TERKINI :

Monday, December 21, 2015

Pasma setuju Pas terima Umno


ALOR SETAR – Pasma bersetuju Pas menyambut tangan yang dihulurkan Presiden Umno, Datuk Seri Najib Tun Razak untuk menjalinkan kerjasama politik.

Presidennya, Datuk Ir Phahrolrazi Zawawi berkata, tindakan itu lebih memudahkan pengurusan sistem parti politik di negara ini dengan hanya mewujudkan gabungan BN dan Pakatan Harapan.

“Berdasarkan prinsip dua gabungan parti politik di Malaysia, saya bersetuju jika Pas menerima tawaran kerjasama dengan Umno.

“Maknanya ia lebih memudahkan rakyat membuat pilihan sama ada BN atau Pakatan Harapan dalam pilihan raya nanti,” katanya kepada Sinar Harian.

Menurutnya, pendekatan itu lebih wajar dilakukan Pas berbanding bergerak sendirian selain menyatakan kesediaan mengekalkan hubungan dengan PKR.

“Kalau boleh kita nak elak pertandingan tiga penjuru dalam PRU14. Jika benar Pas meneria Umno, ia lebih memudahkan pengundi untuk buat pilihan.

“Bagaimanapun, peluang untuk Pakatan Harapan dan BN masih 50-50. Ia terpulang kepada rakyat untuk buat pilihan berdasarkan isu-isu yang berbangkit,” katanya.

Phahrolrazi berkata, pihaknya tiada halangan untuk Pas bersama Umno kerana Pakatan Harapan juga pernah membuka pintu untuk parti Islam itu tetapi ia tidak diterima.

“Kita pernah ajak mereka bersama Pakatan Harapan tetapi Pas tak mahu sebab ia disertai Parti Amanah Negara (Amanah) dan DAP.

“Mereka hanya menerima PKR dan pada masa sama menerima baik kerjasama Umno. Tindakan itu menggambarkan mereka cenderung untuk bersama parti pemerintah itu,” katanya.

No comments:





Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...