TERKINI :

Wednesday, December 23, 2015

Selangor - Teksi percuma untuk ibu bersalin!

teksi
KUALA LUMPUR: Seangkatan 50 teksi menawarkan perkhidmatan teksi percuma untuk para ibu bersalin dilancarkan pada Selasa.

“Kita memperuntukkan kira-kira RM70 untuk setiap pesakit,” kata Pengerusi Lembaga Pelesenan Eksais Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur Datuk P Gunaseelan di majlis pelancaran projek itu di Dataran Merdeka.

“50 teksi yang dimiliki oleh Makkal Communication Fleet itu akan menyediakan perkhidmatan percuma 24 jam untuk ibu bersalin.”

Teksi itu akan mengambil pesakit dan menghantar mereka ke hospital kerajaan berdekatan untuk rawatan kecemasan, dan setiap teksi dijangka tiba dalam masa masa 20 minit selepas menerima panggilan.

Buat masa ini perkhidmatan percuma itu terhad dalam Kuala Lumpur. Gunaseelan berharap projek ini dapat diperluaskan ke seluruh Lembah Klang.

“Projek perintis ini merupakan langkah pertama kita. Kita akan tengok sejauh mana keberkesanan projek ini,” kata Gunaseelan.

“Saya telah beri bantuan kewangan permulaan kepada mereka, dan sekiranya projek ini berjaya, saya akan cuba aturkan bantuan kewangan daripada sektor korporat pula bagi mendapatkan lebih banyak teksi terlibat.”

Beliau akhirnya akui terpengaruh dengan filem “Bacha” lakonan bintang popular Rajnikanth, yang memaparkan watak pemandu teksi yang memberi khidmat percuma kepada ibu bersalin.

“Saya mahu perkenalkan perkhidmatan seperti itu di Malaysia untuk golongan miskin,” kata Gunaseelan.

Angkatan 50 teksi itu boleh dikenali berdasarkan pelekat khas beserta nombor telefon, yang akan disiarkan di ruang media pada masa hadapan.

Risalah beserta nombor telefon akan disebarkan kepada orang awam, dan temubual dengan stesen-stesen TV telah diaturkan untuk publisiti.

Gunaseelan melahirkan rasa sukacita kerana projek perintis itu mendapat sokongan Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) dan Datuk Bandar, dan menambah beliau mahu membantu DBKL mencapai matlamat menjadikan Kuala Lumpur bandar bertaraf dunia menjelang 2020.

“Saya harap perkhidmatan percuma ini membantu mengurangkan persepsi negatif terhadap pemandu teksi Kuala Lumpur. Perkhidmatan ini untuk semua tanpa mengira kaum dan agama,” kata beliau.

No comments:





Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...