TERKINI :

Sunday, December 20, 2015

Zahid yakin MAJLIS SYURA PAS akan setuju kerjasama UMNO/PAS dan yang dibawah akan wala'

Zahid yakin penentang kerjasama dalam PAS tunduk kepada Majlis Syura


Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi optimis dengan keserasian kerjasama antara Umno dan PAS yang kini menurutnya berada di peringkat persefahaman walaupun belum menjurus kepada "pendekatan politik dengan ikatan organisasi".

Bercakap kepada Mingguan Malaysia dalam wawancara eksklusif, naib presiden Umno itu juga percaya mereka dalam PAS yang tidak bersetuju dengan kerjasama itu akan diurus menerusi Majlis Syura.

"Saya cukup yakin chemistry (keserasian) sudah wujud dalam pemimpin PAS dan Umno, walaupun kedengaran ada suara-suara menolak daripada PAS.

"Oleh kerana kita faham mereka mempunyai sistem syura yang cukup kuat, suara-suara yang tidak setuju ini akan bersetuju pada akhirnya.

"Saya yakin Umno tidak akan menghadapi masalah kerana kita sejak dahulu memang menghulurkan tangan untuk ini dilaksanakan bersama," katanya yang juga timbalan perdana menteri seperti dilaporkan edisi Ahad Utusan Malaysia hari ini.

Perbincangan tentang penyatuan kembali hangat diperkatakan selepas Presiden Umno Datuk Seri Najib Razak dan Presiden PAS Datuk Seri Abdul Hadi Awang hadir bersama di Multaqa Serantau Alumni Al-Azhar Malaysia pada 17 Disember lalu.

Multaqa itu kemudian meluluskan resolusi penubuhan jawatankuasa bagi menyatukan 2 parti Melayu itu. – 20 Disember, 2015.

- See more at: http://www.themalaysianinsider.com/bahasa/article/zahid-yakin-penentang-kerjasama-dalam-pas-tunduk-kepada-majlis-syura#sthash.560mutjO.dpuf

No comments:





Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...