TERKINI :

Friday, January 23, 2015

Ekonomi negara kian parah, Kantung wang rakyat sasaran GST

Oleh WAN NORDIN WAN YAACOB

http://www.freemalaysiatoday.com/wp-content/uploads/2013/10/GST-1.jpg
UMUM sebenarnya masih kabur lagi dengan isuisu yang membelenggu pelaksanaan cukai barangan dan perkhidmatan (GST) oleh kerajaan menjelang April ini.GST adalah satu bentuk cukai yang dikenakan ke atas setiap barang dan perkhidmatan yang dibeli.

Dalam Belanjawan 2014, Perdana Menteri, Dato’ Seri Mohd Najib Tun Razak mengumumkan kerajaan akan melaksanakan GST pada kadar antara 4 hingga 6 peratus bermula 2015.Ia juga telah dibentang di Parlimen dan diluluskan di Dewan Rakyat bagi dilaksanakan April ini.


Hari demi hari, selepas GST hangat dibicarakan rakyat yang secara besarnya menolak rejim baharu percukaian ini, kerajaan pula menggunakan pelbagai medium untuk memperbodohkan rakyat kononnya GST baik kepada ekonomi negara dan rakyat.

Tindakan kerajaan memutar belitkan fakta berhubung GST melalui pelbagai medium termasuk di papan iklan dan pengangkutan awam, melalui iklan di televisyen serta lakonan beberapa figur artis negara nampaknya seakan membayangkan keterdesakan kerajaan untuk mempromosi cukai zalim ini.

Adakah Najib bakal mangsa keenam Dr Mahathir

Lim Kit Siang hari ini mempersoalkan adakah Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak bakal menjadi mangsa terbaru Tun Dr Mahathir Mohamad selepas Tun Abdullah Ahmad Badawi.

Ketua Parlimen DAP itu berkata, susulan serangan Dr Mahathir yang menyaksikan Najib enggan untuk beralah, adakah Malaysia bakal mengheret "harimau" atau "buaya" pertamanya ke mahkamah dan ke penjara dalam kempen anti rasuah negara.

Lim merujuk kepada perang saraf di antara kem Najib dan pemimpin veteren Umno, Dr Mahathir dan bekas menteri kewangan Tun Daim Zainuddin yang menjadi menjadi isu hangat kini.

Lim berkata, sepanjang 45 tahun lalu, perdana menteri keempat Malaysa itu didakwa sudah memangsakan lima pemimpin politik utama negara.

Katanya, ia bermula dengan "Bapa Kemerdekaan Malaysia" yang juga perdana menteri pertama Tunku Abdul Rahman, 2 timbalan perdana menteri yang hampir menjadi perdana menteri iaitu Tun Musa Hitam dan Datuk Seri Anwar Ibrahim.

Apa salahnya kalau Anwar berkerjasama dengan Najib

Mohd Sayuti Omar,


http://www.straitstimes.com/sites/straitstimes.com/files/fnolive17e.jpg 

Ada orang tidak senang kalau Anwar Ibrahim berkerjasama dengan Najib Razak terutamanya dalam menangani kritikan Dr Mahathir Mohamad terhadap pentadbiran kerajaan kini. Katanya kerjasama itu mungkin membawa hasrat tersirat dan ada timbal balik (quid pro quo). Tanggapan itu suatu prejudis dan kebimbangan bermerit.

Hasrat (timba balas) itu tidak disebut secara nyata hanya diramalkan mungkin melibatkan kerjasama mengurangkan tekanan Mahathir ke atas Najib dan isu-isu tertentu yang mengurangkan impak. Baginya kerjasama itu menguntungkan Najib dan juga Anwar. Kenapa tidak disebutkan sahaja kerjasama Anwar - Najib itu bagi menyelamatkan Anwar ke penjara? Mungkin tidak sampai hati, kok?

Keputusan rayuan kes lewat membabitkan Anwar akan diumumkan (mungkin) selepas Tahun Baru Cina. Tidak siapa dapat menafikan Anwar cemas menanti keputusan berkenaan walaupun beliau konfiden akan bebas kerana beliau arif mengenai senario dirinya dalam pertuduhan itu. Bertolak dari itu tidak pelik kalau Anwar sedia bekerjasama dengan Najib orang yang berkuasa ke atas negara ini dewasa ini. Seorang Perdana Menteri boleh melakukan apa saja. Abdullah Ahmad Badawi apabila memegang jawatan itu baru dia tahu betapa besar dan luasnya kuasa seorang Perdana Menteri. Sayangnya kesempatan itu tidak digunakan sebaik mungkin bagi memanjangkan hayat pentadbirannya.

Mereka cuba burukkan Pasma dengan Pas

ALOR SETAR - Persatuan Ummah Sejahtera Malaysia (Pasma) kesal apabila ada pihak sanggup mempersenda keuzuran Mursyidul Am Pas, Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat dengan mengaitkan NGO itu membuat kenyataan palsu dikesan disebar melalui laman sosial.
 
Presidennya, Datuk Ir Phahrolrazi Zawawi berkata, kenyataan palsu didakwa dibuat oleh dirinya itu mula tersebar sejak petang kelmarin.
 
"Saya kesal dan kecewa, ada pihak sanggup menggunakan perkara seumpama itu semata-mata mahu memburukkan Pasma dan nama baik saya. Saya andaikan ini usaha untuk gambarkan Pasma seolah bermusuh dengan Pas," katanya.
 
Menurut Adun Pengkalan Kundor itu, beliau hanya mengetahui mengenai kenyataan itu mula menjadi viral di laman sosial termasuk aplikasi WhatsApp, lewat petang kelmarin melalui rakan-rakan yang menghubunginya untuk mendapatkan kesahihan.
 
"Ketika itu saya baru tiba di rumah sekitar 7.15 malam dari Kelantan, ditemani seorang rakan. Saya memandu melalui Thailand dari Rantau Panjang ke Bukit Kayu Hitam dan mengambil masa hampir lima jam," katanya.
 
Phahrolrazi berkata, sepanjang tempoh perjalanan itu, beliau tidak memeriksa telefon bimbit berikutan tiada perkhidmatan jalur lebar.
 
"Saya memandu ketika itu, bagaimana saya didakwa menulis mesej atau kenyataan itu. Ketika tiba di Bukit Kayu Hitam, saya dapati bertalu-talu panggilan dan mesej masuk, bertanyakan perkara itu," katanya.
 
Tambahnya, hanya individu yang waras dapat menilai sama ada kenyataan itu dibuat olehnya atau dirinya difitnah pihak tertentu.
 
"Orang ramai tidak wajar terima bulat-bulat perkara yang disebar di alam cyber, sebelum melakukan tabayyun yakni mendapat penjelasan daripada pihak terlibat," katanya.

Australia bebas semula Sirul selepas ditahan

Australia bebas Sirul dengan bersyarat

Sirul Azhar Umar yang kini dalam pelarian di Australia dibebaskan dengan bersyarat oleh pihak berkuasa negara itu.

Pasportnya turut dirampas dan beliau diberikan satu kad khas yang membolehkannya bergerak bebas di negara itu, lapor Berita Harian.

Sirul ditahan oleh pasukan Imigresen Australia pada hari Selasa lalu selepas polis antarabangsa Interpol mengeluarkan notis merah ke atasnya.





Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...