TERKINI :

Wednesday, January 21, 2015

Najib membisu, rakyat makin meluat

Persoalan kini, belum ada sepatah perkataan pun keluar daripada Najib mengenai isu berkaitan Daim.
najib-razak-570x426
PETALING JAYA: Bekas Ahli Jawatankuasa Pemuda UMNO Wilayah Persekutuan, Shahbudin Husin berkata serangan yang bertubi-tubi media arus perdana terhadap bekas Menteri Kewangan Tun Daim Zainuddin sehingga disiasat Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) sebenarnya menambahkan lagi kebencian rakyat kepada kerajaan.

Menurut beliau, sementara ramai yang keliru di sebalik sikap berdiam diri Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak, pada masa sama, lebih ramai sebenarnya yang meluat dengan cara serangan yang dilakukan keatas Daim.

“Belum ada sepatah perkataan pun keluar daripada mulutnya (Najib) mengenai perkara ini, meski semua orang tahu media arus perdana adalah dibawah kawalannya,” katanya dalam entri terbaru blog beliau shahbudindotcom.blogspot.com.

Malah rakyat akan menyifatkan tindakan yang dilakukan media arus perdana terhadap Daim bukanlah cara yang betul untuk melayan bekas pemimpin yang cuba memperbaiki keadaan dalam UMNO dan negara.

'Mansuh terus, kos RM5K pelatih PLKN tinggi'

 
Program Latihan Khidmat Negara (PLKN) harus dimansuhkan terus kerana anggaran kos RM400 juta setahun atau RM5,283 untuk setiap pelatih terlalu tinggi, kata Pemuda PKR.

Sedangkan, kata sayap PKR itu, program sama boleh dijalankan oleh sekolah atau universiti dengan kos lebih rendah.

"AMK yakin, jenis latihan yang sama boleh disediakan pada kadar harga lebih rendah.

“Oleh itu, AMK menggesa semua kontraktor yang terlibat dalam menyediakan bekalan untuk PLKN ini didedahkan kepada umum,” kata Pengarah Strategi AMK Akmal Nasir.

Sejak diperkenal pada 2006, seramai 832,712 orang pelatih telah menjalani sesi itu.

Akmal juga berkata, menganggap PLKN penting dan seolah-olah tidak mampu disediakan pihak sekolah dan universiti jelas menunjukkan betapa lemahnya fokus pendidikan negara.

PAS bangkitkan isu dalang kes Altantuya

 
PAS berharap dua anggota polis yang didapati bersalah membunuh Altantuya Shaariibuu diberi ruang menjelaskan kepada umum berkenaan motif tindakan itu bagi merungkai misteri seputar perkara itu.

Ia juga, kata parti Islam itu, supaya pihak yang menjadi mangsa mendapat keadilan yang sewajarnya.

“Dalang di sebalik kes yang kejam ini mestilah diheret ke muka pengadilan juga,” kata Ketua Penerangan PAS Datuk Mahfuz Omar.

Mahfuz mengulangi persoalan berkaitan motif di sebalik pembunuhan itu yang diperkatakan banyak pihak, termasuk pemerhati dan peguam pembelaan sendiri.

“Namun, persoalan yang masih belum terjawab sehingga kini ialah apakah motif pembunuhan warga Mongolia, Altantunya Sharibuu?

“Motif adalah elemen yang sangat penting yang menjurus kepada perlakuan membunuh, apatah lagi mereka disabitkan dengan tuduhan membunuh dengan niat.

Apabila Zahid Kantoi memfitnah Hishammudin dalam isu surat kepada FBI

Lepas Hishammuddin nafi, adakah Zahid berbohong lagi, soal DAP
Ketua Parlimen DAP Lim Kit Siang mempersoalkan kenyataan Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi selepas Menteri Pertahanan Datuk Seri Hishammuddin Hussein menafikan pernah menulis surat kepada Biro Siasatan Antarabangsa (FBI).

Ahli Parlimen Gelang Patah itu berkata, penafian Hishammuddin itu membuktikan Zahid seorang menteri yang tidak berdisiplin, menipu, bertindak sesuka hati dan mengkhianati amanah negara.

“Adakah Zahid tertangkap berbohong dan mengaitkan menteri lain dalam pentadbiran sekarang atau yang terdahulu secara tidak adil dan memalukan?

“Saya tidak pernah percaya bekas menteri dalam negeri berkelakuan seperti Zahid menulis surat secara unilateral kepada FBI tanpa pengetahuan ketua polis negara, menyalahi laporan polis sebelumnya kepada FBI dan tanpa pengetahuan Kementerian Luar,” katanya dalam satu kenyataan hari ini.

Lim berkata, Zahid sebelum ini pernah berbohong apabila mendakwa Kabinet mengesahkan suratnya kepada FBI namun Menteri Luar Datuk Seri Anifah Aman berkata Kabinet sekadar mendengar penjelasan Zahid.

Katanya, Zahid harus bersedia untuk diserang dengan isu ini ketika persidangan Parlimen pada Mac akan datang jika perincian surat Zahid kepada FBI tidak didedahkan sepenuhnya.

Inilah hebatnya apabila ISLAM ada kuasa memerintah - Cafcaf vs Charlie Hebdo: Tiada apa yang diampun


Cafcaf, majalah satira terbitan Turki yang merupakan satu-satunya penerbitan di negara tersebut yang menekankan pada nilai-nilai Islam telah mencabar keangkuhan Charlie Hebdo dengan cover yang bijak, demikian menurut World Bulletin.

Majalah Cafcaf dengan tegas menanggapi pernyataan Charlie Hebdo dengan menuliskan kalimat "Non, rien n'est pardonne" yang ertinya "Tidak, tidak ada yang telah dimaafkan", lapor laman web Eramuslim.com.

"Keangkuhan yang telah menjadi kebiasaan budaya Eropah yang menganggap mereka lebih baik berbanding orang lain seterusnya telah menimbulkan respons yang signifikan dari seluruh dunia," jelas majalah Cafcaf.

Seperti diketahui, dalam penerbitan terbaru Charlie Hebdo yang habis 5 juta naskhah, mereka telah memuatkan karikatur yang dikatakan menggambarkan Nabi SAW tengah menumpahkan air mata dan memegang sebuah tanda yang bertuliskan "Je suis Charlie", sebuah mesej perpaduan dengan para korban. Di atas kartun itu tertulis kalimat, "Semua dimaafkan".

Harakah : Beli, Baca, Beri.....


Oleh DR RAJA AHMAD ISKANDAR AL-HISS

KITA sebagai ahli PAS sewajibnya menyokong sepenuhnya akhbar keluaran rasmi parti iaitu Harakah selagi pimpinan tiada pengarahan untuk memboikot atau tidak menggalakkan untuk membelinya.

Harakah adalah pelopor kepada perjuangan PAS sejak puluhan tahun penerbitannya dan sesiapa pun tidak boleh menafikan bahawa akhbar tersebut telah mendekatkan PAS di mata masyarakat.


Dengan pelbagai ruangan termasuklah politik, agama, sastera dan sebagainya, Harakah telah menarik minat masyarakat untuk membelinya tidak kira lapisan, ia bukan hanya terhad dalam kalangan ahli semata-mata.

Harakah ternyata berjaya memberikan penerangan kepada masyarakat terhadap isu-isu semasa dalam negara di samping memberikan kefahaman tentang prinsip serta perjuangan PAS itu sendiri.

Dakwaan Harakah melebihkan berita pimpinan lain ternyata meleset kerana setiap keluaran lebih 80 peratus beritanya adalah berkaitan PAS.

Peluang Najib disanjung rakyat masih ada

oleh Asapan Alias

http://media.themalaysianinsider.com/images/uploads/2013/may2013/65victor.jpg
“Najib has to immediately retire!” kata seorang pemimpin UMNO yang tidak mengizinkan saya menyebut namanya. Saya tidak faham kenapa pemimpin ini tidak mahu berkata secara terbuka. Saya sudah bersedia untuk menulis namanya tetapi oleh kerana menghormatinya sebagai seorang sahabat yang begitu lama saya mengambil sikap menghormati kemahuannya.

Inilah yang menjadi masalahnya dikalangan pemimpin UMNO, takut berkata benar seolah-olah nyawanya akan melayang jika didapati beliau berkata demikian oleh orang ramai. Ini jugalah masalahnya yang menyebabkan pemimpin yang sepatutnya pergi dan bersara masih kekal memegang kuasa tanpa pegangan yang kuat.

Tetapi bukan rakan Dato’ saya ini sahaja yang bersikap demikian, ramai lagi yang terkemut-kemut untuk berkata benar sedangkan mereka sendiri sengsara melihat perlakuan Najib dan keluarganya melakukan jenayah politik dan moral kepada negara. Sesungguhnya yang membuat banyak masalah ialah Najib, kerana masalah dari orang ramai itu boleh diselesaikan apabila mendapat gantian kepada Najib itu adalah pemimpin yang benar-benar pemimpin.

DAP jangan angkuh, kata Mustafa Ali

Setiausaha Agung PAS Datuk Mustafa Ali berkata DAP jangan angkuh terutama apabila ada kuasa majoriti. – Gambar fail The Malaysian Insider, 20 Januari, 2014.
Setiausaha Agung PAS Datuk Mustafa Ali berkata DAP jangan angkuh terutama apabila ada kuasa majoriti. – Gambar fail The Malaysian Insider, 20 Januari, 2014.

Pertengkaran terbuka di antara parti komponen Pakatan Rakyat (PR) berterusan apabila PAS hari ini menggesa DAP agar tidak angkuh.

Menjawab kritikan Setiausaha Pengelola DAP Anthony Loke baru-baru ini yang mendesak PAS tidak membandingkan pilihan raya kerajaan tempatan dan hudud, Datuk Mustafa Ali berkata, Pulau Pinang tidak boleh melaksanakan sesuatu tanpa persetujuan bersama PR.

"Dalam kes hudud yang tidak termasuk dalam polisi bersama, DAP mati-matian berkata, ia tidak boleh dilaksanakan tetapi dalam kes kerajaan tempatan yang juga tidak termasuk dalam polisi bersama ia diteruskan kerajaan Pulau Pinang. Ini yang menjadi persoalan.

"Pendirian pemimpin PR berkaitan isu kerajaan tempatan jelas, ia tidak mempunyai persetujuan bersama untuk dilaksanakan. Ini boleh dibuktikan daripada perkara sama dikemukakan Teresa Kok sewaktu menjadi pengerusi DAP Selangor yang mengemukakan isu pelaksanaan pilihan raya kerajaan tempatan di Selangor," katanya dalam satu kenyataan kepada The Malaysian Insider.

Bila TNB hendak semak tarif elektrik nie, harga minyak dah turun dah..!!

Beri potongan harga tarif eletrik

Mahfuz Omar    
 
KUALA LUMPUR - Pas hari ini menggesa kerajaan membuat pemotongan 15 hingga 20 peratus ke atas harga tarif elektrik.

Ketua Penerangannya, Datuk Mahfuz Omar berkata, penurunan berkenaan perlu dilakukan berdasarkan kepada kejatuhan harga minyak dunia dan arang batu yang digunakan sebagai bahan utama proses penjanaan elektrik.

"Hari ini, Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak memaklumkan bahawa tarif elektrik tidak akan dinaikkan bagi tahun 2015. Ini satu langkah meringankan beban yang ditanggung rakyat.

"Namun, itu tidak cukup untuk membantu meringankan kos sara hidup rakyat, sepatutnya penurunan serta potongan harga perlu dilakukan," katanya pada satu sidang media di sini, hari ini.

Sg. Petani - Pikat anak muda cara rohani


Kemeriahan Malam Dambakan Cinta Rasul di Maktab Rendah Sains Mara Merbok, baru-baru ini.  
Kemeriahan Malam Dambakan Cinta Rasul di Maktab Rendah Sains Mara Merbok, baru-baru ini.

SUNGAI PETANI – Pendekatan kerohanian ke atas golongan muda mampu memupuk jati diri sekali gus mengelak golongan itu tergadai maruah dan kehormatan diri.

Penganjur Malam Dambakan Cinta Rasul, Mohd Zuhelmi Abd Majid berkata, kekuatan rohani penting bagi Muslim bagi mengelak seseorang itu terpengaruh dengan anasir luar.

Menurutnya, pendekatan kerohanian adalah terbaik dan sepatutnya perlu ditekankan sejak masih kecil.

“Kita yakin dengan pendekatan kerohanian, keimanan seseorang akan bertambah dan berupaya mengelak dari melakukan sesuatu yang boleh menjatuhkan imej Islam,” katanya ketika menganjurkan Malam Dambakan Cinta Rasul di Maktab Rendah Sains Mara Merbok, baru-baru ini.

TG Nik Aziz Stabil, Tuanku Sultan Kelantan melawat beliau semalam..

 


Perkembangan Kesihatan Ayahanda:

Ayahanda agak uzur ketika dimasukkan ke wad ICU petang tadi. Selepas diberi rawatan, ayahanda menunjukkan reaksi lebih baik dan stabil. Walau bagaimanapun, doktor menyatakan ayahanda perlukan rawatan rapi untuk pemulihan lebih baik.

Ayahanda mengidap kanser prostat yang dikesan sejak sekian lama tetapi rawatan berterusan oleh para doktor telah berjaya mengawalnya. Terima kasih kepada pihak hospital yang telah dan sedang memberikan yang terbaik.

Terima kasih juga kepada seluruh rakyat Malaysia yang mendoakan untuk kesihatan ayahanda.

Ziarah ayahanda adalah mengikut prosedur yang ditentukan oleh pihak hospital dan dipersetujui oleh pihak keluarga.

Nik Mohamad Abduh bin Nik Abdul Aziz
Anakanda
21 Januari 2015 / 30 Rabiul Awwal 1436H





Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...