TERKINI :

Wednesday, December 30, 2015

PAS, Umno saling memerlukan, kata Ku Li

Usaha perdamaian dan kerjasama di antara PAS dan Umno kerana kedua-dua parti memerlukan di antara satu sama lain untuk terus kekal pada pilihan raya umum akan datang, kata Tengku Razaleigh Tengku Hamzah. – Gambar fail The Malaysian Insider, 29 Disember, 2015.
Usaha perdamaian dan kerjasama di antara PAS dan Umno kerana kedua-dua parti memerlukan di antara satu sama lain untuk terus kekal pada pilihan raya umum akan datang, kata Tengku Razaleigh Tengku Hamzah.

Bagaimana beliau yang dikenali sebagai Ku Li memberi amaran kepada Umno kemungkinan kerjasama itu mungkin menjejaskan Sabah dan Sarawak yang tidak menganggap Islam sebagai agama rasmi mereka.

"Saya pandang dari segi keadaan dalam negara sekarang. Barangkali Umno membawa cadangan ini kerana kemungkinan Umno tidak mendapat sokongan dari bukan Melayu dalam pilihan raya akan datang dan strategik bagi dia untuk berkawan dan bekerjasma dengan PAS.

"Bagi pihak Umno, walaupun akan dapat sokongan dari golongan Melayu ramai yang sokong PAS, Umno juga kena beri perhatian kedudukannya dengan rakyat Sabah dan Sarawak yang memikirkan mungkin kerjasama dengan PAS tidak boleh membina kepentingan mereka di Sabah dan Sarawak.

"Ini kerana Sabah dan Sarawak tak anggap Islam sebagai agama rasmi negeri berkenaan," katanya pada satu sidang media di Kuala Lumpur.

Beliau berkata, PAS juga memerlukan sokongan Umno untuk melaksanakan hukum hudud di Kelantan.

"PAS begitu juga. Barangkali PAS hendak kepada sokongan Umno bukan hanya kerana dia sudah tak lagi di anggap sebagai rakan perjuangan Pakatan Rakyat dahulu, tapi dia sekarang ini terpencil sebagai sebuah parti lama yang hanya punyai pengikut di kawasan tradisinya.

"Jadi sukar PAS nak dapat sokongan banyak dan perjuangannya perlu kepada sokongan pihak yang berkuasa seperti Umno kerana dia nak jalankan hukum hudud.

"Ini tak boleh dilakukan melainkan enakmen syariah dipinda di peringkat Parlimen dan kemungkinan nombor 2 dapat sokongan dua pertiga untuk meminda Perlembagaan negara. Kalaulah kedua parti berpakat, mungkin boleh lakukan semua yang dicadangkan itu," katanya.

Perbincangan kerjasama PAS-Umno bermula apabila Presiden PAS Datuk Seri Hadi Awang menawarkan untuk “menasihati” kerajaan bulan lepas walaupun banyak percubaan dilakukan parti pembangkang kini yang ingin menyingkirkan Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak dengan mengundi untuk menolak Bajet 2016 di Dewan Rakyat.

Najib akhirnya mencadangkan supaya Umno bekerjasama dengan PAS untuk membina Malaysia yang lebih baik, selari dengan nilai sempurna Islam, sewaktu perhimpunan agung parti Melayu terbesar itu awal bulan lepas.

Hadi dan Najib dilihat bersama-sama memakai baju melayu sedondon berwarna merah jambu di persidangan serantau untuk alumni Al-Azhar di Kuala Lumpur pada 17 Disember.

Tetapi 3 orang pemimpin kanan PAS sudah bercakap menyuarakan penentangan kepada apa saja cubaan merapatkan hubungan parti Islam itu dengan Umno. – 29 Disember, 2015.

- See more at: http://www.themalaysianinsider.com/bahasa/article/pas-umno-saling-memerlukan-kata-ku-li#sthash.QQmvKeNy.dpuf

No comments:





Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...