Zakaria (duduk,lima,kanan) bergambar bersama Timbalan Ketua Polis Negara, Datuk Seri Noor Rashid Ibrahim (duduk,enam,kanan) dan ketua polis daerah serta jabatan semalam.  
Zakaria (duduk,lima,kanan) bergambar bersama Timbalan Ketua Polis Negara, Datuk Seri Noor Rashid Ibrahim (duduk,enam,kanan) dan ketua polis daerah serta jabatan semalam.

ALOR SETAR - Indeks Jenayah di Kedah tahun lalu mencatatkan penurunan 520 kes atau 6.06 peratus.

Timbalan Ketua Polis Kedah, Datuk Zakaria Yusof berkata, penurunan kadar Itu menunjukkan prestasi cemerlang polis di negeri ini.

“Secara keseluruhannya, kadar jenayah bagi tempoh Januari hingga Disember tahun 2014  menunjukkan penurunan berbanding tempoh yang sama pada 2013.

“Masing-masing mencatatkan 8,007 kes pada tahun 2014 dan 8,527 kes pada tahun 2013,” katanya pada  majlis serah terima tugas Ketua Polis Kedah yang baharu di pekarangan Ibu Pejabat Polis Kontinjen (IPK) Kedah, di sini, hari ini.