TERKINI :

Monday, December 7, 2015

Program Muhyiddin terima sambutan hebat

Beberapa tokoh UMNO turut hadir antaranya Tun Dr Mahathir Mohamad dan Shafie Apdal.

talkl1
KUALA LUMPUR: Program Tan Sri Muhyiddin Yassin di Kelab Sultan Sulaiman di Kampung Baru malam ini menerima sambutan hangat.

Kira-kira 600 orang memenuhi dewan menyebabkan keadaan sesak tetapi sedikitpun tidak menghalang hadirin yang sebahagian besar ahli UMNO untuk datang mendengar amanat Timbalan Presiden UMNO.

Tokoh-tokoh besar UMNO turut hadir memberi sokongan kepada Muhyiddin antaranya Tun Dr. Mahathir Mohamad, Datuk Seri Shafie Apdal, Datuk Seri Khairuddin Abu Hassan dan wartawan veteran, Datuk A Kadir Jasin.

talkl2

Sementara itu, Khairuddin yang ditemui berkata, beliau berdiri teguh bersama Muhyiddin atas prinsip UMNO tulen.

Katanya, Muhyiddin tidak ada pilihan untuk berucap kerana disekat merasmikan sayap-sayap UMNO pada Perhimpunan Agung UMNO 2015 yang bermula Selasa.

Kadir pula berkata, program malam ini akan memberi kesan besar kepada UMNO.

“Saya rasa program ini akan beri kesan. UMNO sekarang takut pada seorang (Muhyiddin). Macam-macam perubahan dia ( Presiden) buat, kerana takut dengan Muhyiddin,” katanya.

Pendebat terbaik Asia, Syed Saddiq Syed Abdul Rahman menjadi pengacara majlis.

No comments:





Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...