TERKINI :

Thursday, December 10, 2015

Ucapan dasar Najib di PAU yang tiada dasar..!

Kenyataan Media.

UCAPAN DASAR NAJIB YANG TIADA DASAR.

1. Kemeriahan majlis perasmian Persidangan Agong Umno (PAU) kali ini hanya dapat dilihat pada warna merah yang menguasai persekitaran PWTC. Tetapi tidak pada Ucapan Dasar Presiden Umno.

2. Ucapan Dasar Presiden Umno, Najib kali ini tidak pun menyatakan halatuju perjuangan Umno sebaliknya ucapan dasar menjadi medan untuk mempertahan diri atas segala persoalan yang mempersoalkan kredibiliti dan integriti beliau. Namun, Najib gagal menjawab segala isu yang berbangkit dan berkaitan dirinya seperti Skandal 1MDB, Rasuah RM2.6 bilion dan lain-lain isu.

3. Sebagai Pahlawan Bugis, Ucapan Najib lebih mengaut emosi dan sentimen pimpinan Umno dan Perwakilan dengan menyindir dan menyerang Tan Seri Muhyidin Yassin dan Datuk Shafie Afdhal selepas mereka berdua diikat kaki, tangan dan ditampal mulut di sepanjang PAU pada kali ini daripada memberi apa-apa ucapan pada Perwakilan. Najib juga cuba membangkitkan kebencian Perwakilan kepada Tan Seri Muhyidin, Tun Mahathir dan Datuk Shafie.

4. Namun, daripada sudut kepentingan politik pendekatan ini terpaksa dilakukan untuk memastikan hayat politiknya dapat bertahan selepas dia berjaya meyakin dan menyatukan Ahli Majlis Tertinggi Umno dan kepimpinan BN berdiri bersamanya dan tidak menyertai gerakan kem Muhyidin Yasin.

5. Saya percaya PAU kali ini akan dijadikan Najib sebagai pembuktian pimpinan dan ahli umno berdiri teguh di belakangnya kerana Perwakilan dikuasai oleh kem Najib. Cuma masyarakat umum akan terus mempersoalkan Najib dengan soalan kenapa takut beri peluang kepada Muhyidin dan Shafie jika benar slogan Najib dalam ucapan Dasar sebagai Pahlawan Bugis "I Am Gentleman".

PERSIDANGAN AGONG UMNO (PAU) MENJADI MEDAN KUKUS KUEH PAU

DATO' HJ MAHFUZ HJ OMAR
Ahli Parlimen Pokok Sena
10 Des 2015/28 Safar 1437H

No comments:





Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...