TERKINI :

Sunday, December 6, 2015

Tan Cheng Hoe : Teruskan fokos, kurangkan kesilapan..Kedah ke final | #KFAjualTiketMacamTaik

PERTAHANAN Kedah diminta fokus di atas padang dan mengurangkan kesilapan semasa menerima kunjungan Felda United untuk aksi separuh akhir kedua Piala Malaysia 2015 di Stadium Darul Aman, malam ini.

Ketua jurulatihnya, Tan Cheng Hoe yang tetap mengikuti rapat perkembangan semasa anak buahnya walaupun berada di China meminta semua pemain terus yakin dan fokus selain tidak membenarkan jentera serangan The Fighters merapati kubu mereka.

Menurutnya, beliau berpuas hati dengan kebangkitan pada perlawanan separuh akhir pertama lalu untuk keputusan 2-2 dan berharap kelekaan di bahagian pertahanan tidak berulang lagi.

“Dua jaringan Felda United di Selayang Rabu lalu atas sedikit kelekaan pertahanan dan saya berharap pemain tidak mengulangi lagi kesalahan tersebut.

“Kedah perlu lebih yakin beraksi di laman sendiri dan perlu fokus pada perlawanan sepanjang 90 minit berlangsung,” katanya kepada Sinar Harian.

Cheng Hoe berkata, dengan sokongan puluhan ribu penyokong Hijau Kuning, beliau percaya kehadiran mereka mampu melonjakkan semangat semua pemainnya.

Dalam pada itu, kehadiran semula pemain sensasi Kedah, Baddrol Bakhtiar bakal menguatkan bahagian serangan Hijau Kuning untuk menggempur kubu Felda United selepas digantung satu perlawanan.

Kudrat Baddrol mampu membantu bahagian tengah pasukan tersebut untuk memberi ruang kepada Sandro Da Silva dan Liridon Krasniqi membantu Chidi Edeh memburu gol.

No comments:





Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...