TERKINI :

Thursday, January 8, 2015

Pembangunan semula Kelantan: Hentikan segera berpolitikan sempit

Pembangunan semula Kelantan: Hentikan segera berpolitikan sempit - ABIM  
ABIM khuatir jika perbincangan perpolitikan parti politik Melayu 
mendominasi suasana muram hari ini, ia akan melambatkan proses bantuan banjir. 
 
KUALA LUMPUR: Berikut adalah kenyataan akhbar yang dikeluarkan Amidi Abdul Manan, Presiden Angkatan Belia Islam Malaysia (ABIM) hari ini :

Saranan agar PAS dan UMNO bersatu membentuk kerajaan campuran di Kelantan bagi membangunkan semula prasarana awam adalah dirujuk. Angkatan Belia Islam Malaysia ingin menyatakan kebimbangan atas obsesi umat Melayu terhadap politik kepartian.

Rakyat di negeri Kelantan amat memerlukan bantuan dari segala segi. Jumlah rumah yang musnah dan ranap akibat banjir menjangkau ribuan jumlahnya. Kerosakan fasiliti awam juga tidak terbayang.  Kemusnahan yang besar ini mengakibatkan kesan psikologi dan emosi terhadap warga Kelantan. Ia sekaligus memberi kesan yang buruk terhadap ekonomi.

ABIM amat prihatin agar proses pembangunan semula Kelantan perlu dilaksanakan dengan pantas dan berkesan. Kaedah pengurusan bantuan perlu dipertingkatkan agar tiada yang ketinggalan dalam proses ini. Bancian perlu dilaksanakan segera agar data dapat dikumpulkan bagi tindakan seterusnya.

Serangan terhadap Charlie Hebdo mungkin berkait tindakan provokasinya sendiri


TUN Dr Mahathir Mohamad berucap melancarkan projek One Soul One Quran di sini hari ini. - Foto Mohd Yusni

KUALA LUMPUR: Serangan terhadap pejabat majalah satira Perancis, Charlie Hebdo di Perancis semalam berkemungkinan disebabkan tindakan majalah itu sendiri yang gemar membuat provokasi terhadap agama Islam.

Bekas perdana menteri Tun Dr Mahathir Mohamad berkata sering kali terdapat tindakan Charlie Hebdo tidak menghormati orang Islam dan sering mempersenda Nabi Muhammad SAW melalui lukisan karikatur.

"Apakah perlunya mereka mempermainkan Nabi Muhammad sedangkan mereka tahu ini menyakitkan hati orang Islam. Kita menghormati agama mereka dan mereka mesti menghormati agama kita," katanya pada sidang akhbar selepas melancarkan projek One Soul One Quran di sini hari ini.

Serangan Charlie Hebdo: Ini 'warning' kepada semua kartunis

Serangan Charlie Hebdo: Ini 'warning' kepada semua kartunis - Ujang  
UJANG: Jangan 'main api' dengan perkara agama 
 
KUALA LUMPUR: Semua kartunis diminta menghormati sensiviti agama ketika berkarya dan mengambil iktibar daripada insiden serangan ke atas pejabat akhbar satirikal Perancis, Charlie Hebdo.

Kartunis Ujang atau nama sebenarnya Ibrahim Anon berkata, ia dilihat sebagai amaran kepada semua kartunis di seluruh dunia untuk berhati-hati dan peka dengan isu itu, terutamanya yang menyentuh isu agama.

"Ini warning (amaran) jelas kepada kartunis sendiri. Perkara ini bukan baru berlaku namun sudah lama disedari dan tidak harus diambil remeh.

"Jangan 'main api' dengan perkara agama, apa yang berlaku di Paris itu harus dijadikan teladan," katanya ketika dihubungi Astro AWANI di sini hari ini.

Kes editor Harakah buat akar umbi PAS marah


Tindakan lidah rasmi PAS Harakah meminta ketua pengarangnya Ahmad Lutfi Othman meletakkan jawatan serta menamatkan kontrak dua pengarang kanannya mencetuskan kemarahan akar umbi PAS.

Perkembangan itu mengundang PAS Batu mengadakan sidang media di Kuala Lumpur bagi menyatakan setiakawan mereka terhadap Lufti dan dua lagi bekas pengarang kanan Harakah – Tarmizi Md Jam dan Roslan Hamid.

Yang Dipertua PAS kawasan Batu, Ishak Surin (kiri) juga melontarkan kemarahannya kepada Pengerusi Harakah Datuk Mustafa Ali dan menyifatkan langkah itu tidak wajar dan tidak mencerminkan amalan dalam sebuah parti Islam.

“Mereka ini diminta berhenti tanpa sebab munasabah. Tak tahu apa sebab pun. Saya rasa ini tindakan yang tidak wajar.

“Tak patut dia (Mustafa) buat begitu. Dia dakwa sebagai pemimpin Islam, PAS. Tetapi perbuatan itu boleh mengaibkan Islam itu sendiri.

Pimpinan DAP jawab isu membalak di Kelantan

'Kami tak membalak hingga banjir di Kelantan'

Pemimpin DAP Perak Ngeh Koo Ham menafikan beliau dan rakan seperjuangannya Nga Kor Ming terlibat dalam pembalakan di Kelantan yang menyebabkan banjir tidak terkawal di negeri itu.
 
Malah kata Ngeh, Upayapadu Plantation Sdn Bhd, syarikat yang mereka antara pelaburnya, tidak terlibat dalam kegiatan pembalakan sama ada di Kelantan atau mana-mana tempat di Malaysia.

Sebaliknya, kata Ngeh, mereka hanya terlibat dalam penanaman semula pokok-pokok atas tanah usaha sama dengan Yayasan Islam Kelantan (YIK).

Ngeh, anggota parlimen Beruas, juga mengumumkan menyaman Berita Harian yang didakwanya berniat jahat dalam laporannya berhubung kegiatan pembalakan dan pencemaran Sungai Kelantan.

Dalam kenyataannya, Ngeh turut melampirkan sepucuk surat daripada Jabatan Alam Sekitar Gua Musang, Kelantan yang memperakui bahawa Upayapadu memenuhi syarat-syarat Penilaian Dampak Alam Sekitar.

Bantuan banjir sampai boleh buka kedai?

Longgokan pakaian terpakai yang disumbangkan pelbagai pihak untuk mangsa banjir di sebuah
bangunan di Sungai Durian, Kuala Krai  
Longgokan pakaian terpakai yang disumbangkan pelbagai pihak untuk mangsa banjir di sebuah bangunan di Sungai Durian, Kuala Krai
KUALA KRAI - [DIKEMASKINI] 'Ada yang sudah boleh buka kedai’. Itu gambaran diberi seorang penghulu sebuah kampung, di sini, mengenai pelbagai bantuan yang diterima lebih 100 keluarga yang menjadi mangsa banjir di kampungnya.

Setiausaha sebuah majlis tindakan Dun (MTD) pula menggambarkan betapa banyaknya bantuan terutama makanan diterima hingga boleh diagihkan kepada semua penduduk di Dun itu termasuk yang tidak terlibat banjir.

“Jika bantuan makanan, tidak ada mangsa banjir kebuluran kerana bekalan mencukupi, bahkan penduduk yang tidak terlibat secara langsung dengan banjir pun kita beri bantuan makanan,” katanya ketika ditemui.

Namun, dua gambaran itu tidak boleh dijadikan ukuran tahap sampainya bantuan kepada penduduk di puluhan kampung di daerah ini yang terjejas teruk akibat banjir terutama di kawasan pedalaman seperti di Dun Dabong.

Ini kerana, suasana berbeza dikatakan berlaku kepada penduduk di sebuah perkampungan di seberang Sungai Kelantan, yang dikatakan terputus bekalan makanan selepas bencana itu berakhir.

Lawak Apa Rosmah Buat Ni, Rumahnya Di Jalan Duta Bukan Di Tepi Jalan Pun?

oleh Shahbudin Husin,

http://bm.therakyatpost.com/wp-content/uploads/sites/4/2015/01/Najib-and-Rosmah-MAHA-M-600x360.jpg
Orang UMNO yang mengetahui dan biasa berkunjung ke rumah peribadi Najib Razak di Jalan Duta rata-rata ketawa kecil dan tersenyum simpul sambil kehairanan apabila Rosmah Mansor menyatakan beliau dan Perdana Menteri selalu tidak dapat tidur kerana gangguan bunyi bising mat rempit.

Mereka berkata, lawak apa yang sedang dipersembahkan oleh Rosmah itu atau ia sekadar mahu "menunjuk-menunjuk" keprihatinannya kerana seolah-olah turut terganggu dengan masalah yang ditimbulkan oleh kaum remaja.

Yang lain pula tidak segan-segan menyatakan ia hanyalah kaedah untuk menarik simpati setelah kembali daripada percutian dan "berjoli" dengan jet kerajaan manakala Najib pula dijangkiti e.coli yang masih misteri di mana diperolehinya jangkitan bakteria itu.

Ini kerana majoriti ahli dan pemimpin UMNO biasa benar dengan lokasi rumah Najib itu. Sepanjang masa sebelum Najib berpindah ke Seri Perdana, di rumah itu kerap sekali diadakan jamuan Hari Raya, berbuka puasa, doa selamat, tahlil dan sebagainya.

Rumah peribadi yang terletak berhampiran Kedutaan India itu bukanlah terletak di tepi jalan besar sebenarnya. Ia terletak agak ke dalam sedikit di satu lorong kecil dan boleh dikatakan agak terpencil kedudukannya.

Wira Perkasa pertikai bina kuil di Putrajaya

Hindu-temple-in-Putrajaya
PETALING JAYA : Wira PERKASA Malaysia yang merupakan sayap pemuda kepada PERKASA menentang keras langkah memberikan kebenaran membina kuil di Putrajaya.

Ketuanya, Irwan Fahmi Ideris berkata, tindakan pihak tertentu mendirikan kuil di Presint 20 juga dianggap tidak wajar dan mahukan penjelasan berhubung cadangan tersebut.

“Kami amat dukacita dengan berita yang diterima apabila kuil yang paling unik telah dibina dan akan siap tidak lama lagi.

“Siapa yang telah memberi kelulusan bagi projek ini? Begitu mudah menyerahkan tapak untuk membina kuil di situ. Mengapa mesti di Putrajaya? Kawasan itu majoriti dihuni oleh orang Melayu,” katanya dalam kenyataan kepada Free Malaysia Today.

Tegasnya, Menteri Wilayah Persekutuan dan Presiden Perbadanan Putrajaya (PPj) gagal dalam membuat keputusan perancangan perbandaran.

"Biarlah Najib Main Golf, Muhyiddin Kan Ada"

oleh Shahbudin Husin,

http://economictimes.indiatimes.com/thumb/msid-45636403,width-640,resizemode-4/barack-obama-and-malaysian-pm-najib-razzak-play-golf.jpg
Sekali lagi media luar negara memalukan Perdana Menteri, Najib Razak. Jika dulu Washington Post mendedahkan beliau bermain golf dengan Presiden Amerika, Barack Obama di Hawaii ketika banjir mula melanda, kini Bangkok Post pula menyatakan pemergiannya ke Thailand ketika banjir sedang menggila baru-baru ini adalah juga kerana main golf.

Dalam laporannya, Bangkok Post menyatakan, Najib berada di ibu negara Thailand, Bangkok pada awal tahun baru 2015 baru-baru ini adalah untuk "bercuti dan beriadah" dengan antara aktivitinya dipenuhi acara membeli-belah dan bermain golf.

Dalam kunjungan peribadi yang diturut diambil kesempatan untuk bertemu dengan rakan sejawatannya, Perdana Menteri Thailand, Jenderal Prayudh Chan-ocha, Najib dan keluarganya juga dilaporkan menginap di Hotel Shangri-La Bangkok.

Selain percutiannya ke Hawaii yang dilakukan secara senyap-senyap, kehilangan Najib di awal tahun baru 2015 baru-baru ini turut menjadi perbualan ramai kerana ia turut dilakukan secara rahsia sehingga beliau sendiri menulis di laman sosialnya memaklumkan tentang kunjungannya ke Thailand serta mengadakan perbincangan dengan Jenderal Prayudh mengenai banjir.

Lima ditahan bantu siasatan kes bunuh suami isteri



ALOR SETAR - Polis menahan lima suspek bagi membantu siasatan kes pembunuhan pasangan suami isteri warga emas di Kampung Kuala Balut, Kuala Pegang, Baling semalam.

Ketua Polis Kedah, Datuk Zamri Yahya berkata, suspek dalam usia 20-an merupakan penduduk di kampung tersebut.

"Kita tahan mereka yang berperangai buruk, tetapi tiada tangkapan dibuat," katanya kepada pemberita di sini hari ini.

Dalam kejadian itu, Elias Hassan, 65, dan isterinya Saayah Mat Tahir, 54, ditemui dengan kesan tikaman di rumah mereka yang dipercayai mempunyai kaitan dengan kecurian kambing mereka. - Bernama

Mahfuz - Setuju gabung demi jawatankuasa pasca banjir

 Mahfuz Omar
SHAH ALAM - Episod baharu dalam sejarah pentadbiran Pas bakal tercipta apabila Pas Pusat dikatakan menyambut baik penubuhan Jawatankuasa Bersama Menangani Pasca Banjir Kelantan bersama Kerajaan Persekutuan.

Ketua Penerangan Pas Pusat, Datuk Mahfuz Omar berkata, penubuhan jawatankuasa tersebut merupakan hasil persetujuan dari kedua belah pihak antara Pas Kelantan dan Kerajaan Persekutuan.

“Hubungan erat dan kerjasama baik di peringkat ‘government to government’  ini adalah merupakan titik baharu dalam sejarah pentadbiran Pas di negeri itu sejak tahun 1990.

“Hubungan baik ini sepatutnya sudah sekian lama dibina kerana semangat federalisme itu ada termaktub di dalam Perlembagaan Malaysia. Perbezaan idelogi politik parti pemerintah di peringkat pusat dan negeri tidak sepatutnya dijadikan alasan untuk menafikan hak rakyat yang sepatutnya dibela oleh semua pihak,” katanya menerusi kenyataan hari ini.

Bagaimanapun beliau mengingatkan Kerajaan Persekutuan supaya menunaikan janji mereka kepada rakyat Kelantan.

Bersatulah rakyat Malaysia bantu mangsa banjir

Timbalan Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin mengadakan perjumpaan tertutup dengan Menteri Besar Kelantan, Datuk Ahmad Yakob sempena lawatan beliau ke kawasan banjir di Kelantan sebelum mempengerusikan mesyuarat koordinasi pelan tindakan pasca banjir Kelantan di Kota Bharu hari ini. - Foto Bernama  
Timbalan Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin mengadakan perjumpaan tertutup dengan Menteri Besar Kelantan, Datuk Ahmad Yakob sempena lawatan beliau ke kawasan banjir di Kelantan sebelum mempengerusikan mesyuarat koordinasi pelan tindakan pasca banjir Kelantan di Kota Bharu hari ini. - Foto Bernama
KOTA BHARU - Timbalan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yasin mengajak semua pihak bersatu dalam menyelesaikan isu pasca banjir yang melanda negara khususnya di Kelantan yang mengalami kemusnahan yang  paling teruk.
 
Bagi tujuan itu, Muhyiddin berkata, satu jawatankuasa pasca banjir yang dipengerusikan bersama oleh Menteri Besar Kelantan, Datuk Ahmad Yakob dan Menteri Perdagangan Antarabangsa dan Industri, Datuk Seri Mustapa Mohamed ditubuhkan bagi menyelaras kerja-kerja bantuan.
 
“Kita mencadangkan Kerajaan Negeri dan Persekutuan bekerja sebagai satu pasukan. Perdana Menteri mencadangkan kedua-dua  pemimpin ini  untuk mengetuai jawatankuasa ini dan Kerajaan Negeri bersetuju. 
 
“Perkara pertama yang kita lihat adalah bagaimana kita mahu memulakan kehidupan rakyat yang ditimpa musibah kembali seperti sedia kala, oleh kerana keadaan teruk, banyak pihak sedar kita perlu bersatu dan  menguruskan ia secepat mungkin supaya dapat meringankan beban mangsa mangsa  yang terlibat,”katanya.
 




Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...