TERKINI :

Wednesday, January 7, 2015

Mahfuz: Adakah 1MDB makin tenat?

Ketua Penerangan PAS Datuk Mahfuz Omar mempersoalkan sekiranya syarikat pelaburan negara, 1Malaysia Development Bhd (1MDB) kini dalam keadaan tenat sehingga terpaksa menukar ketua pegawai eksekutifnya.

Mahfuz berkata, beliau memerhatikan bahawa firma tersebut telah mendapatkan khidmat tiga CEO, tiga auditor dan dua pengerusi syarikat dalam tempoh hanya lima tahun.

"Adakah dengan pertukaran ini melambangkan satu syarikat yang sihat, atau ia menunjukkan betapa runcing dan tenatnya 1MDB?

"Satu suruhanjaya diraja perlu disegerakan untuk menyiasat ke akar umbi bagi mengenal pasti masalah apa yang terjadi pada 1MDB," katanya dalam satu kenyataan.

CEO 1MDB Mohd Hazem Abdul Rahman meletakkan jawatan pada hari Isnin lalu dan digantikan oleh Arul Kanda Kandasamy, seorang ahli perbankan Malaysia yang berpangkalan di Abu Dhabi.

Arul dilantik sebagai presiden dan pengarah eksekutif kumpulan berkuatkuasa serta-merta.

Apabila Keyboard Warrior BN mengaku khemah sumbangan kerajaan yang beli..!!




sumber : klik sini

Najib umum RM500juta, Ahmad Maslan kata dah belanja RM800juta.. tolong audit sebentar kemana duit tersebut..!!

Peruntukan RM800 juta mangsa banjir perlu diaudit, kata Lim Kit Siang

https://fbcdn-sphotos-f-a.akamaihd.net/hphotos-ak-xap1/v/t1.0-9/s720x720/10923237_402652893246567_4282454415446637346_n.jpg?oh=bc970b876c75f009b9b85ac1cfacfa3f&oe=553654A0&__gda__=1428845566_ea2c1cb0e010d73a9927361fd1e12612

Terkejut dengan pendedahan Putrajaya yang RM800 juta setakat ini dibelanjakan bagi membantu mangsa banjir, Ketua Parlimen DAP Lim Kit Siang menggesa perkara tersebut diaudit secara terperinci.

Selain mengelakkan keraguan, katanya, rakyat Kelantan berhak mengetahui ke mana peruntukan bantuan tersebut disalurkan memandangkan negeri itu yang paling teruk terjejas akibat banjir.

Bagaimanapun, ahli Parlimen Gelang Patah itu mendakwa, hasil turun padang dilakukannya di negeri tersebut, beliau mendapati ia tidak mencerminkan menerima peruntukan besar sepertimana dilaporkan.

"Memandangkan Kelantan negeri yang paling teruk terjejas, sepatutnya sebahagian besar daripada perbelanjaan tersebut, katalah sekitar RM500 hingga RM600 juta, dibelanjakan untuk negeri Kelantan," katanya dalam satu kenyataan hari ini.

Media Thai: Najib membeli-belah, main golf

Laporan akhbar Thailand, The Bangkok Post menyebut bahawa lawatan Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak ke ibu negara jiran itu pada hujung minggu lalu adalah “lawatan peribadi” untuk berehat dan beriadah.

Laporan memetik sumber yang dekat dengan rakan sejawat Najib, General Prayut Chan-o-cha yang menyebut bahawa lawatan berkenaan bukan kunjungan rasmi.

Menurut sumber tersebut, Najib dan isteri, Datin Seri Rosmah Mansor “pergi membeli-belah, bermain golf dan menginap di hotel Shangri-La” semasa lawatan ke Thailand pada 2 Januari.

Najib bagaimanapun membuat “perbincangan tidak rasmi” dengan Prayut selama 90 minit di kediaman jeneral terbabit.

Kami takkan bela pemimpin PAS seleweng balak, kata Mat Sabu

Timbalan Presiden PAS Mohamad Sabu berkata tidak akan mempertahankan mana-mana pemimpin PAS yang didapati terlibat dalam skandal balak, antara punca banjir besar berlaku di negeri tersebut.

PAS tidak akan membela mana-mana pemimpin partinya yang menyeleweng dan terlibat dalam skandal balak di Kelantan, kata Mohamad Sabu.

Timbalan presiden PAS itu berkata, bagaimanapun dakwaan itu perlu dibuktikan terlebih dahulu sebelum pihaknya mengambil tindakan tegas terhadap pemimpin PAS yang terlibat.

"Sila buktikan. Kami tidak akan bela mana-mana pemimpin yang menyeleweng," kataya pada sidang media di Ibu Pejabat PAS di Kuala Lumpur hari ini.

Badan Bukan Kerajaan (NGO) Pertubuhan Minda dan Sosial Prihatin (PMSP) pada sidang media di Petaling Jaya tadi menggesa agar Suruhanjaya Diraja (RCI) diwujudkan untuk menyiasat pemberian konsesi balak di Kelantan yang didakwanya menjadi punca bencana banjir.

Banjir: Antara kisah RM800 juta, E.Coli Atau 'E.Joli'

DR AZMAN IBRAHIM

 
MEMBACA berita Astro Awani bertarikh 6 Januari 2015 yang menyatakan bahawa Kementerian Kewangan telah memperuntukkan kepada MKN sebanyak RM800 juta untuk operasi banjir di seluruh negara bagi musim banjir tahun ini dan sebahagian besarnya telah dibelanjakan membuatkan saya terkedu seketika.

Ini bukanlah cerita RM500 juta yang dijanjikan Perdana Menteri ketika melawat Kelantan sebaik sahaja balik dari Hawaii. RM500 juta ini adalah drama dan kisah yang berbeza dari RM800 juta yang dimaksudkan.

Satu jumlah yang menyebabkan Pengerusi PAC, anakanda Allahyarham Datuk Mohamad Rahmat bercadang memanggil Kementerian Kewangan dan MKN bagi mendapatkan penjelasan.

Datuk Nur Jazlan, Pengerusi PAC dilaporkan sebagai berkata, walaupun RM800 juta telah dibelanjakan, operasi MKN dalam menguruskan bencana banjir sangat tidak sempurna dan kelam kabut.

Dengan tugas yang diamanahkan oleh parti kepada saya sebagai Pengarah Operasi Banjir PAS Terengganu, saya telah mengharungi air banjir sejak dari pertengahan November lagi sehinggalah banjir di Terengganu melabuhkan tirainya pada minggu pertama Januari 2015.

BALING : Curi kambing 2 ekor pun sudah sampai sanggup membunuh sekarang ini

 ANGGOTA polis forensik menjalankan siasatan selepas menemui mayat
ANGGOTA polis forensik menjalankan siasatan selepas menemui mayat kes pembunuhan di halaman rumah di Kampung Kuala Balut, Kuala Pegang, Baling, Kedah, semalam. – UTUSAN/ABD. RAZAK OSMAN

BALING 6 Jan. - Kerana cuba menghalang kambing peliharaan mereka daripada dicuri, sepasang suami isteri mati ditikam dalam kejadian di Kampung Ketemba Kuala Balut, Kuala Pegang, dekat sini hari ini.

Mangsa, Elias Hassan, 64, seorang pesara tentera dan isterinya, Saayah Mat Tahir, 54, memelihara 15 ekor haiwan ternakan itu di kandang yang terletak kira-kira 10 meter dari rumah mereka.

Kematian pasangan itu hanya disedari apabila mayat mereka ditemui oleh jiran kira-kira pukul 7 pagi.

Timbalan Ketua Polis Daerah, Deputi Supritendan Wari Kiew berkata, mayat Elias ditemui di luar rumahnya dengan dua kesan tikaman pada badan sementara isteri­nya di ruang dapur dengan satu kesan tikaman.

Kerajaan Campuran Pasca Banjir : Adakah PAS akan jatuh lubang yang sama..atau jauh lebih besar..!!??

BismillahirRahmanirRahim

https://lh3.ggpht.com/KkmG8Cfss8SfVydGDvKhh728CaU5u8MbLiCHHUXHB0k2-0og2pK42qPEfu6J1swXrctbc6KMkjjL0Abz5Q=s0

MENELUSURI BUAH FIKIR RAJA KAMARUL BAHRIN

"Kerjasama Pas dan Umno- untuk menghadapi bencana atau untuk jangkamasa lama?"

Saya rasa tercabar untuk memberi pendapat terhadap pandangan Asyraf Dusuki dan Mohd Puad dua orang ahli Majlis Tertinggi Umno tentang isu di atas. Mereka berpendapat pengalaman menghadapi banjir bersama baru baru ini patut menjadi asas utk kerjasama masa depan Pas-Umno.

Walaupun saya memuji tujuan murni tersebut, terlalu banyak perlu Umno perjelas sebelum kita boleh mengambil cadangan tersebut dengan serius!

Terutamanya, Umno lah memegang kuasa yang lebih luas dan besar di peringkat Kerajaan Persekutuan dan merekalah sepatutnya menunjuk insiatif ikhlas yang boleh meyakinkan hamba ahli-ahli Pas yang segala kekurangan ini.

Memang senang menabur janji di bibir yang manis......tapi perlulah ingat Tok Guru Nik Aziz pernah ingatkan 'jangan kita jatuh dalam lubang yg sama'.....terutamanya lubang yang digali orang yang sama!

BALAK KELANTAN : Bertahun sembang kosong, sampai sekarang tak ada seorang pun kena tangkapnya..!!

oleh AnakKedah007


Hairan jugak tengok politik UMNO BN dan KUNCU-KUNCU nya sejak musim banjir nie.... bukan main bisisng dalam TV, SURAT HABAQ, RADIO kata KELANTAN ada tebang BALAK sampai dogol hutan sebab itu jadi banjir....

Jika dilihat dalam procedure hendak menebang balak... intitusi yang paling tertinggi nak beri kebenaran menebang balak ialah JABATAN HUTAN yang mana di kawal selia oleh KERAJAAN PUSAT.... Walaupun KERAJAAN NEGERI beri permit kawasan menebang balak kebenaran untuk menebang dan membawa keluar balak hendaklah mendapat kebenaran JABATAN HUTAN...

Jadi jika dilihat disini skrg ada sesuatu benda tak kena...jadi perkara tak kena inilah kena di siasatnya... bab nak siasat rasanya tak ada masalah sbb dasar kerajaan negeri mereka sanggup membuka pintu pejabat 25jam sehari untuk mana-mana pihak datang menyiasatnya...





Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...