TERKINI :

Friday, January 2, 2015

Isu Jet Menjadikan Najib Terus Lemas Dan Tenggelam Walaupun Banjir Kian Surut

oleh Shahbudin Husin,

http://3.bp.blogspot.com/-dgk3tJWNLvM/UpMIPDsUhbI/AAAAAAAAXZ8/-Xuf27Zm4rg/s1600/3.jpg
Gambar Hiasan Sahaja
Kepulangan Najib Razak secara tergesa-gesa daripada Hawaii setelah berita dan gambarnya bermain golf dengan Barack Obama yang kemudian menjadi kritikan ramai, di ketika banjir kian melanda, sama-sekali tidak menjadikan imejnya di mata rakyat bertambah baik.

Walaupun kepulangannya terus ke Kota Bharu untuk meninjau suasana banjir dan kemudian diikuti dengan pengumuman bantuan RM500 juta serta kesediaan meluangkan lebih banyak masa ke negeri-negeri yang ditimpa musibah agak disambut baik, terdedahnya banyak perkara di sebalik itu menjadikan beliau terus menjadi kecaman ramai.

Perkara yang paling menjadi perbualan ialah mengenai kepulangannya bersendirian ke tanahair sedangkan beliau dikatakan pergi bercuti ke Hawaii bersama isteri dan lain-lain ahli keluarganya.

Ramai yang bertanya di mana Rosmah Mansor yang sebelum ini pernah menyatakan isteri-isteri pemimpin haruslah berkorban dan meluangkan banyak masa membantu suami masing-masing?

Najib kemudian dilaporkan menaiki pesawat komersial daripada Hawaii ke Hong Kong, manakala daripada Hong Kong ke Kota Bharu pula, beliau dijemput oleh jet khas milik TUDM.

[Pelik] Najib dah pulang, jet masih keliling dunia

 
Genap dua minggu, jet VIP milik kerajaan dengan nombor pendaftaran 9M-NAA membuat perjalanan mengelilingi dunia dan mendarat di Bangkok petang ini namun teka-teki mengenai lokasi isteri perdana menteri, Datin Seri Rosmah Mansor masih belum terjawab.

Sehingga kini masih belum jelas, siapakah yang menggunakan pesawat tersebut memandangkan suaminya, Datuk Seri Najib Razak sudahpun pulang ke tanah air sejak Sabtu lalu.

Ah Long sudah turun ke Kelantan tawar skim pinjaman kepada mangsa banjir

Ah long mula 'turun' ke Kelantan

Hussamuddin Yaacub - Foto Sinar Harian oleh ROSLI TALIB 
Hussamuddin Yaacub - Foto Sinar Harian oleh ROSLI TALIB

SHAH ALAM – “Saya dapat laporan ah long sudah pergi ke Kelantan dan tawarkan bantuan pinjaman kepada mereka (mangsa banjir),” demikian kegusaran yang disampaikan Penerbit Sinar Harian, Datuk Hussamuddin Yaacub dalam sidang media khas di sini, hari ini.

Menurutnya, beliau menerima aduan daripada beberapa pihak mengenai kewujudan pemberi pinjaman wang tidak berlesen itu yang bertujuan untuk mengambil kesempatan di atas kesusahan mangsa banjir dengan menawarkan bantuan pinjaman.

“Saya dapat laporan ah long sudah pergi ke Kelantan dan tawarkan bantuan pinjaman kepada mereka (mangsa banjir). Jika mereka pergi pada ah long, kita tahulah apa nasib mereka selepas ini.

“Ramai rakyat Kelantan terkesan dengan bencana yang menimpa negeri itu. Bukan sahaja peniaga yang buka perniagaan secara kecil-kecilan malah peniaga besar turut menerima kesannya, mereka ini susah, jadi kita yang harus bantu mereka bukan ah long,” katanya lagi.

Tiba masanya pilih antara Putrajaya dan Najib, kata wartawan veteran

Bekas Ketua Pengarang New Straits Times, Datuk A Kadir Jasin kini mengkritik kepimpinan Datuk Seri Najib Razak yang dikatakan kurang menyerlah dalam saat genting banjir di Malaysia. – Gambar fail The Malaysian Insider, 2 Januari, 2015.
Bekas Ketua Pengarang New Straits Times, Datuk A Kadir Jasin kini mengkritik kepimpinan Datuk Seri Najib Razak yang dikatakan kurang menyerlah dalam saat genting banjir di Malaysia. – Gambar fail The Malaysian Insider, 2 Januari, 2015.

Sudah tiba masanya Umno dan Barisan Nasional (BN) memilih antara Datuk Seri Najib Razak dan Putrajaya, kata wartawan veteran, yang kini mengkritik kepimpinan Perdana Menteri itu kerana lebih mementingkan 'diplomasi golf' berbanding rakyat sendiri yang ditimpa bencana banjir.

Datuk A Kadir Jasin berkata, perubahan perlu berlaku atau sedia menghadapi risiko melihat kerajaan pemerintah yang "tunduk kepada zaman silam".

"Seperti kerajaan Romania yang terpaksa memilih antara Caesar dengan Rom, tiba masanya Umno dan BN perlu memilih antara Najib dengan Putrajaya," tulisnya dalam blognya hari ini.

Bekas Ketua Pengarang New Straits Times itu berkata, beliau percaya gelombang perubahan itu semakin membesar seperti kata pepatah "sekali air bah, sekali pantai berubah".

"Umno perlu berbuat sesuatu mengenai presidennya dan perdana menteri jika tidak mahu situasi menjadi lebih buruk. Seperti tebing pasir, ia boleh hanyut begitu sahaja semasa pilihan raya umum (PRU) akan datang.

Bantuan RM500 juta melalui siapa?

KOTA BAHARU:  Naib Presiden PAS, Muhammad Sabu mempersoalkan kenapa anggota polis dan tentera tidak dihantar lebih ramai bertugas untuk membantu mangsa banjir di Kelantan.

Menurutnya, jika Perhimpunan Bersih yang dianjurkan rakyat, kerajaan Malaysia boleh menempatkan sehingga 6,000 orang anggota polis, kenapa dalam kes banjir di Kelantan kerajaan pusat membisu.

“Pergerakan agensi kerajaan Pusat amat menyedihkan seperti polis dan tentera hingga tidak sampai pada tahap yang sepatutnya.

“Kerajaan  sewajarnya mengarahkan kakitangannya terutama polis dan tentera untuk membantu mangsa banjir di Kelantan kerana ia melibatkan nyawa manusia,” ujarnya.

Menurut Muhammad lagi, nasib mangsa banjir di pedalaman  amat menyedihkan. Banyak rumah yang musnah dan ada yang hilang bumbung seumpama tsunami dan ada yang sehelai sepinggang.

Hadiah Umno kepada pembaca surat habaq dimana naik 30sen sedangkan minyak turun 35sen

Minyak turun 35 sen, akhbar bawah NST naik 30 sen


KUALA LUMPUR: PAS mengalu-alukan pengumuman penurunan harga petrol dan diesel berkuatkuasa 1 Januari 2015.

"Tindakan ini amatlah perlu bahkan patut dibuat lebih awal lagi agar rakyat mendapat hak yang sewajarnya seiring dengan kejatuhan harga minyak dunia," kata Ketua Penerangan PAS Pusat, Datuk Mahfuz Omar.

Pada masa sama, katanya Timbalan Menteri Kewangan, Datuk Ahmad Maslan ada membuat seruan agar pemilik syarikat, pengilang, pengedar dan peruncit menurunkan harga barangan.

"Adakah saranan itu benar-benar berkesan atau sekadar bersuara untuk menyedapkan hati sahaja?" tanya beliau dalam satu kenyataan

Ini kerana, katanya bermula 1 Januari juga, harga surat khabar di bawah Syarikat New Straits Times Press iaitu New Straits Times (NST), Berita Harian (BH) and Harian Metro (HM) dinaikkan 30 sen.

TUN M 'smash' BOEING lagi..!!

Mengapa sukarnya untuk bersetuju? - Tanya Tun M kepada Boeing

 
KUALA LUMPUR: Memulakan entri terbaru blognya dengan ucapan takziah kepada keluarga mangsa pesawat AirAsia Indonesia QZ8501 yang disahkan terhempas di Selat Karimata perairan Pangkalan Bun, Kalimantan Tengah pada 28 Disember lalu, mantan Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad kemudiannya mengajak pembaca untuk sama-sama memahami artikel yang dikeluarkan oleh majalah Flight International yang bertarikh 14 – 20 Oktober 2014 yang bertajuk ‘Searching for Answers’.

Artikel berkenaan antara lain menyentuh isu berkaitan pemasangan ‘beacon pencari’ yang masih menjadi perdebatan antara dua syarikat pengeluar pesawat terkemuka dunia iaitu Airbus dan Boeing.

Tulis Tun Mahathir,  artikel berkenaan menyatakan bahawa tidak seperti syarikat Boeing, pengeluar pesawat jenis Airbus telah bersedia menggunakan sistem data penerbangan dan rakaman suara itu untuk pesawat komersialnya.

Banjir hapus 'sampah-sarap' politik


http://www.thestar.com.my/~/media/Images/TSOL/Photos-Gallery/Nation/2014/01/01/Tan%20Sri%20Muhammad%20Ali%20Hashim.ashx/?w=620&h=413&crop=1&
Muhammad Ali Hashim

SHAH ALAM – Banjir yang melanda Kelantan baru-baru ini bukan sahaja menghapuskan sampah-sarap dan kekotoran akibat bencana itu, tetapi membawa mesej atau iktibar agar segala ‘sampah-sarap’ dan pemikiran politik kotor dapat dihapuskan demi perpaduan rakyat khususnya orang Melayu dan Islam.

Demikian pandangan Presiden Dewan Perdagangan Malaysia, Tan Sri Muhammad Ali Hashim yang bersetuju dengan cadangan Penerbit Sinar Harian, Datuk Dr Hussamuddin Yaacub agar Umno dan Pas Kelantan bergabung dalam satu kerajaan campuran bagi memudahkan usaha membaik pulih negeri itu selepas banjir.

“Bagi orang Islam, biasanya apabila berlaku bencana alam seperti ini kita kena cari pengajaran dan hikmah yang mahu ditunjukkan ALLAH SWT.

Minta maaf kalau saya lambat datang, kata Anwar

anwar ibrahim
Anwar Ibrahim bersama Husam Musa meninjau kawasan banjir di Guchil, Kelantan. - Foto Facebook Keadilan Daily
“Gambar saya mengayuh basikal yang disebarkan itu sebenarnya sebelum banjir lagi, takkan saya naik basikal sebelum banjir pun nak dijadikan isu,”
KOTA BHARU, 1 Januari: Ketua Umum PKR, Datuk Anwar Ibrahim memohon maaf kepada rakyat Kelantan dengan alasan faktor tiket kapal terbang sebagai halangannya untuk balik dengan segera.

Kata Anwar, halangan tersebut di luar keupayaannya ekoran tidak ada penerbangan di samping tempahan tiket tidak boleh ditukar.

Malah katanya, gambar percutiannya bersama keluarga di luar negara yang tersebar di media sosial sebenarnya berlaku sebelum bencana banjir lagi.

“Saya minta maaf kalau saya lambat datang. Memang saya tiada ada keupayaan untuk balik segera kerana tidak ada penerbangan, tempahan tiket tidak boleh ditukar.

Menjawab FITNAH BLOGGER UMNO berkenaan BALAK-BALAK bertaburan atas jalanraya dan depan rumah


 

INI LINK SUMBER BERITA DARI DUA KISAH DIATAS
LINK 1 - BALAK DI DUNGUN TERENGGANU
LINK 2 - LORI BALAK KEMALANGAN DI PERAK

GAMBAR SEBENAR dari UTUSAN MALAYSIA

"Biarlah Rosmah Gunakan Jet, Pengorbanannya Amat Besar Kepada Negara"

oleh Shahbudin Husin,

http://cdn1.share.slickpic.com/u/flee2011/SubangSZBWMSA/org/20140203_SZB_9M-NAA_1152_00/web.jpg
gambar hiasan
Isu penggunaan jet rasmi kerajaan oleh Rosmah Mansor kembali menjadi perbualan ramai berikutan pesawat yang membawa Najib Razak dan keluarganya untuk bercuti di Hawaii itu dikatakan masih berada di Indianapolis, meskipun Perdana Menteri sudah kembali ke tanahair.

Najib yang kembali ke tanahair secara tergesa-gesa dan memendekkan percutiannya kerana kritikan yang melaut terhadapnya disebabkan beritanya bermain golf bersama Barack Obama tersebar luas di ketika banjir sedang melanda, didapati hanya pulang bersendirian saja.

Kepulangan Najib itu dikatakan dijemput oleh jet VIP Tentera Udara Diraja Malaysia atau TUDM dengan nombor pendaftaran M53-01 manakala jet rasmi kerajaan yang dinaikinya semasa pergi ke Hawaii untuk bercuti iaitu 9M-NAA didapati terbang menghala ke Indianapolis pula.

Ia menimbulkan persoalan bahawa jet rasmi kerajaan itu sedang membawa Rosmah dan ahli keluarganya yang lain bagi meneruskan percutian mereka. Sehingga ini pun pesawat itu dilaporkan masih di sana.

GIANT SG PETANI jadi lintah darat bila naikkan sewa tapak sebanyak RM500 jadi RM3000 sebulan..!!

Politik punya pasal, PERAK tolak sumbangan Banjir Kerajaan Selangor

 
Orang kata sudahlah bodoh, sombong pula. Sebelum ini pembangkang Selangor tolak peruntukan RM200k bagi setiap DUN daripada kerajaan negeri Selangor. Hari ini kerajaan negeri Perak pula tolak pemberian dari kerajaan negeri Selangor sebanyak RM100k untuk bantuan kepada mangsa banjir.

Sekurang-kurangnya terimalah duit itu dan serahkan terus kepada badan-badan yang berkaitan. Jangan nampak nilai sikit terus nak tolak, kononnya alasan penghinaan bagai, oi mangkuk orang bagi dah cukup baguslah. Harap UMNO nak bagi dekat pembangkang haram takdok.

Jadi cuba hargai pemberian orang. Sikit pada UMNO tetapi tetap tinggi nilainya dimata rakyat. Korang takpalah dah memang biasa pegang duit juta-juta. Rujuk bawah.

Alhamdulillah.. TG Nik Aziz sudah keluar hospital...!!

Anwar, Husam ziarahi Nik Aziz

TERKINI                                                                                                            

Semasa banjir memuncak di Kelantan Tokguruku Nik Abdul Aziz Nik Mat berada di hospital, keuzuran dialaminya kebelakangan ini sama sekali tidak memberi kesempatan untuknya meninjau keadaan banjir dan menemui mangsa banjir.
Anwar memperkatakan sesuatu kepada Tokguru.
Apa yang dapat dilakukan oleh Tokguru hanya berdoa dari atas katil dalam ward agar banjir lekas surut dan rakyat Kelantan bersabar menghadapi ujian daripada Allah.

Betapa terkilannya Tokguru kerana tidak dapat meninjau keadaan banjir seperti biasa hanya Tuhan saja yang tahu. Sebelum ini bila berlaku banjir, beliaulah antara orang pertama turun padang menemui rakyat.

Kali ini dengan keuzuran agak serius dialaminya, beliau hanya dapat mendengar laporan dari mereka yang menziarahinya.

Jam 4:00 petang tadi Tokguru dikunjungi Ketua Pembangkang Anwar Ibrahim di rumahnya di Pulau Melaka bersama Husam Musa. Bekas MB Kelantan itu sudah keluar dari hospital. Kunjungan Anwar itu adalah simbolik bahawa penghormatan beliau kepada tokoh spritual itu tiada kesudahannya dan sudah tentu menjadi penawar kepada Tokguru itu.

[GEMPAR] MH370 : Misteri lokasi dan negera terlibat didedahkan


Kemana pesawat tersebut berada dan apakah nasib kesemua penumpang dan anak-anak kapal MH 370 akan terjawab fan menemui noktah yg muktamad.
 
Sah pesawat Boeing 777 yang mempunyai sistem berkomputer aitu ' fly by wire system ' berjaya digodam oleh seseorang yang berkemahiran tinggi yang berada di dalam pesawat MH 370 sebelum seseorang masuk ke dalam kokpit pesawat dan mengambil alih pemanduan dari Kapten Zaharie.
 
2 penumpang yang dimaksudkan itu ialah dari Ukraine iaitu Oleq Chustrak dan Segil Deineka yang berjaya mengodam sistem tersebut dan mematikan transponder dan seluruh suis yg berada dlm pesawat MH 370 secara automatik sebelum menceroboh masuk ke dalam kokpit pesawat.
 
Ikuti bukti-bukti saintifik dan fakta-fakta tentang konspirasi tertinggi yang didalangi oleh Amerika dan Yahudi laknatullah di bawah ini yang disampaikan secara eksklusif oleh Sharifah Sofia Syed Rashid

PAS pun beri sumbangan guna plastik ada lambang bulan..!!!

Isu Plastik Logo PAS

http://3.bp.blogspot.com/-WkqHghFLkVQ/VKOcnVoqiEI/AAAAAAAAUbg/nrkpwgzdT64/s1600/IMG-20141231-WA0017.jpg
Ramai pihak menegur dan mengkritik kenapa guna plastik lambang PAS untuk edar barang ? Ini tidak ikhlas !!

Pertama : saya ucap terima kasih atas teguran dan kritikan untuk mengingatkan kami supaya ikhlas beramal, bekerja, berjuang, menyumbang dan berkorban kerana Allah swt.

Kedua : PAS sebagai sebuah parti yang besar dan lama, sebenarnya banyak peralatan telah PAS miliki sendiri, dari sebesar - besar perkara hinggalah perkara kecil seperti plastik membungkus, walaupun tidak banyak kapasitinya. Sebagai contoh :

a ~ PAS ada Markaz Atau bilik gerakan sendiri. Hampir setiap cawangan ada markaz PAS dan dinaikkan lambang PAS justeru ia milik parti dan biasanya markaz itu dijadikan tempat solat berjamaah, Pusat Asuhan Tunas Islam (PASTI) dan lain - lain aktiviti. Orang bukan ahli PAS pun hadir termasuk ada ahli UMNO yang hantar anak ke PASTI. Kami mengajak kearah kebaikan kerana Allah swt.

Status terkini berkenaan RIBUT TROPIKA JANGMI yang dikatakan akan melanda negara


MKN Nafi Ribut Tropika Jangmi Akan Landa 90 Peratus Kawasan Di Malaysia Pada 3 Jan
Oleh Noor Farhana Ahmad Norain

KUALA LUMPUR, 31 Dis (Bernama) -- Setiausaha Majlis Keselamatan Negara Datuk Mohamed Thajudeen Abdul Wahab menafikan dakwaan kononnya ribut tropika 'Jangmi' akan melanda 90 peratus kawasan di Malaysia pada 3 Jan ini.

Beliau berkata mesej yang tersebar secara meluas di laman sosial hari ini berhubung perkara itu adalah tidak benar sama sekali.

Merbok - Lalat menyerang penduduk kampung..!!

Penduduk rimas diserang lalat

Khalijah (tiga, kiri) bimbang tetamu berasa kurang selesa ketika berkunjung ke rumahnya.  
Khalijah (tiga, kiri) bimbang tetamu berasa kurang selesa ketika berkunjung ke rumahnya.

MERBOK – Kegiatan harian penduduk dari 10 buah rumah dekat Kampung Bukit Inas, Mukim Bujang, dekat sini terganggu apabila mereka diserang lalat sejak sebulan lalu.

Penduduk, Mohd Anuar Abu Hassan, 37, berkata, penduduk berasa rimas dan tidak tenteram apabila kebanyakan lalat bukan sahaja mengerumuni makanan atau sampah busuk, malah turut memenuhi kawasan rumah.

Menurutnya, lebih teruk apabila 10 buah rumah yang terletak berdekatan antara satu sama lain paling banyak disinggahi lalat.
"Kami seolah-olah 'membela' lalat. Baru saja nak makan, sekeliling pinggan sudah penuh dengan lalat.

"Begitu juga di kenderaan, pakaian yang disidai, tepi tingkap, atas lantai malah boleh dikatakan semua kawasan dipenuhi lalat," katanya.

Selamat Tinggal 2014, Tahun Yang Banyak Menumpahkan Airmata

oleh Shahbudin Husin,

http://azizanosman.com/wp-content/uploads/2014/12/2015-di-mana-kita.jpg
Hanya beberapa jam saja lagi, tirai tahun 2014 akan berlabuh untuk digantikan dengan ketibaan tahun baru 2015 pula. Tahun 2014 adalah tahun penuh duka sengsara bagi rakyat negara kita, bahkan mungkin boleh dianggap sebagai tahun paling banyak menumpahkan airmata.

Bermula dengan tragedi empangan kering di Lembah Kelang dan beberapa negeri pada bulan Februari dan berlarutan sehingga April yang menyaksikan kita bukan saja dihimpit kemarau, bahkan juga kekurangan bekalan air untuk kehidupan seharian, kita kemudian dikejutkan dengan kehilangan pesawat MH370 pada bulan Mac tahun yang sama.

Meski berbagai usaha dan ikhtiar dijalankan, nasib penumpang dan pesawat milik MAS itu kekal misteri sehingga kini. Tidak diketahui sama ada ia tersembam di dasar bumi, terperosok di celah karang lautan yang dalam, reput di dalam hutan yang tebal atau tersembunyi di ruang angkasa.

Bersama peredaran masa, tak terkira berapa banyak air mata keluarga mangsa serta rakyat yang simpati tumpah kerananya.

#Banjir - Bomba Kedah salur bantuan logistik

Ahmad (kanan) ketika pelepasan konvoi misi bantuan kemanusiaan bomba Kedah, semalam.  
Ahmad (kanan) ketika pelepasan konvoi misi bantuan kemanusiaan bomba Kedah, semalam.

ALOR SETAR - Jabatan Bomba dan Penyelamat Kedah menyalurkan bantuan logistik sebanyak sembilan bot ke Kelantan dan Pahang yang mula diagihkan sejak 23 Disember lalu.

Pengarahnya, Ahmad Shahabudin berkata, setakat ini banjir di Kedah tidak seteruk seperti di negeri-negeri lain dan segala masalah dapat diselesaikan sebaik mungkin.

“Sebagai tanggungjawab kemasyarakatan, bomba Kedah menyalurkan bantuan sebanyak tiga bot ke Kelantan pada 23 Disember lalu dan enam bot lagi ke Pahang pada esok (hari ini),” katanya.

Beliau berkata demikian kepada media selepas menghadiri majlis himpunan bulanan Jabatan Bomba dan Penyelamat Kedah, di sini, semalam.

Menurutnya, sebanyak lima lori, lima pacuan empat roda dan sebuah van milik bomba Kedah juga dikerahkan ke lokasi bencana untuk membantu mangsa banjir.

Banjir di Kelantan, Terengganu beransur pulih


Banjir

KUALA LUMPUR - Keadaan banjir di Kelantan dan Terengganu beransur pulih dengan jumlah mangsa di pusat pemindahan terus mencatat penurunan berbanding petang tadi manakala di Perak sedikit meningkat dan di   Pahang tidak berubah.

Di KELANTAN, jumlah mangsa di 166 pusat pemindahan di tujuh jajahan berkurangan kepada 30,309 orang berbanding 42,163 petang tadi, demikian menurut Majlis Keselamatan Negara (MKN) Kelantan.

Keadaan cuaca cerah dan tiada hujan sejak lima hari lalu membolehkan semakin ramai mangsa banjir di negeri ini dibenarkan pulang ke rumah masing-masing.

Setakat malam ini, jumlah mangsa banjir yang masih berada di pusat pemindahan di Tanah Merah ialah 14,184 orang, Kuala Krai (5,645 orang), Machang (3,850 orang), Gua Musang (3,006 orang), Kota Baharu (1,440 orang), Pasir Mas (1,208 orang) dan Tumpat (976 orang).




Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...