TERKINI :

Thursday, January 15, 2015

Selain Laskar Siber Berhingusan, Najib Juga Di Kelilingi Personaliti Berpenyakit

Oleh Mummy Rokiah

http://3.bp.blogspot.com/-P7ZHRnKOcaY/UuP4CDMqR-I/AAAAAAAABkA/XHgSjw_1ADc/s1600/Najib-main-bola.png
Pertembungan siber di antara kumpulan Laskar Siber Najib dan wartawan Kadir Jasin nampaknya semakin tegang. Kadir melabelkan kumpulan laskar siber Najib sebagai kumpulan “LASKAR SIBER HINGUSAN” manakala beliau dan Daim pula kumpulan “SEKARUNG GARAM”.

Semua pengundi tahu khasnya pengamal media sosial sedia maklum bahawa KUMPULAN HINGUSAN yang menembak melulu tanpa waras itu bekerja di bawah upahan.

Kalau dalam bahasa penjajah “You Squeeze My Juice I’ll Squeeze Yours”. Oooo....ini suatu kenyataan yang bahaya bagi parti UMNO.

Rupa-rupanya Najib yang kita lihat suci dan bersih kini juga ada menggendong liabilities atau juicy materials dalam sarung beliau . Cuma kita tidak tahu sejauh mana juicy nya juice Najib kalau dibandingkan dengan juice Anwar Ibrahim, juice Mat Sabu dan juice Mustapha Ali.

Angan-angan Najib tak jadi kenyataan...!!

Oleh SHIRZAD LIFEBOAT

http://www.asiaone.com/A1MEDIA/news/04Apr12/images/20120408.092107_najib2.jpg
DALAM sejarah politik, lebih lazim dari tidak, mana-mana individu yang memasang angan-angan dan mimpi untuk menjadi pemimpin tertinggi paling hebat dan terpandai berbanding pemimpinpemimpin sebelumnya akan akhirnya tercatat dalam sejarah sebagai pemimpin terburuk.

Sebaliknya mereka yang diangkat menjadi pemimpin atas sebab perjuangan untuk negara dan bangsa lazimnya jauh lebih menyinar.

Pemimpin dalam kategori ini tidak mempunyai sebarang kepentingan peribadi, lebih mementingkan negara dan rakyat dari segala lain, tidak rasuah, membelanjakan wang awam dengan cukup berhemah dan secara total tidak membiarkan ahli keluarga turut serta dalam apa-apa proses membuat keputusan bersabit dasar dan pentadbiran kerajaan.

Dalam sejarah politik Malaysia mungin tidak keterlaluan jika dikatakan empat perdana menteri terdahulu dianggap tidak mempunyai cita-cita untuk menjadi perdana menteri.

Kita sedia maklum bagaimana setiap seorang daripada mereka menjadi perdana menteri.

Tunku pada asalnya malah tidak mahu menjadi yang dipertua Umno. Begitu juga Tun Razak yang menolak jawatan sama ketika ditawarkan oleh Dato’ Onn sebelum pengasas Umno itu meletakkan jawatan berkenaan untuk kali kedua dan meninggalkan Umno untuk selama-lamanya.

Daim: Saya tahu dalang di balik semua ini


Bekas menteri kewangan Tun Daim Zainuddin terkejut dengan perhatian luar biasa media mesra kerajaan terhadap dakwaan pembangkang berkaitan tuduhan yang dilemparkan padanya.

Daim berkata beliau bersedia membantu dan bekerjasama dengan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) berhubung siasatan terhadap kepentingan perbankannya di luar negara.

Beliau berkata demikian dalam kenyataan daripada pejabatnya berkaitan gesaan ahli politik pembangkang supaya SPRM mempercepat siasatan berkaitan perkara itu.

“Walaupun saya faham motif ahli politik PKR ini kerana mereka tidak tahu perkara lain selain politik dan membuat dakwaan tidak berasas, saya agak terkejut dengan perhatian yang diberikan kepada mereka oleh media mesra kerajaan,” kata Daim.

“TV3 tidak akan memberi walaupun sedikit masa siaran pada Pakatan, tetapi mengudarakan sidang media PKR tidak kurang daripada tiga kali. NST dan Utusan juga menyiarkan laporan itu.”

Pakai semua butang baju kurung, kata sekolah

Masalah komunikasi dan tersalah tafsir maklumat oleh pelajar dan ibu bapa adalah punca tercetusnya isu pemakaian baju kurung oleh pelajar bukan Melayu, dakwa pengetua Sekolah Menengah Kebangsaan Seri Mutiara Mohd Amir Abdul Ghani.

Beliau berkata pihak sekolah tidak pernah menghalang pelajar perempuan bukan Melayu untuk memakai baju kurung, cuma menekankan supaya memakai baju kurung dengan cara yang betul.

"Kalau hendak pakai baju kurung, pelajar mestilah memakai dengan betul iaitu memakai kesemua butang baju tersebut. Apabila kata begini, mereka anggap kita (sekolah) tidak benarkan pakai baju kurung.

"Sekolah tidak pernah menghalang sesiapa pakai baju kurung kerana ia adalah baju kebangsaan. Malah guru-guru bukan Melayu pun boleh pakai baju kurung," katanya ketika ditemui Bernama di Kuala Lumpur hari ini.

Papagomo diperintah bayar ganti rugi kepada peguam bersabit artikel berbaur fitnah

http://4.bp.blogspot.com/-7j6SZN-DtFs/T7XQcTSUiJI/AAAAAAAAcV8/ho11cUS6-ug/s1600/Papagomo.bmp
Mahkamah Rayuan hari ini memerintahkan seorang blogger membayar ganti rugi kepada seorang peguam bersabit dengan penyiaran artikel-artikel yang berbaur fitnah.

Panel tiga orang hakim Mahkamah Rayuan iaitu Datuk Abdul Aziz Abdul Rahim, Datuk Tengku Maimun Tuan Mat dan Datuk Abang Iskandar Abang Hashim mendapati ketiga-tiga artikel yang dimuatkan dalam laman web www.papagomo.blogspot.com merupakan fitnah terhadap Datuk Sukri Mohamed.

Mahkamah membenarkan rayuan Sukri untuk mengetepikan keputusan Mahkamah Tinggi menolak samannya terhadap Wan Muhammad Azri Wan Deris, 31.

Hakim Abdul Aziz, yang mempengerusikan panel itu memerintahkan kes dikembalikan ke Mahkamah Tinggi di Kota Baharu di Kelantan untuk taksiran ganti rugi.

Dalam keputusannya, Hakim Abdul Aziz berkata Mahkamah Tinggi gagal mempertimbangkan keterangan saksi-saksi yang mengenal pasti Wan Muhammad Azri sebagai blogger papagomo.

Anwar: Kenapa senyap bila penguasa peluk artis?

Ketua Pembangkang Datuk Seri Anwar Ibrahim menegur Jabatan Agama Wilayah Persekutuan (JAWI) yang mengancam untuk menangkap remaja bertudung yang memeluk selebriti Kpop pada satu konsert mini baru-baru ini.

Menurutnya, badan itu seolah-olah mengamalkan sikap pilih kasih apabila tidak pernah bertindak terhadap golongan VIP yang juga pernah memeluk artis pop.

"Saya menyarankan agar penguatkuasaan terpilih tidak dilaksanakan oleh JAWI dan badan agama lainnya.

"Jangan gejala berpelukan anak muda berpelukan dikejar, tetapi gejala yang sama kalangan penguasa atasan dan artis tidak ditegur," kata Anwar dalam kenyataannya.

Kenyataannya itu timbul selepas pengguna media sosial dikesan menyebarkan semula gambar isteri perdana menteri, Datin Seri Rosmah Mansor dalam keadaan berpelukan dengan dua individu berbeza.

Pasma tidak cadang letak calon PRU14, mereka selesa sebagai NGO


Pahrolrazi Zawawi  
Pahrolrazi Zawawi

ALOR SETAR - Persatuan Ummah Sejahtera (Pasma) menolak dakwaan sesetengah pihak bahawa ia mempunyai niat untuk menjadi sebuah parti politik serta meletakkan calon pada pilihan raya umum (PRU) akan datang.

Presidennya Datuk Pahrolrazi Zawawi berkata, Pasma merupakan sebuah pertubuhan bukan kerajaan (NGO) dan tidak akan memberi saingan kepada mana-mana parti politik.

"Kita (Pasma) mahu meningkatkan sokongan orang ramai terhadap PR. Kita tidak fikir lagi untuk mendaftar sebagai sebuah parti politik kerana bagi penyokong kita mereka lebih selesa jika tidak ada platform (politik)," katanya kepada Bernama hari ini.

Beliau yang juga anggota Dun Pengkalan Kundor berkata, Pasma tidak mempunyai perancangan meletakkan calon-calon untuk bertanding pada PRU ke-14.

Menurut Pahrolrazi, apa yang terjadi kini adalah banyak pihak termasuk di kalangan pimpinan Pas mempunyai persepsi yang salah tentang Pasma serta objektif penubuhannya.

Antara persoalan yang masih menjadi "misteri" dalam kes pembunuhan Altantuya..?!!?!?!

 

Persoalan dibawah yang semua orang tengah tertanya-tanya kan ?

Ini cabaran terbuka kepada Polis Diraja Malaysia ( Royal Malaysia Police ) . Mohon PDRM dedahkan muka suspek (Azilah & Sirul) dan mayat mereka juga lepas hukuman dah dijalankan. Kami rakyat Malaysia dah boring dengan wayang macam ni .

Jangan cemarkan kredibiliti anda sebab nak melindungi orang politik . Negara ni ada undang2 . Orang curi RM1 kena penjara berbulan2 , muka pun habis kena tayang satu Malaysia , yang bunuh orang macam ni , kenapa masih lindungi mereka ? Mohon bertindak dengan adil.

SUMBER - KLIK SINI

Mejar Zaidi: Kesalahan kecil, hukuman berat

http://malaysianreview.com/wp-content/uploads/2014/02/mejar-zaidi-dipenjara.jpg
KUALA LUMPUR: Pertubuhan Ikram Malaysia (Ikram) menyifatkan hukuman yang dijatuhkan kepada Mejar Zaidi Ahmad begitu berat tanpa mengambil kira rekod bersih perkhidmatan beliau selama ini.

Setiausaha Agung Ikram, Nahar Md Nor berkata, hukuman yang dijatuhkan tidak setimpal dengan kesalahan yang dilakukan Zaidi.

"Berkenaan isu dakwat yang dicalit di jari pemilih yang tidak kekal, ianya adalah satu isu yang telah dimaklumi ramai malah pihak SPR sendiri mengakui hakikat bahawa dakwat yang digunakan tidak kekal selama tujuh hari seperti didakwa," katanya dalam satu kenyataan.

Katanya, hanya kesalahan kecil sahaja yang dilakukan Zaidi iaitu membuat laporan polis berkenaan dakwat yang tidak kekal dan bercakap perkara yang benar kepada media.

"Lantas persoalannya, di manakah risiko, kerugian atau ‘damages’ yang telah dialami oleh ATM akibat pelanggaran terhadap prosedur ATM?" soalnya.

Nik Abduh - Apabila pemimpin rosak, rosaklah pengikut di bawah

NIK MOHAMAD ABDUH NIK ABDUL AZIZ | 14 Januari 2015.


SAYA merasa terkilan dengan sikap pihak berkuasa yang tidak mengambil perhatian serius terhadap masalah gejala sosial yang semakin dahsyat melanda anak muda di negara ini.

Sehari demi sehari, batasan yang menjaga aturan budaya, peradaban dan kehormatan jati diri anak muda semakin longgar. Lebih membimbangkan, agama bukan lagi mampu menjaga dan mengawal anak muda, bahkan ia bagai berada di wad hospital untuk dijaga 'kesihatan'nya pula.

Tahun lalu, negara pernah digemparkan dengan kematian pengunjung konsert keras akibat pengambilan dadah yang melampau.

Beberapa hari lalu, sekali lagi ia 'membunuh’ tamadun kehidupan manusia terutamanya masyarakat islam di negara ini. Ramai yang memerhatikan ia sebagai satu 'bencana yang tidak dapat ditolak' kesan dari faktor globalisasi yang tidak mampu dikawal.

Namun secara asasnya, ‘budaya’ itu datang dan menghancurkan kehormatan diri manusia apatah lagi pegangan agamanya tanpa ada kawalan yang wajar dan mampu dilakukan oleh pihak berkuasa negara ini.

Benarkah bantuan banjir cecah RM800 juta?




KUALA LUMPUR: Lim Kit Siang mempersoalkan sama ada bantuan bencana banjir yang diumumkan kerajaan Pusat berjumlah RM800 juta itu benar-benar wujud.

Ahli Parlimen Gelang Patah itu berkata ini berikutan pandangan mangsa banjir, pekerja bantuan dari pelbagai organisasi sivil dan parti politik menyatakan bahawa mereka tidak merasakan langsung nilai perbelanjaan RM800 juta itu sama ada di Kelantan, Terengganu mahupun Pahang.

“Adakah mana-mana menteri membangkitkan dalam Kabinet tentang dakwaan Maslan bahawa RM800 juta telah pun dibelanjakan oleh Kerajaan Persekutuan?” soal Kit Siang dipetik Roketkini.

Jumlah RM800 juta itu diumumkan Timbalan Menteri Kewangan, Datuk Ahmad Maslan pada 5 Januari lalu menerusi Majlis Keselamatan Negara (MKN) bagi membantu mangsa di negeri-negeri yang terlibat dalam musibah banjir.

MB Kelantan harap Menteri Shahidan Kasim tampil beri penjelasan dengan bukti pembalakan haram

Pembalakan haram: MB minta menteri beri penjelasan
SALMAH MAT HUSAIN

KOTA BHARU: Kerajaan negeri sedia memberi kerjasama sekiranya pihak berkuasa mahu menyiasat dakwaan pembalakan haram punca banjir besar berlaku di Kelantan akhir Disember lepas.

Menteri Besar Ustaz Datuk Ahmad Yakob berkata, kerajaan negeri bersedia bekerjasama kepada mana-mana pihak termasuk Suruhanjaya Pencegah Rasuah Malaysia (SPRM) menyiasat isu pembalakan haram.

“Sekiranya ada bukti kita minta mereka bawa kepada SPRM. Kita sedia memberi kerjasama 25 jam sehari.

“Saya hormati menteri yang mengambil maklum perkara itu. Bagaimanapun beliau perlu memberi penjelasan lebih lanjut supaya rakyat tidak keliru,” katanya di sini.

Baru-baru ini Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Seri Shahidan Kassim dilaporkan mendakwa banjir besar melanda Kelantan berpunca aktiviti pembalakan haram.

Terbaik dari AJK Masjid terapung Tanjung Bunga - Ini baru nama ISLAM, hukum untuk mengajaq

Dihukum kerja amal sebulan

Rakaman CCTV juga menunjukkan seorang jemaah cuba mengejar lelaki terbabit.  
Rakaman CCTV juga menunjukkan seorang jemaah cuba mengejar lelaki terbabit.

Kegiatan mencuri lelaki ini berjaya dirakam melalui CCTV.

TANJUNG BUNGAH - Gelagat pencuri tabung yang berjaya dirakamkan kamera litar tertutup (CCTV) menyebabkannya ditangkap polis dan dihukum oleh jawatankuasa Masjid Terapung Tanjung Bungah di sini, dengan melaksanakan kerja amal.

Setiausaha masjid, Yahaya Ishak berkata, tindakan pencuri tabung masjid itu dirakamkan dan lelaki berkenaan kemudiannya ditahan polis setelah wajahnya berjaya dicam.

Menurutnya, dipercayai lelaki yang juga pembantu di sebuah kedai makan di Batu Ferringhi itu mencuri kerana tidak cukup duit.

“Pihak polis kemudiannya menyerahkan kepada kami untuk membuat keputusan sama ada mahu memasukkannya ke lokap ataupun ada tindakan lain yang akan dilakukan.

Tabung bencana banjir dilancar: Peruntukan RM1.4 billion belum mengalir

Oleh Mohd Sayuti Omar

Mulanya semua orang berasa lega apabila mendengar kata jaminan daripada kerajaan Pusat yang akan "kelih" dan mempedulikan musibah banjir di Kelantan akan dibantu sepenuhnya. Pengumuman oleh Timbalan Perdana Menteri Muhyiddin Yassin, peruntukan RM50 juta untuk negeri-negeri dilanda banjir sebagai bantuan awal kewangan kepada mangsa banjir membuka siri kata-kata janji lemak itu.

Apabila Perdana Menteri, Mohd Najib Razak balik dari bermain golf dengan Barack Obama di Hawaii beliau menambahkan peruntukan RM500 juta untuk membantu mangsa banjir dan program pemulihan di negeri-negeri terlibat.

Angka diberikan Najib dan Muhyiddin itu ditambah pula oleh kenyataan penuh bunga-bungai daripada Timbalan Menteri Kewangan II, Ahmad Maslan, yang mengatakan sebanyak RM800 juta telah diperuntukan untuk membantu mangsa banjir, meyediakan logistik, bekalan makanan dan juga pembersihan rumah dan peremis tercemar.

Penganalisis: Tidak calonkan Hadi satu cadangan baik


Hadi Awang  
Hadi Awang

SHAH ALAM – Cadangan agar Datuk Seri Abdul Hadi Awang tidak dicalonkan sebagai Presiden Pas semula pada pemilihan parti 2015-2017 akan datang disifatkan sebagai satu syor yang baik.

Pensyarah Kanan Fakulti Sains Sosial Universiti Malaysia Sarawak (Unimas), Dr Jeniri Amir berpendapat, Pas perlu berjalan seiring dengan perubahan zaman dan parti itu memerlukan seorang pemimpin yang mampu membawa Pas terus ke hadapan.

Beliau berkata, seorang Presiden parti perlu mampu menjalinkan hubungan lebih baik dengan parti komponen serta berusaha meredakan ketegangan yang wujud.

“Kalau nak mereformasi Pas supaya sesuai dengan tuntutan zaman dan mengambil kira kedudukan Nik Aziz yang sudah berusia serta tidak begitu sihat, saya fikir memang cadangan itu baik asalkan Abdul Hadi itu ikhlas untuk berundur.

“Seorang Presiden itu harus seorang yang lebih dinamik, lebih maju pemikirannya dan dapat menjalinkan hubungan yang lebih baik dengan parti komponen yang lain untuk meredakan ketegangan yang wujud sekarang,” katanya kepada Sinar Harian Online ketika dihubungi, hari ini.

Mukhriz - Gary perlu kembali ke Kedah


Gary Steven Robbat  
Gary Steven Robbat

PERSATUAN Bola Sepak Kedah (KFA) tidak berniat menyusahkan mana-mana pihak dalam isu pemain Gary Steven Robbat, tetapi ia hanya mematuhi peraturan yang dirangka sendiri oleh Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM).

Presidennya Datuk Seri Mukhriz Mahathir, yang juga Menteri Besar Kedah, berkata KFA berpendapat bekas pemain Harimau Muda yang berasal dari Kulim itu milik Kedah dan mahu beliau kembali ke negerinya.

"Apa yang telah berlaku sangat-sangat kita kesali, kerana kita (KFA) bukan bertujuan hendak menyusahkan mana-mana pihak tetapi peraturan itu diwujudkan oleh FAM sendiri, jadi bukan kita hendak pandai-pandai tambah peraturan tetapi ini peraturan FAM," katanya.

Beliau berkata demikian kepada pemberita apabila ditanya mengenai status terkini Gary, selepas mempengerusikan mesyuarat exco kerajaan negeri di Wisma Darul Aman di Alor Setar hari ini.

Gary didakwa menandatangani kontrak dengan dua pasukan iaitu Johor Darul Ta'zim (JDT) dan Pahang musim ini.

Kedah bina rumah panjang sementara di Kg Karangan Manik Urai - Mukhriz

Segera bina rumah panjang sementara di Manek Urai
 
Mukhriz ALOR SETAR - Kerajaan Kedah akan menyegerakan pembinaan rumah panjang sementara di Kampung Karangan, Manek Urai bagi menempatkan 53 keluarga mangsa banjir yang kehilangan kediaman dalam bencana itu baru-baru ini.

Menteri Besar Datuk Seri Mukhriz Tun Dr Mahathir yang melawat Manek Urai minggu lepas, berkata Jabatan Kerja Raya (JKR) Kedah diarah mengetuai pembinaan rumah panjang sementara itu yang dianggarkan bernilai RM100,000.

"Ada rumah di kampung itu rosak teruk dan ada yang musnah terus. Saya rasakan seolah-olah kena tsunami sama seperti di Aceh. Kita rasa terpanggil membina rumah itu secepat mungkin," katanya kepada pemberita selepas mesyuarat exco kerajaan negeri di Wisma Darul Aman di sini hari ini.

Beliau berkata rumah panjang sementara itu akan dibina di sebuah kawasan tinggi manakala kerja-kerja pembinaan akan dilakukan secara gotong-royong membabitkan sukarelawan Kedah dan masyarakat tempatan.

Mukhriz berkata tanah yang bakal menempatkan rumah panjang sementara itu kepunyaan persendirian dan pemiliknya telah memberi persetujuan bagi pembinaan rumah mangsa banjir itu. 

Tugas kapal TLDM dalam misi QZ8501 ditamatkan


QZ8501

KUALA LUMPUR - Penglibatan kapal Tentera Laut Diraja Malaysia (TLDM) dalam misi pencarian pesawat AirAsia Indonesia QZ8501, ditamatkan secara rasmi pada jam 6 petang ini.

Panglima Tentera Laut, Tan Sri Abdul Aziz Jaafar berkata, ia berikutan bukti utama iaitu perakam data penerbangan (FDR) pesawat itu ditemui pada Isnin lepas dan perakam suara kokpit (CVR) dijumpai semalam.

"Di samping itu, beberapa pengesanan objek besar di bawah air mengesahkan posisi kapal terbang terhempas. Lanjutan daripada perkembangan tersebut, Badan Mencari dan Menyelamat Nasional Indonesia (Basarnas) telah menumpukan operasi  pencarian bawah air di kawasan pencarian yang lebih kecil berkeluasan 25 batu nautika persegi.

Pencarian di kawasan ini disimpulkan memadai dengan aset-aset Indonesia sahaja," katanya dalam satu kenyataan di sini hari ini.





Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...