TERKINI :

Saturday, January 17, 2015

Harga minyak turun, harga barang kekal?


Harga minyak turun, harga barang kekal?
SHAH ALAM - Walaupun negara sudah menikmati kadar harga minyak yang rendah sejak bulan lalu namun, rakyat masih membayar harga barang keperluan pada kadar sama ketika harga minyak melambung. 

Ikuti tinjauan Sinar Harian mengenai isu tersebut di Pasar Borong Seksyen 6 Shah Alam, hari ini.

Menurut mahasiswa daripada  Management and Science University (MSU), Nur Farra Kamal Ariffin, 23, berkata tiada perubahan harga  kerana harga barangan yang dibelinya masih mengekalkan harga lama.

“Setakat ini harga masih sama, terutama harga makanan , kerana kedai yang saya pergi masih mengekalkan harga yang sama ketika harga minyak melambung dahulu.

“Mungkin peniaga hendak menjaga kos dan keuntungan…tetapi bagi saya kalau masih berpatutan saya kira OKlah,” katanya.

2015: Golongan sederhana ambil tempat penting

ABD SHUKUR HARUN

DUA perkara yang sangat mengesankan saya ketika kita meninggalkan tahun 2014 yang sangat mencabar itu dan memasuki 2015 yang juga dijangka penuh dengan cabaran.

Tanpa mengulas krisis politik dalam Pakatan Rakyat sendiri, saya hanya fokas dua perkara.

Pertama, banjir mega yang merempuh dengan amat dahsyat di enam negeri di negara ini, terutama di Pantai Timur, menimpakan kerosakan berbilion ringgit. Kedua kemunculan 25 rokoh ternama golongan sederhana yang disokong oleh puluhan NGO serta begitu ramai daripada kalangan rakyat, prihatin.

Adapun banjir besar ini telah memusnahkan ribuan rumah, harta benda, malah beberapa nyawa. Ia hampir menyamai tsunami yang melanggar Acheh Darussalam, Indonesia 10 tahun lalu.

Pelbagai sebab mengapa terjadi banjir mega ini. Angin monsun telah membawa ribut dan air pasang besar, hujan lebat yang tidak henti-hentinya sejak lebih seminggu.

Apa Dr. M buat jika jadi PM semula?

Subky Latif,

http://www.thestar.com.my/~/media/Images/TSOL/Photos-Gallery/Nation/2013/10/20/mahathir.ashx/?w=620&h=413&crop=1&
APA logiknya bagi Dr. Mahathir menempelak mereka yang taksub kepada pemimpin yang tidak memimpin mengikut ajaran al-Quran?

Makna selapisnya rakyat jangan taksub atau jangan peduli terhadap pemimpin yang tidak memimpin berpandukan al-Quran. Ingatan kepada pemimpin dan sesiapa yang hendak memimpin mestilah memimpin mengikut ajaran al-Quran.

Jika apa yang Dr. Mahathir maksudkan dengan pemimpin mengikuit al-Quran itu sepatutnya seperti pimpinan yang ditunjukkan oleh Rasulullah SAW memimpin negara Madinah dan wilayah-wilayah yang menerima Islam semasa hayat baginda, dan pimpinan empat khalifah ar-Rasydin serta pentadbiran Khalifah Umar Abdul Aziz.

Pimpinan mereka ini adalah model pimpinan Islam 100 peratus. Adapun pimpinan khalifah yang lain ada takwilnya atau ada pasang surutnya.

Apabila kita menyebut tentang pimpinan mengikut kehendak al-Quran maka model yang jadi ikutan seboleh-bolehnya adalah zaman khalifah 4+1 itu. Apakah boleh jadi seperti mereka adalah satu hal yang lain, tetapi itulah contoh dan model terbaik.

Hebat Kontraktor Malaysia..sampai Pegawai Tentera Laut Amerika pun dia rasuah..!!!

Seorang kontraktor warganegara Malaysia mengaku bersalah atas tuduhan melakukan penipuan dan rasuah membabitkan puluhan juta Dolar Amerika ke atas pegawai rasmi Tentera Laut Amerika Syarikat (AS).

Portal Astro Awani melaporkan tertuduh, Leonard Francis, 50,(gambar) dari syarikat pembekal perkapalan Glenn Defense Marine Asia (GDMA) membuat pengakuan tersebut di Mahkamah Persekutuan San Diego.

Francis mengaku bersalah bersama seorang lagi tertuduh iaitu pegawai Tentera Laut AS Kapten Daniel Dusek.

Dusek adalah pegawai berjawatan paling tinggi dalam sejarah Tentera Laut negara itu yang disabitkan atas kesalahan membabitkan rasuah.

Empat lagi tertuduh yang turut dibicarakan merupakan pegawai yang masih berkhidmat.

Azmin mula di uji dengan projek DATUM JELATEK..!!!

Penduduk cabar MB Selangor bersemuka dalam isu Datum Jelatek

 Penduduk Jelatek mencabar Menteri Besar Selangor Mohamed Azmin Ali bersemuka dengan anak Keramat berhubung isu projek perumahan rumah mewah. – Gambar fail The Malaysian Insider, 17 Januari, 2015.
Penduduk Jelatek mencabar Menteri Besar Selangor Mohamed Azmin Ali bersemuka dengan anak Keramat berhubung isu projek perumahan rumah mewah. – Gambar fail The Malaysian Insider, 17 Januari, 2015.

Penduduk Jelatek terus memberi desakan kepada Menteri Besar Selangor Mohamed Azmin Ali dan mencabar beliau untuk turun bersemuka ketika perhimpunan anak Keramat menentang projek perumahan rumah mewah, Datum Jelatek yang akan diadakan 25 Januari ini.

Pengerusi Badan Bertindak Datum Jelatek Salleh Samad berkata, perhimpunan anak Keramat merupakan protes besar-besaran penduduk di kawasan tersebut yang menolak projek perumahan rumah mewah Datum Jelatek kerana mendakwa pembinaannya tersasar daripada matlamat asal kerajaan negeri yang sepatutnya membina rumah mampu milik kepada rakyat negeri Selangor.

Salleh juga mendakwa pembinaan perumahan mewah itu mempunyai agenda menghapuskan kawasan yang majoritinya penduduk Melayu dengan membuka penjualan hartanah kepada warga asing khususnya dari China.

"Saya mempunyai banyak bukti dan salah satunya ialah kenyataan bekas pengurus besar Perbadanan Kemajuan Negeri Selangor (PKNS) Datuk Othman Omar dalam satu laporan menyatakan dua menara unit perumahan tersebut sudah dijual kepada warga Singapura dan China.

Sukarelawan Unit Amal bertungkus lumus membantu, tapi ada orang senang-senang mengejek dan menghina

 

K-Pop: Masa untuk muhasabah diri

Oleh MUHAMAD MAT YAKIM 

KETIKA saya menulis artikel ini, di luar sana orang masih kecoh hal insiden di pentas K-Pop, cerita beberapa pemudi bertudung naik ke pentas dipeluk, malah memeluk artis lelaki dari Korea Selatan yang menurut seorang menteri, berupa paras cantik, kulit gebu dan pucat.

Sudah terlalu banyak yang mengulas mengenai perkara itu daripada cerdik pandai, alim ulama, orang politik hinggalah orang biasa lewat pelbagai media. Saya bukanlah sesiapa untuk jadi nasi tambah

Apa pun, saya kira sudah jadi lumrah bagi orang kita, tatkala memberi pandangan atas apa jua isu, kita selalunya tidak lari daripada kecenderungan politik. Pandangan kita biasanya dipengaruhi politik.

Apa-apa perkara yang kita dapati tidak berpihak kepada pegangan atau kumpulan politik kita, akan kita luahkan pendapat semahu-mahunya, seperti tidak ada esok lagi untuk mereka yang jadi sasaran.

Akan tetapi jika terkena pada batang hidung  sendiri, sama ada kita mempertahankan, menegakkan benang basah ataupun kita ambil pendekatan yang selamat, diam sediam-diamnya!

Kroni BN, MyEG untung RM137 juta dalam 2 minggu, dakwa PKR

Pembaharuan Pas Lawatan Kerja Sementara pekerja asing hanya boleh dibuat di MyEG, syarikat kroni Barisan Nasional, dakwa DAP. – Gambar fail The Malaysian Insider, 17 Januari, 2015.
Pembaharuan Pas Lawatan Kerja Sementara pekerja asing hanya boleh dibuat di MyEG, syarikat kroni Barisan Nasional, dakwa PKR. – Gambar fail The Malaysian Insider, 17 Januari, 2015.

PKR hari ini mendedahkan syarikat MyEG yang dimiliki kroni Barisan Nasional (BN) mencatatkan keuntungan RM137 juta dalam tempoh dua minggu setelah Putrajaya melalui Menteri Dalam Negeri Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi menganugerahkan kontrak pembaharuan Pas Lawatan Kerja Sementara (PLKS).

Ahli Dewan Undangan Negeri Semambu Lee Chean Chung yang membidas Zahid yang masih membisu mengenai skandal tersebut berkata antara pemegang saham terbesar dalam syarikat swasta itu ialah bekas ketua penerangan Umno Pulau Pinang dan Timbalan Ketua Bahagian Umno Umno iaitu Datuk Raja Munir Shah.

Timbalan ketua penerangan Pemuda PKR itu berkata berdasarkan maklumat terkini Raja Munir menguasai 31.1% saham syarikat MyEG.

"Kenaikan harga saham MyEG sebanyak 19% beberapa hari ini memberikan keuntungan atas kertas sejumlah RM137 juta secara durian runtuh kepada Raj Munir," katanya dalam satu kenyataan hari ini.

Husam, Yayasan Darul Hijrah warnai politik pasca banjir di Kelantan

Menteri Besar Kelantan Datuk Ahmad Yakub (tengah) dan Datuk Husam Musa (kanan) bergabung tenaga membantu membersihkan kawasan banjir di Kelanta. – Gambar ihsan Mohd Sayuti Omar, 17 Januari, 2014.
Menteri Besar Kelantan Datuk Ahmad Yakub (tengah) dan Datuk Husam Musa (kanan) bergabung tenaga membantu membersihkan kawasan banjir di Kelanta. – Gambar ihsan Mohd Sayuti Omar, 17 Januari, 2014.

Kemunculan sebuah yayasan dengan secara tiba-tiba dalam memberikan bantuan kepada mangsa ketika Kelantan dilanda banjir paling buruk dalam sejarah mewarnai politik negeri dipimpin PAS itu.

Khemah, pusat perlindungan sementara, pam air, pasukan pembersihan, dapur, tong gas dan terkini van klinik bergerak yang menjadi keperluan kepada mangsa banjir menjadi sumbangan utama Yayasan Darul Hijrah dipimpin Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Salor Datuk Husam Musa.

Sikap proaktif naib presiden PAS itu dan yayasannya dalam memberikan bantuan kepada mangsa banjir menyebabkan beliau dilabelkan dengan gelaran sindiran “MB swasta.”

"Kerajinan Husam menerusi Yayasan Darul Hijrah itu diberi gelaran, sindiran Husam sebagai MB swasta. Gelaran ini dibuat kumpulan bekas seorang Ahli Dewan Undangan Negeri Kelantan sendiri," tulis pemerhati politik Kelantan Mohd Sayuti Omar dalam blognya.

"Rupa-rupanya kerajinan dan keprihatinan bekas exco Kelantan Husam Musa membantu mangsa banjir serta kegeligaan beliau memberi pendapat awal untuk membantu mangsa banjir kurang disenangi sesetengah pihak di Kelantan.

Sumpahan emas hitam, kesan kepada rakyat

http://310627192.r.worldcdn.net/media/k2/items/cache/0b08f0ea8ce344a4766c5fc17e6bcad4_XL.jpg
RAKYAT Malaysia sekali lagi dilanda kekeliruan dan kebingungan apabila mata wang ringgit mula menjunam secara mendadak. Kepada masyarakat awam, umumnya masih lagi tidak dapat memahami impak langsung kepada kehidupan seharian mereka. Bagi yang mahu ambil tahu, kronologi perkara yang berlaku sebenarnya secara sedar atau tidak sedar, lambat laun akan menghambat kedudukan belanjawan keluarga majoriti masyarakat umum di Malaysia.

Apa yang berlaku bukanlah sesuatu yang terjadi secara tiba-tiba, kerana rentetan perkara yang berlaku dari segi geopolitik dunia sebenarnya telah memberikan petanda-petanda awal kepada apa yang terjadi sekarang. Mahu tidak mahu, Malaysia tidak terkecuali dari menerima kesan daripada permainan kuasa-kuasa besar dunia. 

Bermula dari kekacauan dan ketidakstabilan politik di Timur Tengah, peningkatan kuasa ekonomi dan ketenteraan Republik China dan kemerosotan pengaruh Russia ke atas negara-negara bekas Soviet Union yang mana kemuncaknya apabila berlakunya perpecahan Negara Ukraine sehingga memaksa Russia campur tangan secara langsung ke atas konflik Ukraine untuk memastikan armada tentera lautnya masih mempunyai akses ke laut Mediterranean. Kesemua yang berlaku ini, walaupun pada hakikatnya berlaku ratusan ribu jauhnya dari bumi Malaysia yang tercinta ini, hakikatnya mempunyai kesan langsung kepada ekonomi Negara ini. 

Zahid jangan sangka rakyat bodoh - Kit Siang

http://mk-cdn.mkini.net/848/22e05963387b0c79dce0fe38eec65c7b.jpg
KUALA LUMPUR: Bekas Menteri Dalam Negeri perlu bersuara dan membersihkan nama mereka daripada tuduhan Datuk Seri Zahid Hamidi, kata Ahli Parlimen Gelang Patah, Lim Kit Siang.

Ini kerana Zahid dalam kenyataannya semalam berkata, Menteri Dalam Negeri sebelum beliau pernah mengeluarkan surat kepada FBI tanpa kebenaran dan pengetahuan kementerian.

“Benarkah Menteri Dalam Negeri sebelum ini juga pernah menulis surat secara unilateral kepada FBI, tanpa pengetahuan pihak polis dan Ketua Polis Negara pada waktu itu?

“Maka menteri-menteri terdahulu jauh lebih tidak berdisiplin, liar dan melulu daripada apa yang disangkakan rakyat Malaysia.

“Bekas Menteri Dalam Negeri seperti Datuk Seri Hishammuddin Hussein, Datuk Seri Syed Hamid Albar, Datuk Seri Mohd Radzi Sheikh Ahmad dan Datuk Azmi Khalid mesti bersuara dan membersihkan nama mereka,” kata Kit Siang dalam satu kenyataan.

Isu Phua : Sumber Polis kata tak tahu, hanya menteri sahaja yang tahu..!!

Phua tak bantu kami, kata sumber polis

 
Membangkitkan perihal Akta Rahsia Rasmi, Menteri Dalam Negeri Datuk Seri Zahid Hamidi berkata bantuan Paul Phua dalam isu keselamatan negara berstatus rahsia.

Bagaimanapun, Malaysiakini difahamkan bahawa warganegara Malaysia yang dikatakan seorang 'raja judi' itu tidak bekerjasama dengan polis dalam isu itu.

Mengesahkan perkara itu, sumber polis berkata mungkin Phua sebenarnya terlibat dengan agensi lain dalam negara ini.

“Dia tidak bekerja dengan polis, tetapi mungkin membantu jabatan lain.

"Perkara ini hanya menteri yang tahu,” katanya kepada Malaysiakini.

Sumber bagaimanapun enggan mengulas lanjut berhubung agensi yang memerlukan bantuan pemain poker terkenal itu, yang kini berdepan tindakan undang-undang di Amerika Syarikat (AS).

Minum arak, lalai dengan muzik jadi kera dan babi

KUALA LUMPUR: Apabila muzik diutamakan sudah pasti al-Quran diketepikan, demikian kandungan khutbah Jumaat Jabatan Agama Islam Wilayah Persekutuan (Jawi), hari ini.

Justeru, umat Islam hendaklah takut dengan amaran Rasulullah SAW mengenai ada umat baginda yang meminum arak dan dilalaikan dengan penyanyi wanita bahawa Allah akan membenamkan mereka ke dalam bumi dan menjadikan sebahagian mereka kera dan babi.

Berikut ialah petikan kandungan khutbah tersebut.

Islam tidak menghalang umatnya berhibur tetapi mestilah ada batas-batas dan panduannya. Segala bentuk hiburan yang tidak bercanggah dengan syariat Islam adalah diharuskan.

Namun, akhir-akhir ini budaya berhibur secara melampau atau hedonisme telah merebak di kalangan remaja Islam.

Kes Komunis Bukit Kepong Mat Sabu di tunda lagi...

Mat Indera: Kes Mat Sabu ditunda 26 Feb

http://bm.therakyatpost.com/wp-content/uploads/sites/4/2014/09/Mat_Sabu1_L.jpg
BUTTERWORTH: Mahkamah Sesyen Butterworth hari ini menangguhkan perbicaraan kes ceramah Timbalan Presiden PAS, Mohamad Sabu berhubung isu komunis Bukit Kepong ke 26 Februari depan.

Hakim Meor Sulaiman Ahmad Tarmizi membuat keputusan itu berikutan kegagalan pihak pendakwaan mengemukakan saksi terakhir, pakar sejarah Profesor Emeritus Tan Sri Khoo Kay Kim untuk memberi keterangan.

Mohamad dan peguam belanya Mohamed Hanipa Maidin yang juga Ahli Jawatankluasa PAS Pusat hadir di mahkamah hari ini.

Nik Amar pun tak tahu mana tinggi power antara PRESIDEN dengan MURSYIDUL AM.. tu pun nak sembang..??

Dunia iktiraf kepimpinan Hadi, kata timbalan MB Kelantan

PAS masih perlu Datuk Seri Abdul Hadi Awang sebagai presiden, kata Timbalan Menteri Besar Kelantan Datuk Mohd Amar Nik Abdullah. – Gambar fail The Malaysian Insider, 17 Januari, 2015.
PAS masih perlu Datuk Seri Abdul Hadi Awang sebagai presiden, kata Timbalan Menteri Besar Kelantan Datuk Mohd Amar Nik Abdullah. – Gambar fail The Malaysian Insider, 17 Januari, 2015.

Timbalan Menteri Besar Kelantan Datuk Mohd Amar Nik Abdullah berkata PAS masih memerlukan Datuk Seri Abdul Hadi Awang kerana pengalaman dan pengiktirafan dunia terhadapnya.

Timbalan pesuruhjaya 1 PAS Kelantan itu berkata, Hadi masih layak memegang jawatan sebagai presiden PAS.

“Beliau dapat pengiktirafan dunia sebagai timbalan ketua Kesatuan Ulama Sedunia, penghormatan sangat besar, bukan senang hendak cari pemimpin tempatan diiktiraf sebegini," kata Amar seperti dilaporkan Sinar Harian hari ini.

"Maka, sesuailah beliau masih memegang tampuk pemerintahan tertinggi parti, pendapat orang lain itu hanyalah pandangan peribadi mereka sahaja, bukan pendirian parti,” katanya mengulas kenyataan bekas Exco Pemuda PAS Zulhazmi Shariff yang mencadangkan Hadi tidak dicalonkan sebagai presiden untuk pemilihan 2015 hingga 2017 dan menggantikan Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat sebagai mursyidul am.

Dr M: Politik keluarga dalam Umno


Tun Dr Mahathir Mohamad 
1.    Saya amat tertarik dengan penjelasan oleh Mohd Puad Zarkashi bahawa tidak mungkin amalan atau budaya politik dinasti dalam Umno mudah berlaku.

2.    Sebabnya ialah undang-undang tubuh Umno sudah dipinda supaya bukan perwakilan ke mesyuarat agong yang tidak ramai yang akan memilih, tetapi 146,000 perwakilan ke mesyuarat bahagian yang akan memilih.

3.    Bahagian bukan sama besar. Ada yang sepuluh kali ganda lebih besar daripada yang lain.

4.    Yang diambil kira bukan jumlah perwakilan yang mengundi seseorang calon (146,000 ahli) tetapi jumlah bahagian yang mencalon dan melantik. Jumlah bahagian sebenarnya kurang daripada jumlah perwakilan ke mesyuarat agong. Pengundi bukan ditambah tetapi dikurangkan.

5.    Bahagian yang dulu tidak berkuasa, sekarang lebih berkuasa daripada perwakilan.

Kalau Rosmah Boleh Dakap Chong Wei, Apakah Najib Juga Boleh Peluk Nicol David?

oleh Shahbudin Husin,

 

Saya terpanggil untuk menjawab tulisan Ketua UMNO Bahagian Cheras, Syed Ali Alhabshee yang mempertahankan tindakan isteri Perdana Menteri, Rosmah Mansor yang memeluk jaguh badminton negara, Lee Chong Wei dengan menyifatkan pelukan itu sebagai suatu penghargaan seorang ibu kepada anaknya yang berjaya meraih kemenangan dalam sukan.

Dalam tulisan di blognya, Syed Ali secara khusus menyelar dan menyebut nama saya dengan menyifatkan tindakan Rosmah memeluk Lee Chong Wei tidak sama dengan perbuatan tiga gadis yang bercium dengan artis K-Pop Korea Selatan.

Katanya lagi, "bagi saya tidak salah bagi isteri Perdana Menteri yang menganggap dirinya ibu memeluk Lee Chong Wei kerana mengiktiraf dan amat menghargai kejayaan yang dicapai oleh pemain badminton yang berjaya mengharumkan nama negara."

Jika diamati tulisan saya semalam, bukan saja perbuatan berpeluk yang dilakukan Rosmah saja yang saya pertikaikan, bahkan juga bercium dengan artis. Dalam gambar yang saya sertakan pula, ia jelas Rosmah sedang bergesel pipi dengan artis Bollywood, Arjun Rampal.

Isu K-Pop: Kerajaan lemah pantau hiburan luar


K-Pop
SHAH ALAM – Isu aksi melampau peminat K-Pop baru-baru ini dilihat sebagai satu bukti bahawa  kerajaan kini lemah dalam memantau dan mengawal bentuk hiburan yang dibawa dari luar untuk menjadi tontonan remaja negara ini.

Setiausaha Veteran Umno, Datuk Mustapha Yaakub berkata, penganjur dan penonton sama sekali tidak boleh disalahkan selepas perkara ini telah terjadi.

" Jangan bila rumah siap maka pahat berbunyi. Kerajaan patut menyalahkan agensi-agensinya yang bertanggungjawab mengawal selia dan memproses kelulusan kemasukan kumpulan penghibur ke negara ini.

"Kalau Jakim dan KDN boleh menyekat kemasukan pendakwah yang dianggap merbahaya kepada aqidah umat Islam di negara ini, mengapa sekatan yang sama tidak boleh dikenakan kepada kumpulan penghibur? Jangan jadi 'double standard' dalam  mengambil tindakan," katanya dalam satu kenyataan hari ini.

Mukhriz kecewa dengan keputusan FAM dalam isu Gary

KFA kecewa keputusan FAM dalam isu Gary

Mukhriz Tun Dr Mahathir 
 Mukhriz Tun Dr Mahathir
PERSATUAN Bola Sepak Negeri Kedah (KFA) amat kecewa dengan keputusan Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM) di dalam isu status pemain Harimau Muda, Gary Steven Robbat.

Menteri Besar Kedah, Datuk Seri Mukhriz Mahathir yang juga Presiden KFA, persatuan negeri hanya mempertahankan peraturan yang dibuat oleh FAM iaitu pemain Harimau Muda perlu kembali ke negeri terlebih dahulu.

"Kita amat kecewa dengan keputusan FAM kerana kita hanya mempertahankan peraturan yang dibuat sendiri oleh persatuan bolasepak negara yang menghendaki pemain Harimau Muda yang tamat kontrak supaya kembali ke negeri masing-masing," katanya di Alor Setar.

Beliau berkata demikian kepada pemberita selepas menerima sumbangan bantuan bencana banjir sebanyak RM300,000 daripada Majlis Agama Islam Wilayah Persekutuan (MAIWP) yang disampaikan oleh Menteri Di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Seri Jamil Khir Baharom, yang juga pengerusi MAIWP serta 100 kotak sabun pencuci daripada Muslimah Manufacturing Sdn Bhd di sini, malam ini.

Misi bencana alam MPN PKR Kedah bantu Kelantan

AKTIVITI                                                                                                           
Rombongan misi bencana alam MPN PKR Kedah.
Penderitaan dan kesengsaraan rakyat Kelantan khususnya mereka yang diuji langsung oleh Allah dengan musibah "Bah Emas"; hilang rumah tangga dan harta benda turut mendapat simpati daripada misi bencana alam Parti Keadilan (PKR) Kedah.

Misi bencana alam Kedah yang dibentuk menerusi MPN negeri berada di Kelantan selama empat hari untuk membantu membersih kesan-kesan pasca banjir dan juga menyampaikan bekalan makanan, pakaian dan keperluan lain.

Misi itu disertai 20 orang pimpinan di semua cabang dan Angkatan Muda Keadilan (AMK), terdiri daripada ketua, timbalan ketua cabang dan wakil rakyat. Ia diketuai oleh Pengerusi Bencana Alam MPN Kedah, Abdullah Md Isa, penolongnya Dr Azman Ismail yang juga ketua cabang Kuala Kedah dan ahli Parlimen Kuala Kedah dan Azman Nasrudin (Cikgu), Adun Lunas.




Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...