TERKINI :

Tuesday, January 6, 2015

Perghhh rekod terbaru NAJIB....nilai ringgit terendah dalam 5 tahun setengah berbanding dolar AS

Ringgit terendah dalam lima tahun setengah berbanding dolar AS

KUALA LUMPUR: Ringgit merudum ke paras terendah dalam tempoh lima tahun setengah berbanding dolar AS hari ini di tengah-tengah kebimbangan terhadap ekonomi Malaysia, kata seorang peniaga.

Pada penutupan dagangan jam 5 petang, ringgit diniagakan pada 3.5555/5575 berbanding dolar daripada 3.5320/5350 pada Isnin.

"Dalam kalangan pengeksport komoditi Asia, Malaysia dilihat paling terjejas dengan kejatuhan berterusan harga minyak dan komoditi," kata peniaga.

Beliau berkata ringgit akan terus menerima tekanan berikutan pelabur bimbang akan kesan terhadap ekonomi negara.

Hujan monsun dijangka mula esok hingga Jumaat ini

http://www.apakes.com/blog/wp-content/uploads/2014/12/1419776366_tmp_met.jpg
KUALA LUMPUR: Satu lagi episod hujan monsun yang akan menyaksikan hujan beserta angin kencang dijangka berlaku bermula esok hingga Jumaat (9 Jan) ini di beberapa negeri yang dilanda banjir sebelum ini.

Jabatan Meteorologi Malaysia (MetMalaysia) dalam satu kenyataan hari ini berkata negeri yang terlibat ialah Kelantan, Terengganu, Pahang, Johor dan beberapa bahagian di Sabah iaitu di Pantai Barat, Kudat, Sandakan dan Tawau.

Keadaan ini boleh menyebabkan banjir di kawasan-kawasan yang berkedudukan rendah, menurut jabatan itu.

Justeru MetMalaysia mengingatkan penduduk yang tinggal di kawasan berisiko banjir supaya sentiasa mengikuti perkemba­ngan cuaca terkini.

Aduhai MAT REMPIT oi...tolonglah jangan bising PM kita nak tidur....

 
  Isteri perdana menteri Datin Seri Rosmah Mansor berharap orang ramai tidak putus asa dalam usaha mendidik remaja yang gemar menunggang motosikal pada lewat malam.

Beliau menyatakan harapannya itu pada majlis penutup acara Kem Perkasa Remaja Puri Pujangga, di Bangi pagi ini.

Menurut Rosmah, harapan itu mendorong beliau mencetuskan program tersebut.

"Ketika itu saya melihat banyak gejala-gejala sosial yang terjadi kepada anak-anak muda kita.

"Ini merupakan satu concern (perkara yang perlu diambil berat) bagi kita semua, terutama sekali inilah anak-anak kita yang suka naik motosikal.

"Sebab rumah saya di KL tepi jalan, bila tengah malam dengar motosikal bukan main laju dan kuat, lama pula.

Krisis Harakah : Lutfi enggan berundur

Pengarang Harakah enggan berundur

Ketua Pengarang Harakah Ahmad Lutfi Othman berkata beliau tidak tahu sama ada hasrat memberhentikannya ada kaitan dengan penyiaran artikel yang dikatakan mengkritik ulama dalam PAS.

Sebaliknya kata Lutfi, beliau hanya dimaklumkan melalui sepucuk surat bahawa keputusan itu dibuat ahli lembaga pengarah "atas faktor kesihatan".

"Tidak ada kaitan dengan itu (kritik ulama). Kalau persesi orang mungkinlah (begitu). Cuma saya dimaklumkan ia dibuat atas faktor kesihatan.

"Saya terkejut sebab Harakah tidak pernah pun tanya khabar saya dan minta rekod perubatan saya, tiba-tiba suruh saya ambil pencen illat," katanya ketika dihubungi Malaysiakini hari ini.

Abangnya Dinsman, juga seorang penulis terkenal, mendakwa gesaan supaya Ahmad Lutfi berhenti ada kaitan dengan beberapa tulisan yang didakwa mengkritik kepimpinan ulama dalam PAS.

Sementara itu Ahmad Lutfi turut mengesahkan ada bertemu dengan pengurusan Harakah minggu lalu berhubung isu itu, namun enggan menerima gesaan berhenti itu.

Katanya, beliau masih berminat untuk terus memberi khidmatnya kepada akhbar itu sebagai "sumbangan kepada parti".

Pihak pengurusan Harakah juga, kata beliau, bersetuju untuk membawa perkara itu semula ke mesyuarat ahli lembaga pengarah bulan depan.

"Bila berlaku macam ni, moral saya jatuh. Saya harap masih ada ruang perbincangan bersifat keluarga," katanya yang kini masih dalam cuti sakit.

Apabila Harakah minta ketua pengarangnya berhenti

Selepas dua pengarang kanannya ditamatkan kontrak, organ rasmi PAS Harakah kini meminta ketua pengarang akhbar itu sendiri Ahmad Lutfi Othman, yang sedang bercuti sakit, meletakkan jawatan.

Langkah itu dikaitkan abangnya Dinsman, juga seorang penulis terkenal, dengan beberapa tulisan yang didakwa mengkritik kepimpinan ulama dalam PAS.

Menurut sumber, pertemuan dengan Ahmad Lutfi (kanan) dibuat minggu lalu bagi memaklumkan "permintaan" yang diputuskan mesyuarat ahli lembaga pengarah Harakah Disember lalu.

"Atas faktor kesihatan, beliau dinasihatkan berhenti dan ditawar 'pencen illat' dengan bayaran separuh gaji oleh PERKESO (Pertubuhan Keselamatan Sosial).

"Bagaimanapun beliau menolak tawaran itu dan merayu agar terus diberikan kerja itu," kata sumber kepada Malaysiakini, yang tidak mahu namanya disiarkan.

Menurut sumber itu lagi, ahli lembaga pengarah Harakah yang dipengerusikan oleh Setiausaha Agung PAS Datuk Mustafa Ali akan membincangkan perkara itu semula pada mesyuarat mereka Februari akan datang.

Ditanya siapa bakal mengetuai lidah rasmi PAS itu tanpa Lutfi, sumber itu memaklumkan masih tiada keputusan dibuat.

Timbalan ketua pengarang kumpulan Harakah kini disandang oleh Taufek Yahya.

Malaysiakini sedang mendapatkan reaksi Ahmad Lutfi berhubung perkara itu.

Apabila HARAKAH mula 'memberhentikan' kakitangan dan wartawan yang tak sealiran pemahaman mereka..!!

Himpunan solidariti untuk kawan-kawan di Harakah
Dinsman

http://media.themalaysianinsider.com/images/uploads/07/09/harakah03-july9.jpg
Dinsman atau nama sebenarnya Che Samsudin Othman adalah budayawan, penulis dan sastrawan. Beliau menulis untuk kepuasan dan kebebasan berkarya.
Hari ini pimpinan PAS jadi tidak boleh ditegur. Tegur saja terus melenting dan gunakan kuasa apa yang ada untuk hentikan teguran. Saya ingatkan allahyarham Tan Sri Azizan Razak (bekas menteri besar Kedah) saja yang macam itu dulu. Rupa-rupanya kebanyakan ulama yang ada dalam PAS sekarang pun macam itu juga. Maka tersingkirlah Datuk Tarmizi Md Jam dan Roslan Hamid daripada Harakah, dan Ahmad Lutfi Othman pun diminta supaya berhenti.

Mulanya Tarmizi diberhentikan sebagai pengarang Harakah, 1 Oktober 2014. Kemudian di pertengahan Disember Roslan pula diberhentikan, khabarnya kerana dialah editor yang bertanggungjawab menyiarkan 2 tulisan saya yang mengkritik ulama. Dan saya juga diberhentikan daripada menjadi kolumnis ‘Wacana Budaya’ di Harakah.

Terakhir ialah Ahmad Lutfi, ketua pengarang Harakah sendiri, yang sedang bercuti sakit, diminta meletakkan jawatan. Barangkali kerana dia sedang mengalami sakit yang dipercayai oleh mereka akan menyebabkan dia tidak dapat menjalankan tugasnya, atau sebab-sebab lain, tidak dapat dipastikan.

Tetapi khabarnya waktu diminta berhenti itu tidak ada apa-apa alasan diberi, dan hal sakitnya itupun tidak ditimbulkan.

Siapakah Jadi "Perdana Menteri" Ketika Penerbangan New York - London - Dubai - Bangkok?

oleh Shahbudin Husin,

Beberapa blog dan akaun media sosial semalam mulai tampil mempertahankan perjalanan jet kerajaan dari Amerika Syarikat yang singgah di beberapa bandar syurga membeli-belah dunia sebelum berehat selama dua hari di Bangkok dan akhirnya selamat kembali ke tanahair.

Mereka mewajarkan bahawa jet 9M-NAA itu terpaksa singgah di di London dan Dubai dalam perjalanan ke Bangkok daripada Amerika Syarikat kerana pesawat itu mempunyai tangki yang kecil dan oleh itu perlu selalu mengisi minyak.

Mereka juga menyebut bahawa jet itu hanya singgah tidak sampai dua jam di London dan Dubai dan oleh itu tidak mungkin jangkamasa itu digunakan untuk membeli-belah.

Berapa lama pula masa diperlukan untuk keluar dari pesawat, melalui beberapa pintu, pilih barang-barang, bayar di kaunter dan kemudian bergegas semula menuju pesawat, kata mereka.

Sekala imbas, ternampak bahawa blog dan pengendali media sosial ini telah memberi hujah yang logik dan dapat diterima akal dan mungkin dapat mengembirakan Najib dan isterinya, Rosmah Mansor yang kian dipertikaikan berikutan isu jet ini.

Dalam masa yang sama, wujud juga penjelasan dari PMO sendiri bahawa jet itu ditinggalkan di Amerika kerana menghadapi masalah teknikal dan tidak digunakan oleh mana-mana ahli keluarga Perdaha Menteri.

[TERBAIK] Orang dok tenggelam air, hangpa dok pakat buat dosa kering..!!


Aku fitnah engkau, engkau fitnah aku

Sungguh la ni zaman fitnah

Ya Allah, Engkau percepatkan turunnya Al-Masih Isa a.s. untuk menghapuskan Ketua Pemfitnah Dajjal dan kuncu-kuncu mereka..

Rafizi mahu sambut kawan lama dengan 'pendedahan'

Naib Presiden PKR Rafizi Ramli menjadi pengkritik paling lantang terhadap badan pelaburan negara 1Malaysia Development Berhad (1MDB).

Dan kini, seorang kenalannya Arul Kanda Kandasamy akan menerajui syarikat yang sedang dikritik hebat itu.

Bagaimanapun, bercakap kepada Malaysiakini, Rafizi berkata beliau tidak akan "menahan serangan" untuk meneliti lebih mendalam isu berbangkit berkaitan 1MDB.

"Sebenarnya, saya baru sahaja habis mesyuarat tentang 1MDB, kita akan sambut dia dengan lebih banyak pendedahan," katanyanya sambil ketawa.

Rafizi berkata beliau dan Arul Kanda, 39, sama menyambung pelajaran ke United Kingdom pada masa yang sama sebelum ini.

Arul Kanda menggantikan Mohd Hazem Abdul Rahman meletakkan jawatan sebagai ketua pegawai eksekutif 1MDB hari ini.

Dalam satu kenyataan, Pengerusi 1MDB Datuk  Lodin Wok Kamaruddin berkata, Arul, 38, dilantik sebagai presiden dan pengarah eksekutif kumpulan berkuatkuasa serta-merta.

Arul Kanda berkata keutamaannya ialah untuk melakukan semakan strategik terhadap operasi syarikat milik Kementerian kewangan itu.

Beliau menyertai dari Bank Perdagangan Abu Dhabi sebagai naib presiden eksekutif dan ketua pelaburan perbankan.





Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...