TERKINI :

Thursday, December 3, 2015

Umno kini sudah jadi "Parti Pasar"

 Umno perlu lebih berdisplin dan tidak menjadikan parti itu seperti pasar atau dalam keadaan cacamerba, kata bekas ketua Wanita Gopeng Datuk Hamidah Osman hari ini. – Gambar fail The Malaysian Insider, 2 Disember, 2015.
Umno perlu lebih berdisplin dan tidak menjadikan parti itu seperti “pasar” atau dalam keadaan cacamerba, kata bekas ketua Wanita Gopeng Datuk Hamidah Osman hari ini.

Beliau berkata demikian mengulas pemecatan terhadapnya 24 November lalu susulan pengumuman Presiden Umno Datuk Seri Najib Razak yang beliau melanggar disiplin parti.

“Jangan jadi parti pasar. Saya hendak ingatkan. Umno kini dah jadi macam parti pasar," katanya kepada wartawan di Pusat Dagangan Dunia Putra, Kuala Lumpur hari ini.

Beliau hadir di bangunan yang menempatkan ibu pejabat parti itu bagi memberikan sokongan kepada 9 ketua cawangan Teluk Kemang yang dipanggil mengadap Lembaga Disiplin hari ini.

Mengaku masih belum menerima surat pemecatan sehingga hari ini, beliau turut mengulangi tidak kisah dengan tindakan tersebut.

“Sebenarnya saya tidak kisah sangat dengan pemecatan ini. Tetapi, apa yang saya ingin tahu adalah, mengapa saya dipecat tanpa ikut tradisi atau prosedur yang sepatutnya?

“Saya nak tahu dan saya akan terus bercakap mengenainya,” katanya.

Selain menzahirkan solidariti kepada ketua cawangan yang dipanggil lembaga disiplin kerana menggesa Najib meletak jawatan itu, Hamidah hadir di situ bagi mendapatkan penjelasan berhubung pemecatannya.

Mengumumkan keputusan mesyuarat Majlis Tertinggi pada 24 November lalu, Najib berkata, ia dibuat demi kepentingan perjalanan parti dalam semua aspek.

"Kita mahu parti kukuh dan terus dapat keyakinan rakyat, semua golongan yakin Umno parti yang berdiri dalam keadilan dan prinsip serta amalan yang baik dalam parti," katanya.

Hamidah sebelum ini dilaporkan berkata, beliau tidak gentar dipecat daripada Umno ekoran seruannya agar Najib berundur. – 2 Disember, 2015.

- See more at: http://www.themalaysianinsider.com/bahasa/article/jangan-jadi-parti-pasar-kata-bekas-ketua-wanita-umno-gopeng#sthash.2T8NGrA7.dpuf

No comments:





Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...