TERKINI :

Thursday, January 22, 2015

'Najib perlu belajar dari Mahathir'

Bekas menteri kewangan Tun Daim Zainuddin menggesa Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak mempelajari cara Tun Dr Mahathir Mohamad menguruskan krisis.

Daim berkata, Najib sepatutnya merujuk kepada bekas perdana menteri itu ketika menangani bencana banjir besar baru-baru ini.

Dalam wawancara yang disiarkan akhbar China Press hari ini, Daim berkata beliau bertemu Najib baru-baru ini dan menggesa perdana menteri menunjukkan prestasi lebih baik dalam menangani bencana itu.

"Saya kata, 'dalam pengurusan krisis, anda perlu lebih cekap. Mahathir tunjuk prestasi bagus dalam menangani krisis dan anda patut belajar daripada beliau'," kata Daim.

Katanya, negara lain akan mengisytihar darurat kerana terdapat banyak kematian dan kesan lain.

Najib bagaimanapun bertindak sebaliknya ketika banjir semakin buruk.

Daim bagaimanapun menjelaskan bahawa beliau tidak bermaksud bahawa Najib gagal, namun katanya perdana menteri sepatutnya tunjuk lebih kewibawaan semasa menangani krisis.

Dalam soal itu, Mahathir menunjukkan prestasi paling baik, katanya.

Kenapa dulu begitu menyanjung Tok Guru Nik Aziz tetapi sekarang mengkritik ulama?

Berakhirkah sudah legasi Tok Guru Nik Aziz?
Dinsman

http://i2.wp.com/mynewshub.cc/wp-content/uploads/2014/09/Nik-Aziz1.jpg?w=700
Betul, dulu saya menyanjung Tok Guru Nik Aziz dan sekarang pun saya masih menyanjungnya, kerana Nik Aziz yang dulu dengan Nik Aziz sekarang adalah orang yang sama; hanya bezanya sekarang dia semakin uzur dan peranannya dalam politik PAS jauh berkurangan dan tidak seefektif dulu.

Itulah jawapan kepada salah seorang pembaca yang bertanya, sebagai respons kepada tulisan saya yang mengkritik ulama dalam PAS, awal Disember 2014. Soalannya – kenapa dulu saya begitu menyanjung Tok Guru Nik Aziz tetapi sekarang mengkritik ulama?

Saya tidak mengkritik ulamanya Nik Aziz, tetapi saya mengkritik segelintir ulama lain yang menduduki beberapa jawatan penting dalam pimpinan atasan PAS dan mempengaruhi perjalanan parti itu, bukan sahaja sebagai natijah keberkesanan kepemimpinannya (seperti yang berlaku pada kepemimpinan Nik Aziz), tetapi juga melalui kempen yang digerakkan dengan sedar bagi menyingkirkan pihak yang dianggap mengancam kedudukan mereka di dalam parti.

Itulah yang saya maksudkan apabila saya kata mereka itu “kehilangan keyakinan diri”. Orang yang mempunyai keyakinan diri yang teguh seperti Nik Aziz dan juga Almarhum Ustaz Fadzil Noor misalnya tidak pernah berasa kedudukan mereka terancam dan tidak pernah berasa perlu menggerakkan kempen bagi menyingkirkan pihak yang dianggap mengancam dan menyaingi kedudukan mereka.

Bangkitlah semua mangsa 'buli' Mahathir...

 
Solidariti Anak Muda Malaysia (SAMM) menggesa “mangsa buli” politik Tun Dr Mahathir Mohamad sebelum ini bangkit menamatkan “kecelaruan politik dan pentadbiran” yang didakwa berpunca daripada tokoh itu.

Pada masa yang sama, pengasas kumpulan itu Badrul Hisham Shaharin mengingatkan Pakatan Rakyat supaya tidak terperangkap dengan skil dan strategi Dr Mahathir bagi “menjatuhkan” Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak.

Badrul antaranya menamakan bekas menteri kewangan Tengku Razaleighh Hamzah, bekas ketua hakim negara Tun Saleh Abbas dan dua bekas timbalan perdana menteri - Datuk Seri Anwar Ibrahim dan Tan Sri Musa Hitam.

Di sebalik kisah Nasi Kandar "Line Clear"...tak payah dok nak fitnah.. mai baca sini dulu..!!!


MPPP Tindas Peniaga Islam 'Line Clear'?.. Tak tahu tanya dulu Bro.. jangan sebar fitnah..

Dua isu yang dijangka menjadi panas di Pulau Pinang sehari dua ini ialah tindakan penguatkuasaan oleh MPPP dan juga MPSP.

MPPP telah bertindak menyerbu Restoran 'Line Clear' pada pukul 3.30 pagi dan merampas kerusi dan meja premis nasi kandar tersebut kerana didakwa menjalankan perniagaan tanpa lesen bagi tahun 2015.

Manakala MPSP pula telah menjalankan operasi penguatkuasaan di Taman Pelangi mulai semalam dan dijangka berakhir Jumaat ini dimana mereka bertindak merobohkan semua struktur-struktur perniagaan haram yang dikuasai oleh warga asing.

Untuk makluman semua beberapa tahun lalu operasi merobohkan ini pernah dilakukan oleh MPSP dan Utusan melaporkan 1,000 gerai diroboh MPSP.. lihat di ( SINI )

Kita tunggu dan lihat berapa puluh ribu gerai kah yang akan dilaporkan oleh Utusan telah dirobohkan oleh MPSP kali ini..
Sebagaimana yang dijangka penutupan sementara premis nasi kandar 'Line Clear' telah dijadikan isu oleh Blogger Pro UMNO.. antaranya Abu Afiq Studio..

Setelah Terkait Dengan 'Raja Judi', Bersinar Lagikah Bintang Zahid?

oleh Shahbudin Husin,

http://www.thestar.com.my/~/media/Images/TSOL/Photos-Gallery/Nation/2013/10/07/IMG_2932.ashx/?w=620&h=413&crop=1& 

Dua kali berturut-turut meraih undi tertinggi bagi jawatan Naib Presiden UMNO bagaikan tidak memberi banyak makna kepada masa depan Ahmad Zahid Hamidi sekarang ini. Hanya kerana suratnya kepada FBI berkaitan raja judi, Paul Phua, beliau kini diselubungi pelbagai persepsi yang mungkin merencatkan cita-cita politiknya.

Selain kewajarannya menulis surat kepada FBI itu dipertikai, hubungannya dengan Paul Phua juga mulai diperkatakan. Adakah beliau mengenali secara peribadi atau tidak raja judi itu? Apakah pula perlunya sebagai menteri, beliau menulis surat hanya kepada seseorang yang berjawatan timbalan pengarah dalam FBI? Kenapa tidak pihak polis saja menulis surat itu?

Kalau mahu dititip satu persatu tanda tanya masyarakat terhadap Ahmad Zahid berhubung suratnya kepada FBI itu, ia sebenarnya cukup berserakan serta amat melemaskan. Pelbagai aspek dan sudut pertanyaan bermain-main tanpa jawapan.

Penjelasan beliau baru-baru ini bahawa surat itu hanya bertujuan menjelaskan ketidakwujudan kumpulan 14K Triad di negara ini serta Paul Phua bukan salah seorang daripada anggotanya, tidak mampu menutup banyak kesangsian orangramai mengenai wibawanya sebagai salah seorang pemimpin.

Bilalah hangpa nak bermesyuarat nie wahai pimpinan PR..??!?!?

Tidak wajar PR perang media sesama sendiri

Sim Tze Tzin  
Sim Tze Tzin

PETALING JAYA - PKR menyifatkan tindakan sesetengah pihak dalam PR yang enggan hadir ke mesyuarat dan berperang kenyataan melalui media-media sebagai satu perbuatan yang tidak wajar dilakukan.

Pengarah Strategi PKR, Sim Tze Tzin berkata, berdasarkan etika berpolitik, segala permasalahan harus diselesaikan melalui mesyuarat.

“Saya rasa semua ini boleh diselesaikan melalui meja rundingan. Sebab itu kita minta supaya mesyuarat PR dijalankan secepat mungkin. Sekarang kita nampak bahawa ada sesetengah pihak masih enggan (hadir untuk) bermesyuarat dan berperang di media.

“Ini adalah sesuatu yang tidak wajar. Sebab ini adalah etika berpolitik dan koalisi politik di mana harus mesyuarat untuk selesaikan sebarang masalah yang tidak setuju satu sama lain,” katanya kepada pemberita ketika ditemui selepas sidang media di ibu pejabat PKR, hari ini.

Najib: Semoga Nik Aziz cepat sembuh


Najib Tun Razak  
Najib Tun Razak

SHAH ALAM- Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Abdul Razak hari ini mendoakan agar Bekas Menteri Besar Kelantan Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat yang sedang gering sekarang agar cepat sembuh.

Katanya, beliau berharap agar ALLAH sentiasa mengurniakan kesihatan yang terbaik untuk Nik Aziz.

“Semoga Datuk Nik Abdul Aziz dikurniakan kesihatan oleh ALLAH SWT dan cepat sembuh dan diberi sebaik kesihatan oleh ALLAH SWT,” tulisnya dilaman Facebooknya hari ini.

Keadaan, Nik Aziz kini dilaporkan semakin stabil, namun, beliau akan tetap menerima rawatan di unit rawatan rapi (ICU), Hospital Universiti Sains Malaysia (HUSM) buat sementara waktu.

ALOR SETAR - Tiada epal beracun dijual


Dr Zainal (kiri) memeriksa sebuah kedai buah-buahan.  
Dr Zainal (kiri) memeriksa sebuah kedai buah-buahan.

ALOR SETAR - Pengguna di sekitar daerah ini diminta tidak panik dengan kemasukan dua jenis epal beracun yang dicemari bakteria listeriosis berikutan ia tidak dijual di sini.

Pegawai Kesihatan Daerah Kota Setar, Dr. Zainal Che Mee berkata, pengguna tidak perlu bimbang kerana penjual buah-buahan mengimport epal berkenaan dari negara lain.

“Tidak dinafikan, beberapa kedai buah-buahan didapati menjual epal jenis Gala dan Granny Smith, namun ia dari negara tertentu seperti Afrika Selatan dan Perancis.

“Melalui pemantauan kami, hanya sejenis epal dikenali sebagai Washington Apple diimport dari Amerika Syarikat ke sini, namun selebihnya dari Perancis,” katanya.





Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...