TERKINI :

Monday, January 12, 2015

Adakah rakyat akan bayar lebih mulai 1 April?

Oleh SELENA TAY

http://www.qne.com.my/file/mole-GST-Malaysia(1).jpg
Kini jiran-jiran penulis ini masih sibuk membeli itu dan ini terutamanya barang keperluan rumah yang boleh disimpan lama.Semuanya ingin berjimat sebelum GST (Goods & Services Tax/Cukai Barangan Dan Perkhidmatan) bemula pada 1hb April ini.

Anak muda dari Kuching, Sarawak yang menyewa rumah di Kepong memberitahu penulis bahawa “bulan Mac ini saya terpaksa pergi ke bengkel membaiki kereta untuk membaiki ‘masterpump’, ‘odometer’ dan tukar tayar serta servis kereta sekali gus

Ini semua akan menelan belanja hampir RM1,500. Jika saya tidak lakukan ini semua pada bulan Mac, selepas GST dilaksanakan saya perlu membayar lebih banyak lagi. Saya sekarang sedang berjimat macam gila. GST memang membuat saya jadi ‘Gila Stres Teruk’ kerana setiap malam saya asyik memikirkan isu kos membaiki kereta sahaja.”

Sanggupkah Pakatan diterima lagi rakyat jika BN menang dengan undi minoriti PRU14 nanti..?

Oleh LIM HONG SIANG

PERNAH seketika saya cuba menaruh harapan yang optimis sungguhpun diselubungi suasana yang suram selepas Pilihan Raya Umum ke-13. Ini kerana Pakatan Rakyat yang ditubuhkan pada 1 April 2008, juga terjerat dengan isu-isu seperti hukum hudud, pergelutan kuasa dalam KeADILan (yang berakhir dengan Dato’ Zaid Ibrahim keluar parti) pada sekitar tahun 2010.

Seingat saya Pakatan Rakyat hanya mengembalikan momentumnya pada tahun 2011, selepas Himpunan Bersih 2.0 pada 9 Julai. Sejak tarikh itu Pakatan Rakyat dan masyarakat sivil berkempen bersungguhsungguh untuk menentang Umno-Barisan Nasional. Petik sahaja jari ribuan manusia datang berpusu-pusu. Wong Tuck yang sebelumnya tidak dikenali, disambut belasan ribu manusia - hanya kerana susuk tubuh ini bertekad untuk berjalan kaki dari Kuantan ke Parlimen – sebagai tanda protes terhadap pembinaan kilang pemprosesan nadir bumi Lynas.

Maka 9 Julai 2011 dianggap sebagai titik peralihan untuk membebaskan Pakatan Rakyat dari kemelut. Isu kontroversi dirungkaikan sebaiknya, hubungan antara parti komponen Pakatan Rakyat dijalin semula.

Kerajaan campuran hanya ‘politik banjir’, kata PAS


Suasana pasca banjir di sebuah kampung di Manek Urai, Kelantan, di mana ramai mangsa banjir hilang rumah dan harta benda. – Gambar The Malaysian Insider oleh Afif Abd Halim, 12 Januari, 2015.
Suasana pasca banjir di sebuah kampung di Manek Urai, Kelantan, di mana ramai mangsa banjir hilang rumah dan harta benda. – Gambar The Malaysian Insider oleh Afif Abd Halim, 12 Januari, 2015.

Cadangan mewujudkan kerajaan campuran bagi menangani pasca banjir di antara Putrajaya dan Kelantan hanya 'politik banjir', kata Naib Presiden PAS Salahuddin Ayub.

Beliau berkata, PAS tidak melihat cadangan kerajaan campuran itu sebagai agenda besar untuk dilaksanakan memandangkan idea itu sendiri dilontarkan tanpa adanya sebab yang kukuh.

Beliau berkata, dalam mesyuarat parti yang berlangsung semalam, cadangan kerajaan campuran itu juga tidak dibangkitkan secara langsung oleh pimpinan parti.

"Itu kita tidak pernah bincang, bukan masa bagi saya untuk ulas mengenai kerajaan campuran kerana kita sibuk dengan pengurusan banjir di Kelantan, bagi saya isu ini tidak penting.

Aduhai JAKIM.. mai K-pop peluk tak boleh, tapi artis Malaysia sakan berpeluk boleh pulak..!!

 
Jabatan Agama Islam Malaysia (Jakim) menyifatkan adegan mesra antara gadis bertudung yang didakwa "obses" dengan artis K-Pop pada Sabtu lalu "sangat memalukan dan satu perlakuan yang tidak senonoh" kepada masyarakat umum.

Ketua Pengarahnya Datuk Othman Mustapha berkata perlakuan itu boleh dijangka berlaku dalam konsert seumpama itu.

"Itulah sebabnya Islam melarang penganjuran hiburan yang boleh melalaikan kerana kesan dari kelalaian itu lebih besar keburukannya," kata Othman dalam satu kenyataan.

"Dalam kes ini, penganjur harus bertanggungjawab dan tidak boleh lepas tangan dengan apa yang berlaku," katanya sambil menyeru mana-mana penganjur bertanggungjawab serius mempertimbangkan baik buruk sesuatu penganjuran aktiviti.

Benarkah jualan Harakah merudum disebabkan fenomena biasa... macam tak caya jee..??

 
Naib Presiden PAS Salahuddin Ayub berkata, jualan akhbar lidah rasmi parti Islam itu Harakah merudum tidak ada kena mengena dengan dakwaan perpecahan dalam PAS.

“Isu merudum adalah fenomena biasa pada hari ini,” katanya.

Salahuddin berkata, perkara itu berlaku seiring dengan trend semasa dalam dan luar negara, termasuk penurunan jualan akhbar arus perdana.

Beliau berkata demikian dalam sidang media di ibu pejabat PAS di Kuala Lumpur hari ini.

Kemelut dalam Harakah, kebebasan akhbar satu "utopia"

Oleh Ku seman ku hussain

http://hulukelang.com/v3/wp-content/uploads/2012/08/Lutfi-3.jpg
Saya sangat bersimpati dengan Ketua Pengarang Harakah, Ahmad Lutfi Othman yang diminta meletakkan jawatan kerana masalah “kesihatan” oleh Lembaga Pengarah lidah rasmi Pas itu. Tetapi pada masa yang sama saya tidak terkejut perkara itu berlaku kepada akhbar termasuk Harakah.

Secara peribadi yang berlaku ke atas Ahmad Lutfi adalah suatu yang mengecewakan kerana beliau seorang penulis yang kritis, ada pemikiran dan lantang. Walaupun kami kerap berbeza prinsip dan pandangan tetapi kebolehan beliau tidak dinafikan.

Bagaimanapun yang berlaku ke atas beliau adalah bukti kuasa politik bebas mencampuri hal ehwal editorial.

Keadaan politik negara kita berbeza dengan beberapa negara lain seperti Britain atau Australia. Di sana bukan politik yang mengawal akhbar tetapi taikun akhbar yang mengawal orang politik.

Apakah perlu dihina perjuangan TG Nik Aziz sampai sebegini...!!!

Sumber : Syssss..!!!

dari FB

Apalah malangnya PAS sekarang ini.... mempunya USTAZ dan ULAMAK yang suka mengadu domba untuk memecahkan jamaah....

Apakah ini ungkapan yang perlu keluar dari seorang yang bergelaran USTAZ & ULAMAK PAS... dimana mempertikaikankan ungkapan JIKA PAS NAK KERJASAMA DENGAN UMNO TUNGGU SAYA MATI....

Cuba tengok balik apa yang perkatakan.. antara ayat KERJASAMA & BERGABUNG... rasanya tak ada masalah nak bekerjasama antara GOV to GOV tapi yang masalah ialah BERGABUNG... dan ayat BERGABUNG inilah yang dui tekankan oleh pimpinan terbesar PAS....

Adakah PAS sekarang sudah ingin BERGABUNG semula dengan UMNO.... ini yang rakyat nak tahu.... dan yang sampai memaki hamun dan mengadu domba sesama jamaah nie apa untungnya... anda tu USTAZ dan ULAMAK lagi... tak puas hati masuk mesyuarat bantailah nie yg dok muat naik status di fb apa cerita....

Antara HUDUD, PR & MANGKAQ..!!!

MANGKAQ
Oleh: Dr Tanaka Mustafa

1) Mangkaq bermaksud degil, keras, liat, dan tak sedap. Itu terjemahan perkataan mangkaq yang saya dapat daripada istilah yang digunakan oleh orang utara ke atas buah durian yang isinya keras, liat, tak sedap dimakan. Durian mangkaq, tak sedap dimakan.

2) Dalam isu hudud Kelantan, PAS memang mangkaq. Berdegil untuk melaksanakan hudud walaupun ditentang keras oleh rakan sekutu PKR dan DAP.

3) Manakala DAP juga mangkaq kerana tidak ada langsung istilah berlembut dalam isu hudud. Mereka berdegil dan menolaknya dengan keras.

4) Seni percaturan dalam gabungan kerjasama parti politik dalam PR tidak matang, mungkin jauh sekali untuk dilihat harmoni seperti kejasama dalam BN.

5) Mungkin dalam BN tiada parti yang mangkaq, dan masing-masing ada cara untuk bertolak ansur, cara mereka.

"Kita berjumpa di mahkamah Allah Taala pula nanti,"


"Kita berjumpa di mahkamah Allah Taala pula nanti," Itulah kata-kata Mejar Zaidi Ahmad yang didapati bersalah oleh Mahkamah Tentera atas tuduhan memberi kenyataan media tanpa izin Majlis Angkatan Tentera.

Pesanan itu disampaikan Zaidi selepas beliau diberi amaran bakal berhadapan tuduhan menghina mahkamah jika terus mahu menyebut faktor politik dalam keterangannya untuk meringankan hukuman ke atasnya.

"Apabila berhadapan situasi politik, perut adalah lebih penting daripada kepala," katanya.

Mahkamah tentera putuskan Mejar Zaidi bersalah

 
Mahkamah tentera hari ini memutuskan Mejar Zaidi Ahmad bersalah terhadap tuduhan memberi kenyataan media tanpa izin Majlis Angkatan Tentera dan menyiarkan kawat tumpangan rasmi tentera.

Ahli-ahli mahkamah bagaimanapun belum memutuskan bentuk hukuman yang bakal dijatuhkan kerana proses mitigasi hukuman sedang berlangsung.

Malaysia bincang dengan Australia, China tambah kapal cari #MH370

 http://files.abovetopsecret.com/files/img/mp53c805b0.jpg
Malaysia bincang dengan Australia dan China untuk guna kapal Fugro Supporter untuk cari pesawat MAS MH370, kata Menteri Pengangkutan Datuk Seri Liow Tiong Lai. – Gambar fail The Malaysian Insider, 11 Januari, 2015.

Malaysia sedang berbincang dengan Australia dan China untuk menggunakan kapal 'Fugro Supporter' bagi membantu mencari pesawat Malaysia Airlines (MAS) penerbangan MH370.

Menteri Pengangkutan Datuk Seri Liow Tiong Lai berkata lebih banyak kelengkapan perlu digunakan berikutan kesulitan yang dihadapi misi mencari pesawat itu di selatan Lautan Hindi.

Katanya ketika ini, 3 kapal terlibat dalam operasi mencari pesawat berkenaan iaitu 'Go Phoenix', 'Fugro Discovery' dan 'Fugro Equator'.

"Kami sedang berusaha menambah 1 lagi kapal dan apabila tiba masanya, kami akan buat pengumuman mengenainya," kata beliau kepada pemberita selepas merasmikan Kem Latihan Kader MCA Negeri Sembilan di Genting Highlands, hari ini.

Najib pun layan K-pop, inikan pulak golongan remaja kita..!!!

Kegilaan Remaja Terhadap K-Pop Adalah Salah Kerajaan Juga


Sepanjang hari ini media sosial dipenuhi dengan kecaman pelbagai pihak mengenai perbuatan beberapa remaja perempuan bertudung yang bercium dan berpeluk dengan artis K-Pop Korea Selatan, Kumpulan K1A4.

Ia berikutan tersebarnya video yang menunjukkan gadis-gadis bertudung naik ke pentas sebelum berpelukan dan ada yang dicium oleh artis tersebut, sambil mendapat sorakan penonton.

Walaupun kelihatan malu-malu tetapi gadis bertudung itu nampaknya rela dipeluk oleh artis K-Pop yang bertali leher dan memakai jaket yang melakukannya bukan sebagai acara spontan, tetapi secara sengaja.

Aksi mesra gadis-gadis bertudung itu dipercayai dirakam di sebuah pusat hiburan di ibu kota di mana artis Korea Selatan itu mengadakan pertunjukannya, malam semalam.

Aksi-aksi yang tersebar di laman sosial itu segera membangkitkan kecaman ramai terhadap perlakuan tidak sopan dan melanggar hukum agama, tambahan lagi dilakukan oleh remaja yang menutup aurat.

Mereka dianggap sebagai remaja murahan, membelakangkan adat budaya Melayu serta mencemarkan kesucian Islam.

Apabila maruah wanita bertudung menggadaikan maruah kepada artis K-pop..bertaubatlah..!!!

Gila K-pop seperti puja ajaran sesat, perlu bertaubat, kata NGO Islam

Konsert kumpulan Korea Selatan B1A4 di KL Live pada Sabtu mendatangkan kritikan media sosial selepas beberapa gadis bertudung dilihat dipeluk dan dicium kumpulan tersebut. – Gambar dari Facebook, 12 Januari, 2015.

Gila atau minat yang mendalam terhadap muzik K-pop Korea Selatan umpama pemujaan guru ajaran sesat yang melanggar batas-batas agama, kata sebuah badan bukan kerajaan (NGO) Islam.

NGO itu juga menyeru gadis Melayu-Islam yang dipeluk dan dicium artis Korea Selatan tempoh hari agar segera bertaubat sebelum datang kemurkaan Allah.

“Saya melihat ini sebagai satu sikap pemujaan terhadap artis secara berlebih-lebihan sehingga hilang rasional diri dan mengetepikan larangan agama," kata Presiden Angkatan Belia Islam Malaysia (Abim) Amidi Abd Manan kepada The Malaysian Insider.

“Perkara ini amat dikesali. Mereka yang terlibat perlu memohon keampunan kepada Allah. Ia salah, mendatangkan dosa dan dibuat secara terang-terangan, boleh mengundang kemurkaan Allah yang besar. Mereka perlu berhati-hati."

Kedah henti lesen korek pasir - Exco


Badrul (tiga, kanan) membantu menyusun barangan sumbangan mangsa banjir ke dalam lori  
Badrul (tiga, kanan) membantu menyusun barangan sumbangan mangsa banjir ke dalam lori

KULIM - Hakisan tebing sungai yang kerap berlaku di beberapa kawasan di daerah ini sejak beberapa bulan lalu apabila tibanya musim hujan berpunca dari aktiviti mengorek dan pengambilan pasir sungai.

Exco Kerajaan Tempatan, Bekalan Air, Sumber Air dan Tenaga, Perumahan dan Pembangunan Insan, Badrul Hisham Hashim berkata, kerajaan telah membuat keputusan tidak akan mengeluarkan lesen untuk pengusaha aktiviti mengorek pasir pada tahun ini.

Menurutnya, aktiviti tersebut bukan sahaja memberi kesan terhadap tebing sungai yang semakin terhakis malah merosakkan ekosistem alam semula jadi.

“Kita mengambil iktibar apa yang berlaku di Kelantan seperti aktiviti pembalakan yang menjadi salah satu penyebab berlakunya banjir lumpur dan merosakkan ekosistem alam semula jadi.

“Kita juga tidak akan mengeluarkan lesen baharu untuk aktiviti mengorek pasir kerana rakyat akan menanggung akibatnya seperti kerosakan harta benda dan sebagainya,” katanya pada sidang media selepas Majlis Penyerahan Sumbangan Mangsa Banjir di Pantai Timur oleh pihak berkuasa tempatan (PBT) Kulim Hi-Tech, semalam.

Misi banjir : Jabatan Mineral dan Geosains Kedah membina telaga cetek di Kelantan

Bina telaga bantu mangsa banjir

Pasukan JMG Kedah ketika melakukan kerja pembinaan telaga cetek di Kelantan.  
Pasukan JMG Kedah ketika melakukan kerja pembinaan telaga cetek di Kelantan.

ALOR SETAR - Jabatan Mineral dan Geosains (JMG) Kedah membina beberapa telaga cetek dalam misi bantuan pasca banjir di Kelantan.

Pengarahnya, Zainol Husin berkata, sumber air telaga itu diperoleh pada kedalaman 18 meter bawah tanah.

“Kita buat kajian pada 29 Disember hingga 13 Januari lalu di beberapa kawasan untuk mencari sumber air bawah tanah.

“Hasil kajian itu, kita menjumpai beberapa kawasan yang sesuai dijadikan telaga tiub lubang cetek untuk disalurkan kepada penduduk setempat,” katanya kepada Sinar Harian.




Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...