TERKINI :

Wednesday, December 16, 2015

Projek ladang hutan simpan Gunung Inas berisiko bencana

PETALING JAYA: Hentikan segera projek perladangan di Hutan Simpan Kekal (HSK) Gunung Inas, Kulim jika tidak ingin melihat bencana alam seperti hakisan tanah dan banjir kilat mengancam kehidupan penduduk sekitar, kata Sahabat Alam Malaysia (SAM) dan Persatuan Pengguna Pulau Pinang (CAP).

Tinjauan dua NGO itu mendapati projek tersebut melibatkan kawasan hutan seluas 30,000 hektar dan telah mula menimbulkan kerisauan penduduk di sepuluh kampung berhampiran.

Sepuluh kampung itu adalah Kampung Kepala Titi, Kampung Gelugor, Kampung Kuala Tawar, Kampung Buluh Lemang, Kampung Bukit Rawa, Kampung Lindungan Raja, Kampung Baru, Kampung Desa Teruna, Kampung Sungai Riau dan Kampung Sungai Buluh.

“Kami percaya hakisan tanah, mendapan, pencemaran sungai serta banjir kilat akan berlaku jika kawasan ini diteroka dan dimusnahkan.

“Maka kami menggesa kerajaan negeri menyiasat dan menghentikan projek perladangan ini kerana berisiko mengancam alam sekitar dan kehidupan penduduk tempatan,” kata Presiden CAP, SM Mohamed Idris dalam satu kenyataan.

Setakat ini, kerja-kerja awal seperti pembinaan jalan untuk kegunaan lori balak telah pun dijalankan.

Beliau juga menyatakan kerisauan yang projek tersebut akan turut menjejaskan bekalan air penduduk sekitar.

“Ia melibatkan kawasan tadahan air bagi kegunaan lebih 5,000 penduduk kampung-kampung berkenaan.

“Tiga sungai utama iaitu Sungai Sedim, Sungai Mahang dan Sungai Kerian serta berpuluh anak sungai juga akan tercemar dan diancam mendapan lumpur,” katanya lagi.

No comments:





Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...