TERKINI :

Saturday, December 19, 2015

SkyGlide tarikan terbaru kereta kabel Langkawi

 SkyGlide
KERETA kabel Langkawi antara tarikan popular dan menjadi destinasi wajib pelancong jika berkunjung ke pulau legenda itu.

Dalam usaha menambah tarikan pelancong, terbaharu, Panorama Langkawi Sdn Bhd (PLBS) menawarkan SkyGlide iaitu kabin pengangkutan yang membolehkan pengunjung melawat titian gantung atau SkyBridge tanpa perlu berjalan kaki.

Melalui laman web syarikat itu, walaupun berjalan kaki untuk ke SkyBridge adalah menyeronokkan tetapi ia agak mencabar terutamanya kepada warga emas dan kanak-kanak.

Oleh itu, dengan SkyGlide pengunjung akan mempunyai cara yang lebih cepat dan mudah untuk melawat SkyBridge dimana sebelum ini pengunjung perlu berjalan kaki melalui denai hutan lebih kurang 10 minit.

SkyGlide adalah jenis kabin pengangkutan yang boleh bergerak ke atas dan ke bawah mengikut tahap cenderung tertentu dan boleh memuatkan 12 penumpang atau 1050 kilogram beban bagi setiap perjalanan yang mengambil masa hanya 2 minit.

Tiket SkyGlide dijual secara berasingan daripada tiket SkyCab standard dengan bayaran tambahan RM10 bagi dewasa dan RM7 untuk kanak-kanak untuk kedua-dua hala pergi dan balik.

Pengunjung turut boleh membeli tiket sehala bagi yang menginginkan pengalaman berjalan kaki serta menaiki kereta kabel SkyGlide.

Kereta kabel Langkawi terletak di Gunung Mat Chinchang mula dibuka kepada umum pada 27 Februari 2005 untuk memudahkan pelancong tiba ke puncak gunung yang berketinggian 713 meter.

No comments:





Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...