TERKINI :

Wednesday, December 30, 2015

Rekod Altantuya - Sebelum nie kata tak ada dan hilang tapi hari nie kata ada pulak!!

K’jaan nafi rekod imigresen Altantuya dipadam

Rekod keluar masuk warga Mongolia Altantuya Shaariibuu ke Malaysia dan kemudiannya didapati mati dibunuh tidak dipadam seperti yang didakwa sebelum ini, kata Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi.

"Pihak polis telah menyiasat pendaftaran keluar masuk mendiang Altantuya Shaariibuu melalui Jabatan Imigresen Malaysia dan mendapati terdapat rekod pergerakan dalam sistem.

"Dengan itu, tidak timbul isu rekod berkenaan dipadamkan oleh mana-mana pihak," kata Zahid dalam jawapan bertulis parlimen.

Ia adalah jawapan kepada soalan Datuk Fauzi Abdul Rahman (PKR-Indera Mahkota).

Fauzi meminta menteri menyatakan adakah pihak polis menjalankan siasatan di atas kehilangan nama Altantuya pada daftar imigresen tempoh hari dan apakah hasil siasatan itu.

Sebelum ini, Menteri Dalam Negeri dilaporkan menjawab bahawa rekod imigresen Altantuya di negara ini telah dipadamkan oleh individu yang tidak diketahui.

Pembunuhan Altantuya yang berlaku pada tahun 2006 menyaksikan Najib yang ketika itu adalah timbalan perdana menteri dan menteri pertahanan diheret sekali.

Ini kerana sekutu rapatnya Abdul Razak Baginda yang mengaku mempunyai hubungan sulit dengan Altantuya didakwa bersubahat dengan pembunuhan itu tetapi kemudiannya dibebaskan tanpa dipanggil membela diri.

Polis, sementara itu, membersihkan Najib daripada sebarang salah laku dan beliau sendiri bersumpah bahawa dirinya tidak mengenali wanita berkenaan.

Pembunuhan itu juga dikaitkan dengan pembelian dua kapal selam negara jenis Scorpene dari Perancis. Firma Abdul Razak ditugaskan untuk membeli dan menyelenggarakan kapal selam itu.

Bekas komando polis Sirul Azhar Umar disabitkan dengan pembunuhan Altantuya dan dijatuhkan hukuman mati.

Dia bagaimanapun melarikan diri ke Australia, di mana kerajaan Malaysia sedang cuba untuk mengekstradisinya.

Namun undang-undang Australia menetapkan bahawa seseorang yang menghadapi hukuman mati di negara asalnya tidak akan dihantar balik.

No comments:





Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...