TERKINI :

Friday, January 16, 2015

Ustaz Kazim kata, Mahathir mahu hudud

Oleh Subky Latif

http://ww1.utusan.com.my/pix/2013/1206/Utusan_Malaysia/UMNO_2013/um_27.1.jpg
SAYA terbaca sepintas lalu berita Ustaz Kazim Elias, ustaz serba boleh – penceramah, daie, penghibur yang berjenaka – dalam Facebooknya menyebut menziarahi Tun Dr Mahathir Mohamad bertanyakan sikapnya tentang hudud.

Apa yang difahami dari tanggap an Ustaz Kazim, Dr Mahathir juga mahu hudud. Apa pun dia ada takwil tentang peraturan yang sediakan oleh PAS. Malangnya tiada siapa datang membincangkan takwilnya lalu mengira dia menolak hudud.

Kita terima nukilan Ustaz Kazim seadanya.

Empat bulan sebelum Pilihan Raya Umum tahun 1982 saya bertemu Hujjatul Islam Hashemi Rafsanjani, Speaker Parlimen Iran yang baru pulang dari Kuala Lumpur di Tehran. Katanya, dia bertemu Mahahir. Katanya dia juga mahukan Islam.

Maksud mahukan Islam itu ialah menjadikan Islam sebagai peraturan bagi orang perseorangan, masyarakat dan nusa.

Kalau Najib benar berjiwa besar dan sayangkan negaranya, berundurlah!

oleh Aspan Alias

http://mk-cdn.mkini.net/811/17005cc34d2d19ce151e19b07be5e2f3.jpg
Kenapa Najib masih berkeliaran di Putrajaya lagi? Kesalahan yang macam mana yang membolehkan seseorang Perdana Menteri dan kabinetnya meletakkan jawatan? Tidak kah cukup lagi dalil-dalil dan sebab-sebab kenapa Najib dan seluruh barisan kabinetnya yang gagal sekarang ini untuk meletakkan jawatan?

Cuba kita sebutkan apakah yang baik yang telah Najib lakukan yang membolehkan beliau kekal duduk di Sri Perdana itu? Najib mempunyai imej seorang Perdana Menteri yang tidak bertanggungjawab kerana beliau tidak mempunyai roh kepimpinan yang betul dan secocok dengan kemahuan negara dan rakyatnya. Najib telah gagal segagal-gagalnya untuk mentadbir politik dan negara walaupun beliau telah melalui segala-gala laluan dalam kepimpinan parti sejak memasuki politik pada tahun 1976 yang lalu.

Datang dari keluarga yang pejuang pun dan di tambah dengan pelajaran luar negara sekali pun tidak dapat menggilap beliau sebagai pemimpin yang mempunyai roh yang sesuai dan secocok untuk negara yang kosmopolitan ini. Najib tidak mampu untuk belajar baik dari kesilapan sendiri mahu pun dari kesilapan orang lain dan pendeknya beliau hanya mempunyai kulit yang cantik dan kehidupan yang senang dari keluarga seorang Perdana Menteri.

Hilangnya Sirul Membuatkan 'Hantu Altantuya' Kembali Bernyawa

oleh Shahbudin Husin,

http://malaysianreview.com/wp-content/uploads/2015/01/altantuya-murder-case.jpg

Malaysia mungkin satu-satunya negara di dunia yang paling banyak "benda" hilang tanpa dapat dikesan. Bukan sekadar kenderaan, kanak-kanak dan barang-barang bernilai lain yang hilangnya sudah menjadi perkara biasa, negara kita juga mencipta sejarah kerana jet perang tiba-tiba hilang enjinnya.

Dalam laporan audit beberapa tahun lalu, diberitakan beberapa pucuk pistol dan gari polis dikesan hilang daripada simpanan.

Pada tahun lepas pula, sebuah kapalterbang penumpang MAS, MH370 juga hilang daripada radarnya dan sehingga sekarang terus ghaib tanpa dapat dikesan.

Dua pemuda yang sedang menunggu perbicaraan di mahkamah, Alvin Tan dan Ali Abdul Jalil, juga hilang secara tiba-tiba dan kini dilaporkan sedang berusaha mendapatkan suaka politik di luar negara.

Terbaru, Sirul Azhar Umar, salah seorang tertuduh dalam kes pembunuhan Altantuya, turut hilang ketika hukuman mati dijatuhkan keatasnya atas sabitan bersalah membunuh model kelahiran Mongolia itu.

Apabila dalam PAS ada ahli biasa dan ahli luar biasa..!

BENARKAH AHLI BIASA JEMAAH ISLAM ADALAH DARI KALANGAN KASTA PARIAH?

" Tiada ertinya islam tanpa jamaah, tiada ertinya jamaah tanpa pemimpin, tiada ertinya pemimpin tanpa ketaatan "
- Khalifah Umar al-Khattab

Ketiga tiga baris ayat yang di ungkapkan oleh Syaidina Omar Al Khatab mempunyai hubung kait yang tidak boleh di pisahkan dalam konsep berpesatuan atau berorganisasi.

Di sana ada Jemaah, Pemimpin dan Taat. Bermaksud tidak akan ada ketaatan dan pemimpin jika tidak mempunyai jemaah.

Jemaah di sini bermaksud ahli kesatuan sama ada yang mempunyai pangkat atau tidak.

Pemimpin pula bermaksud ketua yang terpilih, di pilih atau sendiri pilih di kalangan ahli kesatuan.

Dan bila mana ada kedua dua faktor ini maka barulah akan ada ketaatan ahli kesatuan kepada pemimpin.

Kesimpulannya faktor yang paling penting untuk melahirkan pemimpin dan ketaatan ialah kesatuan ataupun jemaah dan tanpa ahli kesatuan mustahil akan ada pemimpin dan tanpa ahli jemaah bagaimana pula akan datang ketaatan kepada pemimpin.

Tiba tiba hari ini ada pengikut ajaran sesat mengatakan ahli jemaah tidak ada kena mengena dengan pemimpin.

Ini bukan ajaran Islam tapi ini ajaran ugama Hindu yang pengikut hindu pun dah tidak menguna pakai lagi ajaran kasta ini tapi di guna pakai oleh pemimpin Pas.

Ustaz Rosly
Ahli Biasa Biasa...

Gary, PBNJ tanggung akibat... Kedah pulak cokelat angin...!

KELANA JAYA 16 Jan. - Kontroversi yang menyelubungi Gary Steven Robbat berakhir dengan pemain tengah itu digantung tiga bulan daripada menyertai sebarang kejohanan di bawah Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM), selain didenda RM50,000.

Perkara tersebut diumumkan oleh Pengerusi Jawatankuasa Status FAM, Datuk Takiyuddin Hassan selepas bermesyuarat lebih tiga jam di Wisma FAM di sini, hari ini.

Takiyuddin berkata, hukuman gantung ke atas pemain kelahiran Kedah itu berkuat kuasa serta merta selepas dia disahkan melanggar peraturan perjanjian mengikut Artikel 15 (a).

Selain Gary, Persatuan Bola Sepak Negeri Johor (PBNJ) turut didenda RM100,000 dan diberi amaran keras kerana didapati bersalah menandatangani Gary sebelum pemain itu dilepaskan FAM, selain menimbulkan permasalahan itu.

Persatuan Bola Sepak Negeri Pahang (PBNP) yang turut didapati bersalah menandatangani Gary sebelum dilepaskan FAM bagaimanapun hanya diberikan amaran. - UTUSAN ONLINE

Dr M: Di mana wang 1MDB?

Bekas perdana menteri Tun Dr Mahathir Mohamad masih tidak berpuas hati dengan penjelasan firma pelaburan 1Malaysia Development Berhad (1MDB) bahawa dana sebanyak RM8.3 bilion yang dilaburkan di Kepulauan Cayman telah diperolehi semula.

Mahathir berkata, firma yang dicetuskan Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak itu perlu menjelaskan bank yang menjadi tempat pelaburan dana tersebut.

"Penjelasan itu tidak mencerahkan apa-apa kepada kita.

"Saya hendak tahu bank mana yang menyimpan wang itu. Jumlahnya berbilion dolar; kamu mesti simpannya di mana-mana.

"Saya tidak tahu di mana wang itu berada – ia adalah sebahagian daripada ketelusan," kata beliau dalam wawancara dengan Sarawak Report yang disiarkan semalam.

1MDB membuat pengumuman mengenai pemerolehan semula dana tersebut selepas firma tersebut dilaporkan terlepas membuat bayaran balik pinjaman berjumlah RM2 bilion (AS$563 juta) yang berakhir pada hujung Disember lalu.

Kontroversi mengenai 1MDB tercetus bulan ini juga menyebabkan firma tersebut distruktur semula dengan pelantikan seorang ahli perbankan di Abu Dhabi Arul Kanda sebagai presiden.

Syarikat 1MDB itu, yang dimiliki sepenuhnya oleh Kementerian Kewangan, menerima kritikan hebat atas pelaburan RM8.3 bilion di  di luar negara.

MB Datuk Ahmad Yaakob sedia disiasat SPRM berkenaan PEMBALAKAN di KELANTAN

MB: Kelantan sedia disiasat SPRM

Ahmad menunjukkan peta taburan hujan di Kelantan ketika sidang media di pejabat di Kota Darul Naim, Kota Bharu, semalam. - Foto Sinar Harian oleh KHIRU SHALEH ABDULLAH  
Ahmad menunjukkan peta taburan hujan di Kelantan ketika sidang media di pejabat di Kota Darul Naim, Kota Bharu, semalam. - Foto Sinar Harian oleh KHIRU SHALEH ABDULLAH

KOTA BHARU - Menteri Besar Kelantan, Datuk Ahmad Yaakob sedia disiasat oleh Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) berhubung dakwaan aktiviti pembalakan punca banjir besar baru-baru ini.

Ahmad berkata, pihaknya bukan sahaja sedia untuk memberi kerjasama kepada SPRM, malah lebih suka jika perkara itu segera disiasat.

“Tak apa. Sila-sila...kita di Kelantan dari dulu lagi sedia (untuk disiasat). Kita buka 25 jam, bukan 24 jam untuk siasatan,” katanya ketika mengulas kenyataan Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Seri Dr Shahidan Kassim yang mendakwa mempunyai bukti perkara tersebut dan bersedia mendedahkan nama mereka yang terbabit.

Ahmad berkata, beliau menghormati kenyataan Shahidan dan mengambil maklum hal berkenaan untuk dibincang bersama dalam mesyuarat Majlis Tanah Negara (MTN) dengan mengemukakan kajian-kajian yang dijalankan Kerajaan Kelantan.

Laman porno disekat di Turki tetapi bebas di Malaysia

Oleh Zulkifli Sulong

http://media.themalaysianinsider.com/assets/uploads/articles/ihya_sophia.jpgTurki, walaupun diisytiharkan sebagai sebuah negara sekular tetapi sesiapa sahaja tidak dibenarkan melawat sebarang lucah atau porno di negara itu.

Ia jauh berbeza dengan Malaysia, walaupun dikatakan sebuah negara Islam tetapi sesiapa saja hatta kanak-kanak bebas melayari mana-mana laman lucah sama ada melalui komputer atau telefon bimbit masing-masing.

Di mana-mana sahaja di bandar utama Malaysia, orang boleh lihat dengan jelas pusat-pusat hiburan berunsur seks seperti rumah urut yang berselindung di sebalik urut refleksologi dipaparkan melalui papan-papan iklannya.

Tetapi di Istanbul, kota pelancongan ketiga terbesar di dunia selepas New York dan Paris, ia juga ada tetapi tersembunyi daripada pandangan umum.

Sekurang-kurang inilah yang boleh dicatatkan selepas lima hari tiga malam menziarahi kota Istanbul buat kali ketiga baru-baru ini.

Pemandu pelancong kami, Ahmed ketika ditanya, apakah pusat tarikan waktu malam yang boleh kami kunjungi berkata, "Ada tetapi tidak sesuai untuk kumpulan pelancong umrah seperti anda."

Ia bermakna, tempat sebegitu ada tetapi ia tidak terdedah sebagaimana di Kuala Lumpur, Ipoh atau Pulau Pinang.

Laporan 1MDB: Khairuddin mungkin tinggalkan parti ‘bodoh’ Umno

Datuk Seri Khairuddin Abu Hassan memberitahu media kemungkinan meninggalkan Umno berikutan serangan peribadi yang diterimanya berhubungan  laporan polis mengenai pengurusan dana 1 Malaysia Development di Putrajaya, hari ini. – Gambar The Malaysian Insider oleh Nazir Sufari, 15 Januari, 2015.
Datuk Seri Khairuddin Abu Hassan memberitahu media kemungkinan meninggalkan Umno berikutan serangan peribadi yang diterimanya berhubungan laporan polis mengenai pengurusan dana 1 Malaysia Development di Putrajaya, hari ini. – Gambar The Malaysian Insider oleh Nazir Sufari, 15 Januari, 2015. 

Ahli Umno Datuk Seri Khairuddin Abu Hassan, yang dikritik teruk kerana tindakan beliau membuat laporan terhadap 1Malaysia Development Berhad (1MDB), berkata beliau mungkin meninggalkan parti kerana serangan yang diterimanya.

Memanggil parti "bodoh", timbalan ketua Bahagian Umno Batu Kawan berkata ,mengutuk beliau kerana laporan 1MDB memakan diri kepada pengkritiknya.

"Mereka melakukan semua jenis serangan peribadi terhadap saya, tetapi saya hanya ingin memberitahu yang mereka sangat bodoh. Ia memakan diri mereka sendiri sekarang," katanya kepada pemberita sebelum membuat laporan terhadap 1MDB dengan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) di Putrajaya, hari ini.

"Orang lain dan rakyat lebih bersimpati terhadap saya pada masa ini."

Khairuddin, seorang ahli Umno sekurang-kurangnya 20 tahun, berkata beliau memerlukan lebih banyak masa untuk menentukan sama ada akan meninggalkan parti atau tidak.

Apabila jawatan Presiden PAS di cuit, habis semua pakat melatah..!!!

Pemilihan PAS 2015-2017

Jun 2015 akan berlangsung Muktamar Tahunan Pas Pusat yg akan sama memilih barisan kepimpinan utk sesi 2015-2017.

Proses demokrasi Pas sama spt proses demokrasi negara dlm memilih kepimpinan. Negara memilih kepimpinan melalui Pilihanraya Umum dlm tempoh lima (5) tahun manakala Pas melalui Muktamar Tahunan dua (2) tahun sekali.

Dlm Pas, yg akan memilih ialah para perwakilan yg mewakili Pas-Pas Kawasan tetapi kepimpinan negara dipilih oleh pengundi berdaftar.

Sesiapa saja ada hak utk mencadangkan kepimpinan yg disukai. Dlm memilih kepimpinan negara, ramai mencadangkan supaya kepimpinan drpd Umno/BN ditolak tetapi bila diadakan pilihanraya, masih dipilih kepimpinan Umno/BN.

Bg menghadapi pilihanraya, kita berkempen riuh rendah dgn pelbagai strategi utk mengubah kepimpinan tetapi pengundi yg berkuasa memilih. Sama dlm pemilihan parti, yg berkuasa adalah perwakilan. Kita hanya blh mencadang, memberi pandangan tetapi perwakilan yg memilih.

Nurul Izzah sah bercerai talak satu


Nurul Izzah
KUALA LUMPUR - Naib Presiden PKR, Nurul Izzah Anwar akhirnya sah bercerai dengan Raja Ahmad Shahir Iskandar Raja Salim melafazkan talak satu di Mahkamah Tinggi Syariah Kuala Lumpur, hari ini.

Penceraian yang dipohon berdasarkan persetujuan bersama itu direkodkan hakim Amran Md Zain kira-kira jam 4.20 petang.

Nurul Izzah yang merupakan Naib Presiden PKR memfailkan permohonan cerai terhadap Raja Ahmad Shahrir Iskandar mengikut Seksyen 47 Enakmen Undang-Undang Keluarga Islam Wilayah Persekutuan 1984.

Pasangan itu yang berkahwin pada 9 Mei 2003, dikurniakan dua cahaya mata, Raja Nur Safiyah, 7, dan Raja Ahmad Harith, 5.

Hijau Kuning : Satu Tahun Yang Hilang..!!!!

M Hazriq Fahimy Abdullah

| DETIK TARIKH INI, PERGI HILANGNYA SEBUAH LEGASI - VINCENT TAN & KEHORMATANNYA - DOA & HARAPAN DEMI SATU KEMEGAHAN |

15hb Jan 2014 - 15hb Jan 2015 . Genap setahun sudah. Tarikh yang tak mungkin dapat aku dan rakan-rakan pecinta bolasepak Kedah lupakan. Setahun sudah ianya berlalu namun tetap masih terkesan dihati ini.

Pertamanya aku memohon kemaafan kepada sesiapa saja yang terkesan dengan penulisan ku ini kerana NIAT menulis hanya bersandarkan rasa cinta penuh ikhlas demi jiwa kecintaan yang amat mendalam pada benda duniawi ini. Tidak berniat dan berminat untuk menjadi apa-apa dan mendapat apa-apa. Cukup untuk aku dapat zahirkan rasa jiwaku dikongsi bersama anda. Sama ada yang bersama mahupun tidak, saya hormat segalanya. Itu HAK anda sepenuhnya.

BENAR, pada permulaan awal dahulu, aku akui aku dan rakan-rakan terlalu agresif dalam menyuarakan bantahan ini, namun semakin lama suara kami makin tenggelam, namun itu tidak bermakna kami melupakan apa yang kami perjuangkan.Setiap perlawanan sepanjang musim sepanjang tahun ini dimana saja kami pergi. logo keramat ini tetap dibawa dengan penuh semangat kecintaan abadi.

Awas..!! Kes denggi meningkat di Kedah...

 NURUL FATIHAH SULAINI

Norhizan.  
Norhizan.

ALOR SETAR - Sebanyak 1,006 kes demam denggi dicatatkan di seluruh Kedah sepanjang tahun lalu.

Pengarah Kesihatan Kedah, Datuk Dr Norhizan Ismail berkata, ia meningkat 24 peratus iaitu 193 kes berbanding 813 kes dalam tempoh sama pada 2013.

Menurutnya, tujuh kematian direkodkan akibat komplikasi denggi iaitu empat di Kuala Muda dan tiga di Kulim berbanding satu kes di Padang Terap bagi tahun sebelumnya.

"Tiga daerah menunjukkan peningkatan kes berbanding tempoh sebelum iaitu Kulim 230 peratus (172 kes berbanding 52 kes), Kuala Muda 177 peratus (413 kes berbanding 149 kes) dan Langkawi 77 peratus (23 kes berbanding 13 kes).

Sunnatullah, hikmah sebalik banjir

IBRAHIM ABDULLAH

http://1.bp.blogspot.com/-5pt3bxlst6w/UNmlYXo_-WI/AAAAAAAAC50/QIH8W46WAqs/s1600/banjir.png
SEJARAH banjir yang terjadi di dunia ini bermula dari zaman Nabi Nuh AS dan juga pada zaman Firaun. ALLAH SWT telah menunjukkan musibah banjir itu sudah lama terjadi sejak zaman dahulu lagi. Kemudian peristiwa banjir itu berulang menimpa umat manusia dari semasa ke semasa. Contohnya banjir besar di Kelantan terjadi pada 1926, 1947, 1967, 2004 dan kini 2014.

Mengapa banjir sering terjadi melanda umat manusia? Kita tidak melihat kejadian-kejadian yang dijadikan ALLAH SWT sebagai pengajaran dan hikmah di sebaliknya. Itu musibah banjir belum lagi musibah tsunami seperti yang terjadi di Aceh dan di Jepun. Semuanya dikatakan sebagai sunnatullah dan hukum alam kepada umat manusia agar mereka menyedari dan ingat kepada ALLAH SWT.

Di antara sunnaatullah dan hikmah yang ada hubung kait di sebaliknya ialah:

Manusia membangunkan pembangunan melampau tanpa mengambil berat ekosistem alam semula jadi. Menyebabkan tanah runtuh, banjir dan sebagainya sedangkan alam sekitar mesti dikawal dan diurus dengan saksama dan baik. Kita selalu dengar bangunan tinggi yang runtuh, tanah gelongsor dan lain-lainnya menimpa manusia. Alam ini sangat rapuh bagi manusia sebab bukan manusia sahaja yang tinggal di alam ini tetapi juga berbagai makhluk ALLAH seperti tumbuh-tumbuhan, haiwan dan sebagainya, mereka juga mahu hidup bersama manusia untuk menumpang tinggal sementara di alam maya ini.




Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...