TERKINI :

Wednesday, December 2, 2015

Video | Hanya Presiden UMNO perlu berucap ketika PAU

Lokasi : Hotel Istana, Kuala Lumpur


Acara : Majlis Perasmian Konvensyen Kebangsaan
KESEJAHTERAAN SOSIAL KOMUNITI BANDAR :
KE ARAH PENGUKUHAN AGENDA BERPAKSIKAN RAKYAT

Nah jelas dan terang penerangan dari Setiausaha Agung UMNO sendiri. Hanya Presiden UMNO sahaja yang perlu memberi ucapan pada Perhimpunan Agung UMNO, Ucapan Dasar dan Ucapan Penggulungan / Penangguhan. Ucapan oleh Timbalan dan Naib-Naib Presiden tidak diperlukan kerana tidak tertakluk dalam perlembagaan UMNO. Selama ini ucapan-ucapan mereka hanya lah satu tradisi / amalan / convention yang di lakukan setiap kali PAU.

Mungkin Tengku Adnan merasakan bahang kemelut dalaman UMNO yang sedang melanda ketika ini tidak perlu diperhangatkan lagi sehingga ketahap yang tidak terkawal. Beliau menegaskan akan lakukan apa yang perlu untuk memastikan PAU berjalan lancar dengan hanya melakukan apa yang termaktub dalam Perlembagaan UMNO sahaja. Segala convention yang biasa diamalkan akan hanya melaga-lagakan pemimpin-pemimpin yang terlibat.


PS : Adakah ini bermakna Naib-Naib Presiden termasuk Timbalan Perdana Menteri juga tidak akan diberi slot ketika sesi Penggulungan ?

No comments:





Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...