TERKINI :

Thursday, December 24, 2015

PAS perlu terima hakikat bahawa mereka lemah di Sarawak

Dr-Syed-Husin-Ali,pas-,sarawak
PETALING JAYA: Bekas Timbalan Presiden Parti Keadilan Rakyat (PKR) Dr Syed Husin Ali menyifatkan kemahuan PAS Sarawak untuk bertanding di sebelas kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) pada Pilihan Raya Negeri (PRN) tahun depan sebagai tidak realistik.

Beliau berkata, PAS perlu mengakui hakikat bahawa parti itu tidak mempunyai kekuatan untuk berdiri sendiri di negeri itu.

“Dalam keadaan sekarang ini, memang PAS lemah di Sarawak dan juga Sabah. Jadi takkan nak bertanding di banyak kerusi. Sebelas kerusi adalah tidak realistik,” katanya dalam satu sesi wawancara di sini petang tadi.

Justeru, beliau menegaskan betapa pentingnya rundingan antara PAS, PKR dan Amanah bagi mengelakkan perlawanan tiga penjuru dan seterusnya menjamin keputusan yang lebih baik.


“Misalnya kerusi majoriti Melanau tidak banyak, takkan PAS nak bertanding di semua kawasan? Bagaimana dengan Parti Amanah Negara (Amanah) dan PKR?

“(Sebab itu) penting untuk kita adakan rundingan. PAS tidak akan dapat semua yang mereka nak, PKR juga begitu. Mudah-mudahan ini dapat diselesaikan menjelang PRN nanti,” katanya lagi.

Semalam, Pesuruhjaya Badan Perhubungan PAS Sarawak Jofri Jaraiee berkata parti itu mensasarkan untuk bertanding sekurang-kurangnya sebelas kerusi DUN pada PRN akan datang, berbanding lima pada PRN lalu.

Sebelum itu, kenyataan Wan Azizah pada Isnin berkata PKR hanya akan berbincang dengan DAP dan Parti Aminah Negara (Amanah) kerana PAS kurang mendapat sambutan di negeri itu.

No comments:





Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...