TERKINI :

Monday, December 7, 2015

SATU LAGI KEHEBATAN MALAYSIA - Siapa punya kapal terbang? Tolong ambil balik..!


Kuala Lumpur: Malaysia Airport (Sepang) Sdn Bhd meminta pemilik tiga buah pesawat untuk menuntut semula pesawat yang didapati 'tersadai' di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA).

Dalam satu siaran notis yang dikeluarkan syarikat itu, pemilik pesawat berkenaan gagal menjelaskan bayaran caj yang dikenakan terhadap mereka.

"Jika anda gagal untuk mengambil semula pesawat ini dalam tempoh 14 hari notis dikeluarkan, pihak kami berhak untuk menjual atau melupuskan pesawat tersebut dibawah Akta Penerbangan Awam 1996.

"Wang tersebut akan digunakan untuk membayar caj dan hutang syarikat seperti dinyatakan dalam akta berkenaan," katanya dalam kenyataan akhbar yang dikeluarkan di sini, hari ini.



Foto: Malaysia Airports (Sepang) Sdn Bhd

Tiga pesawat tersebut dari jenis Boeing 747-200F dengan dua daripadanya berwarna putih dengan nombor pendaftaran TF-ARN dan TF-ARH manakala sebuah lagi berwarna putih mati dengan nombor pendaftaran TF-ARM.

Ketiga-tiga pesawat itu masing-masing diletakkan di ruang parkir KLIA lot B61, B62 dan M3.

Sebarang maklumat lanjut, hubungi pegawai Malaysia Airport Sepang, Zainol Mohd Isa di talian 03-87766100.

No comments:





Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...