
Tuesday, January 20, 2015
Adakah Najib dan Anwar Bakal 'Cium Mulut'?

Altantuya: PAS mahu bantu Sirul dapat keadilan

Awas taktik LANGGAR BELAKANG KERETA dan SAMUN.
TG Nik Aziz masuk ICU..

“Seperti saya maklumkan semalam, kesihatan ayahanda agak menurun ketika banjir baru-baru ini,” kata anaknya Nik Abduh.
Menulis di Facebook sebentar tadi, Nik Abduh (kanan) meminta orang ramai mendoakan kesihatan ayahandanya.
Beliau akan memaklumkan perkembangan berkaitan daripada masa ke semasa.
“Saya sendiri dalam perjalanan pulang dari Pulau Pinang.
“Doakan semoga ayahanda kembali sihat,” tulis Nik Abduh yang juga anggota parlimen Pasir Mas.
Najib hina parlimen, kata MP
Perdana Menteri Datuk Seri Najib Abdul Razak didakwa menghina parlimen kerana membuat pengumuman berhubung kedudukan perkembangan ekonomi semasa di Putrajaya hari ini.
Anggota parlimen Petaling Jaya Utara Tony Pua berkata, walaupun beliau bertanggungjawab terhadap parlimen, pengumuman itu sebaliknya dibuat di Putrajaya di hadapan tetamu undangan, termasuk diplomat, pemimpin perniagaan, NGO dan anggota parlimen BN.
Bagaimanapun, kata Pua (kanan), wakil rakyat Pakatan diketepikan untuk pengumuman penting itu.
"Ini membiarkan anggota parlimen (Pakatan) sama sekali tidak berpeluang membahas dan memutuskan terhadap perubahan Belanjawan yang diluluskan di parlimen sebelum ini.
"Ia juga membuktikan bahawa kerajaan benar-benar menghina dan memandang hina institusi parlimen yang satu-satunya peranan bagi mereka sebagai pak turut untuk eksekutif diktator," katanya.
Calon Presiden PAS - Salahuddin Layak Ganti Hadi
Terbaharu, peguam muda PAS tersebu mencadangkan supaya Naib Presiden PAS, Salahuddin Ayub diberi peluang menduduki jawatan berkenaan pada pemilihan parti itu Jun depan.
Cadangan itu sekaligus dilihat sebagai penolakan terhadap Timbalan Presiden PAS, Mohamad Sabu yang berada di hierarki tertinggi dalam parti selain dua lagi Naib Presiden iaitu Datuk Tuan Ibrahim Tuan Man dan Datuk Husam Musa.
Mahfuz – Zahid “talam dua muka”

Ketika di hadapan rakyat laungkan slogan membanteras jenayah, di belakang rupanya mempunyai hubungan erat dengan penjenayah
PETALING JAYA: Ketua Penerangan PAS, Datuk Mahfuz Omar membidas penjelasan Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi berhubung isu Paul Phua.
Apabila facebooker BN menghina kenyataan Syeikh Nuruddin....
Najib jelaskan kesan kejatuhan harga minyak
Hujan, pembalakan dan banjir di Kelantan
Ds Najib - Lupakan Perbezaan Politik Demi Kepentingan Rakyat

Hadi perlu kekal sebagai presiden

Ketuanya, Ahmad Fadhli Shaari berkata, kepimpinan Abdul Hadi masih diperlukan memandangkan kemampuan dan keupayaan beliau untuk memimpin parti itu masih kuat, terutama dari aspek ilmu dan politik.
“Saya menghormati pandangan lain dalam isu ini, namun pendirian dan pandangan agar presiden Pas dikekalkan Insya-ALLAH tidak akan berubah, kerana keyakinan yang kuat terhadap kemampuan beliau untuk terus menerajui parti.
“Malah, gandingan beliau dengan Mursyidul Am Pas, Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat yang juga ikon kepimpinan ulama dan pemimpin spiritual yang tertinggi dalam Majlis Syura Ulama Pas Pusat merupakan satu kombinasi yang cukup mantap,” katanya dalam satu kenyataan di sini, semalam.
Hudud bukan agenda parti

Presiden Angkatan Belia Islam Malaysia (Abim), Amidi Abdul Manan menegaskan umat Islam perlu diberikan kefahaman sepenuhnya mengenai hukum hudud kerana kewajipan itu ditujukan kepada umat dan bukannya pemimpin atau sesebuah kerajaan.
"Hukum hudud sebenarnya pada Abim ia bukan agenda Pas semata-mata, ia mestilah dijadikan agenda umat.
"Sebab itu kalau kita lihat balik dalam al-Quran persoalan berkaitan dengan hukum ini ditujukan kepada umat, umat yang perlu melaksanakan.
'Elak tarah bukit, pembalakan haram' - Sultan Kedah
Lambakan padi membimbangkan

Ahli Parlimen Alor Setar, Gooi Hsiao Leung berkata, berdasarkan maklum balas beberapa pengilang beras, lebihan bekalan ini berpunca daripada ketirisan dan salah guna kuasa dalam program subsidi beras negara.
“Oktober lalu, bekas kakitangan Padiberas Nasional Berhad (Bernas) berjawatan kanan, mendedahkan secara terbuka penerima kuota atau pemborong dikehendaki membayar ‘toci’ (rasuah) kepada pegawai di Kementerian Pertanian bagi mendapatkan kuota khas membekalkan beras subsidi negara, iaitu Super Tempatan ST15 beras hancur,” katanya.
JK khas pantau tiga projek tebatan banjir Kedah
