

DATUK TUAN IBRAHIM TUAN MAN | 26 Januari 2015.

http://mk-cdn.mkini.net/364/3819b2416698e1c774cb5f951148329b.gif
SETIAP parti mempunyai dasar dan agenda masing-masing. Atas prinsip perjuangan posisi dan dasar inilah yang menjadi nadi untuk setiap parti untuk terus berjalan dan terus maju.

Apabila wujudnya gabungan politik antara parti, maka harus wujudlah pula sikap tolak ansur dan hormat-menghormati antara setiap parti.

Apabila jurang perbezaan yang diperbesarkan, maka akan mengecillah ruang persamaan. Jika ini berterusan, muafakat itu akan pasti hancur.

Sebaliknya, apabila kita membesarkan ruang persamaan, maka akan kecillah jurang perbezaan. Dengan itu, muafakat itu akan kekal dan subur.

Ketika Umno berperang, Pakatan Rakyat ‘karam’

Oleh Amin Iskandar

http://2.bp.blogspot.com/_NYqYx2qGl4o/TU92ao22i1I/AAAAAAAAI8M/ySRDJ3IuVNQ/s400/kapal%2Bkaram%2Bpkr.jpg
Suka atau tidak, Pakatan Rakyat (PR) yang ditubuhkan selepas tsunami politik 2008 oleh PKR, DAP dan PAS boleh dikatakan sudah berakhir.PR yang menjadi ancaman besar kepada Barisan Nasional (BN) dan mendapat sokongan 51% undi popular semasa Pilihan Raya Umum ke 13 (PRU13) lalu mungkin tidak bersama lagi pada pilihan raya umum akan datang.

Ketika itu, gabungan politik yang ada dalam negara ini juga mungkin sudah berbeza.

Hari ini pemimpin PAS dan DAP berbalah secara terbuka hampir setiap hari dan Datuk Seri Anwar Ibrahim yang sebelum ini menjadi “pengikat” kepada dua-dua parti itu sudah tidak memainkan peranannya lagi.

Mungkin Anwar sudah putus asa dan bosan dengan Presiden PAS, Datuk Seri Abdul Hadi Awang selepas kemelut menteri besar Selangor tahun lalu.

Sekutu Anwar di dalam PAS tidak boleh melakukan apa-apa dan kerjasama di antara kelompok Hadi dan kumpulan Timbalan Presiden Umno, Tan Sri Muhyiddin Yassin sudah tidak dapat dihentikan lagi.

Apabila pada Jumaat lepas Hadi memberi amaran pilihan raya Pihak Berkuasa Tempatan (PBT) akan mencetuskan tragedi 13 Mei, jelaslah presiden PAS itu sudah mengambil peranan Perkasa dan Ikatan Muslimin Malaysia (Isma), dan DAP sudah pasti tidak akan memaafkannya.

Harakah dalam bahaya, atau PAS?

Oleh Dinsman

http://antarapos.com/v1/images/news_images_upload/content/suara%20keadilan%20dan%20harakah2.jpg
Seniman Paksi Rakyat (Paksi) bersama PAS Kawasan Batu meneruskan lagi usaha mereka "mengembalikan" Harakah kepada landasan awalnya, sepertimana sebelum ini Paksi pernah mengadakan kempen mengembalikan Dewan Bahasa dan Pustaka (DBP) kepada landasannya, hinggalah Datuk Dr Awang Sariyan dilantik menjadi Ketua Pengarah DBP (awal 2012).

Tak kiralah samada kempen itukah yang akhirnya "menyelamatkan" DBP yang waktu itu dikatakan sedang tenat, ataupun semua itu terjadi daripada proses yang lain, hakikatnya Paksi memang melakukan kempen berkenaan secaranya tersendiri (bersama dengan Gerakan Darurat Bahasa atau GDB, yang dipimpin presiden Teras, Cikgu Azmi Abdul Hamid).

Itu terjadi pada 2011. Bermula dengan majlis baca Yasin dan puisi di warong kopi di depan bangunan lama DBP, yang dihadiri oleh tokoh budaya sahabat Paksi termasuk Sasterawan Negara, A Samad Said dan Prof Shaharir Mohd Zain pada Mac, dan diikuti beberapa acara lagi di warong tersebut, termasuk menyambut ulang tahun ke-55 penubuhan DBP, pada Jun.

Apakah untuk Harakah kali ini pun perlu dibuat baca Yasin juga seperti untuk DBP yang tenat dulu itu?

Malaysia ‘Darul Hairan’

Oleh Zulkifli Yahaya

http://upload.wikimedia.org/wikipedia/commons/2/20/Hari_Malaysia_celebration_in_2011.jpg
KONTROVERSI 1Malaysia Development Berhad (1MDB) yang membabitkan dakwaan hutang sebanyak RM41.9 juta serta lain-lain pertikaian, bukan perkara kecil. Seperti biasa, jika isu seperti ini berlaku di negara selain Malaysia maka ketua kerajaannya sudah meletakkan jawatan.

Di Malaysia, perdana menterinya boleh bergelak ketawa bermain golf dengan presiden Amerika Syarikat seolah-olah tiada apa berlaku.


‘Wanita pertama’ pula boleh bebas melancong sambil membeli belah di mana jua. Dunia hairan bagaimana banyak kontroversi besar melibatkan kewangan yang banyak boleh berlaku dengan “selesa” di Malaysia tanpa menjejaskan kedudukan kerajaan yang memerintah.

Timbalan Ketua Bahagian Umno Batu Kawan Dato’ Seri Khairuddin Abu Hassan yang membuat laporan polis terhadap kes 1MDB tiba-tiba mendapati rumahnya dilelong tanpa notis dan penyitaan terlebih dahulu.

Hukum Merotan Anak : Rujuk ulama sebelum gubal akta baharu


Mohamad Shukri Mohamad  
Mohamad Shukri Mohamad

KOTA BHARU - Kementerian Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat perlu merujuk golongan ulama terlebih dahulu sebelum menggubal akta baharu bagi menggantikan akta kanak-kanak sedia ada supaya masyarakat tidak tersalah tafsir terhadap pendidikan dalam Islam.

Mufti Kelantan, Datuk Mohamad Shukri Mohamad berkata, perkara itu perlu diperhalusi kerana bimbang menimbulkan pelbagai persepsi dalam kalangan masyarakat.

Menurutnya, dari sudut Islam, ibu bapa dibenarkan memukul apabila sudah tiada pendekatan lain untuk mengajar anak, tetapi bukan dengan cara memudaratkan.

“Memukul bukanlah sewenang-wenangnya, malah ia bukan deraan tetapi dari segi mahu mendidik sahaja, seperti kanak-kanak berusia 10 tahun tidak mahu solat, kita boleh pukul paling minimum dengan menggunakan perca kain, tidak semestinya rotan.

Isu rotan: Ambil iktibar kes pasangan Sweden


Khairul Anwar Rahmat 
Khairul Anwar Rahmat

RUJUKAN kes pasangan Malaysia Sweden sudah jelas dan nyata, mungkinkah anak-anak akan dipisahkan dengan ibubapa kandung hingga berusia 18 tahun?

Akan wujudkah manipulasi dan 'industri anak angkat' yang memberi pulangan lumayan, sepertimana Sweden membayar 10 ribu Swedish Kronas (RM4,300) kepada ibubapa angkat ?

1. Pengalaman SukaGuam sebagai pemerhati dalam kes pasangan Malaysia di Sweden mendapati larangan merotan anak seperti terkandung dalan Konvensyen Mengenai Hak Kanak-Kanak (CRC) ditentang hebat oleh pengamal undang-undang, bekas hakim, aktivis masyarakat dan ibubapa di negara itu. Malah, ia turut dikecam oleh pihak-pihak yang rasional dari Nordic Committee for Human Rights, World Peace Foundation (Sweden) serta The Stockholm Institute of Public and International Law.

2. Jika pihak mereka juga tidak sependapat berkenaan perkara ini, mengapa pula Malaysia mahu mencontohi undang-undang yang jelas berlawanan dengan amalan agama majoriti rakyat negara ini yang merotan anak bagi tujuan mendidik dan mendisiplin melalui kaedah tertentu.

MP PAS cadang letup kapal nelayan asing sepertimana Indonesia lakukan di perairan mereka


Raja Kamarul Bahrin Shah Raja Ahmad Shah  
Raja Kamarul Bahrin Shah Raja Ahmad Shah

KUALA TERENGGANU – Kerajaan Malaysia disaran mengikut jejak langkah kerajaan Indonesia dalam menangani masalah kehadiran nelayan warga asing yang menceroboh perairan negara dengan meletupkan kapal mereka.

Ahli Parlimen Kuala Terengganu, Datuk Raja Kamarul Bahrin Shah Raja Ahmad berkata, telah tiba masanya kerajaan Malaysia mengambil langkah sama supaya masalah yang sedang berlaku di negara ini dapat diatasi segera.

“Sebenarnya isu (nelayan asing) ini sudah lama melanda nelayan kita, malah semakin lama lebih dahsyat. Nelayan asing ini menggunakan pukat, menangkap ikan secara haram dan pelbagai lagi salah laku lain, sama ada di laut mahupun darat, seolah-olah tiada tindakan dibuat pihak berkuasa,” katanya ketika mengadakan pertemuan ringkas di antara nelayan Kuala Terengganu di Hiliran, di sini.

Anak Bukit : Presiden PAS luang masa tahnik bayi berusia 22 hari semasa lawatan semalam


Abdul Hadi memberi kurma kepada A’aisyah sambil diperhatikan Adun Kubang Rotan, Mohd Nasir Mustafa.  
Abdul Hadi memberi kurma kepada A’aisyah sambil diperhatikan Adun Kubang Rotan, Mohd Nasir Mustafa.

ALOR SETAR - Presiden Pas, Datuk Seri Abdul Hadi Awang sempat meluangkan masa melakukan upacara tahnik atau belah mulut untuk A’aisyah Fasihah Mohamad Firdaus yang berusia 22 hari ketika kunjungannya ke Kenduri Rakyat Sempena Program Jelajah Perdana Ke Kawasan Kuala Kedah di Markas Pas Dun Anak Bukit, Alor Setar, di sini, semalam.

Fatimah Othman, 76,  berkata, cucunya yang ke-14, A’aisyah dilahirkan pada 3 Januari lalu adalah anak ketiga pasangan Faizah Abdullah, 33, bersama Mohamad Firdaus Zainal, 39.

“Memang sejak dari awal arwah suami, Abdullah Hashim atau Pak Ndak yang juga pemilik tanah serta pengasas Markas Pas Dun Anak Bukit ini sering mengambil peluang meminta orang alim, tuan guru atau ulama kebetulan berkunjung ke sini untuk melakukan tahnik jika ada cucu baru lahir.

“Jika tok ayah (Abdullah) masih ada mesti dia seronok. Saya ambil peluang kunjungan Tuan Guru (Abdul Hadi) yang juga pernah menjadi rakan baik arwah untuk meneruskan kebiasaannya ini,” katanya kepada Sinar Harian.

2 Bulan untuk siap roboh Pekan Rabu



http://1.bp.blogspot.com/-Ngrez-dp9ZY/VFn9upOBukI/AAAAAAAAgaU/siN5ltvyir0/s1600/IMG-20141105-WA0035.jpg
ALOR SETAR - Kerja meroboh kompleks perniagaan Pekan Rabu di sini telah bermula dan dijangka selesai sepenuhnya menjelang Mac, kata Timbalan Menteri Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan, Datuk Seri Ahmad Bashah Md Hanipah.

Beliau yang juga Timbalan Pengerusi Umno Kedah berkata, kerja pembinaan semula akan bermula pada April dan dijangka mengambil masa dua tahun untuk siap sepenuhnya.

"Pada April kita akan memulakan kerja-kerja menanam cerucuk," katanya kepada pemberita selepas melawat penempatan sementara peniaga kompleks itu di Ukir  Mall yang terletak bersebelahan.

Katanya seramai 370 peniaga telah dipindahkan ke Ukir Mall pada 1 Disember lepas bagi memberi laluan kepada pembinaan kompleks baru setinggi empat tingkat  dan bernilai RM55.57 juta.

"Keputusan kerajaan negeri menempatkan peniaga Pekan Rabu di Ukir Mall secara sementara merupakan keputusan yang tepat kerana pelbagai kemudahan telah disediakan demi kemudahan dan keselesaan peniaga dan pengunjung," katanya.





Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...