TERKINI :

Saturday, January 3, 2015

Najib Di Thailand, Kenapa Pergi Senyap-Senyap?

oleh Shahbudin Husin,

Melalui laman sosial Facebook dan Twitter milknya, Najib Razak menulis pagi tadi bahawa beliau kini berada di Thailand setelah mengadakan perbincangan dengan rakan sejawatnya, Perdana Menteri negara itu, Jenderal Prayuth Chan-ocha semalam.

Perbincangan itu dikatakan berkaitan banjir serta menyampaikan ucapan terima kasih kepada rakan sejawatannya itu atas sumbangan yang dihulurkan bagi membantu mangsa banjir di Malaysia.

Katanya lagi, mereka juga bertukar pandangan tentang langkah pemulihan dan pengalaman Thailand dalam menghadapi bencana banjir.

Kali terakhir Najib dilihat berada di dalam negara ialah pada malam tahun baru di mana beliau berada di sebuah masjid di Pengkalan Kubur, Kelantan. Selepas itu, berita mengenainya senyap begitu saja kerana tiada berita dan gambarnya yang tersiar di akhbar atau media.

Beradanya Najib di Thailand dan mengadakan pertemuan dengan Perdana Menteri Thailand hanya diketahui kerana hebahan yang dilakukan sendiri oleh Perdana Menteri melalui laman sosial miliknya.

Kenapa Najib pergi ke Thailand secara senyap-senyap? Adakah ia lawatan rasmi, kunjungan peribadi atau menyambung percutian yang tergendala sebelum ini?

Kalau lawatan rasmi, siapa anggota rombongannya dan kenapa tiada wartawan ikut serta dan tiada juga laporan berita mengenai pemergiannya itu sedangkan yang ditemuinya adalah Perdana Menteri Thailand?

Bantuan Banjir : Mangsa banjir report polis berkenaan Tok Penghulu pukul beliau


nak kena seligi musibat nie... dalam dok tenggelam sampai terra tu pun ingat dah nak insaf dan sama2 berganding membantu memulihkan keadaan...tapi depa dok bagi kusut ada lah lagi....

Ladang BABI di MELAKA... tak ada yang nak membantah macam di Selangor kah..???

Melaka cadang bina ladang babi teknologi tinggi


http://www.utusan.com.my/polopoly_fs/1.41412!/image/image.jpg_gen/derivatives/landscape_650/image.jpg
demontrasi membantah untuk dibuka ladang babi di Selangor

MELAKA - Kerajaan Negeri Melaka bercadang untuk mewujudkan kawasan ladang babi berteknologi tinggi di Paya Mengkuang, Alor Gajah menjelang akhir tahun 2017 bagi mengatasi masalah penternakan babi yang tidak diselenggara dengan baik di kawasan itu.

Exco Pertanian dan Pembangunan Usahawan Negeri Melaka Datuk Hasan Abdul Rahman berkata projek yang dibangunkan dengan konsep inisiatif kewangan swasta itu akan menepati piawaian veterinar dan setaraf dengan ladang seumpamanya di Belanda dan Taiwan.

"Ladang ini adalah tertutup dan mesra alam di mana setiap sisa ladang akan dilupuskan dengan menggunakan insinerator di ladang tersebut sekali gus mengelakkan berlakunya pencemaran.

"Dengan ladang berteknologi tinggi ini, masalah seperti bau busuk dan kumbahan di kawasan itu yang meresahkan penduduk setempat akan dapat diselesaikan," katanya kepada Bernama di sini.

Kerjasama dengan persekutuan, bukan BN atau Umno, kata Azmin

Menteri Besar Selangor Mohamed Azmin Ali menjelaskan yang beliau sedia menjalinkan kerjasama dengan kerajaan persekutuan, bukannya dengan Barisan Nasional atau Umno. – Gambar fail The Malaysian Insider, 3 Januari, 2015.
Menteri Besar Selangor Mohamed Azmin Ali menjelaskan yang beliau sedia menjalinkan kerjasama dengan kerajaan persekutuan, bukannya dengan Barisan Nasional atau Umno. – Gambar fail The Malaysian Insider, 3 Januari, 2015. 

Susulan laporan yang beliau sedia mengenepikan politik dan menjalinkan kerjasama dengan Barisan Nasional (BN) demi kepentingan rakyat dalam isu berkaitan masalah banjir, Mohamed Azmin Ali menjelaskan, beliau sedia menjalin kerjasama dengan kerajaan persekutuan, bukannya BN atau Umno.

Menurut laporan Sinar Harian hari ini, menteri besar Selangor itu menegaskan, satu wacana baharu penting diwujudkan antara kerajaan negeri yang diterajui Pakatan Rakyat (PR) dengan kerajaan persekutuan.

“Saya minta supaya wujud satu kerjasama dan wacana baharu antara kerajaan persekutuan dan kerajaan negeri demi kepentingan rakyat.

PKR: Kenapa Zahid bantu raja judi?

 
PKR menuntut Menteri Dalam Negeri Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi memberi penjelasan mengenai laporannya kepada pihak berkuasa Amerika Syarikat untuk membebaskan seorang raja judi.

Tuntutan itu timbul selepas akhbar South China Morning Post menyiarkan surat didakwa ditandatangani oleh Ahmad Zahid

Surat itu didakwa menyatakan bahawa tauke judi tersebut, Paul Phua membantu Malaysia dalam soal “keselamatan negara”

"Adakah surat yang disiarkan South China Morning Post asli dan benar?,” soal pengarah komunikasi PKR, Fahmi Fadzil.

MB Selangor : Lapan pembantu mantan MB diarah kembalikan RM2.6 juta

Oleh: HAFIZAN TAIB

SHAH ALAM, 3 JAN: Lapan pembantu mantan Menteri Besar, Tan Sri Abdul Khalid, diarah menyerahkan kembali wang pembayaran gratuiti RM2.6 juta yang diterima mereka kepada Pemerbadanan Menteri Besar Selangor (MBI).

Pembayaran perlu dilakukan dalam tempoh 14 hari selepas penerimaan surat diutus pengurusan baharu MBI kepada lapan individu itu.

Dato’ Menteri Besar, Mohamed Azmin Ali berkata MBI mendapati wujud beberapa perkara yang melanggar tatacara dan peraturan kewangan berhubung pembayaran berkenaan serta syarat kontrak yang dipersetujui.

“Setelah mendapat nasihat pihak peguam maka pengurusan baharu memutuskan menghantar surat kepada mereka bagi memberi peringatan supaya mengembalikan semula wang yang dibayar itu,” katanya kepada media, selepas menghadiri majlis sambutan Maulidur Rasul 1436 hijrah peringkat Selangor di Stadium Malawati.

Penjelasan TNB terhadap Projek Kenyir Dua

KUALA LUMPUR: Pada 31 Disember lalu harakahdaily telah menyiarkan kenyataan Datuk Husam Musa yang menyentuh kemungkinan banjir yang melanda Kelantan diakibatkan empangan TNB.

Oleh itu, Unit Komunikasi Korporat, Tenaga Nasional Berhad tampil memberi penjelasan melalui satu kenyataan medianya yang bertajuk “Empangan TNB Bantu Mengurangkan Musibah Banjir Lebih Besar”.

Berikut kenyataan penuh pihak Unit Komunikasi Korporat, TNB;

EMPANGAN TNB BANTU MENGURANGKAN MUSIBAH BANJIR LEBIH BESAR

Terdapat berita di media sosial yang membuat tuduhan bahawa pembangunan Projek Hidroelektrik Hulu Terengganu (juga di kenali sebagai Projek Kenyir Dua) adalah punca banjir di Negeri Kelantan.
 

Lebih ramai sertai kumpulan ‘25 Melayu profesional’

Hari ini kumpulan 25 tokoh Melayu profesional atau G25 menerima pertambahan ahli baru yang terdiri daripada beberapa bekas dekan Universiti Malaya. – Gambar fail The Malaysian Insider, 2 Januari, 2015.
Hari ini kumpulan 25 tokoh Melayu profesional atau G25 menerima pertambahan ahli baru yang terdiri daripada beberapa bekas dekan Universiti Malaya. – Gambar fail The Malaysian Insider, 2 Januari, 2015.

Kumpulan 25 tokoh Melayu profesional atau G25, yang sebelum ni secara terbuka mengkritik Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak dan sistem mahkamah syariah di negara ini melalui surat terbuka pada 8 Disember, menerima penyertaan lebih ramai individu hari ini.

Melalui kenyataan yang dikeluarkan jurucakapnya, bekas Duta Malaysia ke Belanda Datuk Noor Farida Ariffin, kumpulan yang dikenali sebagai G25 itu menerima penyertaan 10 lagi individu Melayu profesional.

Antaranya termasuk bekas Timbalan Ketua Setiausaha Jabatan Perdana Menteri Tan Sri Alwi Jantan, bekas Naib Canselor Universiti Malaya Tan Sri Rafeah Salim, tokoh perniagaan Datuk Seri Nazir Ariff, Datuk Anwaruddin Osman, yang merupakan bekas duta dan juga bekas setiausaha agung Negara-negara Asia Tenggara (Asean).

Selain itu, G25 turut menerima pertambahan ahli melalui penyertaan bekas Timbalan Ketua Setiausaha Kementerian Pertahanan Datuk Baharuddin Musa, bekas Dekan Fakulti Perubatan UM Prof Dr Adeeba Kamarulzaman, bekas Dekan Fakulti Ekonomi UM Prof Dr Ariff Abdul Kareem dan bekas Ahli Parlimen Mohamed Tawfiq Tun Dr Ismail serta Eksekutif Kewangan Korporat CIMB Berhad Shazal Yusof Mohd Zain.

Banjir oh banjir: Antara musibah dan hikmah ALLAH


Pasca banjir... terlalu sukar untuk dibayangkan perasaan mangsa banjir yang rumahnya hanyut dilanda banjir.  
Pasca banjir... terlalu sukar untuk dibayangkan perasaan mangsa banjir yang rumahnya hanyut dilanda banjir.

BERAT mata memandang, berat lagi bahu memikul. Apakah ungkapan simpati dan rasa empati yang kita tunjukkan itu mampu menghadirkan rasa yang sama dengan mereka yang menjadi mangsa kepada musibah banjir yang melanda? Sudah tentu tidak sama dengan apa yang dirasai oleh mereka yang menjadi mangsa kepada bencana tersebut.

Namun, atas dasar semangat persaudaraan dan semangat kemanusiaan maka pertolongan, sokongan serta dorongan harus diberikan sekurang-kurangnya membantu meringankan beban dihadapi.

Teladan daripada musibah

Cuba kita renungi, antara hikmah ALLAH SWT  menjadikan kenapa hanya segelintir kawasan dilanda banjir dan bukannya seluruh negara. Tersirat besarnya hikmah dalam situasi ini. Apabila keadaan itu berlaku, orang-orang yang berada di kawasan yang tidak dilanda banjir boleh turut membantu mereka yang dilanda musibah. Mungkin dengan cara itulah semangat kerjasama, semangat kemanusiaan, sikap rendah diri, sikap murah hati dan sebagainya diperkukuhkan.

Mangsa banjir di Kelantan, Pahang, Perak menurun


Banjir
Mangsa banjir di Kelantan, Pahang, Perak menurun

KUALA LUMPUR - Keadaan banjir di Kelantan, Pahang dan Perak semakin baik dengan bilangan mangsa dipindahkan terus menurun setakat malam ini.

Bilangan mangsa di pusat pemindahan banjir di Johor dan Terengganu pula tidak berubah berbanding petang tadi, manakala jumlah mangsa di Sabah meningkat sedikit.

Di PAHANG, jumlah mangsa menurun sedikit kepada 43,624 orang berbanding 43,840 orang petang tadi di 193 pusat pemindahan dalam lapan daerah.

Jurucakap Bilik Gerakan Banjir Ibu Pejabat Polis Kontinjen Pahang berkata, daerah Temerloh menempatkan mangsa paling ramai iaitu 20,962 orang di 69 pusat diikuti Pekan (10,885 orang di 36 pusat), Jerantut (4,024/34), Bera (3,521/18), Maran (2,438/21), Kuantan (1,074/empat), Lipis (671/10) dan Rompin (49/satu).

TAZKIRAH - Ajak kepada Islam, ajak kepada apa?


 Sekadar gambar hiasan. - Foto Internet

NABI Muhammad (SAW) pernah bersabda bahawa seseorang itu dilahirkan dalam fitrahnya dan melalui ibu bapanya dia memperoleh identiti dirinya sama ada sebagai seorang Yahudi, Nasrani, atau Majusi. Dalam pengertian yang sama, ia juga merujuk kepada yang beragama Buddha, Hindu, Sikh, dan sebagainya.

Tidak kira seseorang itu dilahirkan menganut apa jua agama, yang pasti, dia dilahirkan dalam satu ruang lingkup dan peraturan hidup yang membesarkan serta mendidiknya untuk menjadi seorang insan yang baik, cerdik, mulia, dan berguna.

Sehubungan itu, memilih Islam sebagai jalan hidup bukan bermaksud seseorang itu telah memutuskan hubungan dengan dirinya yang sebelumnya tetapi ia bermakna dia memilih untuk meletakkan jiwanya di atas landasan yang membolehkannya untuk menjelmakan erti kemanusiaan di dalam dirinya dengan lebih luhur dan berkesan.

Sebagai contoh, menyanjung ibu bapa dan moyang adalah suatu adat masyarakat Cina yang cukup mendalam ertinya kepada faham kemanusiaan orang Cina sehingga mereka disembah selepas meninggal dunia. Dalam rumah akan terdapat ruang untuk menyembah arwah mereka yang telah pergi dan saban tahun, masyarakat Cina akan menyambut kedatangan Qing Ming, sebuah hari dan upacara untuk memperingati ibu bapa dan moyang mereka.

LPT kini dibuka sepenuhnya

Published: 3 January 2015

http://upload.wikimedia.org/wikipedia/en/3/37/MapLPT1_23082011.png
Mulai tengah malam tadi, keseluruhan laluan Lebuhraya Pantai Timur (LPT) dari Tol Plaza Karak ke Tol Plaza Jabor dibuka sepenuhnya kepada semua kenderaan.

Namun menurut kenyataan yang dikeluarkan pengendali lebuh raya berkenaan Anih Berhad, hanya lorong laju saja dibuka di kedua-dua arah iaitu di Kilometer 126.1 hingga Kilometer 126.9.

"Pemandu dinasihatkan supaya mengikut papan tanda yang disediakan," kata Anih Berhad.

Sementara itu di kawasan R&R Temerloh, oleh kerana masih terdapat penduduk kampung berhampiran yang mendapatkan perlindungan sementara di situ, maka Anih Berhad menambah stok barangan kering kepada mereka.

Alor Setar - Umur baru 16,17 tahun..tapi kehidupan sudah rosak..!!

Tujuh remaja dicekup di hotel

Sebahagian remaja menunggu giliran untuk disoal siasat selepas ditahan pihak berkuasa.  
Sebahagian remaja menunggu giliran untuk disoal siasat selepas ditahan pihak berkuasa.

ALOR SETAR - Perkenalan di aplikasi sosial WeChat membawa kepada pertemuan sulit sekumpulan remaja di sebuah hotel pada malam tahun baharu, semalam.

Tujuh remaja berkenaan bagaimanapun dapat dicekup 33 penguat kuasa Jabatan Agama Islam Kedah (Jaik) ketika Operasi Tahun Baharu bermula 12 tengah malam sehingga 5 pagi di sekitar bandaraya Alor Setar, dekat sini.

Penolong Pengarah Penguatkuasa Undang-Undang, Syeikh Mohd Roshidi Mahmud berkata, tujuh remaja berusia antara 16 hingga 18 tahun itu dipercayai menyewa sebuah bilik hotel sama.





Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...