TERKINI :

Tuesday, December 15, 2015

Pas Pulau Pinang mahu saman Mat Sabu

mat sabu
PETALING JAYA: Pas Pulau Pinang mahu menyaman Presiden Parti Amanah Negara (Amanah), Mohamad Sabu kerana enggan menarik balik dakwaan kononnya parti Islam itu diresapi fahaman militan negara Islam Iraq dan Syria (ISIS).

Setiausaha Pas Pulau Pinang, Iszuree Ibrahim berkata tindakan terhadap Mohamad atau Mat Sabu akan dilakukan sejurus perbincangan mengenainya dimuktamadkan di peringkat pusat.

Katanya, perbincangan mengenainya di peringkat pusat membabitkan beberapa pihak dalam parti, termasuk Jawatankuasa Undang-undang Pas dan peguam yang dilantik parti.

“Kita sedang menunggu maklum balas mengenai perkara ini daripada Pas Pusat. Keputusan mengenainya tidak dapat dimuktamadkan secara terus di peringkat negeri kerana ada batas tertentu,” katanya, lapor Berita Harian.

Mat Sabu pada 1 Disember laly dilaporkan berkata, antara punca Amanah ditubuhkan kerana Pas sudah diresapi pemikiran kumpulan militant ISIS.

Dia turut mendesak pihak berkuasa menyiasat perkara itu.

Tuduhan Mat Sabu itu menimbulkan kemarahan pemimpin Pas dan mendesak Mat Sabu menarik balik kenyataan itu dan meminta maaf.

No comments:





Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...