TERKINI :

Sunday, January 11, 2015

Sg. Petani ada IKLAN SEX, diharap pihak berkuasa ambil tindakan...!!

 
ini di LOT 88
DIHARAP PIHAK BERKUASA SIASAT & MENGESAN NO TEL TERSEBUT
DAN BAWA KEMUKA PENGADILAN PIHAK YANG MELAKUKAN IKLAN
YANG TAK SENONOH INI..!!!

Apabila KJ memberi pandangan berkenaan Gadis Bertudung berpeluk & bercium dengan artis K-Pop

Dicium artis K-pop, Khairy harap gadis Malaysia kembali kepada lelaki sejati 

Kumpulan K-pop B1A4 yang mengadakan konsert di KL Live semalam memeluk beberapa gadis Melayu bertudung, menimbulkan kritikan di media sosial. – Gambar dari Facebook, 11 Januari, 2015.
Kumpulan K-pop B1A4 yang mengadakan konsert di KL Live semalam memeluk beberapa gadis Melayu bertudung, menimbulkan kritikan di media sosial. – Gambar dari Facebook, 11 Januari, 2015.

Susulan video gadis yang dipeluk dan dicium artis K-pop menjadi viral di media sosial, Khairy Jamaluddin menyeru gadis Malaysia kembali kepada lelaki sejati.

Ketua Pemuda Umno itu berkata, ciri-ciri lelaki sejati pada pandangannya ialah seorang yang tinggi, gelap dan kacak dan bukan lelaki yang "pucat, keding dan jambu."

“Banyak dikatakan tentang K-pop. Harap gadis-gadis Malaysia kembali kepada lelaki tinggi, gelap dan kacak. Bukan pucat, keding dan jambu. Itu bukan lelaki sejati,” katanya menerusi laman Twitter hari ini.

Konsert artis berkumpulan K-pop yang menggelar diri mereka B1A4 mencuri perhatian pengguna media sosial apabila beberapa gadis Melayu yang bertudung dipeluk dan dicium ketika mereka membuat persembahan.

"Nok blajar lagu mano lah kalu gini keadaan sekoloh?"



KUALA LUMPUR: Esok merupakan hari pertama persekolahan di negeri Kelantan bagi sekolah-sekolah yang tidak termasuk dalam senarai penangguhan seperti yang diumumkan pihak kementerian.

Walaupun tidak lagi dilanda banjir, namun begitu tidak semua sekolah di Kelantan yang tidak tersenarai telah bersedia untuk memulakan sesi pengajian.

Beberapa foto mulai berlegar di media sosial memaparkan keadaan sekolah yang didapati masih lagi dalam keadaan berlumpur dan tiada bekalan elektrik untuk mula beroperasi pada hari pertama sesi persekolahan 2015 esok.

Antara sekolah yang disebut-sebut ialah Sekolah Kebangsaan Pasir Tumboh (Gua Musang), Sekolah Kebangsaan Sokor (Tanah Merah), Sekolah Menengah Tanah Merah 1, dan Sekolah Menengah Kebangsaan Laloh (Kuala Krai).

Seorang guru dan juga sukarelawan banjir, Raja Shamri menerusi akaun Facebook-nya telah berkongsi foto keadaan sekolah-sekolah tersebut pasca banjir.

Apabila Gereja lebih mesra alam dari Pejabat Zakat, dimanakah "DAKWAH" kita..???

 tak tau nak kata apa dah..!!!

Polis jangan khianati agama dan negara


Musa Hassan 
CHERAS - Bekas Ketua Polis Negara, Tan Sri Musa Hassan mengingatkan pegawai dan anggota polis tidak menjadi pengkhianat agama, bangsa dan negara.

Katanya, jadikan al-Quran dan sunnah Rasulullah sebagai amalan di dalam hidup seharian.

"Jika tidak rakyat akan sentiasa memandang serong ke atas pasukan polis.

"Saya juga berharap agar lebih ramai lepasan tahfiz yang akan memohon menganggotai polis" katanya ketika memberikan ceramah pada program Maulidur Rasul Komuniti Surau Al Falah, Taman Kota Cheras, Fasa 4, hari ini.

Kisah Gadis Italy yang Cantik Bertudung Bekerja Di Kedai Roti Canai kat Kedah

Chantal Viola, seorang gadis berasal dari Rome, Italy mengejutkan ramai pelanggan di sebuah gerai roti canai di Kedah apabila dia dilihat bertudung dan mengambil pesanan makanan serta turut menebar roti canai.

Banjir Kelantan : Nak tegur silakan tapi Usah sebar Fitnah

USAH SEBAR FITNAH ...

http://www.1malaysianews.com/wp-content/uploads/2014/01/banjir_s.jpg 

KENYATAAN MEDIA
YB. Dato’ Dr. Mohd Khairuddin Aman Razali at-Takiri
(Ahli Parlimen Kuala Nerus)

10 Januari 2015 / 19 Rabiulawal1436H

Jangan Tuding Jari Salahkan Kerajaan Negeri Kelantan

1. Merujuk kepada Kenyataan Media YAB Menteri Besar Kelantan bertarikh 31 Disember 2014 dan 3 Januari 2015 lalu, saya mengingatkan agar semua pihak tidak lagi menuding jari menyalahkan Kerajaan Negeri Kelantan dengan mendakwa bahawa banjir besar atau ‘bah kuning’ yang menimpa negeri itu berpunca daripada pembalakan haram.

2. Dalam kenyataan beliau, Datuk Ahmad Yakob telah menjelaskan bahawa sistem pembalakan di negeri itu adalah mematuhi Kup Tahunan yang diluluskan oleh Majlis Tanah Negara dan pengurusan hutan pula memperoleh pensijilan (Malaysian Criteria & Indicators for Sustainable Forest Management) daripada badan bebas antarabangsa.

Ada Cadangan supaya DS Abdul Hadi tidak dicalonkan semula sebagai Presiden PAS


http://antarapos.com/v1/images/news_images_upload/content/hadi_pas.jpg 
Hadi Awang

ALOR SETAR - Bekas Exco Pemuda Pas Pusat mencadangkan Datuk Seri Abdul Hadi Awang tidak dicalonkan sebagai Presiden pada pemilihan parti 2015-2017 yang akan berlangsung pertengahan tahun ini, sebaliknya lebih layak memegang jawatan Mursyidul Am Pas menggantikan Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat yang uzur.
Zulhazmi Shariff yang juga calon Ketua Pemuda Pas pada muktamar 2013 berkata, ini kerana Abdul Hadi menganggotai Majlis Syura Ulama yang merupakan badan tertinggi parti dan tidak wajar pada masa sama bertanding jawatan lebih rendah (presiden) bagi mengelak berlaku pertindihan kepentingan ketika menjalankan tugas.

Charlie Hebdo : Akhbar itu terpaksa membayar harga yang tinggi di atas keceluparan mereka

Charlie Hebdo: Jolok sarang tebuan

Charlie Hebdo
SERANGAN di pejabat akhbar Charlie Hebdo Rabu lalu yang menyebabkan 12 orang terbunuh itu masih diselubungi dengan tanda tanya.

Motif serangan ke atas pejabat akhbar itu belum disahkan, namun umum mengetahui majalah mingguan itu sentiasa mengundang kemarahan umat Islam kerana kerap menerbitkan karikatur yang menghina Nabi Muhammad SAW dan agama Islam, di samping agama lain dan individu.

Sejak bertahun-tahun, Charlie Hebdo turut menjadikan ahli politik, selebriti serta pemimpin agama sebagai modal melariskan jualannya.

Mangsa terbaharu mereka adalah Presiden Perancis, Francois Hollande serta pemimpin Korea Utara, Kim Jong-un.

Bekas pemimpin Vatican, Pope Benedict XVI tidak pernah terkecuali.

Sebelum serangan Rabu lalu, majalah itu pernah menerbitkan karikatur dengan tajuk 'Masih belum ada serangan ke atas Perancis'.

Sepatutnya tak wujud kerajaan BN, PR...!!!


Takiyuddin Hassan 
 Takiyuddin Hassan

SHAH ALAM – ‘Sepatutnya tidak wujud kerajaan BN atau kerajaan PR,’demikian reaksi Penolong Setiausaha Agung Pas, Datuk Takiyuddin Hassan berhubung kerjasama yang terjalin baru-baru ini antara kerajaan Persekutuan dengan kerajaan negeri Kelantan.

Menurutnya, sebaik pilihan raya selesai dan mandat diberikan kepada mana-mana parti, kerajaan tersebut perlu berkhidmat kepada rakyat mengikut tanggungjawab masing-masing dengan mengetepikan soal perbezaan ideologi.

Jelasnya, ia bagi memastikan semua pihak mendapat hak yang sewajarnya tanpa ada yang disisihkan.

“Pada pemahaman saya, sepatutnya tidak wujud kerajaan BN ataupun kerajaan PR...kerajaan Pas.

“Sepatutnya peranan kerajaan Pusat dan kerajaan negeri harus berteraskan kepada Perlembagaan kita. Dalam Perlembagaan, ada jadual negeri dan ada jadual Persekutuan.

“Dengan kata lain, hak-hak kerajaan negeri walau siapa pun jadi pemerintah, harus dijamin. Begitu juga hak kerajaan Pusat di peringkat negeri,” katanya kepada Sinar Harian Online ketika dihubungi.





Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...