Orang ramai membanjiri gerai ikan yang beroperasi di pasar sehari Taman Sri Aman pada minggu ketiga operasi, semalam.  
Orang ramai membanjiri gerai ikan yang beroperasi di pasar sehari Taman Sri Aman pada minggu ketiga operasi, semalam.

JITRA - Isu pemindahan Nat Tok Jalai, Kepala Batas, di sini, yang berlarutan sejak tiga minggu lalu boleh dikatakan selesai apabila tapak baharu di Taman Sri Aman beroperasi dengan baik.

Setiausaha Majlis Daerah Kubang Pasu (MDKP), Helmi Yahya berkata, bagaimanapun pihaknya masih membuat pemantauan di tapak asal tersebut bagi memastikan peniaga tidak beroperasi semula di kawasan tersebut.

Menurut beliau, pemantauan oleh penguatkuasa MDKP akan diteruskan selain meminta segelintir peniaga yang enggan berpindah akur dengan pemindahan itu.

“Operasi pemindahan ke tapak baharu dilaksanakan selama tiga minggu berakhir hari ini (semalam) untuk kita daftarkan peniaga-peniaga masuk ke tapak baharu.