TERKINI :

Sunday, January 25, 2015

Politik sempit PAS dan UMNO susahkan rakyat

Politik sempit susahkan rakyat, kata Mas Ermieyati

Foto Sinar Harian oleh AFIQ RAZALI  
Foto Sinar Harian oleh AFIQ RAZALI

SHAH ALAM - Perbezaan ideologi politik antara Pas dengan BN yang dilihat sesetengah pihak sebagai halangan untuk bekerjasama menyalurkan bantuan kepada mangsa bencana banjir adalah amalan politik sempit.

Ketua Puteri Umno, Datuk Mas Ermieyati Samsudin menegaskan persepsi itu tidak wajar disuburkan di kala negara dilanda bencana, kelak hanya menyusahkan rakyat dan menghalang pembangunan.

"Pemikiran sempit seperti ini tidak harus dibenarkan kerana kepentingan rakyat adalah keutamaan kerajaan (negeri dan pusat).

"Pada masa ini yang paling penting adalah agenda pembangunan semula di negeri-negeri yang terjejas akibat banjir termasuk Kelantan.

"Ini yang kita maksudkan dengan kerjasama perpaduan yang seharusnya diberi keutamaan," katanya kepada Sinar Online, semalam.

Biarkan geng Dr Mahathir ‘balun’ Najib hingga musnah

 Rasa kurang senang di antara penyokong Tun Dr Mahathir Mohamad dan Datuk Seri Najib Razak diserlahkan sejak kebelakangan ini melalui media milik kerajaan. – Gambar fail The Malaysian Insider, 25 Januari, 2015.
Rasa kurang senang di antara penyokong Tun Dr Mahathir Mohamad dan Datuk Seri Najib Razak diserlahkan sejak kebelakangan ini melalui media milik kerajaan. – Gambar fail The Malaysian Insider, 25 Januari, 2015.

Penyokong Tun Dr Mahathir Mohamad perlu dibiarkan melancarkan serangan terhadap Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak kerana ia merupakan cara menghancurkan Umno, kata seorang wakil rakyat DAP.

Ahli Parlimen Raub, Datuk Mohd Ariff Sabri Abdul Aziz berkata, Najib dan Dr Mahathir memainkan peranan mereka masing-masing memberikan ancaman dari dalam yang melemahkan pihak lawan.

“Kita patut biarkan kumpulan Dr Mahathir membalun Najib. Taktik kumpulan Najib membongkar rahsia (Tun) Daim (Zainuddin) dan kemudian Mahathir hanya red herring untuk mengalih pandangan rakyat daripada incompetence (kelemahan) Najib.

“Kita jangan jadi sebahagian daripada pencak silat Najib. Umno sukar musnah oleh ancaman luar, tapi lebih mudah jika ianya musnah dari dalam,” katanya menerusi blog peribadinya, Sakmongkol AK47, hari ini.

Pas Kedah meletak kerja untuk kembali berkuasa

Oleh Mohd Sayuti Omar,

JIWA AHAD                                                                                                      

Inisiatif Pas Kuala Kedah mengadakan Kenduri Rakyat kelmarin dengan "memadah" presiden Pas Abdul Hadi Awang sebagai tetamu istimewa adalah satu langkah baik ke arah menguraikan kekusutan kecil yang berlaku dalam Pas Kedah dewasa ini dan juga antara presiden Pas itu dengan Phahrolrazi Mohd Zawawi.
Abdul Hadi, Phahrolrazi makan semeja.
Majlis itu juga menampakkan ada kesimpulan baru yang diambil oleh Pas Kedah dan ianya perlu disokong oleh semua orang.

Tidak syak lagi majlis seumpama itu boleh mengeratkan hubungan sesama ahli dan penyokong Pas Kedah dan juga sesama pemimpin. Ianya juga tentu dapat membangkitkan semangat dan mengeratkan ukhwah ahli dan penyokong Pas Kedah untuk mempedulikan Kedah, selepas mereka "terkanyak" dengan kekalahan dalam pilihan raya umum lalu sehingga hilang kerajaan negeri.

Apakah kenduri semalam akan membuka langkah panjang membawa kenduri besar selepas ini apabila dalam pilihan raya ke -14 nanti Pas akan menggengam semula negeri Jelapan Padi itu? Tidak mustahil sekiranya Pas Kedah dapat membulatkan tekad sesamanya dan menjalinkan hubungan baik dengan seluruh pemimpin di peringkat pusat dan negeri, Pas mampu mengulangi sejarah menawan semula Kedah.

ROTAN di pandangan Rasulullah dan Menteri dalam negara MALAYSIA..!!!

Myba Sidamimisri


SUNNAH MENGGANTUNG ROTAN DI RUMAH (mengadabkan anak²)

عن ابن عباس رضي الله عنه،
قال رسول الله صلى الله عليه وسلم :
علقوا السوط حيث يراه أهل البيت فإنه أدب لهم.

- رواه الطبراني في الكبير، بسند حسن.
- ورواه البزار عنه بلفظ : ضع السوط حيث يراه الخادم.
- ورواه البخاري في الأدب المفرد.
- ورواه أبو نعيم عن ابن عمر.

Dari Ibnu Abbas r.a,
Rasulullah s.a.w bersabda :

Gantunglah rotan di rumah kamu supaya dilihat oleh penghuni rumah, maka sesungguhnya rotan itu mengadabkan mereka.

- Riwayat At-Tobrani di dalam kitab Al-Kabir, dengan sanad HASAN.
- Riwayat Al-Bazar dengan lafaz "letakkan rotan dirumah mu supaya dilihat oleh org yg khidmat bg mu".
- Riwayat Al-Bukhari di dalam kitab Adabul Mufrad.
- Riwayat Abu Nuaim dari Ibnu Umar r.a.
_______________

Sirul, Pesalah Hukuman Mati Yang Berpeluang Jadi Hero

oleh Shahbudin Husin,

https://pbs.twimg.com/media/B8AG1QrCYAAKmVX.jpg:large
Biasanya apabila seseorang itu sudah didapati bersalah dan dijatuhkan hukuman, lebih-lebih lagi atas kesalahan membunuh, ramai yang akan berkata, "itulah balasan yang sepatutnya diterima".

Jika pesalah itu dapat melarikan diri pula, dia lebih dikecam lagi kerana dianggap tidak menghormati undang-undang dan hanya "berani buat tapi tak berani tanggung" atas perbuatannya.

Yang lain akan memperlekeh, "berani buat, kena beranilah tanggung" manakala yang budiman pula akan berkata, "sebab itu kena fikir sebelum buat sesuatu".

Tetapi kelaziman itu berbeza dengan Sirul Azhar Umar, pesalah yang dijatuhkan hukukan mati bersama Azilah Hadri oleh Mahkamah Persekutuan atas kesalahan membunuh model kelahiran Mongolia, Altantuya Sharibuu.

Ketiadaannya di mahkamah ketika hukuman mati dijatuhkan dan kemudian didapati sudah melarikan diri ke Australia sejak dua bulan sebelum itu, sebaliknya lebih mengundang pujian dan sanjungan. Beliau dianggap bijak dan berotak geliga, bukan saja kerana melarikan diri tetapi juga sebab memilih Australia, sebuah negara yang tidak melaksanakan hukuman mati, sebagai destinasinya.

Perlukah pilihan raya pihak berkuasa tempatan?

FATHI YUSOF | 24 Januari 2015.

http://upload.wikimedia.org/wikipedia/commons/5/59/MalaysianParliament.jpg
DI Malaysia, pilihan raya pihak berkuasa tempatan (PBT) tidak pernah dilaksanakan sejak kerajaan Persekutuan menggantungkan perlaksanaannya melalui undang-undang darurat pada tahun 1965. Akhir-akhir ini timbul inisiatif pihak kerajaan Pulau Pinang untuk menghidupkan kembali pilihan raya berkenaan di negeri itu. Persoalannya, adakah wajar pilihan raya PBT dijalankan semula di Malaysia.

Tujuan pilihan raya adalah untuk memberikan hak kepada orang ramai menentukan pihak yang menguruskan urusan mereka. Dengan mengadakan pilihan raya PBT, hasrat ini kelihatan dapat dicapai dengan mudah dan jelas di peringkat kerajaan tempatan. Persoalannya, dalam sistem yang ada hari ini, adakah pihak yang bertanggung jawab dalam pentadbiran PBT tidak datang dari suara rakyat?

Bagi menjawab persoalan di atas, elok kita melihat siapakah yang menganggotai PBT. Menurut Akta Kerajaan Tempatan 1976 (Akta 171), ahli PBT adalah dilantik oleh pihak berkuasa negeri. Pihak berkuasa negeri adalah majlis mesyuarat kerajaan negeri yang dipengerusikan oleh Menteri Besar. Kerajaan negeri adalah kerajaan yang dipilih melalui pilihan raya Dewan Negeri. Dari perspektif ini, kita boleh simpulkan bahawa pihak yang mengendali PBT, tetap mempunyai kaitan rapat dengan kerajaan yang dipilih melalui pilihan raya. Oleh itu, hasrat rakyat untuk menentukan pihak yang menguruskan PBT sebenarnya sudah boleh dicapai melalui pilihan raya yang memilih kerajaan negeri. Cuma bezanya ia tidak berlaku secara langsung.

PULAU PINANG: "Pembohong, ada pihak sengaja membuat fitnah dan pihak masjid tidak tahu menahu"

PULAU PINANG: "Pembohong, ada pihak sengaja membuat fitnah dan pihak masjid tidak tahu menahu," tegas Pengerusi Masjid At-Taqwa Taman Brown/Taman Tun Sardon, Glugor, Abdul Aziz Sharif ketika diaju soalan tentang laporan yang mengatakan terdapat bantahan sebagai menghalang melaungkan azan daripada penduduk sekitar baru-baru ini.

Beliau berkata, berita tersebut hanya rekaan yang dimuatkan dalam laman sosial dengan tujuan memburukkan keadaan kononnya masyarakat Cina terutamanya membuat laporan yang tidak relevan.

"Masjid kami pasang pembesar suara bukan lekeh tapi mahal. Bunyinya pun amat kuat kedengaran nyata di sekitar sini. Tiada bantahan pun sejak masjid yang dirasmikan oleh Tun Yang Terutama, Datuk Seri Utama Dr Haji Abdul Rahman Abas. Macam mana boleh tiba-tiba berlaku pula," terangnya kesal.

Menurutnya, ringkas jawapan yang diberikan kepada semua termasuk pihak polis ialah pergi mencari orang yang mengeluarkan surat dan ambil bukti dari mana ia diperolehi.

"Jangan sekali-kali tanya jawatankuasa masjid sebab semuanya tidak tahu menahu cuma diketahui apabila tersiar dalam Facebook," katanya.

Pihak masjid ujar beliau, telah menafikan desas desus itu dalam laman web masjid dan ia jelas satu pembohongan.

Justeru, kata beliau jangan percaya isu perkauman seperti itu kerana ia tidak mendapat tempat pada era kini. - HARAKAHDAILY 23/1/2015

Apabila Hadi makan semeja dengan presiden PasMa..!!

 Presiden PAS Datuk Seri Abdul Hadi Awang makan semeja dengan Presiden PasMa Datuk Phahrolrazi Zawawi di Kuala Kedah dalam majlis Jamuan Rakyat hari ini. – Gambar The Malaysian Insider, 24 Januari, 2015.
Presiden PAS Datuk Seri Abdul Hadi Awang makan semeja dengan Presiden PasMa Datuk Phahrolrazi Zawawi di Kuala Kedah dalam majlis Jamuan Rakyat hari ini. – Gambar The Malaysian Insider, 24 Januari, 2015.

Pertemuan Presiden PAS Datuk Seri Abdul Hadi Awang dengan Presiden Persatuan Ummah Sejahtera Malaysia (PasMa) Datuk Phahrolrazi Zawawi dalam majlis jamuan rakyat di Kuala Kedah hari ini mengejutkan pelbagai pihak.

Ini kerana PAS sebelum ini membuat keputusan, semua pimpinan parti itu tidak boleh menyertai sebarang majlis anjuran PasMa.

Namun Phahrolrazi berharap pertemuan hari ini memberi satu harapan baik agar kedua-dua pihak dapat berbaik selepas ini.

"PasMa tidak ada sebarang perasaan permusuhan terhadap PAS kerana kita NGO yang menyokong Pakatan Rakyat," kata Phahrolrazi kepada The Malaysian Insider.

Apa cerita tetiba bekas menteri kaitkan nama Rita Ridani dengan konspirasi menjatuhkan Najib..!!

Rita Rudaini tidak terlibat konspirasi jatuhkan Najib, kata Zam secara sinis

http://ilarge.listal.com/image/5331690/968full-rita-rudaini.jpg
Bekas Menteri Penerangan Tan Sri Zainuddin Maidin dengan nada menyindir berkata keberadaan pelakon Rita Rudiani di kafe miliknya di Putrajaya tiada kaitan dengan konspirasi menjatuhkan perdana menteri. – Gambar fail The Malaysian Insider, 24 Januari, 2014.

Tan Sri Zainuddin Maidin dengan sinis berkata pelakon Rita Rudaini yang menjalani penggambaran di Zam Newsroom Cafe miliknya di Putrajaya tidak terlibat dalam konspirasi menjatuhkan Datuk Seri Najib Razak.

Bekas menteri penerangan itu berkata, teori konspirasi seumpama itu pernah timbul apabila beliau minum pagi bersama Tun Daim Zainuddin, Datuk A Kadir Jasin dan beberapa blogger lain di satu restoran di Damansara baru-baru ini.

"Tentunya kehadiran pelakon jelita Rita Rudaini bersama beberapa pelakon lagi di Zam Newsroom Cafe Putrajaya baru-baru ini bukanlah untuk berkonspirasi bagi menjatuhkan Datuk Seri Najib," kata Zainuddin secara sinis di blognya Zamkata hari ini.

Apabila Zahid Kantoi Menipu...!!


KALAU TAK BELIT MENIPU, Bukan UMNO Namanya..

Syed Hamid Albar pula tampil buat kenyataan yg beliau sendiri mantan KDN tidak pernah tulis surat kepada FBI. Surat kurun keberapa yg dirujuk tu, adakah dari zaman empayar Melaka.. ka??..

Sanggup 'tuduh' rakan dalam kabinet demi mempertahankan 'Raja Judi'.. Hurmm ada apa-apa ke Zahid...? ADAKAH Zahid Hamidi boleh dikenakan Akta Rahsia Rasmi (OSA) ??? Allah S.W.T. itu Maha Berkuasa.. Segala Kebatilan & Pembohongan akan terserlah...

SUMBER : KLIK SINI

Kecelaruan Fikrah Umat Islam Dalam Mentafsir Siapa Itu Ulama..!!!

Dari Syssss..!!

KECELARUAN FIKRAH UMAT ISLAM DALAM MENTAFSIR SIAPA ITU ULAMA..
AL- ULAMA WARISSOTUL ANBIA'


Apa maksud Hadith Rasulullah s.a.w tersebut?

Ulama Perwaris Anbia'

Siapakah Para Anbia' ?

Apakah hanya Rasulullah sahaja yang menjadi Anbia' ?

Apakah ulama itu hanya menjadi Pewaris kepada Rasulullah s.a.w sahaja atau Pewaris Para Anbia' (Para Rasul dan Nabi2 )?

Sebahagian Kisah para Anbia yang diceritakan Allah di dalam Al-Quran sebagai renungan

• Nabi Allah Shuaib a.s diutuskan Allah ke atas Kaumnya.. Kepada Nabi Syuaib tidak diturunkan Kitab Allah..

Apakah kehebatan Nabi Allah Syuaib? Baginda merupakan seorang Pakar Ekonomi.. Kesah baginda diceritakan oleh Allah di dalam Al- Quran. Apakah Nabi Shuaib a.s bukan seorang Anbia'?

Jika Nabi Shuiab a.s seorang Anbia' maka siapa sahaja yang pakar di dalam bidang ekonomi maka mereka tergolong dalam kalangan Al- Ulama Warissatul Anbia'

Jika mereka jujur dalam bidang ekonomi dan menepati syariat islam maka mereka adalah ulama yg baik DAN jika mereka menipu di dalam ekonomi maka mereka adalah Ulama Suk..

RM131 juta pulihkan sistem bekalan elektrik di kawasan terjejas banjir

MAHDZIR KHALID (tengah) mendengar penerangan oleh Zaki Anhar (dua
MAHDZIR KHALID (tengah) mendengar penerangan oleh Zaki Anhar (dua dari kiri) dalam majlis pecah tanah Stesen Janaelektrik Sekam Padi 9.95 Megawat di Padang Terap, Kedah, semalam. – BERNAMA

PADANG TERAP 24 Jan. - Sebanyak RM131 juta telah dibelanjakan oleh Tenaga Nasional Berhad (TNB) bagi memulihkan sistem bekalan elektrik di beberapa negeri yang terjejas akibat bencana banjir pada Disember tahun lalu.

Timbalan Menteri Tenaga, Tek­nologi Hijau dan Air, Datuk Seri Mahdzir Khalid berkata, kos tersebut melibatkan kerja-kerja membaik pulih dan menggantikan pencawang dan stesen janakuasa yang telah rosak di Kelantan, Terengganu, Pahang dan Perak.

Katanya, bencana banjir yang berlaku itu menyebabkan 2,788 pencawang dan beberapa buah stesen janakuasa rosak akibat ditenggelami air.

“Kerja-kerja baik pulih ini telah pun selesai dan sistem bekalan elektrik di negeri-negeri yang terlibat kini telah pulih seperti biasa.

Awas pada peniaga yang menjual minuman bungkus & minum di warung berlainan harga..!!

Warung kenakan caj?

Papan tanda sebuah gerai jelas memaparkan harga minuman berbungkus lain dari harga dipaparkan.  
Papan tanda sebuah gerai jelas memaparkan harga minuman 
berbungkus lain dari harga dipaparkan.

ALOR SETAR - Persatuan Pengguna Kedah (Cake) mengesan ada warung, gerai ataupun kedai makan didakwa mengenakan caj tambahan bagi minuman bungkus.

Presiden Persatuan Pengguna Kedah (Cake), Datuk Yusoff Ismail berkata, tidak dinafikan sememangnya ada kes sebegini, namun ia hanya sebilangan tempat sahaja.

“Ada perbezaan harga minuman berbungkus berbanding minum di kedai berkenaan. Jadi, ia menimbulkan tanda tanya kepada sebilangan pembeli,” katanya kepada Sinar Harian.

Menurutnya, sekiranya caj 20 sen itu dikenakan untuk nilai bungkusan plastik atau ais tambahan bagi minuman berkenaan, ia seolah-olah sebab tidak munasabah.

Gambar Suasana Kenduri Rakyat bersama Presiden PAS di Kedah

Oleh Aris Awang

BismillahirRahmanirRahim

Alhamdulillah....

Sambutan amat meriah Kenduri Rakyat bersama Presiden PAS, Tuan Guru Hj Abd Hadi Awang dan Pemimpin PAS Pusat serta Negeri Kedah di Kawasan Kola Kedah.

Terima kasih semua !!!!








Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...