TERKINI :

Monday, January 19, 2015

Kemelut ekonomi: Tiga saranan buat PM

KHAIRIL NIZAM KHIRUDDIN | 19 Januari 2015.

http://2.bp.blogspot.com/-VNFnRA2IO8s/UfpMlUAttWI/AAAAAAABNn0/-8dr94TxeUc/s1600/__ekon2.jpg
PADA 21 Disember yang lalu, Dewan Pemuda PAS Wilayah Persekutuan (DPPWP) telah menghantar delegasi untuk berdialog dengan Menteri Kewangan Kedua, YB Datuk Seri Ahmad Husni Hanadzlah bagi membincangkan dampak perkembangan ekonomi antarabangsa yang mempengaruhi ekonomi negara.

Pertemuan satu jam tiga puluh minit itu dilihat menunjukkan keberhasilan dan ia merintis ke arah perkembangan politik yang lebih baik seterusnya membuka sarana kepada parti pembangkang untuk turut sama berempati dan mengemukakan cadangan konstruktif kepada pihak kerajaan untuk mengemudi negara ke arah lebih sejatera.

Esok, Perdana Menteri YAB Datuk Seri Mohd Najib Tun Razak dijangka akan membuat pengumuman penting mengenai keadaan ekonomi semasa dan kesannya terhadap anggaran peruntukan perbelanjaan persekutuan tahun 2015.

Ia adalah susulan kejatuhan mendadak harga minyak mentah dunia kepada paras AS$48 setong sehingga minggu lalu, penyusutan nilai Ringgit Malaysia berbanding Dolar Amerika Syarikat paling buruk semenjak krisis 1997 dan perbelanjaan besar luar jangka akibat bencana banjir yang melanda beberapa negara.

'At all costs' nak kekalkan jawatan, biarpun negara hancur kerananya

oleh Aspan Alias

http://www.bloomberg.com/apps/data?pid=avimage&iid=ijvMRyBRkWNI
Tekanan terhadap Najib untuk berundur semakin kuat kedengaran. Jika kita buat tinjaun di peringkat akar umbi amat susah mencari orang yang tidak bersetuju untuk Najib berhenti. Dikalangan ‘warlords’ dalam UMNO kini teraba-raba seolah-olah tidak mempunyai jalan lain selain dari memaksa Najib untuk bersara sahaja. Seboleh-bolehnya Najib tidak mahu bersara kerana bersara untuk kepentingan negara sudah tidak menjadi budaya dalam kepimpinan UMNO lagi.

Berlainan dari kepimpinan pra Mahathir di mana pemimpin mengutamakan perpaduan ahli-ahli parti dan rakyat. Jika pucuk pimpinan merasakan yang rakyat dan negara akan berpecah kerananya, pemimpin utama itu dengan senang hati mengundurkan diri. Semasa itu keutamaan niat dan matlamat seorang pucuk pimpinan itu ialah untuk mengekalkan negara berada dalam kesejahteraan.

Hussein Onn telah mengumumkan tidak mempertahankan jawatan beliau dalam pemilihan 1981 selepas sahaja beliau ditentang oleh Sulaiman Palestin pada tahun 1978. Dalam pertandingan itu Hussein telah mendapat kemenangan besar dan Sulaiman Palestin hanya mendapat lebih sedikit dari seratus undi sahaja dari 1200 orang perwakilan.

Tetapi apakah yang menyebabkan Hussein bertindak mengumumkan untuk tidak mempertahankan jawatan Presiden UMNO dan Perdana Menteri pada tahun 1981 dahulu? Sebabnya ialah beliau tidak mahu UMNO itu pecah belah dan beliau telah merasakan walaupun hanya segelintiran yang tidak bersetuju dengan beliau sokongan terhadap beliau tetap tidak bulat untuk membolehkan pengekalan perpaduan dalam parti semasa itu.

PKR ingatkan hutang M'sia sudah RM569b

Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak diingatkan supaya tidak terus meminjam untuk menangani kurangan besar dalam Belanjawan 2015 kerana ia akan membebankan negara.

Anggota parlimen Bayan Baru Sim Tze Tzin berkata kurangan yang dicetuskan oleh kejatuhan harga minyak dunia, masalah ringgit melemah dan perbelanjaan menangani banjir, boleh mencecah sehingga RM25 bilion (9.2 peratus) daripada keseluruhan belanjawan.

"Kami gesa perdana menteri untuk berterus terang berhubung jumlah kurangan belanjawan dalam taklimat khas esok.

"Bawah keadaan ekonomi menekan, kerajaan mempunyai dua kaedah untuk menyelesaikan masalah belanjawan: potong perbelanjaan atau mengambil pinjaman tambahan.

"PKR ingin memberi amaran kepada kerajaan untuk tidak mengambil pinjaman tambahan," kata Sim yang juga pengarah strategi PKR.

Sim mengingatkan bahawa pentadbiran Najib sudah menyaksikan hutang tertinggi sebanyak RM568.9 bilion atau 52.8 peratus daripada Keluaran Dalam Negara Kasar (KDNK).

"Jika mengambil kira liabiliti luar jangka, ia sudah mencecah 70 peratus daripada KDNK," kata Sim.

"Janganlah Takut, Takkan Desak Najib Berhenti Boleh Masuk Penjara"

oleh Shahbudin Husin,

http://bm.selangorku.com/wp-content/uploads/2013/08/Datuk-Seri-Najib-Tun-Razak1.jpg
Walaupun semakin ramai pemimpin UMNO menyedari bahawa Najib Razak lebih berpotensi menjerumuskan parti kepada kekalahan dalam pilihanraya umum akan datang, tetapi tidak ada sesiapa yang berani bersuara secara terbuka mengenainya.

Mereka lebih senang memilih untuk berdiam diri sambil menikmati laba daripada jawatan dalam kerajaan atau GLC yang masih disandang atau kemewahan daripada habuan projek atas nama jawatan dalam parti.

Secara umumnya, mereka tidak sangsi bahawa Najib ketika ini diselubungi dengan pelbagai masalah dan kelemahan, dari hutang negara yang kian bertambah, isu 1MDB, pembaziran, pasaran saham yang menjuman sebagai bukti ketidakyakinan pelabur, ekonomi yang suram dan pelbagai lagi.

Dalam mengurus parti pula, Najib bukan saja gagal mewujudkan keharmonian dalam UMNO, bahkan kepimpinannya yang lemah menjadikan sesama komponen BN lebih banyak berbalah dan bertikam lidah sesama sendiri daripada menunjukkan kesepatakan.

Realitinya, hanya 191 ketua bahagian - itu pun bukan semua - yang masih bersungguh mahu mempertahankan Najib, rata-rata pemimpin di peringkat yang lain mulai terbuka menyatakan harapan dan peluang UMNO akan lebih cerah jika beliau digantikan dengan pemimpin yang lain.

Pilih antara satu... Presiden atau ahli Majlis Syura PAS..!!!

 
Baru-baru ini, saya mencadangkan agar kesemua pimpinan PAS yang menjadi ahli Majlis Syura Ulama PAS agar tidak bertanding atau menolak pencalonan jika dicalonkan bertanding bagi jawatan peringkat bawah.

Cadangan saya ialah bertujuan menjaga integriti dan kehormatan Majlis Syura Ulama daripada persepsi negatif, pertindihan kuasa, pertindihan kepentingan dan lebih dari itu menimbulkan persepsi buruk ketidakadilan Islam yang diperjuangkan PAS.

Cadangan saya bukan hanya merujuk kepada Presiden PAS Datuk Seri Abdul Hadi Awang tetapi melibatkan semua ahli Majlis Syura Ulama.

Malangnya cadangan saya telah diputar belit dan disalah anggap mengatakan bahawa saya hendak menolak "Kepimpinan Ulama" dan lebih teruk dikatakan ingin menghapuskan ulama dalam PAS.

Itu antara salah tanggapan atau kurang faham atau sengaja buat-buat tidak faham kerana ketaksuban kepada orang-orang tertentu.

Sudah masanya "BERHENTI MELANGGAN ASTRO"..!!!

Assalamualaikum wbt

http://www.astrogempak.com.my/Portals/2/njoi.jpg
Peringatan: Entri ini bukan sebab mahu ajak pulaukan atau berbau sentimen membenci Astro apatah lagi usaha sabotaj.

Ianya hanya entri peribadi.

Sejak ogos 2014, berakhirlah kisah cinta keluarga saya dengan Astro. Dulu, suka dan duka di lalui. Walaupun Astro hanya setia ketika langit cerah, itu tidak mematahkan semangat kami nak bayar yuran langganan tiap-tiap bulan. Walaupun mendung kejap sahaja Astro sudah merajuk, kami tetap pujuk.

Sudah beberapa kali juga Astro menaikkan yuran, kami masih menagih khidmatnya. Kalau ikutkan, bukanlah banyak sangat kami langgan. Basic package tambah pulak dengan sukan. Tapi kalau mahu sukan kena la juga beli pakej kecik lain, jadi mahu tidak mahu kami beli la yang ada National Geographic dan History itu.

Jadi, kenapa pulak ditutup ini?

Sebenarnya, kami ini bukan banyak sangat masa nak tengok TV. Serius. Walaupun saya ini duduk rumah tangga hampir sepanjang masa, berita pun tidak sempat tengok tahu!

Kadang-kadang bukak hanya mahu bagi ada suara jadi tidak la macam duduk dalam gua. Apa yang TV itu membebel pun kita bukan ambil kisah.

Nasrudin Tantawi akan kalah PRU14 jika pengundi cina tolak beliau..!!!

TANTAWI DAN UNDI CINA


Parlimen Termerloh terdapat 3 DUN.
1.DUN Lanchang PR kalah majoriti 1127.

2.DUN Kuala Semantan PR majoriti menang
2,685

3.DUN Mentakab majoriti PR menang 1554.

2685 DUN Kuala Semantan(PAS)
+1554 DUN Mentakab (DAP)
- 1127 DUN Lanchang (BN)
----------------
= 3112
----------------

Tapi diperingkat parlimen, Tantawi cuma menang 1070. Mana hilangnya 2042.? Nampak apa yang berlaku.

Faktor 'ubah' dan sokongan kuat golongan muda Cina terhadap Pakatan Rakyat (PR) merupakan faktor yang menyebabkan Barisan Nasional (BN) kalah di Parlimen Temerloh pada Pilihan Raya Umum ke-13 (PRU13), Mei lalu.

GST bukan cukai haram, kata Senator BN Asyraf Wajdi Dusuki


Dr Asyraf Wajdi Dusuki 
Dr Asyraf Wajdi Dusuki

SHAH ALAM - Hujah yang digunakan untuk menjatuhkan hukum haram terhadap cukai barangan dan perkhidmatan (GST) tidak boleh digunakan kerana mengambil kira pentadbiran Sayidina Umar Al-Khattab yang turut mengamalkan sistem percukaian.

Yang Dipertua Yadim, Senator Datuk Dr Asyraf Wajdi Dusuki berkata, alasan mengatakan bahawa Nabi Muhammad SAW tidak pernah mengenakan cukai terhadap orang Islam adalah ditolak.

“Ini kerana Saidina Umar sendiri yang mewujudkan (sistem) baharu yang belum pernah wujud masa zaman Nabi Muhammad SAW. Kalaulah perbuatan mengenakan cukai itu haram, mustahil Saidina Umar cipta cukai.

“Beliau adalah sahabat Nabi Muhammad SAW yang agung, antara 10 orang yang dijamin syurga dan antara Khulafa al-Rasyidin,” katanya.

Idea gila tetapi Suhaizan yakin Rumah Budiman siap menjelang Jun

 Menteri Besar Kelantan Datuk Ahmad Yakob dan Ketua Pemuda PAS Suhaizan Kaiat menerima sumbangan daripada wakil Dewan Muslimat PAS bagi projek Perumahan Rakyat Budiman.– Gambar The Malaysian Insider, 19 Januari, 2015.
Menteri Besar Kelantan Datuk Ahmad Yakob dan Ketua Pemuda PAS Suhaizan Kaiat menerima sumbangan daripada wakil Dewan Muslimat PAS bagi projek Perumahan Rakyat Budiman.– Gambar The Malaysian Insider, 19 Januari, 2015. 

Walaupun didakwa cadangan membina projek Perumahan Rakyat Budiman (PRB) sebagai rumah kekal untuk mangsa banjir di Kelantan sebagai gila, Suhaizan Kaiat tetap meneruskannya.

Ketua Pemuda PAS itu yakin dapat menyerahkan sekurang-kurangnya 11 buah rumah kekal kepada mereka menjelang pertengahan tahun ini.

"Cita-cita saya adalah untuk membina 5% daripada 2,677 rumah yang musnah sepenuhnya di Kelantan. Untuk permulaan, kami sudah ada menaja lima buah rumah dan menerima sumbangan wang lebih RM200,000 sehingga hari ini.

"Oleh itu, melalui dana yang ada, saya jangkakan 11 buah rumah termasuk rumah perintis yang dibuat melalui dana Tabung Kemanusiaan Pemuda akan siap pada Jun tahun ini," kata Suhaizan kepada The Malaysian Insider berkenaan PRB.

Projek PRB merupakan idea Suhaizan sendiri yang dinamakan sempena “Politik Budiman” yang dicanangkannya sebaik saja terpilih sebagai ketua Pemuda PAS dua tahun lalu.

Yan : 'Saya bukan penjenayah, kenapa Polis tembak saya?'

Md Zaki menunjukkan serpihan cermin keretanya yang pecah akibat terkena peluru, semalam.  
Md Zaki menunjukkan serpihan cermin keretanya yang pecah akibat terkena peluru, semalam.

YAN - Seorang petani nyaris cedera apabila kereta dipandunya terkena tembakan didakwa dilepaskan anggota polis di Batu 3, Tandop, Alor Setar, awal pagi, semalam.

Mangsa, Md Zaki Md Hassan, 45, mendakwa, dalam kejadian kira-kira jam 5.45 pagi itu, dia dalam perjalanan dari  Kuala Kedah ke rumahnya dekat Kuala Sedaka.

Menurutnya, dia singgah di sebuah restoran terletak di tepi jalan berkenaan sebelum pulang ke rumah.

“Kebetulan, ada sebuah kereta peronda polis yang turut berhenti di hadapan restoran itu.

“Tiba-tiba kereta peronda itu undur dan saya pun terpaksa undur sedikit untuk elak daripada berlanggar. Kemudian, seorang polis di tempat duduk depan sebelah kiri, keluar melihat saya sambil mengacukan pistol,” katanya, semalam.

MP: Salah guna bukan alasan sekat kebebasan

 
Penyalahgunaan kebebasan bersuara oleh sebahagian individu tidak harus dijadikan alasan untuk menyekat hak asasi manusia itu, kata anggota parlimen Parit Buntar Mujahid Yusof Rawa.

Mengakui kebebasan bersuara harus disertai rasa hormat pada orang lain, Mujahid bagaimanapun berkata, penyalahgunaan itu tidak dapat dihapuskan melalui “sebuah lagi undang-undang zalim”.

“Membatasi kebebasan atas alasan terdapat orang menyalahgunakan kebebasan bukanlah jawapannya,” kata wakil rakyat PAS itu.

Beliau mengulas kenyataan kerajaan mahu menjadikan insiden tembakan di Paris baru-baru ini sebagai alasan untuk mewajarkan pengekalan Akta Hasutan 1948.

Insiden itu menyaksikan 12 orang terbunuh dalam serangan pada majalah Charlie Hebdo kerana mempermainkan Nabi Muhammad melalui kartun satiranya.

Hj. Salahuddin Ayub for Presiden PAS - Zulhazmi

CADANGAN PERALIHAN KUASA KEPIMPINAN PAS 2015 - 2017.

http://antarapos.com/v1/images/news_images_upload/content/salahuddin%20ayub%20sedia%20lepas%20jawatan.jpg
Baru-baru ini, saya mencadangkan agar kesemua pimpinan PAS yang menjadi ahli Majlis Syura Ulamak PAS agar tidak bertanding atau menolak pencalonan jika dicalonkan bertanding bagi jawatan peringkat bawah. Cadangan saya ialah bertujuan menjaga integriti dan kehormatan Majlis Syura Ulamak daripada persepsi negatif, pertindihan kuasa, pertindihan kepentingan dan lebih dari itu menimbulkan persepsi buruk ketidak adilan Islam yang diperjuangkan PAS.

Cadangan saya bukan hanya merujuk kepada Tuan Guru Dato' Seri Haji Abdul Hadi Awang, Presiden PAS, tetapi melibatkan semua ahli Majlis Syura Ulamak. Malangnya cadangan saya telah diputar belit dan disalah anggap mengatakan bahawa saya hendak menolak "Kepimpinan Ulamak" dan lebih teruk dikatakan ingin menghapuskan ulamak-ulamak di dalam PAS. Itu antara salah tanggapan atau kurang faham atau sengaja buat-buat tidak faham kerana ketaksuban kepada orang-orang tertentu.

Saya juga mencadangkan agar Tuan Guru Dato' Seri Presiden diangkat oleh Ahli Majlis Syura sebagai Mursyidul Am menggantikan Tuan Guru Datuk Bentara Setia Hj Nik Abdul Aziz yang semakin uzur. Bukan berniat mengenepikan Tuan Guru Nik Aziz, tetapi mengambil kira keuzuran beliau, maka selayaknya kita melapangkan beliau daripada bebanan dunia. Biarlah Tuan Guru Nik Aziz berehat.

Mangsa Banjir - Ingatkan PM nak bagi pinjaman zero interest, tapi kena rate 3.9% rupa-rupanya


NOTA BENCANA DARI MARHAEN KEPADA PERDANA MENTERI

Salam 1Malaysia Datuk Seri,

Kami hanya sekumpulan manusia yang menyatu hati untuk membantu serta menyelami hati golongan marhaen yang dilanda musibah di Kelantan. Airmata kami sudah kering. Segala dana dan daya sudah habis kami gembeling. Usaha terakhir kami ialah doa ke haderat Allah dan seruan kepada sesama manusia.

Sedia dimaklumi, Kelantan ialah salah sebuah negeri di dalam Malaysia yang mana Datuk Seri adalah Perdana Menterinya.

Sebenarnya kami ingin mengulas tentang bantuan pinjaman Bank Rakyat yang Datuk Seri umumkan baru-baru ini. Tetapi sebelum itu, suka kami bukakan cerita ini dengan satu kronologi yang boleh jadi panjang untuk mereka yang malas membaca.

Kami optimis yang Datuk Seri mempunyai pertimbangan yang sangat wajar semasa kemuncak bencana berlaku. Kami yakin Datuk Seri telah mengutamakan kepentingan negara, berbincang semasa dalam pusingan golf bersama Presiden Obama. Kami puji Datuk Seri kerana terus bergegas pulang ke Malaysia melalui Kelantan untuk melihat sendiri bencana yang memuncak. Kami tidak mahu panjangkan isu itu.

Serangan Kepada Daim Lebih Merugikan Najib

oleh Shahbudin Husin,

http://mk-cdn.mkini.net/724/224900d13194c44c45c2048bd3c22e82.jpg
Media arus perdana dan pemimpin UMNO terlihat semakin rancak melancarkan serangan terhadap bekas Menteri Kewangan, Daim Zainuddin berhubung kekayaannya yang dianggap luar biasa. Pemilik media sosial pro Najib pula menyambut serangan itu dengan tujuan menyebar-luasnya, manakala setengah yang lain menokok tambah dengan pelbagai rekaan fakta supaya lebih menarik untuk dibaca.

Jika sebelum ini serangan terhadap Daim hanyalah mainan parti-parti pembangkang, kini media di bawah kawalan Najib serta beberapa pemimpin UMNO turut tumpang semangkuk dengannya.

Tidak cukup dengan ruang masa di saluran arus perdana, blog dan media sosial melakukannya , sebuah video klip berkaitan seks yang turut dikaitkan dengan Daim juga tersebar meluas sekarang ini.

Seorang pemimpin Selangor iaitu Ketua UMNO Bahagian Subang, Zein Isma Ismail berkata, jika Daim boleh menyerang Najib, maka bekas Menteri Kewangan itu haruslah juga bersedia menghadapi serangan balas daripada penyokong Perdana Menteri pula.

Inilah politik, katanya yang juga Ketua Penerangan UMNO Selangor.

Perkasa, Dr Mahathir ‘berpisah’

Bekas Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad dikatakan tidak selesa dengan haluan yang diambil oleh Perkasa selepas tercetus kontroversi membakar Bible. – Gambar fail The Malaysian Insider, 19 Januari, 2015.
Bekas Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad dikatakan tidak selesa dengan haluan yang diambil oleh Perkasa selepas tercetus kontroversi membakar Bible. – Gambar fail The Malaysian Insider, 19 Januari, 2015.

Selepas mempertahankan ancaman bakar Bible oleh Perkasa tahun lepas dan menghadiri hampir semua acara dianjurkannya, Tun Dr Mahathir Mohamad dan kumpulan hak Melayu itu membawa haluan masing-masing, kata sumber dalam pertubuhan itu, mengatakan bekas perdana menteri itu tidak senang dengan haluan diambil kumpulan itu.

Sumber yang merupakan pemimpin Perkasa memberitahu The Malaysian Insider, Dr Mahathir tidak gembira dengan cara Perkasa mencetuskan dan menguruskan isu melibatkan sensitiviti kaum, termasuk kontroversi bakar Bible oleh Datuk Ibrahim Ali yang menyebabkan kemarahan komuniti Kristian.

Pemimpin itu juga berkata, Perkasa juga tidak mahu dikaitkan dengan Dr Mahathir walaupun mereka sangat menghormati bekas perdana menteri itu.

"Kami harap jangan kaitkan pandangan Tun M dengan Perkasa dan jangan kaitan tindakan Perkasa dengan Tun M," katanya dengan syarat tidak dinamakan.

"Kedua-dua pihak tiada ikatan apa-apa kecuali kami menghormati Tun M dan kami percaya Tun M menyokong banyak perkara yang Perkasa perjuangkan.”

Isu surat FBI: Masih ada rahsia besar


Ahmad Zahid dilihat tersepit antara isu keselamatan negara dan reputasi sebagai ahli politik.  
Ahmad Zahid dilihat tersepit antara isu keselamatan negara dan reputasi sebagai ahli politik.

SHAH ALAM - Semua mata kini tertumpu kepada Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi.

Penjelasan beliau pada minggu lalu mengenai suratnya kepada Biro Siasatan Persekutuan (FBI) berhubung penahanan warganegara Malaysia yang juga tauke judi, Paul Wei Seng Phua masih tidak diterima banyak pihak.

Ini kerana elemen 'rahsia besar' berhubung isu itu menyebabkan penjelasan Ahmad Zahid tidak terperinci dan seolah-olah beliau melindungi individu dikaitkan dengan jenayah besar.

Beliau hanya mampu berkata pertikaian mengenai surat itu telah dijelaskan kepada Kabinet yang menerima baik penjelasan itu.

Namun bagi komuniti keselamatan seperti polis, kenyataan Ahmad Zahid kepada FBI dalam surat bertarikh 18 Disember itu bahawa Paul Phua banyak membantu kerajaan Malaysia dalam hal berkaitan keselamatan negara bukan sesuatu yang mengejutkan.





Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...