TERKINI :

Thursday, December 17, 2015

YaPEIM jawab isu "Simulator Golf.."

Program golf amal YaPEIM untuk kumpul dana
FMT Reporters | December 17, 2015

Ia bukan sahaja menerima sumbangan malah meningkatkan lagi jaringan perniagaan YaPEIM.

yapeim,golf

PETALING JAYA : Program Golf Amal Yayasan Pembangunan Ekonomi Islam Malaysia (YaPEIM) merupakan sebahagian daripada Skim Korporat Penyayang yang diwujudkan bagi mengumpul dana untuk disumbangkan kepada program amal jariah untuk umat Islam.

Menerusi Facebook, Kelab Penyokong Yayasan yang dipercayai diwujudkan untuk memberi penerangan isu-isu YaPEIM berkata, sejak Skim Korporat Penyanyang diperkenalkan pada 1997, sebanyak RM18 juta Berjaya dikumpulkan.

“Program ini diperkenalkan bukan sahaja memberi faedah kepada YaPEIM dari segi menerima sumbangan bahkan juga dapat meningkatkan lagi jaringan perniagaan YaPEIM dengan pemimpin korporat dalam negara,” katanya.

Katanya, penganjuran golf amal pada 29 September 2013 berjaya mengumpulkan sumbangan sebanyak RM247,000.

Katanya, antara syarikat korporat yang menyumbang adalah Al Rajhi Bank, Kuwait Finance House, Bank Muamalat (M) Berhad, Bank Islam (M) Berhad, UEM Group Berhad, South (M) Industries Sdn. Bhd., Island & Peninsular, Fujixerox, Ericool Engineering, Khairul A & Co., Seri Meraga Properties, DBKL, MPH, TH Plantation dan Jahowaki.

Menurutnya, Skim Korporat Penyayang merupakan salah satu skim yang diperkenalkan oleh YaPEIM bagi menyediakan wadah kepada masyarakat khususnya pemimpin dan badan korporat menunaikan tanggungjawab sosial beramal jariah dengan cara membiayai atau menaja mana-mana program atau skim yang dilaksanakan.

“Menariknya, semua sumbangan atau tajaan akan mendapat pengecualian cukai di bawah Seksyen 44(6), Akta Cukai Pendapatan 1967,” kata yayasan itu yang turut menggunakan #yapeimdifitnah #simulatorgolf.

National Oversight and Whistleblowers Centre (NOW) pada Khamis mendedahkan kepincangan yang berlaku dalam YaPEIM yang didakwa memiliki simulator golf.

Pengarah NOW, Akmal Nasir mendedahkan, hasil menelitian Penyata Kewangan berakhir 31 Disember 2014 mendapati, agensi YaPEIM, Institut Penyelidikan dan Perundingan YaPEIM Sdn Bhd (INPUT) memiliki peralatan simulator golf.

No comments:





Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...