TERKINI :

Wednesday, December 16, 2015

RUU MKN: Boleh roboh rumah tanpa pampasan

KUALA LUMPUR : Rang Undang-Undang (RUU) Majlis Keselamatan Negara (MKN) 2015 yang diluluskan Dewan Rakyat pada 3 Disember lalu memberikan kuasa kepada kerajaan untuk merobohkan kawasan perumahan yang dianggap mengancam keselamatan negara.

Ahli Jawatankuasa DAP Selangor, Prof. Dr Abdul Aziz Bari berkata, pemilik rumah yang dirobohkan itu pula tidak akan diberikan sebarang pampasan oleh kerajaan.

“Dengan adanya undang-undang seperti ini, kawasan keselamatan rumah kita boleh ‘ditolak’ (diroboh) dengan begitu sahaja. Tidak ada pampasan.

“Ini satu perkara yang cukup serius. Lepas ini kita (juga) susah nak buat protes harga minyak, harga barang, sebab kerajaan boleh istihar macam-macam,” katanya.

Dia berkata demikian ketika menjadi salah seorang ahli panel dalam Forum Awam RUU MKN 2015 Kenapa Perlu Ditentang di ibu negara malam tadi.

Menurut pakar Perlembagaan itu, RUU MKN ini juga membolehkan kerajaan mengistiharkan darurat secara tidak langsung.

“Saya fikir perkara ini berlaku ialah kerana kerajaan menduga bahawa dalam masa yang terdekat akan wujud Bersih 5.0,” tegasnya.

No comments:





Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...