TERKINI :

Wednesday, December 2, 2015

Soalan mudah yang hingga kini tiada jawapan pasti dari Najib



1. Apakah RM2.6 bilion benar-benar dideposit ke akaun peribadi Najib Razak di AmBank Islamik?

Jawapan yang diterima ialah DIAM atau bahasa Inggerisnya ‘Elegant Silence’. Itulah yang sering dilakukan oleh Najib tidak kiralah isu peribadi maupun isu nasional seperti isu perkauman dan isu Kalimah Allah.

2. Apakah RM2.6 bilion dari duit 1MDB itu masuk ke akaun Najib Razak?

Jawapannya kali ini ialah ‘Akaun itu tidak wujud’. Dan apabila ada dokumen yang membuktikan wujudnya kedua-dua akaun itu, jawapannya kali ini juga SENYAP.

3. Apakah RM2.6 bilion dari duit 1MDB itu masuk ke akaun Najib Razak?

Jawapannya kali ini mencari kesalahan teknikal seperti ‘ Ejaan nama Najib Razak oleh WSJ adalah silap’. Ini diikuti dengan jawapan seorang badotnya ‘Adalah bodoh jika Najib Razak nak guna akaun sendiri untuk terima wang itu’. Justru mereka menyimpulkan bukan akaun Najib. Begitu mudah dan mereka ingat semua rakyat Malaysia bodoh dan mudah diperbodohkan.


4. Apakah RM2.6 bilion dari duit 1MDB itu masuk ke akaun Najib Razak?

Jawapan dari mulut Najib ketika berucap di satu perjumpaan ‘ Saya tak guna duit itu untuk kegunaan peribadi’. Rakyat tak tanya pun duit itu Najib guna untuk diri sendiri, atau untuk isteri dan anaknya. Jawapan ini disusuli pula oleh ‘Takkan saya nak khianati Negara dan Rakyat Malaysia’. Kes hutang 1MDB yang ditubuhkan dengan duit rakyat dan wang pendahuluan dari duit rakyat belum reda, apakah jawapan ini meyakinkan rakyat? Tidak mungkin.

5. Apakah RM2.6 bilion dari duit 1MDB itu masuk ke akaun Najib Razak?

Jawapan dolak-dalik kali ini ialah ‘ Penulisan WSJ adalah berunsur fitnah. Kebenaran akan terbukti. Saya akan saman WSJ pada hari Selasa’. Tapi bila WSJ jawab dengan tegas surat Peguam Najib dan Kerajaan Malaysia bahawa WSJ tetap dengan pendirian dan apa yang dilapurkan, Najib terkedu. Sehingga sekarang tiada saman rasmi yang dibuat. Saman Najib, jangan tak saman. Rakyat Malaysia akan terus menunggu untuk Najib menyelamatkan maruah dan kedaulatan Negara.

6. Apakah RM2.6 bilion dari duit 1MDB itu masuk ke akaun Najib Razak?

Jawapan dari salah seorang menterinya adalah ‘Ini adalah perancangan Yahudi dan masyarakat minoriti Malaysia yang 30% untuk memecahbelahkan Umno. Yahudi kini sedang menyerang Malaysia.’ Apakah rakyat Malaysia boleh percaya?

Bila persoalan yang serupa ditanya lagi.

Jawapan kali ini ialah ‘ RM2.6 bilion itu tidak wujud’. Tapi anehnya selang beberap hari, jawapan yang pelik diterima dari SPRM ‘RM2.6 bilion itu adalah Derma’. Maharaja Lawak yang paling hebat! Terus jenaka cyber beredar, Jika polis menerima RM50 dari Pesalah Jalanraya, itu dipanggil ‘Corruption’, Jika kawan Najib terima USD500 million, itu dipanggil ‘Commission’ tapi bila Najib terima RM2.6billion, itu dipanggil ‘Donation’.

Dan bila persoalan tentang siapa pendermanya , kenapa Pak Arab itu sanggup beri derma sebanyak itu, apakah ada timbalbalik dari derma itu?

Jawapan yang diterima ‘Penderma itu adalah adalah dari Timur Tengah. Najib berhak untuk merahsiakan nama penderma itu. Tun Mahathir cemburu beliau tak dapat duit derma sebanyak itu’. Kalau dalam peperiksaan – GAGAL kerana tidak menjawab soalan!

Paling akhir seorang Timbalan Menteri memberi contoh Putera Waleed yang ingin menderma RM120billion. Apakah Prince Waleed akan ‘derma’ kepada Najib tanpa sebarang ikatan? Kalau tiada ikatan, lebih banyak pahala jika derma kepada pelarian Islam yang banyak merempat sekarang ini.

Kemudian kaki bodeknya memberikan jawapan lagi ‘Derma itu kerana Najib membantu memerangi IS’. Sedangkan ‘derma’ itu berlaku sebelum IS ditubuhkan. Kalau nak bohong pun, bohonglah dengan bijak.

Jawapan seterusnya ‘Duit itu saya guna untuk pilihanraya dan kerja kebajikan’. Duit derma Pak Arab digunakan untuk politik, menang pilihanraya. Persoalannya berapa yang digunakan dan berapakah bakinya? Dimanakah bakinya sekarang ini? Jika tiada baki, apakah perbelanjaan pilihanraya melebihi had yang dibenarkan SPR? Persoalan terakhir ini tidak berjawab sehingga sekarang. Jika aparat kerajaan menjalankan dengan telus dan professional, pasti soalan-soalan ini merupakan soalah check-mate dan jawapan yang diberikan selama ini bernilai sampah yang boleh dibuang begitu sahaja.

Tetapi inilah Malaysia! Sampai bila?

Yunus Tasim

No comments:





Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...