TERKINI :

Saturday, January 10, 2015

Bukan Sekadar Akta Tetapi Tindakan PDRM dan Pejabat AG Jangan Selektif

http://bm.selangorku.com/wp-content/uploads/2013/02/cbard.jpg

Kenyataan Umum
10 Januari 2015

Bukan Sekadar Akta Tetapi Tindakan PDRM dan Pejabat AG Jangan Selektif

Solidariti Anak Muda Malaysia (SAMM) melihat kenyataan twitter Ketua Polis Negara yang mengatakan keperluan Akta Hasutan ekoran daripada insiden Charlie Hebro adalah satu kenyataan separuh masak. SAMM berpandangan dalam menghadapi ancaman keganasan pelampau agama dan rasis ini, bukan sekadar Akta Undang-Undang sahaja yang diperlukan.

Sebaliknya tindakan tidak selektif PDRM dan Pejabat Peguam Negara juga amat perlu. Tanpa tindakan neutral daripada dua agensi ini, penguatkuasaan undang-undang dan membanteras perkara ini tidak juga akan berlaku dengan tuntas. Kita telah melihat bagaimana Pejabat Peguam Negara gagal mengambil tindakan terhadap Ibrahim Ali yang telah mengeluarkan kenyataan yang mengancam dan mengugut agama lain.

Dunia barat terus-terusan memunculkan gerakan Islamophobia dengan pelbagai tekanan sama ada berbentuk kenyataan, tulisan, perundangan dan sebagainya oleh kelompok majoriti terhadap minoriti Muslim. Sehingga akhirnya telah memunculkan satu bentuk fahaman separuh masak dalam aspek jihad dan mempertahankan Rasulullah SAW yang mana akhirnya telah melahirkan reaksi ganas dan melampau ini.

Apabila UNIT AMAL PAS menyantuni Bilik Gerakan Umno & Tadika Kemas di kawasan banjir

 
Bilik Gerakan Umno & Tadika Kemas Kusial Tanah Metah antra premis yang dibersihkan oleh Jabatsn Amal Selayang lebih dari 50 petugas amal berkampung di sana ,Anas Abd Rahman antra wakil Sukarewalan Amal Pju yang turut seta pada 1hb Jan 2015 dlm ops tersebut ..

Ini ada lagik...

Laaa..baru nak buat SOP hadapi banjir besar...!!

Najib: SOP hadapi banjir besar dirangka

Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak (dua kanan) bersama Menteri Besar Pahang, Datuk Seri Adnan Yaakob (kanan) turut bersama-sama bergotong-royong membersihkan kawasan Sekolah Kebangsaan Padang Rumbia dari kesan lumpur dan banjir diPekan, hari ini. - Foto Bernama 
Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak (dua kanan) bersama Menteri Besar Pahang, Datuk Seri Adnan Yaakob (kanan) turut bersama-sama bergotong-royong membersihkan kawasan Sekolah Kebangsaan Padang Rumbia dari kesan lumpur dan banjir diPekan, hari ini. - Foto Bernama

PEKAN - Prosedur operasi standard (SOP) bagi menghadapi banjir besar akan dirangka sebagai garis panduan dan dijangka dibentangkan pada Kabinet dalam tempoh enam bulan lagi, kata Datuk Seri Najib Tun Razak.

Perdana Menteri berkata, SOP itu nanti akan mencakupi pelbagai aspek termasuk penambahan aset, arahan dan kawalan, peralatan komunikasi, latihan simulasi, kaji cuaca dan bekalan elektrik.

Beliau berkata, SOP sedia ada hanyalah untuk menghadapi banjir biasa yang memerlukan SOP baharu dirangka bagi membolehkan kerajaan lebih bersedia daripada semua aspek termasuk alat bersesuaian untuk menghadapi banjir besar.

"Jika dalam soal ini ATM (Angkatan Tentera Malaysia) menjadi agensi utama maka ia akan dibekalkan dengan peralatan yang bersesuaian untuk hadapi bencana ini dan dalam masa yang sama aspek ramalan kaji cuaca jua perlu lebih tepat dan awal supaya dapat memberikan maklumat awal.

"Apabila tahu awal, kami juga boleh menempatkan anggota seperti tentera, bomba dan agensi lain lebih awal supaya apabila air naik kami mempunyai kemampuan yang lebih besar," katanya dalam sidang media di Pusat Operasi Banjir Parlimen Pekan di Baitul Rahah di sini hari ini.

Azmin ke Kelantan bawa setengah juta RM lagi...

oleh MSO

AKTIVI AMAL                                                                                                  

Menteri Besar Selangor Mohamed Azmin Ali turun buat kali keduanya ke Kelantan hari ini sebagai menyatakan prihatin dan simpatinya kepada Kelantan yang dilanda bah. Azmin sampai di lapangan terbang Sultan Ismail Pengkalan Chepa disambut Menteri Besar Kelantan, Ahmad Yaakob.
Azmin meredah kawasan bekas banjir di kanannya, Dr Hatta.
Kehadiran Azmin pagi ini membawa RM500,000 lagi kepada Kelantan, kali ini dikhasnya untuk membina khemah penempatan mangsa banjir. Baru-baru ini Azmin menyalurkan RM1 juta kepada Kelantan bagi meringan beban banjir dipikul negeri berkenaan.

Bersama Azmin ke Kelantan hari ini 12 pihak berkuasa Tempatan (PBT) Selangor turut membantu mangsa banjir. Mereka bertolak malam tadi (berkonvoi) menuju Kelantan berlepas di perkarangan Pejabat Perkhidmatan PKR Gombak.

Mereka membawa bersama perlatan untuk membersih rumah dan peremis kerajaan yang dilumur banjir seperti lori, mesin, jentolak dan juga tangki air.

Ada pihak penyiasat mendakwa MH17 ditembak jatuh tentera Rusia

 
Satu organisasi kewartawanan penyiasatan beribu pejabat di Jerman membuat kesimpulan bahawa pesawat Malaysia Airlines MH17 jatuh ditembak oleh Briged Pertahanan Udara ke-53 Rusia menggunakan peluru berpandu BUK yang dilancarkan dari darat.

Correct!v dalam laporan yang dikeluarkan semalam berkata briged yang bertanggungjawab melindungi unit kereta kebal Rusia itu beroperasi di wilayah Ukraine pertengahan Julai lalu tanpa mempamerkan jata negara Russia.

Bukit Aman tidak akan biarkan penghasut agama

Kejutan Dari Bukit Aman

Kejutan Dari Bukit Aman. Ketua polis negara hari ini mengambil contoh kejadian di Paris menyatakan sokongan kepada keputusan kerajaan mengekalkan Akta Hasutan 1948 susulan kenyataan Putrajaya perlunya meningkatkan langkah keselamatan bagi mengelak kejadian serupa berlaku di negara ini.

Tan Sri Khalid Abu Bakar, dalam tweetnya hari ini, meminta rakyat Malaysia mengambil pengajaran dari apa yang berlaku di Paris di mana serangan “a la militant” berlaku di Paris pada Rabu.

"Ambil lah ikhtibar kejadian di Paris. Itu lah sebab nya kita memerlukan Akta Hasutan dan @PDRMsia tidak akan membiarkan penghasut agama...," katanya menerusi satu postingnya di laman sosial Twitter pagi ini.

Dalam kejadian yang disifatkan Presiden Perancis Francois Hollande sebagai "serangan pengganas" itu, tiga orang bersenjata api dan bertopeng melepaskan tembakan di pejabat Charlie Hebdo sehingga menyebabkan 12 orang terbunuh dan tiga lagi cedera parah.

Ekor AirAsia QZ8501 diangkat ke permukaan, tanpa kotak hitam

Ekor pesawat AirAsia QZ8501 diangkat atas kapal Crest Onyx kepunyaan Basarnas di Pangkalan Bun, Kalimantan Tengah hari ini. – Gambar Reuters, 10 Januari, 2015.
Ekor pesawat AirAsia QZ8501 diangkat atas kapal Crest Onyx kepunyaan Basarnas di Pangkalan Bun, Kalimantan Tengah hari ini. – Gambar Reuters, 10 Januari, 2015.

Ekor pesawat AirAsia QZ8501 yang terhempas di Laut Jawa diangkat ke permukaan menggunakan belon terapung hari ini, tetapi tanpa kotak hitam yang penting bersamanya, kata pihak berkuasa Indonesia.

Pesawat Airbus 320-200 itu, yang membawa 162 penumpang dan anak kapal, terhempas selepas mengalami cuaca ribut pada 28 Disember dalam perjalanan dari Surabaya ke Singapura, mengorbankan semua di atas kapal.

Ekor pesawat itu, di mana tersimpannya kotak hitam perakam data, ditemui di dasar laut 30m di bawah permukaan dan akhirnya diangkat ke kapal hari ini menggunakan belon terapung gergasi dan kren.

"Kami mengangkat ekor pesawat itu ke dalam kapal. Ia berwarna merah dan putih dengan sebahagian besar logo AirAsia boleh dilihat padanya," kata jurucakap Tentera Laut Manahan Simorangkir kepada AFP.

Beza politik tak mesti nafi hak rakyat

http://www.freemalaysiatoday.com/wp-content/uploads/2013/12/Mahfuz-Pas.jpg
PAS menyambut baik penubuhan Jawatankuasa Bersama Menangani Pasca Banjir Peringkat Negeri Kelantan hasil persetujuan bersama antara Putrajaya dan Kota Darul Naim.

Hubungan erat dan kerjasama baik di peringkat ‘Government to Government’ ini merupakan episod baru dalam sejarah pentadbiran PAS di Kelantan semenjak 1990.

Hubungan baik ini sewajarnya sudah sekian lama dibina kerana semangat federalisme itu termaktub dalam perlembagaan Malaysia.

Perbezaan idelogi politik parti pemerintah di peringkat pusat dan negeri tidak sepatutnya dijadikan alasan untuk menafikan hak rakyat yang sepatutnya dibela oleh semua pihak.

Segala luka lama seperti penderaan terhadap rakyat Kelantan yang dinafikan hak mendapat royalti minyak, lebuhraya yang sempurna, dan pelbagai peruntukan yang disalurkan melalui Jabatan Pembangunan Persekutuan (JPP) hendaklah diubati segera.

Pemuda PAS bina rumah percuma untuk mangsa banjir


Ketua Pemuda PAS Suhaizan Kaiat menjangkakan rumah kos rendah bagi mangsa banjir yang dibina untuk percuma akan siap menjelang bulan April. – Gambar fail The Malaysian Insider, 10 Januari, 2015.

Pelbagai inisiatif dilakukan bagi membantu mangsa banjir di Kelantan dan terbaru, Pemuda PAS akan membina rumah kos rendah bagi membantu meringankan beban golongan berkenaan.

Ketuanya Suhaizan Kaiat berkata, rumah yang dianggarkan bernilai RM37,000 itu ditawarkan kepada mangsa banjir yang berkelayakan secara percuma dan lima unit pertama dijangka dapat disiapkan April ini.

“Pada waktu ini, kami banyak memberi fokus kepada rumah sementara yang diperbuat dari bahan tertentu, tetapi kami ambil inisiatif untuk rumah kekal yang kos pembinaannya RM37,000.

“Ia berkeluasan 34x24 kaki persegi dengan 3 bilik, 1 beranda, 1 dapur dan 1 ruang tamu. Ini sesuai untuk rumah asas kepada mereka yang memerlukan,” katanya pada satu sidang media di Ibu Pejabat PAS hari ini.

Suhaizan berkata antara kelayakan untuk memohon rumah tersebut ialah warganegara Malaysia, memiliki tanah sendiri, keadaan rumah yang musnah teruk, pendapatan isi rumah di bawah RM1,000 sebulan dan tinggal di kawasan luar bandar.

Kes Liwat Anwar jaa pun takan nak buat keputusan sampai sebegitu rumit sekali

'Keputusan Liwat II tak lama lagi'

Keputusan kes Liwat II melibatkan Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim bakal diketahui "tidak lama lagi", kata Ketua Hakim Negara, Tun Ariffin Zakaria.

Beliau berkata demikian sewaktu ditanya sama ada kes itu akan turut mematuhi pekeliling kepada hakim yang menetapkan agar keputusan sesuatu kes ditentukan atau dibuat secara bertulis dalam masa tiga bulan.

Menjawab soalan itu, Ariffin berkata kes tersebut didengar dua bulan dahulu dan ia masih dalam jangka masa yang dibenarkan.

"(Ia masih) dalam tempoh yang dibenarkan. (Keputusan akan dibuat) dalam tempoh beberapa bulan akan datang," kata Ariffin.

Satu laporan Bernama sebelum ini memetik Ariffin sebagai berkata yang semua kes perlu diselesaikan dalam masa tiga bulan.

Ariffin menjelaskan, Mahkamah Persekutuan dan Mahkamah Rayuan mungkin akan mengambil masa sehingga enam bulan jika ia melibatkan kes yang rumit.

Tempohari bukan main angkuh DBKL & POLIS halau, masuk MAHKAMAH kena bayar pampasan..

Aktivis 'Occupy' menang saman ke atas k'jaan

Polis dan Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) diperintahkan membayar gantirugi kepada aktivis Occupy Dataran, Fahmi Reza kerana ditahan secara tidak sah pada tahun 2012.

"Kita menang. Akhirnya kita menang," tulis Fahmi di akaun Facebook miliknya.

Fahmi turut menyiarkan sepucuk surat dari Peguam Kanan Persekutuan, Habibah Nordin yang memaklumkan bahawa pihak DBKL dan polis dikehendaki membayar pampasan melebihi RM30,000 kepada Fahmi.

Fahmi ditahan pada 22 April 2012 sewaktu pihak DBKL cuba mengosongkan Dataran Merdeka daripada aktivis Occupy Dataran yang berkampung di situ.

Mereka berkampung di situ susulan daripada demonstrasi pada 14 April 2012 bagi menuntut pemansuhan Perbadanan Tabung Pendidikan Tinggi Negara (PTPTN) dan pendidikan percuma.

Lutfi: Saya masih ketua pengarang Harakah

 
Ketua Pengarang Harakah Ahmad Lutfi Othman menegaskan bahawa beliau masih lagi memimpin redaksi lidah parti PAS itu dan tidak pernah dipecat atau digantung tugas.

Bagaimanapun, beliau tidak mahu mengeruhkan lagi keadaan berhubung isu permintaan ahli lembaga pengarah lidah rasmi PAS itu supaya beliau meletakkan jawatan, katanya kepada Malaysiakini.

Katanya, soal mengenai keperluan beliau untuk meletak jawatan akan dibincangkan dalam mesyuarat ahli lembaga pengarah Harakah yang akan diadakan pada pertengahan Februari depan.

Husam MB swasta yang jaga air muka Kelantan

oleh MSO

Rupa-rupanya kerajinan dan keprihatinan bekas Exco Kelantan Husam Musa membantu mangsa banjir serta kegeligaan beliau memberi pendapat (solusi) awal untuk membantu mangsa banjir kurang disenangi oleh sesetengah pihak di Kelantan. Menyedihkan lagi pihak itu datang dari rahang partinya sendiri Pas yang sepatutnya menyatakan sokongan bukan cemuhan.

Kerajinan Husam menerusi Yayasan Darul Hijrah itu diberi gelaran, sindiran Husam sebagai MB swasta. Gelaran ini dibuat oleh kumpulan bekas seorang Ahli Dewan Undangan Negeri Kelantan sendiri.

Tidak boleh sesiapa nafikan akan kerajinan serta kekreatifan Husam dalam membantu mangsa-mangsa banjir. Satu demi satu idea dan usahanya dicatat dimana kejayaannya sangat dicemburui dan ternyata tindakan proaktifnya mendahulu pihak-pihak berwajib lain termasuk kerajaan sendiri.

Sebenarnya apa dibuat Husam itu bukan pelik sangat, tetapi ia lahir daripada sifat Husam yang suka mengambil berat kepada masalah rakyat sejak dari dulu lagi. Disamping itu kerajinan itu menyerlahkan kebolehan dan kemampuan Husam sebagai seorang pemimpin.

Apabila TUN MAHATHIR menyenaraikan 20 kesalahan pemimpin dan ahli UMNO

Apa kesalahan yang dilakukan pemimpin, ahli Umno?

Tun Dr Mahathir Mohamad  
Tun Dr Mahathir Mohamad
1. Perutusan ini ditulis kerana saya tidak dapat hadir di Mesyuarat Agong Umno kerana berada di luar negara. Tetapi kerana saya kurang sihat untuk keluar negara, saya mungkin hadir insya-ALLAH! Walaubagaimanapun saya ingin membuat kenyataan ini juga.

2. Sebagai orang tua dan orang tua Umno pula, izinkanlah saya memberi sedikit pandangan.

3. Semua tahu Umno sekarang tidak popular seperti Umno dahulu. Ada yang berkata Umno tidak lagi relevan.

4. Sedikit sebanyak pandangan ini berasas. Jika Umno dikalahkan dan hilang dari muka bumi, kepimpinan dan ahli Umno tidak boleh nafi sumbangan mereka kepada kejatuhan parti yang begitu berjasa kepada Melayu dan negara Malaysia.

5. Apakah kesalahan yang telah dilakukan oleh pemimpin dan ahli Umno?

6. Pada pandangan saya, yang pertama ialah kerana menganggap Umno sebagai batu loncatan untuk perkaya diri sendiri.

Ketegasan Jokowi Yang Najib Perlu Belajar Daripadanya

oleh Shahbudin Husin,

http://www.mstar.com.my/~/media/upload/2014/10/22/23/09/fb%20joko.ashx?w=620&h=413&crop=1&/
Sebaik dipilih menjadi Presiden Indonesia, langkah Joko Widodo atau Jokowi yang paling menarik perhatian negara kita ialah tentang amarannya untuk menenggelamkan kapal-kapal nelayan Malaysia yang didapati menceroboh perairan negara itu.

Jokowi ketika itu dilaporkan berkata, pendekatan menenggelamkan itu didapati paling berkesan untuk mencegah pencerobohan nelayan asing daripada terus berlaku dan juga untuk menjaga kepentingan nelayannya sendiri.

Kita akan tangkap dan selamatkan dulu nelayan-nelayan yang menceroboh itu sebelum kapalnya kita letup dan tenggelamkan, demikian Presiden Indonesia daripada golongan marhaen itu dilaporkan memberi amarannya tidak lama dahulu.

Hari ini sebagaimana yang dilaporkan oleh kebanyakan media, pemerintah Indonesia telah membuktikan kata-kata itu dengan meletupkan sebuah kapal nelayan tunda yang dipercayai milik Malaysia di perairan Pulau Pandan, Sumatera Utara.

Sebelum ia diletupkan, kesemua empat orang anak kapalnya daripada warganegara Myanmar telah diselamatkan terlebih dahulu dan mereka akan dihantar ke Jabatan Imigresen sebelum diibenarkan pulang.




Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...